Pages

Thursday, April 07, 2011

Iron Baju Sekerat

Bismillah,



Zaman saya belajar di UKM dulu, saya mula bertudung labuh.Salah satu keseronokan memakai tudung labuh ini adalah, saya tidak perlu menggosok keseluruhan jubah saya. Saya hanya perlu gosok dari pinggang ke bawah sahaja dan insya ALLAH saya masih kelihatan kemas walaupun selalu mengantuk dalam kelas. Tetapi semenjak breastfeeding ini, saya rasa adalah tidak sesuai lagi untuk iron separuh sahaja dari jubah kerana terkadang saya perlu menyelak lebih sedikit tudung dari paras pinggang itu.

Suami saya pula, jarang mengenakan kemeja jadi saya jarang gosok bajunya. Cuma bila saya menggosok baju, saya akan gosok baju kemeja itu sepenuhnya. Ini adalah kerana suami saya tidak memasukkan baju ke dalam seluar seperti orang yang bekerja di pejabat. Begitu juga dengan abah saya, saya dah biasa menggosokkan keseluruhan bajunya.

Baru-baru ini saya ke rumah ipar saya di Selangor. Sangat kagum melihat mereka berdikari sendiri. Pagi-pagi mereka bangun dan menggosok baju sendiri. Apa yang lucu adalah bila melihat seorang dari anak saudara saya yang lelaki menggosok baju sehingga paras pinggang ke atas sahaja. Comelnya!! Katanya dia berjimat supaya tidak menggunakan tenaga elektrik berlebihan.

Memang dia seorang yang jimat pun. Asal keluar dari bilik, walaupun sekejap, dia akan tutup habis kipas dan lampu semua. Begitu juga kalau melihat bilik kosong yang ditinggalkan orang, dia akan tutup lampu kipasnya. Dia juga sound uminya yang tidak tutup periuk semasa masak nasi atas dapur gas. Katanya cikgunya kata itu pembaziran gas :P.

Sebenarnya, saya tak pernah lagi tengok orang lelaki iron baju separuh macam itu. Balik dari Selangor saya ceritakan kepada mertua saya anak-anak ipar saya yang sangat berdikari itu yang gosok baju separuh dan rupanya seorang lagi biras saya begitu juga. Rupanya, saya seorang yang 'perak' tak pernah tengok orang iron baju separuh.

*Teringat lak zaman UKM dulu, pernah iron jubah belah depan saja, belah belakang kedut sejuta!

 

6 comments:

  1. saya ingat saya & family saja yg guna kaedah ni rupanya ini kaedah global he he he

    ReplyDelete
  2. hehehe....klu kain memang gosok separuh yang belha pinggang jarang bergosok sebab tak nampak...jimat masa n elektrik...

    ReplyDelete
  3. hehe..dulu camtu gak..daasar malas kan..
    bg iron tang org nmpk jek..ngeh3..

    ReplyDelete
  4. Kita serupalah. kalau bj kurung tu tang kain dr lutut ke bawah je. kalau tudung sy dari selendang yang jenis x kedut. bj pon sama gak. cr jenis kain yg x mudah renyuk. kt memang suke tolong suami jimatkan eektrik kan?hehehe....

    ReplyDelete
  5. baru tau ada org iron half ja

    ReplyDelete
  6. saya pun ada teknik iron baju jugak. especially kalau baju kurung sekolah anak.

    firstly letak kain baju kurung skolah warna biru tu..

    2nd baju sekolah atas kain tu.
    lepas tu gosok baju sekolah sampai sudah. hanger kan.

    3rd, gosok kain baju sekolah yang sebelah bawahnya pulak. sbb sebelah yg atas sudah tersedia gosok..

    Jimat dan cepat. hhehe.. kdg2 berlapis2 especially Tshirt. kdg2 malas nak gosok daily tshirt. so letak aje berlapis2 bila pakai cantik aje.. tak payah gosok2 lagi.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!