Tuesday, March 30, 2010

Persiapan Mental Menyusukan Ahmadi


Bismillah,

Saya adalah seorang ibu yang kurus 'kekek' dan gagal menyusukan 3 anak saya sepenuhnya. Tapi selepas lahirnya Arwa dengan perniagaan sendiri yang kami mulakan, saya akhirnya berhasil menyusukan Arwa secara eksklusif (xde perah2 susu...memang direct betul2) selama 8 bulan sebelum berhenti menyusukan dia selepas kandungan baru bercambah dalam rahim ini.

8 bulan adalah satu pencapaian yang sangat pelik bg diri saya. Sepanjang itu, tidak pernah saya rasa bengkak susu (menandakan susu sy sll cukup2 utk Arwa). Hasilnya, ikatan saya dengan Arwa itu sangat mm...susah saya nak elaborate. Walaupun selepas kelahiran Ahmadi, dia lebih rapat dengan abahnya tapi untuk jauh dengan dia saya rasa tak mungkin.

Sekarang, pada masa saya menaip ini, saya seorang jaga anak2. Suami saya ada urusan di Jerteh - P.Putih lagi. Suami saya ada tawarkan tinggal Usamah di sana dan mertua saya juga ada minta Uwaiys tapi saya sayang nak lepaskan kerana mereka bertiga tu sekolah. Walaupun Uwaiys masih 3 tahun tapi saya tengok dia juga adalah seorang yang fast learner dan nak juga kelek buku Iqra'.

Kalau ikutkan, boleh saja suami saya membawa Arwa bersama tapi saya tak rela. Biarlah susah mengangkut Arwa dan Ahmadi kemana saja saya ada urusan, tapi saya gagahkan jua. Malah untuk menghantar mereka ke sekolah, saya bawa Ahmadi bersama dan dia disusukan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kete tu kete auto.

Tak dinafikan, semua ini perlukan persiapan mental. Semasa menunggu kelahiran Ahmadi, selepas je ada orang yang beranak saya akan pergi ke katil diorang dan kalau diorang tak menyusu, saya akan tanya sama ada dalam sejam tu baby sudah menyusukah atau tidak. Huhu...memang mcm mami jarumlah saya di situ.

Sayangnya, ada yang tak kisah dengan 1st hour tu. Ada seorang ibu muda tu, tersangatlah letihnya katanya sehingga dia biarkan anaknya terlena mcm tu aja. Bila nurse datang, saya tumpang bingit telinga sebab dia kene leter. Sebenarnya, menyusu anak di hospital ni bukan nak mematuhi undang2 misi tu tapi ia adalah antara kita dan anak.

Selepas saya melahirkan Ahmadi pun, saya beria2 memanfaatkan sejam pertama. Suami saya pun ingatkan saya menyusu sejam pertama itu. Beberapa malam sebelum melahirkan juga Farah Sarakids pesan benda yang sama. Saya juga masih ingat pesan k.Nieza Mom's Choice supaya cukupkan menyusu 2 tahun. Mak saya pun bg galakkan yang sama.

Barulah saya teringat, sokongan seperti ini tidak saya dapati dulu sehinggakan saya takut2 nak menyusu. Sudahlah takut2, mental asyik dok fikir susu sikit. Tapi sekarang, datanglah sape2 pun yang kata, susu saya tak banyak, saya akan kata.."Ada ni rezeki Ahmadi." Diorang bukan ape dok kata Ahmadi tak cukup susu padahal dia melekap sepanjang masa dengan saya.

Apa yang saya tahu, baby mahu kita memeluk dia supaya dia selesa. Dia bukanlah lapar tak cukup susu semata-mata. Mungkin dia mahu menyesuaikan diri. Tambah plak saya tidak barut / bedung Ahmadi. Jadi ada kemungkinan di situ Ahmadi masih gayat lagi. Mertua saya pun berkali2 suruh saya bg minum air masak. Saya memang cuba ikut ilmu tak campur apa2 pun termasuk air masak.

