Mmm..sekarang saya banyak menghabiskan masa di dalam kedai ini. Tidak berapa lama lagi, saya akan selalu berada di sisi suami saya dan dia memilih untuk tinggal di tempat pilihannya. Saya tidak kisah, asal saja di sisi dia. Lalu, saya memberi lebih masa saya kepada kedai ini. Saya sudah mula menangkap gambar frame di seluruh kedai ni.
Semua frame, anda dapat lihat di blog Uwaiys Optometrist. Ketika saya sedang menulis ni, belum semua dapat dimuatkan di sana. Ia masih dalam proses. Saya akan buat entry bagaimana anda dapat memilih saiz bingkai dengan tepat. Berkenaan bentuk, cermin mata secara asasnya adalah lebih kurang sama. Memang serasanya pelik buat spek dengan cara ini.
Ini menjawab mengapa saya menjual bingkai ini lebih murah berbanding di kedai. Di sini, saya tidak tawarkan khidmat profesional saya. Jadi anda akan dapatkan harga yang berbaloi untuk sepasang cermin mata baru.
Beginilah saya bekerja, sebelah tangan memegang Ahmadi, sesekali menyahut panggilan Arwa, sesekali menjawab soalan Asmaa'. Mujur saja staf saya baik2 saja. Sedikit masa lagi, mungkin saya akan balik ke sini secara berkala....saya akan tetap memantau kedai ini dari jauh. Tidak dapat saya cerita betapa besar kasih saya pada kedai ini namun ia masih tiada apa2 kalau dibandingkan dengan besarnya rasa rindu untuk bersama suami dan anak2 saya.
**Terlalu beremosi, sekian di sini saja :(
**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!
samelah cam yan jaga kedai dan dalam masa yg same jaga anak..
ReplyDeletekedai bukak.. tp yan sibok kat bilik air mandikan anak..
customer dtg tp yan lak tengah pakaikan pampers anak hhehehe..
kdg2 derang ni cam tak memahami,. nampak kite tengah uruskan anak.. bawa2la bersabar.. bukannye kite tak layan.. huhu
tahniah2 kak siti..saye tabik dgn akak n family blh buat bsnes sendiri..mmgla bykk dugaan cabaran sumer tukan..tp insyaAllah will running smooth xlame lagi..bile bace ni kan,sonok btol,keje sendiri,jg anak2 sendiri..hmm =)
ReplyDeletememang best kalo dapat keja sendiri n jaga anak dalam masa yg sama...ntah bila akak boleh buat camtu
ReplyDelete