Tuesday, February 14, 2012

Menyembunyikan Kegembiraan Bukan Tidak Mahu Berkongsi

Bismillah,

Pernah tak situasi ini terjadi kepada kalian?

Korang dapat durian runtuh. Korang rasa seronok lalu korang pun update Facebook. "Alhamdulillah........ Syukur kepada Ilahi atas rezeki yang diberi", atau "Wah, teloq itik kami hari ni 185 bijik! Alhamdulillah!!". Tiba2, keesokan harinya keadaan sebaliknya berlaku. Tiba2 tiada jualan dicatatkan. Hujan pula turun lebat selebat2nya sehingga itik tidak bertelur. 

Saya doa semoga kalian tidak ditimpa kejadian seperti di atas. Tapi saya mahu juga bercerita sedikit tentang kejadian seperti di atas. Ia benar-benar berlaku sehingga saya telah terfikir satu dari hikmahnya, iaitu ada baiknya sembunyikan sahaja kegembiraan itu kerana tidak semua kegembiraan turut membuatkan orang lain gembira bersama kita dan barangkali timbul pula dengki di hati mereka, nauzubillah.

Saya pernah beberapa kali terlalu teruja dengan sale di kedai. Pernah juga sangat gembira dengan hasil kebun ternakan yang banyak. Saya selalu mahu kongsikannya di Facebook. Konon2 tiada niat nak menunjuk2 tetapi sekadar nak bgtau yang kita gembira.Kadang2 tu pula bila ada yang telefon atau tegur dan bertanya, saya pun jawab jujur tentang rezeki itu. Tidak lama selepas itu, keadaan sebaliknya berlaku.

Jadi dari situ, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa tidak semua rezeki yang didapati itu boleh diberitahu. Bila orang tanya, "Macam mana sale?" saya jawab mudah, "Alhamdulillah, adelah dari tak ada..". Bila ada yang bertanya "Berapa telur arini?" pun jawab "Bolehlah..". Kecuali pada keluarga yang terdekat sangat barulah diceritakan.

Begitulah teguran ALLAH. ALLAH tidak mahu hambaNya menunjuk-nunjuk. Juga tidak mahu menimbulkan dengki pada orang lain. Ini antara natijah yang saya dapat hasil dari diuji beberapa ketika sebelum ini. Ternyata, selepas itu, kasih sayang ALLAH sangatlah luas. Ia tidak datang dalam bentuk yang kita jangka.

Semoga ALLAH pelihara hati2 kita ini dari sifat2 mazmumah yang tercela. Amin.....



PTSB1107 Sebarkan Cinta-Mu (Novel)
Fatimah Syarha

RM31.00  

Monday, February 13, 2012

Jangan Perkecilkan Pekerjaan Orang

Bismillah,

Suatu hari, saya nampak ini di wall Aiman Azlan. Kenal tak dia?? Dia adalah Vlogger.


Aiman AzlanI remember my mom said to me and my brothers, "Do not belittle the garbageman. His job is a noble job. Imagine if the garbageman didn't pick up our trash? Our neighbourhood will stink."
Allah doesn't look at the size of your paycheck, rather He looks at the sincerity of your heart. Do it mainly for the sake of Allah and you will see how big your "paycheck" is in the Hereafter.


Kemudian, saya ada pula ternampak seorang dari FB fren saya yang menerima mesej  yang 'agak hampeh' dengan bunyi begini :

 "Jgn terus2 menipu dgn produk MLM awk dan 4Life tu. Tak baik. Tak berkat." Wah... Nak ikhtiar mencari penawar sakit pon still nak pk menda tu MLM ke bukan? Tanak join MLM dah le.. Beli produk, setelkan dl penyakitnya.. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ bukanlah jamin 100% tp, ramai dah cuba ramai yg sembuh.

And now, I just wanna tell U something... This is typical Malay. Asal tak ada standard punya pekerjaan, kita pandang rendah. Asal kita tak berkenan dengan produk orang, sempat pula hantar mesej sedangkan saya tau sangat kawan saya ni tadi, tak promote pun orang masuk ahli, dia hanya promote produk. So, kat mana MLM yang bunyi hina sangat tu?

