Pages

Sunday, July 03, 2011

Jangan Tengking Orang Macam Kau Tu Bagus

Bismillah,

Tajuk macam bagus hehehe... Macamlah saya tak pernah tengking orang. Saya tulis ini adalah kerana pada suatu hari, saya sedang melalui jalan yang sempit. Jalan di mana kalau kereta berselisih, salah satu mesti mengalah untuk memberi laluan kepada kereta lain untuk lalu. Selalunya, yang beralah adalah kereta yang ada peuang untuk mengketepikan keretanya sekejap. 


Semasa itu, saya sedang membontoti sebuah kereta besar Nissan Murano yang dipandu oleh seorang lelaki yang kerek nak !@#$. Kagumlah suami saya yang saya boleh kenal jenis kereta sbb masa awal kawin ritu, bukan setakat tak kenal kereta, malah saya juga tertukar rim tayar dan bumper jugak!

Tiba2 datang Sang Kancil dari arah depan dan pemandunya adalah wanita. Kereta kancil tu, saya nampak dia dah cuba ketepi sehingga sebelah tayarnya dah naik atas tangga rendah rumah penduduk di situ. Walaupun susah tapi saya sudah nampak effortnya untuk mengelakkan diri. 

Sayangnya orang yang dalam Murano yang dah la tak berganjak sekalipun saya dah reverse kereta saya, menengking2 akak dalam Kancil itu. Tapi saya tabik akak tu, dia tak buat muka cuak pun tapi dia tenung orang dalam kete tu sampai orang tu belok kete dia masuk halaman rumah orang. Actually tempat dia nak mengelak adalah sangat besar tapi ye lah kalau dah kepala asap maka sori naik lorilah kan. 

Selepas tu saya selisih dengan akak tu dan saya nampak susah payah dia nak senyum pada saya. Kalau dia bukak mulut memang saya pun nak kutuk orang laki tu. Tak lama lepas tu, masa beli tiket adik saya, saya nampak tuan Murano tu tengah minum di kedai Cina. See....... memang ada masalah betul ini orang. Dah la tu cakap kuat2 macam kedai tu apak dia punya. 

Oh...saya sungguh tak suka attitude orang yang macam ni. Yang suka gunakan kemewahan untuk berlagak2 sedangkan kamu di sisi ALLAH ntah dimana nilainya. *sigh*....

Sesungguhnya saya tidak mahu kemewahan andai kemewahan itu membuat jiwa saya tidak bahagia seperti hari ini. 




6 comments:

  1. yelah, mentang2 bwk murano..boleh lah tunjuk lagak, hehe

    ReplyDelete
  2. setuju tu, mentang2 bwk keta besar, cepat lupa daratan, takpe satu hari dia akan dpt balasannya jugak

    ReplyDelete
  3. Salam...semoga kita dijauhkan dr sifat sombong n bongkak. Amin

    ReplyDelete
  4. ntah2 kereta Murano tu beli guna pinjaman bank pun. tak payah nak berlagak kaya sgt. Knur pun suka hidup secara sederhana spy kita tak lupa diri.

    ReplyDelete
  5. org kita yg rata2 mewah (bukan semua, tp kebyknya) memang jenis kurang sabar & keras hati.. lebih lagi kalo dah makan minum di kedai cina, hmm lengkap dah lah pakej dia..

    minta2 kita dijauhkan dr sikap mcm ni..

    ReplyDelete
  6. berlagaknya. x tahu ke udni ani sekadar pinjaman je. kalau ai jadi akak kancil tu, i pun nak bagi jelingan paud maut yang menusuk ke jantung jugak hehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!