Kadang2 kesibukan handle anak2 ni, membuatkan ada satu hasutan yang datang dalam kepala saya, 'kalau aku bg susu botol kan senang, takdela kene menepek sblh Ahmadi' tapi saya gagahkan jugak sebab kali ni saya mahu perjalanan menyusu ni sampai ke umur dia 2 tahun. Tidak kisahlah saya akan lenguh bahu kah, atau struktur PD berubah kah...janjinya, saya akan cuba menyusu.

Jadi, sokongan orang di sekeliling adalah sangat penting dan sangat diharapkan. Kerana tanpa sokongan ini, mungkin orang seperti saya akan berhenti separuh jalan. Untuk memudahkan orang disekeliling saya pegang Ahmadi ketika saya ada kerja (cek mata atau potong spek) maka saya perlu perah susu.

Saya baru saja beli botol susu BPAfree dan tak saya sangka di Billion P.Buntar ni hampir setiap jenama ada botol jenis ini. Cuma harganya, utk org kedekut mcm saya ni memang rasa nak tertelan jugak lah lidah sendiri :P. Takpe, saya beli 3 botol dulu, sbb plannya nak ada 5 botol aja. Dengan Arwa pun saya tidak pernah berpisah dulu jadi saya bajet dengan Ahmadi mungkin lebih kurang begini juga.

Perah susu pun guna tangan. Asalnya saya nak beli Spectra3 juga tapi saya target nak direct lebih dari guna botol, maka saya rasa perah dengan tangan lebih sesuai untuk saya. Arwa dulu, selepas 8 bulan baru dia mula minum dengan botol. Saya sangat excited dengan penyusuan susu badan pada Ahmadi sekali ni. Harapnya kalian boleh doakan saya semoga dikuatkan semangat ya dan semoga sampai ke umur Ahmadi 2 tahun kali ni...amin

Kami sayang kamu, Ya Ahmadi!!

15 comments:

  1. mudah-mudahan kak.. saya doakan.. saya pun teringin andaikata kalau ada rezeki anak no 3 nak jugak try full BF, tp untuk ib bekerja macam saya ni, tak tau la mampu ke tak.. huhhu

    ReplyDelete
  2. Hmm..mula nampak mata,idung cam kakak & abang dia..hehehe..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..pija boleh..

    kalau pija nak pinjam pam manual avent rozy habaqlaa.. manalaa tau kot2 nak guna kan..

    ReplyDelete
  4. Insyaallah Pija. mmg betul2 5-6 thn dulu sokongan utk BF mums tak banyak. Sy dulu pun masa anak sulung, BF dan campur FM. BF pun masa kat rumah jela dr balik kerja sampai mlm.

    ReplyDelete
  5. Pija..toksahlah bagi botol dulu yer...kuatkan semangat tau...Pija bolehnyer...anything, feel free to contact me..

    ReplyDelete
  6. congrats! yang penting ketahanan mental si ibu. sokongan dari org sekeliling hanyalah motivasi. chaiyok..u can do it!

    ReplyDelete
  7. cik puan mimi, insya ALLAH boleh...ramai yg boleh buat kenapa kita tidak..yes yes

    suhana, agak2 perangai dia samakah dengan abang dengan abang kakak dia?? :P

    rozy, huhu...saya adalah fobia sebenarnya dengan pam...3 anak pertama saya, saya beli 3 pam berbeza dan hasilnya merekah2 puting ai...walaupun rasa2nya sbb pam saya itu murah, saya tetap fobia...

    k.nur, yupp...tak dinafikan berjangkit dengan kawan2 blogger ttg penyusuan susu eksklusif

    k.hanz, sekalipun botol..bukan dengan susu formula..takpe tak?? utk cover time ahmadi melalak time ada customer aje..

    aidie, betul...yg penting adalah diri saya kan??? sekalipun org lain tak sokong, saya masih kene kuat!!

