Pages

Tuesday, May 24, 2011

Bersedialah Dengan Kenaikan Harga Susu Dutch Lady

Bismillah,



Saya bukan pengguna Dutch Lady sangat pun tapi dulu pernah juga guna susu ni. Sekarang, kalau dalam perjalanan ke mana2 pun ada kala beli jugak la susu Dutch Lady ni. Kami ni tak lekang dengan susu tapi alhamdulillah Pejabat Haiwan Pasir Puteh ni ada supply susu lembu segar so kami beli dari situ aje. Beza amat weih harganya.

1 liter susu segar di Pejabat Haiwan ni hanya RM 2.50 kalau nak banding dengan susu kotak yang 1 liter average RM 4.90 ke atas. Yang bestnya pulak k.Ha yang jual susu di situ baik bebeno hatinya. Kalau saya singgah nak beli susu, sama ada saya park agak2 jauh sikit dari pintu peti ais dia konon2 nak cari tempat teduh padahal nak elak dari k.Ha tu kasi susu banyak sangat. Malu muka weih asyik dapat free je...huhuhu

OK, back to the topic... Saya baca tentang kenaikan harga susu ni dari seorang rakan di FB. Lupa lak sape... dan saya nak quote lah apa yang ada dalam berita Kosmo ni.


Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.
“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.
“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.


Bukan salah Dutch Lady dah kalau dalam hal ni. Siapa yang berniaga tak nak untung?? Jadi sapa yang salah?? Erk...tak yah lah cari sape yang salah kot kan. Ada baiknya mulakan semula penyusuan susu ibu dan pandai2lah cari alternatif untuk mendapatkan satu produk dengan harga terbaik ye... :))

 

8 comments:

  1. Susu ibu susu terbaik,
    percuma lagi... tak payah beli di kedai...

    ReplyDelete
  2. hrp2 jgn lah naik mendadak..sbb kitaorg satu fmily guna susu dutch lady

    ReplyDelete
  3. Miza, setuju secara serius....

    Wida, no worry, tak lebih 10 % rasanya :) jgn sampai tak minum susu plak lepas ni...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Untuk anak-anak seusia Aqilah, Iwani dan Adlin-mmg bli Dutch Lady. Mgkn jgk sbb itu shj susu yg termurah dlm pasaran. Alhamdulillah, Bila harga asalnya Rm19++ dah bertambah jadi RM22++ dan kadang-kadang ada pasaraya yg mjual RM24++, kami ada alternatif susu lain--Nespray. setakat ni, carefour boleh tawarkan susu Nespray dgn harga paling murah RM17++...oklah. lagipun Aqilah & Iwani dah tak banyak minum mcm dl sbb dah mula mau makan-sehari paling byk pun 3 cwn-pagi (sblm p sekolah),ptg (balik dr sekolah) & mlm (sblm tido). Adlin byk skit sbb kena bahagi 2 (rumah & nurseri)--Secara keseluruhan- 3 paket (1kg)utk seminggu x RM17++..oklah tu...Nak bg susu mahal2,rs cam masih blum mampu. Yg penting mrk dpt kalsium + mkn makanan utama yg lain. Lgpun, masa depa semua dlm prut dah jenuh minum susu mahal :p -- ANMUM/ENFA MAMA. kekeke...

    ReplyDelete
  5. Ana, rasanya kalau susu segar kan Marigold lagi murah...tp susu tepung saya pun dah lama tak study sbb dah lama tinggalkan susu tepung. Skang ni boleh pulak rasa tak sedap susu tepung tu....huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. kami pun sama, selalu beli masa jalan2, buat minum dalam kereta.. compare to marigold/magnolia, dutch lady lagi sedap rasanya...

    ReplyDelete
  7. Mama Ziyad, sbb tu harga dia sikit mahal banding dua itu...ehehehe

    ReplyDelete
  8. nespray kat carefour murah? untuk umur brapa tu? saya pun nk beli jugak la

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!