Pages

Thursday, June 16, 2011

Contest Anak Ayah

Bismillah,

Lama dah tak masuk contest. Hari ni datang angin lintang pukang ai nak masuk contest. Contest ni dianjurkan oleh Puan Nina. Saya dah jumpa Nina sekali masa biras saya buka kedai di Johor tempohari. Tapi time tu Danial jual mahal dengan saya...jadi tak dapatlah nak ganyang dia lebih2. 


Gambar yang nak dicalonkan adalah :


Gambar ni adalah gambar Ahmadi dengan abah. Setakat ni Ahmadi lah anak bongsu lelaki. Jadi kawan guling-guling abah adalah Ahmadi. Sebab tu kalau Ahmadi tak ada, abah cepat menjadi rindu. Walaupun kasih sayang abah pada anak2 sama saja, tapi sesungguhnya Ahmadi sangat bertuah kerana dilahirkan setelah Abah dan Umi mempunyai kesedaran yang cukup untuk menjaga pemakanan Ahmadi. 

Kalau dulu, anak menangis dalam pantang, abah akan keluar pergi mencari susu, Kini keadaannya sudah jauh berbeza, abah akan tolong umi untuk menyusukan Ahmadi. Masih umi teringat masa Ahmadi suka menggigit semasa menyusu. Umi nangis2 tau sebab tak tahan sampai rasa nak surrender je menyusu. Tapi alhamdulillah abah jadi penawar kepada kesakitan umi. 

Selain Uwaiys, Ahmadi juga mewarisi genetik pandai buat lawak dari abahnya. Kalau dia mula buat lawak, dah lena pun abahnya terjaga semula. Semoga satu hari nanti Ahmadi akan selalu kenang abah dan umi dan adik beradik ye... 

3 comments:

  1. ohhh Ahmadi yang comel!

    alhamdulillah abah dah prihatin untuk bagi yang terbaik untuk Ahmadi =)

    k. pija hari tu tertinggal tuala Danial.hehe.tapi malu nak tanye

    thanks ye join =)

    ReplyDelete
  2. Salam....smg berjaya Ahmadi. sedey je baca entry nih. huhuhu...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!