Pages

Sunday, July 03, 2011

Asmaa' : Sukaneka

Bismillah,
Update 3 Julai 2011

Masa hari sukan aritu, saya datang jenguk sekejap2 sahaja. Nampaknya saya seorang sahaja ibu yang hadir. Nampak macam ibu yang sangat tak percaya pada cikgu saja keadaannya. Masa Asmaa' sukan ni, adik2 dia pun tak pasal2 excited sekali. Saya sempat bawa Arwa saja ke padang. Sampai melalak2 la anak dara ai sebab tanak balik. 

Ingatkan Asmaa' akan stay sampai petang tapi tak pun... tengahari tu bila saya berniat menjenguk dengan sebeban roti jala, saya nampak kawan Asmaa' - Malihah - balik dengan parents dia. Takkanlah ai takkan nak tinggal anak ai tanpa kawan dia pulak kan. Kawan dia yang bernama Izzah pulak langsung tak datang sebab mak dia tak kasi. 

Asmaa' masuk satu acara. Rasanya campak pundi kacang dalam bakul. Dapatlah sagu hati tong sampah. Saya tanya dapat nombor berapa dia kata tak tau...bertuah tak?? :P







Nilah kawan baik Asmaa' yang namanya Malihah.. 
Sayang Malihah nak pindah dah ke KL semula bulan 10 nnt...
Umi plak rasa sedih sbb dalam ramai2 kawan Asmaa', yang ni nampaklah berjenis sikit...hukhuk....


*********************************************************

Hari ini Asmaa' akan sibuk dengan program ini di sekolah. Ada jemputan untuk ibu bapa turut serta esok. Rasanya saya boleh jadi tukang tengok kot kecuali ada acara mengkelek anak sambil berlari. Memandangkan abah mereka pun masih belum sembuh tangannya.

Oh..mcm mana ya rasa anak di sekolah sehingga 4 petang?
- Berapa duit belanja patut saya bagi?
- Adakah saya patut jenguk dia di tengahari?
- Adakah saya patut duduk tunggu dia dari pagi sebenarnya?

Sungguh tak ingat macam mana penglibatan mak abah saya masa saya kecik2 dulu....yang saya ingat sangat mak abah akan selalu ada di hari saya ambil hadiah tapi hari sukan saya tak sure....


1 comment:

  1. mungkin kena belajar memberi kepercayaan sikit2 kepada anak yg tengah membesar! win-win kot!

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!