Pages

Wednesday, June 15, 2011

Iklan SERLAHKAN Yang Menyesatkan

Bismillah,

Hari ni sambil2 dengar radio I Luv Islam, saya tulis semula benda yang saya draft kan awal Mei lepas. Sekarang dah pertengahan Jun, betapa jauhnya jurang idea dan kesempatan menulis saya. Andainya apa yang saya bakal tulis ini adalah perkara baik, maka barangkali saya telah rugi lebih sebulan untuk menyampaikan sesuatu yang baik.

*Sedap pulak lagu Atina - Pada Mu Aku Berlindung ni...

Berbalik pada tajuk, (nak panjang2 pun tak sesuai dah, sekarang dah jam 3.30 ptg) saya perhatikan kebanyakan iklan2 sekarang banyak yang menggalakkan wanita menyerlahkan apa yang ada pada diri mereka.

Iklan sabun, suruh kita tunjuk kulit sebab lepas guna sabun tu kulit kesat dah jadi kulit kusut.

Iklan syampu plak kata, risaulah pasal benda yang lain tapi takyah risau pasal rambut sbb diorang dah jagakan.

Iklan ape tu...yang cukur bulu kaki tu, pun suruh pakai kain singkat2 sbb betis dah tak berbulu.

Iklan deodoran, suruh pakai baju takde lengan sbb ketiak dah putih dari muka sendiri.

Dan sebagainyalah. Sebenarnya penggunaan produk mereka tu tak salah pun cuma bila ia menjadi pengaruh kepada mereka yang tiada fahaman agama maka akan rosaklah ummah. Sebenarnya kecantikan itu tidak terletak pada putihnya ketiak, pada licinnya betis tanpa bulu, pada kulit lecin yang boleh diraba2, pada rambut mengurai tidak bertutup.

Sebenarnya kesan dari menutup aurat bukan sedikit. Ia tidak memberi kesan setakat luaran tetapi dalaman kita juga. Memang panas permulaan pakai, tapi lama kelamaan tapi di suatu hari bila keredupan hati telah hadir, maka insya ALLAH panas pada kulit akan pergi sendiri. Saya dengan penuh rasa rendah diri, mengajak sahabat2 yang belum lagi menutup kepala agar mulalah dari detik ini. Bimbang tiada kesempatan untuk melakukan perubahan kelak.

*Sila baca link ini untuk mengetahui Tutup Aurat Dari Sudut Sains Fizik

*Teringin sekali ada iklan di Malaysia yang dengan kata2 begini ; "Jagalah auratmu, biar ALLAH jaga dari sisi yang lain". (Sesekali verangan jadi penerbit iklan aci tak??)

*Banyak nak ditulis tapi anakanda Asmaa' nak exam minggu depan...perlu sama2 membebel study dengan dia...
 

3 comments:

  1. btol kak pijah, ngepeng di msia payoh nk jupo yg molek. kalu ado mesej molek pong, ngepeng time nok rayo jah huhuhuh

    ReplyDelete
  2. So lagi Yatie, tiko nak Merdeka...ehehehe

    ReplyDelete
  3. ate dah yg buat iklan tu rami cha ya nun alif dan sewaktu dgnnya.
    huuh
    btw kak.
    jemput join contest yer..
    http://iceboxrivet.blogspot.com/2011/06/sidratul-muntaha-besday-ga-2011.html

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!