Tuesday, March 15, 2011

Petua Elak Anak Gigit Ketika Menyusu

Bismillah,

Sudah banyak hari saya nak ceritakan tentang hal anak menggigit ketika menyusu ni. Saya menangguhkannya kerana masih berharap ada solusi kepada masalah saya ini. Hari ini, saya ingin menulis tentangnya kerana saya telah bertemu dengan caranya. Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami yang penuh dengan ilham dan tidak lokek pula untuk membantu.

Sejujurnya semalam saya ada mesej kepada suami untuk membelikan susu formula. Saya tulis mesej itu dengan linangan air mata. Saya kecewa jika saya tak dapat menyusukan Ahmadi lagi. Kalau tidak kerana Ahmadi demam, saya tidak senekad itu menghantar mesej. Sehari sebelum itu, saya telah meninggalkan Ahmadi seharian kerana menghadiri SUPERB dan barangkali dia kurang menyusu dan demam semalam.

Bukan sekali itu saya menangis kerana digigit. Sakit itu memang sakit, tapi sebenarnya saya benci dengan perasaan 'saya mahu berhenti menyusu' yang muncul dalam diri saya. Saya sebenarnya masih ingin menyusukan Ahmadi. Namun, kesakitan yang saya tanggung kadangkala membuat saya menggelupur, menghentak-hentakkan kaki dan macam-macam lagi untuk mengalihkan rasa sakit digigit.

Memang hasil dari kurang sabarnya saya, saya pernah juga marah kepada Ahmadi dan dia menangis sehingga mengalir airmata dan saya rasa sebagai ibu saya sangat jahat. Selama beranakkan 5 orang itu, Ahmadi seorang sahajalah yang menggigit dan saya tidak pernah kisah semasa dia menggigit dengan gusi dulu tetapi sekarang dia menggunakan 4 batang giginya dan dia bukan gigit di bahagian areola tetapi dia gigit di bahagian hujung.

Saya pernah bertanya dari Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan dan mereka memberi saya dengan nasihat di bawah :

  • Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
  • Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
  • Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
  • Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
  • Cuba lemaskan dia sekejap dengan PD namun berhati-hatilah dengan kaedah ini. 

Suami saya pula membantu saya dengan menyebut perkataan ' la' ' yang bermakna jangan dalam bahasa Arab. Setiap kali suami saya menyebut la' Ahmadi akan faham dia tidak boleh buat benda itu. Kemudian, dia akan pegang Ahmadi dan bila sahaja dia nampak Ahmadi melepaskan puting untuk menggigit bahagian hujung puting, suami saya tolak semula supaya kedudukan saya dan Ahmadi rapat. Dia melakukan ini berulang kali. Hasilnya hanya dalam kurang satu jam Ahmadi tidak menggigit lagi.

Ia bagaikan satu kejayaan besar. Bermula malam tadi dan hari ini, saya enjoy semula sesi penyusuan langsung saya. Alhamdulillah... sekarang, saya mahu katakan kepada suami-suami, siapa kata anda tiada apa yang boleh disumbangkan dalam penyusuan susu ibu?

Sebagai tambahan, kepada sesiapa yang ingin mencari ibu susuan kepada anak mereka, anda boleh berkunjung ke sini untuk maklumat lanjut. Saya mendapat maklumat ini dari Mommy Lyna MS. Wallahu a'lam :)


 

7 comments:

  1. my nuha pun suka gak geget2 hujung puting tu sampai mengalir air mata ni, tapi bila dia geget jer eliss lemaskan dia dengan PD, lama2 dia serik..hehehe

    ReplyDelete
  2. ayu klu kena gigit baik dak ara atau setot..
    petua yg sil ayu ajo
    picit idung dia smpai dia lepaskan puting tu
    then bg dia isap blik.
    takpun..
    kepam muka anak pada kopek..
    automatik dia akan lepaskan..
    huhhuh..
    mgm sakit kak..
    akak kena kat ujung yer
    ayu dah kena kat sume dah..
    siap berdarah2 pun ade..
    tpi aku tak eltih ank susukan budak2 ni
    aku sapu ler losyen smbil menangis syahdu bak fauziah latiff punya lagu: teratai layu di tasik madu...
    huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

    ReplyDelete
  3. Eliss, a'ah ramai yang guna cara tu tapi Ahmadi ni kalau kita buat macam tu nanti dia tarrrrrikkkkkk panjang2...ahahaha

    k.su, kalau takleh control kencing memang boleh terkencing punyalah!

    Ayu, akak ni tak sampai tahap berdarah lagi selepas Ahmadi dengan Arwa dilahirkan... memang menyusu ni banyak cabaran dan mujurlah ahkak engkau ni tak mengalah cepat...actually nak mengalah dah tapi suami suruh terus berjuang ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  4. will face da problem soon sebab my boy baru je mengeluarkan 4 batang gigi...dan dah try nak gigit manja, tapi sy cepat2 masukkan jari dalam mulut dia supaya dia x terus menggigit :)

    ReplyDelete
  5. bg saya suami adalah perunding yg plg memahami dlm menghadapi anak2.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!