Bismillah,
Sila tengok Youtube di atas dulu. Saya mula terkenang semua guru2 saya yang pernah mengajar saya seawal saya berada di tadika sehinggalah saya di peringkat UKM. Ada beberapa guru yang benar2 memberi bekas di hati saya. Mm...saya bukan lupa nama mereka tetapi saya memilih untuk tidak menyebut kerana saya bimbang ada yang tidak saya sebut nanti.
Mari saya nak ceritakan pengalaman saya di matrikulasi. Pertama kali seorang guru memegang bahu saya sewaktu sesuatu sedang mengganggu emosi saya. Waktu itu saya baru 17-18 tahun. Saya mengalami kecelaruan identiti. Saya barangkali terkejut kerana sebelumnya saya bersekolah di sekolah perempuan saja. Banyak sekali pergaduhan yang terjadi antara saya dan budak lelaki.
Bila nak dikenang balik, saya memang paling ingat saat cikgu tu pegang bahu saya. Dia tidak berkata sepatah pun tapi air mata saya melimpah2 menceritakan kepadanya 1001 masalah yang saya hadapi ketika tu juga tanpa sepatah kata. Sungguh ajaib saat tu, saya terdengar suara lunaknya dalam minda dan jiwa saya. Ntah kemana cikgu kesayangan saya itu.
Di Taayah tidak ketinggalan, semua guru ibarat ibubapa kami di sekolah. Saya tidak boleh fikir satu nama guru pun yang sambil lewa dengan pelajaran kami. Saya jadi menitik air mata kerana menanggung rindu yang teramat kepada keluarga besar saya itu. Masa memang tidak akan terulang kembali tapi semua kenangan di sana, memang saya akan selalu ingat.
Tak lupa di Methodist. Mesranya kami dengan cikgu2 sampai selalu bertandang ke rumah. Itulah zaman yang saya rasa guru adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Semoga semua guru yang pernah mencurah ilmu kepada kami akan selalu berada dalam perlindungan ALLAH sentiasa.
Berkenaan Youtube di atas. Gembira sekali kan jika kita memberi perubahan positif kepada seseorang. Tidak perlu menjadi guru sebenarnya. Kita hanya perlu menjadi orang yang baik sahaja. Dengan menjadi orang yang baik, orang di sekeliling kita akan membuat perubahan sama. Jadi, marilah renung diri...banyakkah telah kita ubah diri dan orang lain? Sekurang2nya mengubah anak kita???

Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)
cikgu yg sebegini selalunya akan sentiasa diingati anak murid..sbb dia bersama kita bukan hnya sekadar guru tp..
ReplyDeletebetul....saya rindu sangat kat diorang huhuhu
ReplyDelete