Pages

Wednesday, March 17, 2010

My 5-Week-Old Ahmadi

Bismillah,

Di malamnya dimana opah dan maksu kanak2 ni tidur disini...saya paksakan mata tgk TV cerita Jangan Tidur Lagi. Bukan sll boleh borak2 kami 3 beranak. Suami saya plak mengambil masa untuk bersama dengan sahabat dia. Kalau mak saya tak tido sini, musti suami saya tak kemana2 sebab dia susah hati saya tak leh control sorang2 anak2 ni.

Susah nak blogging skang ni..kalau ada saya tinggalkan komen di blog kalian, kemungkinan besar ketika itu adalah saya sedang menyusu. Terpaksa buat begitu sebab kalau saya menyusu sambil baring, makanya saya akan lena. Yee...saya memang senang tidur dan tidur banyak adalah tidak sesuai dengan seorang mak yang dah ada anak 5.

Minggu cuti sekolah ni saya ambil peluang untuk beradaptasi dengan situasi bersama2 dengan anak2 ni. Minggu hadapan saya berharap dapat penuhi jadual kami semula. Anak2 akan ke sekolah semula di Pasti P.Buntar ni. Kemungkinan besar pula time tu suami saya tak ada sebab nak bawak angsa dari Jerteh ke sini semula. Nantikan la mcm mana saya bangun pg dan siapkan kanak2 ni kemudian drive utk hantar 3 budak comel itu ke sekolah dengan Ahmadi menyusu. :P Mesti ada yang telah terbayang kengeriannya :P

Okeh..tentang Ahmadi. Alhamdulillah kakak2 dan abang2nya sangat kasihkan dia. Arwa dah bbrp kali terlena sambil peluk Ahmadi. Sbbnya, dia suka baring sebelah Ahmadi time Ahmadi menyusu dengan saya. Maka, kami ber3 akan tidur rapat2. Bila saya terjaga, rasa nak berlinang airmata tengok. Sungguh mereka bagaikan nyawa saya.

Kepala Sudah Menegak
Bila diletakkan dalam keadaan meniarap especially time nk burp kan dia, dia dah boleh tegakkan kepala dia. Saya juga sll dukung dia mcm saya dukung Arwa sebab saya rasa Ahmadi dah keras walaupun tergoyang2...tp utk mereka yang anak pertama itu, sila berhati2 ya sebab ini bukan main2. Bukan juga nak maksudkan yang saya terror nak dukung anak tapi mcm mana nak ckp ye, kene pandai kawal okeh?

Sudah Mula Memberi Senyuman Pertama
Mcm Usamah, Ahmadi juga ada lesung pipit. Harap2 lesung pipit diorang ni kekal sampai ke tua supaya diorang senang nk mengorat (apakah??) sebab umi dia suka melihatnya. Tapi bukanlah setiap kali diagah dia senyum cuma dia dah mula menunjukkan senyuman manis menikam kalbunya itu. Alhamdulillah, satu lagi kecantikan yang ALLAH beri kepada penglihatan saya. Ada sekali tu tgh mlm dia bunyi nakkan susu, saya sampai ilang ngantuk tgk dia sengih tgh2 malam. Cair wa cakap luuuu :)

Tidur Yang Lena
Selepas balik ke P.Buntar ni, Ahmadi dah mula lepas - kalau tak tu asyik melekap dgn umi aje. Bangun pegi toilet aje dah selop. Menyusu sambil makan aritu mmg dah jadi kebiasaan tapi masa tu ada tokku diorang tolong pegangkan. Skang ni alhamdulillah kiranya saya boleh dah la buat kerja. Tengok betapa teraturnya aturan yang ALLAH aturkan. Agaknya aritu dalam pantang maka terbaring aje kerjanya. Skang ni pun saya tatau dah cukup ke 40 :P Saya dah mula buat keje mcm biasa.

Malam2 Ahmadi mcm anak2 yang lain, takde prob diorang ni tido malam. Takde lagi la kejadian kene main Spiderman ke Ultraman ke tengah2 malam temankan diorang..hihi... Sekali lagi betapa ALLAH mengasihi hambaNya dengan cara ni. Mak diorang pun amik peluang lena sampai pagi.

**Entry ni amik masa 3-4 hari nk siap huhu...gambar2 kemudianlah ye...nk selesaikan contest punya result dulu

2 comments:

  1. salam kak...

    tahniah dah kmbali ke rutin biase...ye sy buleh bayangkan keadaan akk pagi2 hantor ank ke pasti togethe2 bby kecik infant gituh...dah melalui...heee tgk sat je dah 7 bulan dak Zaid tu..:p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... sejuk perut pija mengandung...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!