Sunday, January 03, 2010

Asmaa' Diserang Pepijat Atau Apakah?


Bismillah,


Sebenarnya saya tidak tahu apakah nama binatang itu. Rasanya orang Kelantan panggil 'piras'. Nak kata pijat, bila saya google, kebanyakan gambar yang keluar adalah seperti yang diatas sedangkan yang menggigit Asmaa' bbrp hari lepas berwarna putih tubuhnya. Tapi ia memang lebih kurang begini wajahnya.

Petang itu, sesudah solat Zohor, saya perati Asmaa' berhati2 buka telekungnya. Saya tanya kenapa dan dia jawab dia sakit di belakang dekat2 dengan telinga. Tapi bila saya minta nak tengok, dia beria2 menghalang. Saya pujuk dari suara ala2 nasyid irama padang pasir sampai bunyi rock heavy metal. Sampai saya terboyot2 kejar dia dalam bilik tu sbb saya rasa ada benda yang tak kena.

Last2 saya kata, "Kakak, kalau ada binatang kat situ, kakak tak bagi umi buang nanti dia makan kepala kakak." Huhu....saya dah mati kutu dan abah dia tak ada masa tu. Kalau bisul, saya rasa tak seteruk tu dia sakit. Barulah dia datang dan tunjuk. Nak selak rambut dia pun punyalah panjangnya dia meraung..huh!! Mcm umi kah itu??

Sekali selak sana selak sini saya nampak benda tu. Saya pernah tarik benda ni 2 kali dari suami saya. Suami saya pun tak tertanggung sakitnya apatah pula Asmaa' kan? Saya bangun dan ambil minyak angin. Tujuannya nak bg serangga tu mati atau sekurang2nya pitam. Tapi bila dah bangun tu, nak dapatkan Asmaa' semula punyalah susah. Dia buat adegan bollywood sekali lagi.

Saya ugut lagi sampai dia terpaksa serah diri. Saya titiskan ubat cap helang yang wangi tu. Lepas tu terpaksa tepon abah dia sbb saya tau kali ketiga nak suruh dia duduk mesti akan jadi susah. Masa tepon abahnya pun, Asmaa' menjerit dengan skala Richter yang paling tinggi. Hhuhuhu..saya kesian sangat sebenarnya tapi kalau melalak tanpa rawatan, lagilah teruk nnt. Dia tak bg abahnya balik sbb takut abah tenyeh tempat sakitnya itu.

Bila abah dia sampai 5-6 minit tu kami tangkap Asmaa' dan saya pegang tangan dia, abah dia lak pegang kaki. Usamah plak sibuk2 nak selak rambut padahal Asmaa' nak selak rambut pun sakit. Saya pun cakap kat Asmaa', "Jangan jerit2 mcm tu Asmaa', cuba sebut ALLAH...ALLAH..." dan dia pun meraung dengan bunyi, "ALLAH....ALLAH....ALLAH........" Haaa...sebijik mcm orang nak beranak bunyiknya...ahahahaha...

Ini adalah kali ke berapa mungkin jika mereka sakit, sama ada saya suruh selawat atau sebut sahaja nama ALLAH. Saya suruh mereka berdoa, semoga ALLAH kurangkan kesakitan yang mereka tanggung dan mereka suka tanya spesifik nak baca mcm mana. Lalu saya kata, kakak cakaplah mcm mana pun, ALLAH akan faham doa kakak. Tapi kalau mereka mintak juga nak baca doa mcm mana, saya ajar, "Ya ALLAH, kasihanilah aku/adik ku, kurangkanlah kesakitan yang aku/dia tanggung ya ALLAH"....

Kalau adik2nya yang sakit, mereka akan tolong sapu2kan...Huhu..sedihnya sbb tak pernah buat gini kat adik2 saya dulu. Jadi bila tengok anak2 saya, saya rasa banyak benda yang menunjukkan kasih sayang antara adik beradik yang saya tak buat dulu. Skang ni kalau nak tunjuk kasih sayang adalah berguling2 sambil berkarate sesama sendiri aje...ahahahaha...pun berkasih sayang juga kan. Pada adik yang srang lagi, cara nak berkasih sayang adalah dengan bank in duit ke banknya....hihihihi....

Okeh lah...nak dekat nak beranak ni, dok lama2 sikit mulalah saket pinggang. Staff saya tanya memang kah semua orang mengandung begitu? Mmmm.....memang kah begitu atau saya je dek selalu blogging??

7 comments:

  1. mmg skt binatang tu..dlu adik sy kena tang mata..meraung lg teruk kak..x silap sy opah sy pkai daun sireh..titikkan daun tu..mmg pedih, tp cepat je binatang tu luruh..bila penyekkan, byk btol drh kuar..die dh kenyang smpai buncit hisap darah..yg menyebabkan skt sgt tu sbb kaki binatang tu yg mencengkam kulit..

    ReplyDelete
  2. oh ye ke... takutnyaaaa...bende ni ade kt mane2 ke

    ReplyDelete
  3. Siti , kalau according tu the pic yg siti tunjuk tu . Confirm memang pijat or bedbug . Kalau ikut petua org dulu2 kena kumpul 7 ekor pastu buang dia ke tempat yg lebih jauh , yang lain akan ikut sama maksudnya hilang lah atau siti kena cari lubang2 yg kat lantai pastu bubuh lilin cair untuk tutup lubang tempat dia duduk . kesian si anak dara tu , semoga anak2 yg lain tak kena .

    ReplyDelete
  4. yg gigit ni tak serupa dngan gambar tu...dia kaler putih licin kulitnya...huhu ngeri2..rasanya Asmaa' kutip kat tpt kitorang gi makan...kat umah dah belek tilam2 ni takde ciri2 ada binatang tu yg lain pun..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Takutnya....pijat tuh hisap darahhhh

    ReplyDelete
  6. itu anak pijat ( bed bug nymph ). anak pijat warnanya putih . pijat ni pun boleh berada pada taik2 kelawar .
    Cuba tengok pic ni http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Bed_bug_nymph,_Cimex_lectularius.jpg

    ReplyDelete
  7. sakitnya.... dpt rasakan sakit tu.
    penah gak kena gigit pijat sampai kembung perutnya penuh darah. bergayut je kat depan kelopak mata dan belakang telinga (spot paling disukai pijat).

    sepupu penah kena pijat masuk telinga! susah nak keluarkan. guna cara tradisional je baca ayat al quran dan hembus dgn bauan tembakau. alhamdulillah pijat keluar.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!