OK.. saya pun bukan kaki MLM. Saya pun cuak gila kalau agen MLM mana2 jenama sekalipun datang dekat saya bawak sistem piramid dengan fail dan borang terutamanya. TAPI.. tak lah sampai deny kebaikan2 yang dibawa oleh produk dia melainkan yang nampak sangat mengarutnya macam 'gelang besi' ke apa tu.

Kenapa saya kata jangan perkecil apa pekerjaan orang lain?

Tahukah anda bahawa cari duit tidak mudah? Bila seseorang dapat peluang untuk mencari duit, dia sangat berharap beberapa RM yang dia dapat hari tu dapat dia belanjakan untuk keperluan hidup dia secara halal. Itu lebih baik dari dia kopak pintu rumah anda dan curi harta orang terutamanya yang tak bersedekah tu. Dan jika disukat pada penilaian ALLAH, akankah dipandang ribu2 masuk dan ribu2 keluar dari poket kita itu? Bukankah yang dinilai adakah harta itu didapatkan dengan cara halal atau sebaliknya?

Bagi mereka yang diperkecilkan pula, janganlah ambil hati. Itu bukan sifat yang selayaknya diamalkan oleh Muslim. Kerana itu ALLAH menyuruh kita bersabar kerana dengan bersabar tingkat iman kita akan meninggi. Manalah tahu, dengan sedikit rezeki itu, berkatnya dapat dirasai ke anak cucu.

Saya sebenarnya berkata begini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya mempunyai kedai cermin mata. Tiba2 saya menjual produk yang berkeuntungan rendah seperti IPhone, buku dll. Bagi mereka yang gembira dengan apa yang saya lalui ini, musibah yang saya lalui ini tidak saya pandang sebagai sesuatu yang merosakkan. Mungkin ada yang kata, "You deserve it Pija...Padan muka kau."

Saya tidak lemah dengan kesinisan itu. Malah saya mensyukuri seringgit dua yang saya dapat itu. Saya tidak mahu 'rasa malu' dipersendakan menghalang saya dari rasa seronok kerana keuntungan sedikit itu saya dapati dengan cara tidak berhutang. Berbeza sekali dengan pendapatan kedai spek saya itu, sekalipun 'masuk' tapi akhirnya keluar dengan tidak sudah-sudah membayar hutangnya.

Susah nak describe benda ini. Jika kalian ter'rebah' sekali seperti saya maka anda akan rasa apa yang saya rasa ini. Tetapi, janganlah minta untuk rebah demi untuk memahami keaadan ini. Cumanya, kita sama2 cuba untuk tidak memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan seseorang dalam usahanya mencari rezeki. Semoga dengan itu, hidup kita lebih berkat hendaknya.


KPBK1014 Hidup Sekali, Manfaat Selamanya
Dr. Muhammad Musa Asy-Syarif

RM15.90  


PTSB1103 Minda Muslim Super
Dr Danial Zainal Abidin

RM35.00  


Sunday, February 12, 2012

Kaedah Menghentikan Anak Meragam - Seni Mengabaikan

Bismillah,

Anak saya bukanlah tidak meragam terutamanya yang berumur 2 - 3 tahun. Bila saya sembang-sembang dengan suami, dia pun bersetuju bahawa peringkat umur ini anak-anak kami memang suka mengamuk. Kalian tahu apa yang kami lakukan??



IGNORE!!
ABAIKAN!!

Yes! Ia berbunyi dan kelihatan kejam, pekak dan tak peduli pada anak. Mertua saya pernah kata, kami ni dah terlampau lali dengan bunyi anak menangis sampai tahap anak menangis kami buat derk. Sebenarnya, tidak semua peringkat umur anak kami abaikan macam tu. Kalau bawah setahun insya ALLAH kami tak akan biarkan dia menangis berlarutan.

Anak-anak yang mula meragam ini kebiasaannya anak yang sudah ada kemahuan. Mereka mahukan permainan, mahu makanan dan pelbagai kemahuan lain. Jika mereka mengamuk perlukan makanan especially ketika mereka lapar, janganlah bertindak kejam dengan tidak memberikan mereka apa yang mereka perlukan. Tetapi kaedah itu pastilah tidak sama ketika mereka mengamuk mahukan jajan.

Kami sama sekali tidak akan memberikan mereka jajan, game dan banyak lagi perkara yang kami perhatikan buruknya melebihi kebaikan. NO MEANS NO. Seingat saya, Ustaz Hasrizal di SaifulIslam.net juga ada menyarankan 'seni mengabaikan' kepada anaknya Imad.