    ReplyDelete
  8. tahniah kak siti diatas kelahiran bayi baru..
    yg uniknya anak akak nama nya sumer satu perkataan ajer..skang ni kan kebanyakkan mak bapak kalo boleh nama anak nak sampai 5 patah perkataan...

    ReplyDelete
  9. mummy, terima kasih....suka yg simple sbb kami pun simple aje :)

    ReplyDelete
  10. pija,
    terus kan usaha.. chaiyokkk.. walau org ckp nanti anak asyik nak melekap ajer kat ibunya... usah kesah.. terus kan usaha.. aliya dulu masa lepas pantg ade gak bg botol.. tp kejap dia, dia lebih nak direct.. sampai lah skrg dah 1 thn 8 bulan, x mau botol, so memang xde lah sesi memerah dlm tempoh 1 thun 6 bulan nih..

    tp kakyong setuju dgn hanz.. takut dia confuse puting lak..

    btw, gagahkan hati mu... teruskan usaha... pija boleh

    ReplyDelete
  11. Pija..macam kakyong cakap..takut keliru puting...use sling to bf..get tips bf in public from sarakids ya..u can do work, entertain customer & BF at the same time, trust me...

    ReplyDelete
  12. pija....

    yang paling penting bila nak bf ni mental dan emosi si ibu sebenarnya.

    Kene setiap masa without fail positif yang susu kita banyak.Susu kita cukup.

    Lepas tu masa tengah menyusu kene tetapkan hati yang baby kita akan kenyang minum susu kita.Setiap kali without fail.

    Pastu masa menyusu kita kene imagine susu mengalir keluar dan baby minum dengan bestnya.Yang ni mmg sya praktikkan sampai sekarang.Dan Alhamdulillah sgt berkesan.Sebab emosi kita ni perlu utk meransang susu tu keluar dgn byknya.


    Makanan pun kene diberi perhatian juga.Try tips2x yg mudah utk bykkan susu.Macm sya minum air soya segelas pun susu dah membuak-buak sampai bengkak breast.Rezki ALLAH.


    bf ni mmg satu rezki ALLAH bagi.Ada ibu yang dh buat mcm2x tapi susu takde juga.Sedihkan.

    So kalau kita diizinkan ALLAH utk bf (means ada susu)....jgn ngelat.Rugi tau.


    Lastly...saya sokong pija full bf ahmadi sampai umur 2 tahun.Saya doakan pija berjaya.


    p/s:anak pertama, saya berjaya susukan dia sampai 2.5 yrs.Anak kedua sekarang dah 15mos dan tengah menyusu dengan gembiranya.Don't give up pija ye.

    ReplyDelete
  13. puan hanis...terima kasih atas nasihat..setakat ni ada beberapa perkara yang awak sebut saya dah cuba buat dan alhamdulillah, so far so good..cuma satu je hal, saya malas makan (sbnrnya malas masak :P)...

    k.hanz, saya tak kekok BF in public dan skang saya dah ada satu baby sling...sangat best mengendong dia ke sana ke mari...atas nasihat kalian, saya masih tak buka botol tu dan tak perah :) insya ALLAH akan cuba direct se direct2 nya!!

    Wah...sangat seronok dapat cadangan2 dari korang...

    ReplyDelete
  14. pija, kuatkan semangat ya... direct tu lebih bagus..... memang akan ada perasaan2 jahat tu dan ckp2 org sekeliling tapi detik menyusukan nih sangat pendek. jadi nikmatinya :)

    ReplyDelete
  15. bolehnye kak pijah...qay pun still cuba fully bfeed tanpa cmpur any fm...alhamdulilah sdkit sdkit pun ada la juga rezki anak..sb qay hnya anggap takde yang tbaik mlainkan susu qay...so takde pilihan nak tak nak trus bfeed juga...

    so kak pijah boleh pnyaaa

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!