Pages

Sunday, March 13, 2011

SUPERB - Simposium Penulisan Remaja & Belia 2011

Bismillah,

Semalam saya menghadiri Simposium Penulisan Remaja & Belia 2011 di Kolej Teknologi Darulnaim. Cumanya saya tidak stay sampai ke malam sebab majlis penutup adalah di sebelah malamnya. Pertamanya saya ingin sekali mengucapkan berjuta-juta terima kasih saya buat suami dan anak-anak saya yang jagakan Ahmadi semalam. Juga buat keluarga k.Nah dan suami yang membawa saya ke sana...

Pertama kali meninggalkan Ahmadi sebelum matahari naik dan pulang bila matahari terbenam! Akibatnya, Ahmadi telah menangis dari saat azan Isya sehingga ke tengah malam kerana mahu menyusu tetapi saya kesakitan sebab Ahmadi sekarang dalam fasa mengasah gigi. Oh sungguh saya rasa seperti mahu berpatah arang dalam menyusu Ahmadi sedangkan dia baru sahaja berusia setahun sebulan.

Saya menangis bersama-sama Ahmadi dan ia bagaikan drama yang susah nak diceritakan. Anak-anak yang lain cuba memujuk Ahmadi untuk minum air teh dari botol. Selang seli dengan itu saya beri juga dia susu badan tapi cukup 5 kali dia gigit saya kembali tidak tahan. Lain kali sahajalah saya cerita tentang Ahmadi ni. Saya dah mula rasa nak menangis lagi...

SUPERB - memang nampak untuk belia dan remaja. Saya barangkali sudah masuk geng 'makcik-makcik' namun bukan saya seorang sahaja 'makcik' yang hadir. Ia bagaikan satu momentum baru yang akan menggemparkan dunia dakwah insya ALLAH. Kini selepas kembali dari SUPERB, saya mahu kembali menjadi penulis yang membawa manfaat.

Yang lucunya, walaupun bagi sesetengah orang saya nampak macam makcik, tapi semalam ada yang ingat saya student KTD. Saya cepat-cepat beritahu saya sudah beranak 5 dan seorang adik telah memanggil saya dengan "Adik" tapi bila dia terperasan kedut di muka saya, memang nampak mukanya berubah.. Lihatlah betapa bezanya tafsiran usia bagi lain-lain orang.

Terkenang 2 buku yang telah saya hasilkan sebelum ini. Satu dari buku itu bagaikan tiada jiwa. Selepas penghasilannya saya telah menutup usaha untuk membuat buku lagi dan kehadiran saya ke SUPERB semalam membuatkan saya rasa ketagih untuk menaip dengan muka surat yang berjela itu lagi. Biarlah projek terdahulu menjadi batu asas untuk saya membina dakwah yang lebih mantap.

Terima kasih kepada penganjur dan para penceramah jemputan. Semoga usaha kalian mendapat keberkatan di sisi ALLAH SWT.

Wajah 3 penceramah jemputan

Pencetus mind setting di hari itu


Video gimik pembukaan


Buku yang dihadiahkan oleh Ummu Anas 
Terima kasih k.Nah kerana mendapatkannya untuk saya. 

Ummu Anas telah mengajar kami mendapatkan idea. Saya memang mempraktikkannya buat masa ini dan dengan tunjuk ajar Ummu Anas insya ALLAH saya akan cuba menjadikan setiap tulisan saya lebih bernilai dakwah. 

Co-President IluvIslam.Com
Sangat terinspirasi dengan kisah beliau mencapai kejayaan dari kejayaan personal sehinggalah kejayaan iluvislam. Beliau menyampaikan tajuk 'Penulisan Yang Menggoncang Dunia'.
Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil sebenarnya jika sitisifir ini akan menjadi seorang sitisifir yang memberi impak pada dunia penulisan tapi ia perlulah bermula dengan usaha. 

Juga beliau menayangkan kepada kami video 

Britains Got Talent - Diversity Dance Performance

Walaupun jika kita melihat video ini, ia bagaikan tiada kaitan dengan penulisan tetapi sebenarnya ada isi tersembunyi yang terdapat di dalamnya yang boleh dijadikan pengajaran dan pengajaran itu hanya boleh didapati dengan berfikir!

Saya tidak sempat lama dengan penceramah ini tapi dia menyampaikan tajuk berkenaan dengan penulisan berita. Semoga saya berpeluang untuk menuntut ilmu darinya di lain kali insya ALLAH. 

*Bayaran RM 10 untuk program ini ternyata tidak membebankan. Saya bukan berniat mencari program yang murah tetapi jika tiada program sebegini dengan yuran sebegini, maka sampai bilalah pula orang yang berminat seperti saya dapat menghadirinya...

 

1 comment:

  1. Salam..
    Saja jalan2 jenguk blog akak. Tak sangka pulak akak pernah ke ktd :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!