Nombot satu, saya nak bgtau..saya bukan pandai mana pun nak cakap pasal cek tak laku ni. Cuma saja nak share sikit je pasal ni. Saya pegang cek ni pun semenjak ada kedai...kalau takde kedai maka takde la kot pegang cek ni. Satu lagi saya takde kad kredit pun. Takut hilang
Cek taku laku ni adalah cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun tapi cek tu ditolak dan dikembalikan oleh bank jika :
- ia dibuat dari akaun yang tak cukup - sebagai contoh, orang ni dia ada rm3 je dalam akaun tapi dia gi buat cek rm 30, maka cek dia tu tak laku la kan...
- ia dibuat dari akaun yang ditutup (blacklist atau muflis)
So, apa akibatnya kepada org yg bg cek tu kalau cek yang dia bagi kat orang tak laku :
- dalam tempoh 12 bulan, jangan sampai 3 kali keluarkan cek tak laku. Kalu berlaku jugak maka pemegang akaun tak boleh kendalikan akaun semasa dia dari 6-24 bulan bergantung kepada tahap kesalahan
- hubungan antara pengeluar dengan penerima cek terjejas
- boleh menjejaskan penerimaan cek sebagai kaedah pembayaran - let say sblm ni satu2 kedai terima cek sebagai bayaran tapi bila ada kes2 mcm ni, langsung dia tanak terima cek dah
- bank akan kenakan penalti kepada pengeluar cek - kalau dia bgtau kepada pemilik akaun yang cek yang dia keluarkan tak cukup duit maka orang tu akan dikenakan penalti :|
Itu aja mau dikongsi saat ni...tak sabo2 nak tunggu cek Nuffnang ni :P
salam fizah.
ReplyDeletebetul dah tu maklumat yang fiza kongsikan tu. kakchik ni dah hampir 11 tahun bergelumang dengan cek ni. ada keluarkan cek dan ada terima cek. pernah 2 kali keluarkan cek yang hampir jadi cek tak laku sebab terlupa nak tandatangan. nasib baik pihak bank telefon dan bank pun tak jauh sangat, bolehlah pergi TT. dibuatnya penerima tu deposit cek kat luar kelantan, kena tendang la cek tu. terima cek tak laku pun ada bbrp kali kerana (ni tambahan utk sebab tak laku ya) nama penerima yang salah ditulis. Salah ejaan atau salah nama, dua2 pun tak diterima.
Allahu'alam.
menguruskan cek ni memang kena teliti.. kakyong dulu masa kerja, sekali isu cek (mbuat pembayaran) sampai berpuluh keping.. sblm antor utk director sign, kena semak betul2 dulu.. sbb kdg2 staff salah print nama payee & amaun.. lepas director dah sign, kena semak semula dgn teliti.. sbb kdg2 ada tertinggal signature..
ReplyDeletedulu penah gak dapat cek tendang.. gara2 diorang salah tulis name company.. tertinggal sdn bhd.. atau tarikh postdated.. tp kami terbank in awal heheh
ReplyDeletek.chik, tp kalau tersalah tulis mcm tu kene tak surat bank negara??
ReplyDeletek.yong, buat masa ni saya tak lepas lagi staff buat cek... saya sendiri tak terhandle...huhuhu
Yan, hehe...cek postdated alamatnya kene tgu tarikh baru bole bank in.. :)