Anak mengamuk ini adalah situasi terpilih. Pada perkara yang kita katakan tidak, tunjukkan kepada mereka yang TIDAK ADALAH TIDAK. Jangan cepat mengalah dengan kemahuan mereka kerana masa akan datang mereka akan lebih kuat memberontak kerana mereka akan menggunakan saluran meragam itu supaya mereka dapat sesuatu yang mereka mahukan.

Bersabarlah sementara dengan amukan mereka itu. Mereka perlu mengambil masa untuk memahami apa yang mereka mahu itu tidak bagus untuk mereka. Saya pernah baca sesuatu arahan atau larangan selalunya terpaksa diulang 200 kali sebelum nasihat kita itu lekat dalam kepala mereka. 200 itu barangkali memakan masa setahun lamanya memandangkan setahun pun memakan masa 365 hari :).

Sementara menanti mereka berhenti mengamuk itu, dada kita akan sentiasa bergelombang, kepala kita terasa penuh, suara kita serasa mahu keluar dengan kuat, semua barang terasa hendak dihempaskan... Ya! Itu adalah simptom biasa yang akan kita alami untuk bersabar. Tarik nafas panjang-panjang dan ambil wudhu. Syukurlah sehari 5 kali kita akan mengambil wudhu untuk solat, kalau tidak kita tidak akan menjadi seorang yang penyabar, percayalah!!

OK, di bawah pula adalah tips untuk mengelakkan anak dari mengamuk dan cara menanganinya jika mereka mengamuk di pusat membeli belah.



Bagi mengalihkan perhatian mereka, berilah mereka IPhone ini semasa shopping!



Now your kids also can have IPhone 4S! 
New IPhone 4S Learning System (High Quality)
Ratio- 1:1 , Size as IPhone 4S
200 learning function
Song, Words, Animal

FUNCTION
1) Learning Words
2) Spelling Ability
3) Math Ability
4) Vocabulary Developement
5) Pronunaciations
6) Recognition Ability
7) Music Talent
8) Independent Learning Ability
9) Pages Interactive
10) Learning Card
11) Touch Screes/Press Screen

Price : RM29 (Peninsular Msia)
RM36 (West Msia)

This item is Pre Order means NO READY STOCK!!!
For those interested to order, please booked RM10 per item.
ETA : 21/2/2012

*Available in White & Black*
Pls take note this IPhone 4 is just a toy. Dont expect more :)
*Not Real IPhone 4
*No 3G
*No WIFI
*No Swipe
*No Games
*No Camera
TQ :)
***Wholesale Are Welcome :)


Saturday, February 11, 2012

Babywearing Meet-up in Kota Bharu

Bismillah,

Kejadian berlaku pada 24 Januari yang lalu. Mereka ini semua sangat baik dan comel juga. Saya tiba lewat berlagak mcm mem besaq jadi orang lain tak mula lagi. Beberapa minit selepas saya tiba, acara pun bermula. Saya masih baru sebenarnya dalam babywearing ni walaupun sebenarnya saya dah gunakan ring sling dari 2011 lagi bersama Ahmadi.

Bagi newbie, bacala ini yepp :

I am new to babywearing and clueless. How do I go about it?
1) Join a babywearing group ( https://www.facebook.com/groups/malaysianbabywearers/ and http://www.malaysianbabywearers.org/ ). Ask around, join their discussions, look at pictures. It will give you some idea about babywearing.
2) Join a babywearing gathering at your local place. This way you get to meet other babywearers and try the different types of carriers.

3) Learn about the different types of carriers. Pouch. Ring sling. Mei tai. SSC. Wrap. You don't need to immediately go into details. Just get to know what they are, what the differences are, what are the pros and cons.

4) Choose at least 1 carrier that is safe and suits your needs and requirements. Your baby age, who will be wearing, the local weather, where you will be using it, etc. DON'T buy a bag sling, and don't waste your money on a crotch carrier.

5) Learn the correct (lots of Youtube) and most importantly, SAFE (read on babywearing safety) way of wearing.

6) Practise. Practise. Practise.

