Pages

Monday, October 25, 2010

Anak Kuat Mengamuk? Cuba 5 Kaedah Ini

Bismillah,

Anak saya bukan tak mengamuk. Tapi mereka akan mengamuk kalau tak dapat apa yang mereka ingini. Kalau benda tu boleh dibagi, kami bagi tapi kalau tak boleh definitely kami tak bagi can langsung. Benda macam ni mesti jelas. Satu lagi hal, benda yang dah kita larangkan dari mereka tu, dengan kita2 sekalilah tak bolehnya.

Sebagai contoh, mereka suka tengok kartun. Bagi mereka TV sentiasa ada kartun. Malah yang mengejutkan saya, Usamah boleh stay up tak tido sampai 230 am bila dapat tengok Disney Channel. Sedangkan dia senang tidur orangnya. So, di rumah kami, terpaksalah dengan kitorang2 sekali tak tengok berita ke, what ever yang kaitannya dengan TV. Alhamdulillah selepas balik raya aritu, sampai sekarang mereka tak tengok TV lagi.

OK, so apa 5 cara nak elak anak mengamuk??
1. Ubah persekitaran yang menyebabkan dia rajin mengamuk tu. Let say dia tak suka tidur dekat adik dia, maka ubahkan tempat tidur dia. Study betul2 benda apa yang membuatkan dia suka mengamuk dan punca itulah yang kita rawat dulu.
2. Kita jangan mudah terasa kalau anak mengamuk. Dia mengamuk adalah kerana dia tak faham apa yang OK dan apa yang tak OK utk dia. So, kalau kita amik hati, satu halnya susah berkatlah anak tu dan yang kedua, dia akan terus tak faham kenapa kita buat benda tu semua.
3. Alih perhatian dia - hehe...yg ni memang selalu sangat buat. Tapi kena kreatif cari idea lah.
4. Jangan mengalah - kadang ada orang dah bosan sangat anak dia mengamuk, jadi apa yang anak dia nak masa ngamuk tu dia bagi. Ini silap la sebab lepas2 tu dia akan mengamuk lagi sebab dia tau kalau mengamuk dia akan dapat.
5. Jangan bantai dia dengan mulut (berleter) atau dengan tangan - erk....huhuhu... saya tak pandai sangat tapi kalau suami saya dia pandai nak selitkan keadaan yang telah berlaku dalam benda yang dibuat arini. Sebagai contoh ada satu hari kami bawa anak2 dengan opah tokki mereka makan. Asmaa' mengamuk sebab saya hirup Cendol Pulut Tapai dia kat balai bomba KB. Kitorang buat dek je masa tu...huhuhu...tapi ada la cakap, tgu la dalam kete kang. Pastu hari keesokan harinya abah dia dok usik2 dia pasal kelakuan dia yang tak munasabah masa tu. Maksudnya, benda yang boleh slow talk kita slow talk lah kan.

Jangan rasa terlewat untuk ubah anak anda. Berapa pun umur dia, ajar dia untuk mengawal kemarahan. Insya ALLAH dimudahkan kelak :))

4 comments:

  1. hoho..very useful.
    akan dipraktikkan kat bdk2 taski nnt..thanks kak

    ReplyDelete
  2. ada satu lg knur nak tambah. kita boleh juga praktikkan taktik "time out" mat saleh tu. maknanya asingkan anak yg mengamuk tu kat mana2 sudut atau bilik utk bg dia redakan perasaan dia. bila dia dah senyap, baru suruh dia dtg kat kita semula.

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna.. nti cuba buat lah.. tima kasih..:)

    ReplyDelete
  4. betul la k.pija,kdg2 bila anak dah mengamuk kita turutkan kemahuan dia,especially kt public sbb segan la dia mengamuk depan org.mcm ne la nak handle kes mcm ni ye?klu kt rmh mmg biarkan je dia guling2 nangis,tp takkan nak buat xtau je klu dia mengamuk kt public...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!