Pages

Wednesday, December 08, 2010

Imunisasi Yang Dibenarkan Di Dalam Islam

Bismillah,

Saye bukan doktor jadi saya tak pandai nak bercakap dari sisi medikal berkenaan imunisasi. Setelah melihat status di wall Us Hasrizal ini, saya terus saja melakukan carian di Google. Tapi sebab carian saya bermula pada jam 3 pagi, saya pun jadik penin pandaemo. Ada yang mengaitkan imunisasi dengan teori konspirasi dan ada juga yang mengatakan imunisasi ada kebaikannya yang tersendiri.

Saya taknak pun cakap pasal dos imunisasi yang disediakan di klinik2 itu. Apa yang saya nak share di sini adalah satu kaedah pertahanan badan yang digalakkan di dalam Islam. Iyya...ia tidak dimasukkan ke dalam jadual vaksinasi dalam kad klinik kita itu jadi kita kena take note sendiri ye...Yang penting imunisasi yang saya nak sebutkan ni adalah yang disukai anak2 pandaemo. Kompem diorang tak nangis punya tiap kali kita kasi benda ni...Malah kalau diorang dah pandai cakap, diorang akan kata, "Nak lagik...nak lagik!!" pandaemo


  • Susu ibu - udah dong jangan ragu2 lagi untuk (selepas ini) menyusukan susu ibu kepada anak kita. Saya tidak mahu berhujah panjang2 tentang ni sebab saya nak buat entry ini sesimple nya. Bukankah ada disebutkan dalam al-Quran tentang penyusuan susu ibu ni. Ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan anak malah insya ALLAH menjadikan anak2 itu sebagai orang yang lebih kasihkan keluarga. 
  • Mentahnik dengan kurma - nyam nyam...sedapkan kalau dapat makan kurma. Apa isi kandungan kurma carilah ek tapi yang lekat dalam kepala saya ialah, kurma mempunyai gula yang ringkas yang mudah diserap menjadi tenaga di dalam badan. Itu pasal kalau time nak berbuka kita digalakkan untuk mengambil kurma.
Bayi selalunya dilahirkan dalam kandungan glukosa yang rendah di dalam badan. Maka kita digalakkan mentahnik anak dengan kurma yang dilumatkan. Jangan pulak ada yang bagi kurma yang kasar tu. Kot ye pun nak beri dos imunisasi kat baby comeldomel kita tu janganlah lupa nak lumatkannya ya. 

Pernah dengarkan yang tahnik itu gunanya nak menguatkan hisapan susu anak? Yepp..dengan pertambahan glukosa dalam badan maka otot2 bayi akan menjadi kuat. Setelah ototnya kuat maka aktiviti pernafasan, pencernaan malah otot2 yang terlibat dalam penyusuan susu ibu itu akan turut menjadi kuat juga. 

Kebanyakan penyakit sebenarnya banyak berpunca dari kekurangan air dan kekurangan glukosa dalam tubuh badan. Jadi, kita kena banyakkan minum air dan mengambil gula ringkas seperti yang ada di dalam kurma ini sebagai makanan tambahan. Selebihnya adalah mengelakkan makanan beracun yang akan saya ulas lain kali. Takleh nak ulas sekarang nnt lari tajukpandaemo.


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

2 comments:

  1. tahnik tu,kalau mcm org melayu kita panggil belah mulut kan kak?eh, ke bukan?hihihi...

    dah vote utk cuty tuty ahmadi..gudluck!! muaah!

    ReplyDelete
  2. A'ah belah mulut Anis...tu la kau gi duduk sana guna bahasa lain... :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!