Pages

Monday, June 20, 2011

BERSIH

Bismillah,

Arini saya tulis ada sikit bau bacang politik. Sebenarnya beberapa tahun lalu saya ada tanya suami macam mana kalau saya tulis berkenaan politik. Tapi suami kata tak payah lah. Memandangkan blog ni adalah medium dakwah saya, maka bimbang orang takut nak masuk lagi. Sebenarnya, politik bukanlah benda yang terasing dari agama dan kehidupan.

Saya akan bgtau kemudian tentang kenapa kita tak boleh melarikan diri dari politik tapi kemudian sikitlah kot. Nak bgtau sekarang kang tepu pulak fikiran sedangkan program BERSIH 2.0 dah hampir dekat. OK.. saya faham, perhimpunan yang sebegini adalah menakutkan. Saya mengakulah, saya pernah berada di kawasan perhimpunan ala2 begini masa saya jadi student U dulu.

Memang rasanya sangat takut memandangkan perhimpunan ini barangkali akan mendapat tentangan dari kerajaan. Maka kemungkinan besar berduyun2lah trak FRU akan membanjiri tempat perhimpunan itu. Tapi insya ALLAH jika tiada gangguan, maka tidak akan ada kekecohan. In case ada kekecohan, bawaklah spare sapu tangan basah dan selipar kedua kehkehkeh...



Himpunan Bersih 2 yang dijangka menghimpun 300,000 orang pada 9 hb Julai 2011 membuat 8 tuntutan iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Kalaupun kita tiada keberanian untuk berada sama dalam himpunan itu, berikanlah semangat buat mereka yang mahu pergi. Semoga ada penambahbaikan dalam pilihanraya akan datang. Bukan untuk apa, untuk kita mendapat kerajaan yang juga bersih. Ini tidak tertakluk kepada mana2 parti kerana andai kerajaan sekarang yang kekal maka ia akan jadi kerajaan yang lebih bersih.

3 comments:

  1. saya sokong!! DSAI pun dah reply komennya berkaiatan tak perlu pegang pada janji PM untuk pilihanraya :

    "Ruj kenyataan Ambiga-teruskan! @zairiiskandar: #fb DS bgmana dgn BERSIH JULAI? still nak guna pendekatan JAMINAN dr PM?" twitter

    ReplyDelete
  2. suami kite pun same mcm suami kak pija..dulu mintak jugak tapi die kate tak payahlah.. :)

    same2 bersihkan hati insyaAllah!

    ReplyDelete
  3. ikutkan permintaan diorg tu pun untuk kebaikan bersama... bukan mintak yg bukan2 pun.. moga selamat semuanya... insyaallah...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!