Pages

Saturday, March 12, 2011

Buat Salah Bukan Tidak Boleh Dibetulkan

Bismillah,



Siapa yang tak pernah buat salah? Semua orang pernah kan? Seperti firman Allah SWT yang bermaksud : “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28).

Juga sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 ) 
Maka siapa yang perasan suci tu, saya minta maaflah, sebab anda salah. Di saat kita rasa kita sentiasa betul itu adalah saat kita sedang melakukan kesilapan.

Saya tidak mahu bercerita tentang orang dewasa yang melakukan kesilapan. Saya ingin cerita tentang bagaimana kita perlu bertindak bila anak melakukan kesilapan. Jadi saya jadikan cerita saya sebagai contoh. Dalam hal ni, saya tabik kepada suami kerana dia bertindak bijak bila anak melakukan kesilapan.

Satu hari Asmaa' pergi ke sekolah dan membawa pulang benda yang kami larang dia dari beli. Kami larang dia beli aiskrim, kerana satu halnya kami bimbang dia masih tidak boleh menilai aiskrim yang halal dengan yang tidak. Jadi, abahnya mula menasihatinya dengan baik sekali. Jauh sekali bezanya dengan saya yang selalu tergesa2 naik suara...my bad!!

Bukan sekali itu sahaja, Asmaa' ada buat kesalahan lain tapi ketika lain itu juga, abahnya menasihati dia dengan baik. Saya rasa menyesal kerana sebelumnya saya mengugut pada Asmaa', "Tunggulah sampai abah tahu...". Ternyata berbaloi beritahu abah.

Ketika anak melakukan kesilapan, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah : BERTENANG! Ajar mereka bagaimana untuk bertenang juga bila mereka melakukan kesilapan. Tunjukkan mereka bahawa kasih sayang kita adalah unconditional love. Kasih sayang yang tidak bersyarat, yang walau apapun mereka kita akan tetap bersama mereka.

Sambil itu, kenalpasti semula apakah punca kepada kesalahan itu. Jika ia berkenaan dengan pelajaran, cuba perhatikan kenapa dia gagal. Barangkali dia perlu membaca kuat2 untuk lebih faham jadi, sediakan satu tempat yang sesuai. Barangkali, dia perlukan sempoa atau batu untuk membantunya mengira maka sediakan alat itu.

Barangkali dia juga memerlukan contoh kisah-kisah lama kita bahawa kita juga pernah gagal tapi kemudiannya kita bangkit semula. Tunjukkan bahawa kita tidak sesekali meletakkan kesalahan padanya. Bincang dengan baik dan keluarkan semangat dari dalam dirinya supaya melawan kesalahan itu dari berulang lagi.

Yang penting, kita mesti realistik. Jika anak tidak ada kemampuan untuk melakukan sesuatu, jangan sampai memaksa. Kita boleh memujuk tetapi tidak memaksa.

Saya memandang diri saya sendiri, banyak sungguh kesilapan yang saya lakukan. Kerana itulah saya perlu membaca setiap hari. Supaya setiap kali lepas pembacaan, saya akan sedar saya silap dan saya perlu ubahkannya. Sekarang, saya cuba menjadi diri saya semasa awal-awal menjadi seorang ibu dulu. Doakan saya ye?

 

3 comments:

  1. memang perlu banyak membaca untuk mengingatkan kita semula... kerana kita memang mudah lupa... walaupun belum cukup tua...

    ReplyDelete
  2. mungkin mmg sifat semulajadi seorg ibu yg akan suka membebel dulu sblm bgtahu anak2 apa kesalahan mereka. Knur pun sama selalu naik suara dulu, lps tu baru jelaskan apa kesalahan anak2.

    ReplyDelete
  3. yang baik, :) begitulah kekdahnya

    k.nur, tu yg org kata akal perempuan dihujung lidah... hukhuk

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!