Pages

Saturday, May 01, 2010

Merancang Anak Sihat, Pintar dan Soleh

Bismillah,

Ini adalah pesanan buat adik2 yang mengandung mcm le takde kakak yang mengandung yang merancang anak sihat, pintar dan soleh. Bak kata bijak pandai, nakkan anak yang solehah bermula dari pemilihan bakal isteri itu lagi. Jadi bila dah disahkan mengandung, perkara2 yang dibawah mestilah ditekankan.

  • Banyakkan rehat, cukupkan tidur, jauhkan stress
  • Kurangkan travel ke sana sini
  • Jauhi diri dari penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, x-ray dan yang sewaktu dengannya
  • Banyakkan berdoa, banyakkan beribadat dan mengingati ALLAH
  • Cuba untuk selalu berada dalam keadaan ceria
  • Pengambilan protein adalah sangat penting untuk pembentukan otak
  • Banyakkan sentuhan pada perut anda
  • Bacakan Al-Quran untuk baby
Apa yang saya sebut ni hanyalah nota pendek yang mana elaborasinya adalah panjang berjela. Walaupun panjang berjela, saya percaya bahawa setiap ibu akan berusaha untuk melakukannya untuk kebaikan anak masing2. Bukan setakat untuk kebaikan anak masing2 tapi sebagai orang yang akan mendoakan diri kita setelah nyawa terpisah dari jasad kemudiannya.


**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

1 comment:

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!