Pages

Monday, April 25, 2011

Mereka Tidak Faham Lagi

Bismillah,

Semalam pagi semasa hantar makanan rehat untuk Usamah & Uwaiys, ada satu kelas sedang Pendidikan Jasmani. Beberapa budak yang tak bawa baju senaman kena denda dan mereka duduk semeja dengan saya ketika menulis perkataan dalam tulisan Cina yang tidak saya fahami. Mula-mula cikgunya suruh buat 50 tapi kemudiannya dia datang semula dan kata, "Kalau dapat siapkan 20 sebelum rehat boleh bagi kertas tu, kalau tidak, kamu kena buat 50"

Semeja dengan saya itu adalah budak perempuan Muslim yang bertudung dan beberapa non Muslim juga. Sambil buat ayat itu, yang non Muslim bertanya kepada budak yang bertudung itu, "Di rumah awak tidur pun pakai tudung ke?" dan budak tu pun jawab, "Ade ke pakai tudung masa tidur. Tudung ni pakai kalau keluar rumah aje. Tanak bagi orang lelaki tengok aje."

Saya dan seorang lagi ibu nonMuslim yang sedang bawa bekal anaknya senyum-senyum saja. Sebenarnya bilangan pelajar Cina dan Melayu di sekolah ni tahun lepas adalah sama je. 88 orang pelajar Melayu dan 87 orang pelajar Cina. Terus terang saya katakan saya risau tentang pendidikan agama di sekolah itu. Kelas pendidikan Islam mereka kadangkala cikgunya tak bunyi langsung suaranya.

Jarang sangat saya dapat dengar suara gurunya cuma kadang2 ada dengar suara budak2 tu baca ayat beramai2. Sedangkan kedudukan saya dari pintu kelas agama mereka tak sampai 3meter pun. Melainkan telinga saya tak cukup peka dengan suara cikgu agama mereka. Jadi, adalah menjadi satu tugas yang amat berat untuk saya dan suami dalam menjadikan anak2 lelaki kami yang bersekolah Cina mendapat didikan agama dari kami sendiri di rumah.

Doakan kami ya!!

 

4 comments:

  1. Insyallah PIjah & suami boleh mendidik anak2 dlm hal2 agama. Kat sekolah selalunya tak cukup pun kalau kat rumah mak & ayah tak didik dan tak ajarkan sendiri. Knur pun g suka kalau anak2 belajar dr kita.

    ReplyDelete
  2. btl k.nur, puas hati pun puas hati kan? :))

    ReplyDelete
  3. insyaallah.amin

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!