Pages

Tuesday, June 21, 2011

Faedah Berkuda

Bismillah,


Jika melihat pada gambar di bawah ni, terfikir pula kita mcm mana seorang Agong boleh bermain2?? Adakah kita sangka dia main itu hanya sekadar 'main'?? Sebenarnya menunggang kuda ini bukan sekadar main semata-mata. 


Yang Di pertuan Agong waktu kejohanan endurance di Lembah Bidong.


Terdapat banyak kelebihan berkuda : 



Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.


Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Rawatan Chiropraktik
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.


Di kawasan kami tinggal ni memang ada geng kuda. Saya ingin bgtau sekali lagi bahawasanya mempunyai kuda ni bukanlah gaya hidup mewah seperti yang disangka. Di sini kuda murah saja. Tapi sekarang musim orang beli kuda besar (kuda bimo ke apakah??). Kuda itu adalah kuda reject yang kebanyakannya telah dikasi dari National Stud Farm. Harga kalau beli terus di tempat lelongan sekadar RM 2-3 ribu tapi jangan tanyalah yang tak reject, mau harga sebijik kereta. 

Kuda kami ni biasa2 saja. Tapi Nekna adalah sangat baik dengan anak2 saya. Memandangkan dia adalah ibu mengandung maka skang dah takde sapa naik dia. 






Saya sendiri agak gayat nak menunggang kuda. Cuma pernah sekali naik dalam ketakutan. hehe.. Asmaa', Usamah dan Uwaiys dah banyak kali dah naik kuda. Siap tak payah abah dia pegang. Nantilah bila dah dapat pencen beranak baru belajar (kiranya skang ni belum nak pencen lagi lah)....ekekekeke....

4 comments:

  1. kak..
    kalau lah rumah aka dgn umah aku dekat jer..
    ari2 aku dtg main kuda.
    ni jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
    aih..
    takperlah...
    aku rela main kuda2 dgn anak2.
    keh keh keh.
    tu bukan main kuda,tu main naik badak sumbu.
    huuhuhh...

    ReplyDelete
  2. heheheh....Ayu, apa kata ko mai pindah duduk sini...eheheheh

    ReplyDelete
  3. macam best je.. tak susah ke nak jaga kuda ni...

    ReplyDelete
  4. Chekna, actually kuda ni jaga diri mereka sendiri je... kalau nak ke mana2, ikat tali panjang sikit nnt tau lah dia nk ragut rumput di mana...lbh kurang mcm jaga lembu jugak

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!