Pages

Tuesday, December 29, 2009

Umi Dah Gemok!


Bismillah,

Gulp..tak ke tertelan air liur dengar perkataan itu. "Umi dah gemok" sedangkan yang semakin membulat adalah bahagian perut aje. Itu tak de hal lagi tapi bila Asmaa' mula kata, "Umi kenapa tak pergi tempat kuruskan badan??" Saya hanya mampu jawab, "Umi bukan gemok la...baby yang makin besar."

Berat saya naik dari 45 kg kepada 50 kg pada 33 minggu kehamilan. Max berat yang akan dicapai selama 4 kali mengandung adalah 52 kg saje. Tataulah kali ni kalau lebih lak kan. Berat ni akan turun semula ke 45kg atau kurang selepas beranak. Tapi anak2 nampaknya beri perhatian yang lebih pada baby baru ni.

Udah la tu, dia siap tanya, "Boleh tak baby ni bagi kat cikgu kakak? Dia tak ada baby. Dia kata kakak dah ada banyak baby." Saya pun bagitau.. "Tak boleh kakak, baby ni umi dengan abah sayang. Kakak tak sayang ke baby ni?".. tak dan lama dia datang balik dan tanya lagi, "Kalau kita bagi Arwa dekat cikgu??" Aiiyyyaaa.....itu lagi umi sayang...huhuhu

Betapa keluhan cikgunya lekat dalam minda Asmaa' dan Usamah. Cikgu mereka masih tiada anak setelah beberapa tahun kawin. Mungkin masih belum rezekinya. Masa mula2 Usamah turut ke sekolah, Asmaa' menangis2 bila tiap2 hari cikgunya minta nak amik Usamah. Cikgunya mengusik bukan apa. Dia seronok tengok dua beradik ni tak gaduh di sekolah banding dengan adik beradik yang lain. Tapi lain pulak yang budak2 ni faham...

Saya pelik jugak mcm mana Asmaa' tahu tentang 'tpt mnguruskan badan'. Sebab saya tak pernah nak pergi tempat begitu. Tapi sebelah kedai kami memang adelah sebuah spa. Saya pun pernah bawa Asmaa' ke satu tempat buat facial, tapi setakat facial ajelah. Takde pulak sesi slimming bagai..Walaupun mereka lebih banyak di umah banding di sekolah, tapi pendedahan mereka pada dunia luar adalah di luar jangkaan. Mungkin mereka kenal tempat seperti itu dari iklan..huhu

Kadang2 rasa mcm tak sabar nak beranak tapi kalau boleh biarlah anak ni cukup bulan. Lagipun umi ngerinya nak menghadapi saat2 nak melahirkan. Walaupun yang ke 5, tapi ngerinya sama je macam masa nak lahirkan Asmaa' dulu. Tapi, ngandung kali ni paling enjoy sekali sebab abah sentiasa ada sama dan boleh kata tiap hari anak dalam ni berinteraksi dengan abahnya. Pagi tadi pun abahnye kata, "Abg rasa ada hubungan rapat sangat dengan baby ni.."

Mana tak nye, tiap2 ari dia akan ada sama untuk rasa baby bergerak2. What a wondeful day of WAHM n WAHD like us!!!

11 comments:

  1. Semoga semuanya selamat..

    Pija take care yer...

    ReplyDelete
  2. bila due? sy doakan Pija selamat.

    ReplyDelete
  3. syoknya pengalaman mengandung kan.semoga semua baik2 shj!Amin!

    ReplyDelete
  4. hehe..asmaa'..asmaa'..kelakar betul la. ada nk bg adik kat org lain :D

    ReplyDelete
  5. salam...anak2 tak tau pa per lagi..anak2 saya pun cenggitu gak la....time sa ngandung cakap ada bola la...mama boroi la...

    ReplyDelete
  6. budak2 skrg mmg bijak2 kan. wpon kita tak ajar, berdasarkan observation pon diorg leh tau macam2

    ReplyDelete
  7. k.Anie..tenkiu bebeh!!

    k.Nuradyani...due awal bulan dua insya ALLAH..doakan yee

    elissmie...ya, sangat menarik...utk kita dan untuk anak2 kita..ini adaah satu tanda kebesaran ALLAH :)

    Nadiah, dia kesian kat orang...dia tak faham umi dia lagi sedih kalau bagi kat orang...hahaha

    Alimaz...bola??huhuhu...

    Yatiey...dia observe perut umi dia masalahnya!! :P

    ReplyDelete
  8. nak tgk foto umi yg dah gemuk ni.... ;)

    ReplyDelete
  9. kakyong, gambo?? huhu...takde selera nak bergambar :P

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:03 PM

    time pregnant ni la kulit jadi comel... gebu aje. Kalau cepat turun berat badan ok la... slim balik

    ReplyDelete
  11. fa10..kulit j comel, muka mcm tu jugak eheheheh....

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!