Pages

Tuesday, December 07, 2010

Wajiblah Rindu

Bismillah,

Amaran : Isi kandungan entry ini mungkin akan menyebabkan tekak beberapa orang menjadi loya akibat dari ayat gatal yang mungkin menjadi isinya .

Musim cuti sekolah kan musim saya balik kampung. Mula2 aritu saya bawa Ahmadi, Asmaa' & Arwa naik bas. Korang imejin sendirilah macam mana sengetnya saya bawak diorang malam2 buta. Naik bas no prob sangat sbb suami saya mmg akan pastikan kami naik bas betul2. Masalah timbul bila bas berhenti sebab saya memang alergi kalau kenderaan bergerak perlahan. Mula la rasa nak terkucil.

Part yang paling best adalah, saya punya sling tertinggal di rumah seorang sahabiah masa Raya Haji yang lalu. Jadi susah la sikit nak masuk toilet dengan Ahmadi. Dan yang melengkapkan lagi ketidakkeruanan saya malam itu adalah, Blueberry saya mengkamuk! Jadi saya tak dapat nak call sapa2 untuk amik kami di B'worth nanti.

Tapi alhamdulillah, Arwa nak bangun bila dia dikejutkan. Saya tanya Asmaa' sama ada dia nak tolong saya angkat beg ke atau dia nak dukungkan Ahmadi sebab ada 3 beg semuanya dan kalau dia bawa dia kene bawakkan 2 beg yang ringan. Dia kata dia nak dukung Ahmadi. Habis semua orang tengok kami. Haha..rasa macam orang kampung masuk bandar je.

Masa Usamah dan Uwaiys masih di sana, suami saya OK2 saja. Alih2 selepas hantarkan mereka ke sini, dia ala2 nak demam pulak. Eh, macam janji2 pulak yang saya pun ada lah nak demam jugak. Badan rasa tak selesa dengan bersin memanjang. Kata suami saya, "Kita kan takleh duduk jauh2..." Huhuhu...

Maka bermulalah episod suami saya. Sebab anak2 kan semua ada dengan saya, maka dialah yang selalu bagi ayat :

  • umi, sape ni nak panjat belakang abah??
  • malasnya abah nak gi cari makan. Cepatla balik....
  • boringnya umi....tolong la.....
Wuwuwuuuu....aimisyutu la. Rasa nak nangis2 je bila teringat dia dok sana. Tapi kalau nak turut sangat rasa hati takleh juga. Saya harus cover staff saya yang nak bercuti dalam cuti sekolah ni sebab kalau saya tak ada di sini mereka tak dapat nak bercuti. Tambah pulak Mira (staff saya) dapat sambung lagi pelajaran ke IPT di Melaka. Sob sob...rasa patah jugak la tangan...huhuhu...

Plus anak2 dalam cuti sekolah ni dapat masuk kelas Iqra, kelas membaca & kelas hafazan surah Yasin. Arwa yang selalu takde sibuk nak gi sekolah, alih2 kat sini sampai menangis2 nak ke sekolah. Tapi saya bayar hari2, sehari rm7. Kelas yang lain adalah RM 50 untuk setiap satu. Setiap satu kelas tu kalau contohnya kelas Iqra, RM 50 tu cover 5 hari kelas yang setiap satunya 1 jam setengah kelas selama sebulan. 

Oleh itu kanda ku yang kukasihi lagi kusayangi..terimalah dari dinda yang jauh :

Lirik Cukup Indah – Aliff Satar

Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Chorus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
Ulang Chorus 3X
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai



Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :) Jika anda ada entry menarik untuk dikongsi di page ini, beritahu saya 
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

3 comments:

  1. fuh!! memang laa kan..kalau dah biasa hidup bersama2,mmg susah betul nk tinggal berjauhan walopon sekejap je.

    anis ni,husband kena pegi Colombo je pun,tido sehari,tu pun dia call sejam skali.tu camno nk suh we all duduk msia?haihh...

    ReplyDelete
  2. ha..tu la kekdahnya...ketagih dah bau ketiak dia....kikikiki

    ReplyDelete
  3. Ko ni Pija, dalam kalut2 hang pun, jiwang jugak yer...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!