Pages

Tuesday, March 23, 2010

Buat Duit Dengan Playgroup


Bismillah,

Bila tengok program2 playgroup yang dijalankan oleh Sarakids saya jadi terfikir kenapa saya jarang ajar anak2 berkawan mcm tu? Bukanla takde langsung kan...time balik kampung especially kat Jerteh bila sepupu2 diorang berkumpul sama, sangatlah riuh kemain sampai mak2 tak dan nak bergossip...ahaks.

Bukan hape, playgroup ini selain dari bermain, ia juga boleh mengajar anak2 kita berkawan. Di situ, senang pulak kita nak control orang ini boleh dibuat kawan dan selebihnya bukan takleh berkawan tapi jangan ikut perangai mereka. Biasalah pengaruh2 dari rakan sebaya ni bukan benda main2 zaman sekarang. Jadik sebagai mak ayah, kenalah kita berwaspada.

Perlukah permainan?
Okeh...pernah tak tengok budak yang mainan kat umahnya banyak tapi yang dia berkenan adelah pinggan mangkuk mak dialah jugak. Like my kids, diorang suka kenjah bantal......... aaaaa...sangatlah luas mulut umi diorang menjerit suruh kemas balik. He he... Bila dikumpulkan budak2 (anak2 saya telah terkumpul secara semulajadi memandangkan mereka telah berempat - tak termasuk Ahmadi lagi) mereka akan mereka sendiri permainan mereka.

Di rumah saya ada meja cybercafe yang ala2 meja opis 3 bijik. Satu saya buat meja makan, satu saya letak dua bijik komputer (saya punya dan mak saya punya dulu) dan satu lagi letak dalam bilik buku anak2. Yang dalam bilik buku itu, kadang2 mereka letak selimut tampal (kombinasi kain perca) atas meja tu dan mereka buat macam pondok di bawahnya. Bila tgk diorang seronok main, rasa tak jadi nak marah. Tapi kena cakap jugakla, "Lepas main tolong umi kemas semula ek??"

OK, berkenaan tajuk saya di atas, bolehlah digambarkan dengan 2 cara. Pertama, anda mengaturkan satu playgroup dan anda sediakan modul dan alatannya dan bolehlah cas ibubapa yang turut serta seperti Sarakids. Atau pun anda ajak kawan2 anda bawa anak2 mereka dan berkumpul di mana2 so they can get together and play. Bila dah ramai, no need to buy toys anymore...lets get creative.

*Jom sape ada kt Pt Buntar, kita bergosip tepi Sg Krian :P

**teringin nak upload gambo diorang tapi later la ek...wayar tepon tetinggal kat umah mak








5 comments:

  1. interesting concept..tak pun mcm at western countries, derang gilir2 jaga anak2 (kwn2 or jiran2) & at the same time do activities together.

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak kat Msia buat duit dgn playgroup. kat sini Knur buat dgn kwn2 Msians FOC sbb tujuan utama nak bg anak2 main dgn mummies berinteraksi.

    ReplyDelete
  3. sopan sekali ayat k.nur, kalau saya...mummies bergossip :P

    ReplyDelete
  4. saya kat Parit Buntaq!!! Sambil angkat tangan.. bila nak gosip2 nih..
    tak pun kita bawak depa pi senamrobik kat tepi sungai hari sabtu pagi.. sambil kita bererobik (huh..dengan peyut memboyot nih kah?)..depa leh men kejaq2..

    ReplyDelete
  5. Rozy, pg tadi ikut seorg kawan makan kat kedai...ada sorang makcik baru balik taici...sudah lama tak join taici...kalau ada kawan bestnya...

    kalau nk mai pt buntar bgtau ek...kita gi sesama...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!