3) Learn about the different types of carriers. Pouch. Ring sling. Mei tai. SSC. Wrap. You don't need to immediately go into details. Just get to know what they are, what the differences are, what are the pros and cons. 
4) Choose at least 1 carrier that is safe and suits your needs and requirements. Your baby age, who will be wearing, the local weather, where you will be using it, etc. DON'T buy a bag sling, and don't waste your money on a crotch carrier.
5) Learn the correct (lots of Youtube) and most importantly, SAFE (read on babywearing safety) way of wearing. 
6) Practise. Practise. Practise.



Ini adalah semua yang hadir :)


Pijah tu khusyuk ka ngantuk?? kekekek...





SAngat kagum dgn Shahida Radze dan Liza Yaakup Snuggbaby sbb diorg bglah spesis mana pun carriers diorang boleh guna. Nama pun tokeh kan?? Cuba tgk budak atas kerusi tudung kuning dgn baju merah tu... Mau aku tak khusyuk???


Ini adalah part yg best juga.. kami anak beranak layan murtabak saja.. :)

Saya malu nak try macam2 carriers sbb saya risaukan Arwa dgn Asmaa' yang mempelopori rumah ni secukup rasa diorang. Plus dah masuk Asar masa saya sampai tu dan saya pun dah berwudhu jadi dalam kepala asyik ada 'bila aku nak solat ni?'. Tapi saya nak bagitau babywearing adalah best dan bak kata k.Fardia masa tu, "Baby yang kita wear dengan baby yang kita tak wear adalah sangat berbeza. Baby yang kita wear sangat baik dan tidak meragam."



Saya juga perasan rupanya cara saya pakai sling sebelum ni adalah salah dan Shahida Radze dah betulkan. Sekarang saya lebih confident untuk pakai sling ini sama ada sms anak berbaring atau duduk.



Tapi kalau anak dah besar, pakai stroller marhaen ni pun ok ;)




Strokid Stroller
-Boleh Lipat
-Bahagian Depan Boleh Buka
-Ada Brake
-Berat 3.5kg




Selling Price : RM135 (Excluding Postage

Postage utk semenanjung : RM 10
Postage Sabah Sarawak E-Parcel RM18

Color Available
Green 2
Blue Turqoise 1


Friday, February 10, 2012

Keibubapaan Tanpa Hukuman dan Ganjaran

Bismillah,

Saya mula menyemak semula email saya yang dah mencecah belasan ribu. Itu baru dalam Yahoo, belum lagi Gmail. Kalau bagi cikgu Matematik kira mau jumlahnya bila dibundarkan ke rumah puluh ribu yang terdekat adalah 30,000. Sayang nak delete tau kenapa? Sebab saya rasa semuanya berisi. A'ah mmg sangat banyak trash dalamnya dan ada spam juga tapi saya akan slow-slow buka dan tengok yang mana berguna dan yang mana tidak.

OK! Tajuk di atas. Sekarang masanya saya mesti muhasabah diri semula. Beberapa minggu lalu saya mungkin ada masalah dan masalah itu membuatkan saya letih untuk marah-marah. Tapi marah-marah saya bukan hilang sepenuhnya pun, ia mungkin berkurang sebanyak 1 dari 5 bahagian marah yang mana satu bahagian mungkin mewakili angka 4 atau 5. Err..ni nk cakap pasal parentingkah atau matematik?

Berbalik kepada saya letih untuk marah. Maka terfikirlah saya adakah ALLAH memberi saya ujian ini untuk mengurangkan kemarahan saya kepada anak-anak? Barangkali itu menjadi salah satu sebab kenapa saya diberi ujian. ALLAH menjadikan saya dapat melihat, apabila saya berusaha keras untuk mengurangkan marah, simpati anak-anak kepada saya menjadi lebih tinggi dan mereka menjadi disiplin dengan sendirinya.

Cuba tengok video ni (if it is still available) :



Kalau kat Malaysia ni payahlah sikit kot nak jumpa cerita-cerita atau dokumentari yang macam ni. Yang ada banyak tunjuk aktiviti remaja, cari artis mi segera, fesyen, hiburan dan lain-lain tapi bila saya korek Youtube tentang parenting, masya ALLAH banyaknya ilmu yang sebenarnya berasal dari akhlak Nabi tapi kita kata teori tu semua dari orang kafir.

Oh..sebenarnya tidak susah mana nak disiplinkan anak-anak. Tidak perlu hukuman dan tidak perlu rasa bersalah pula kerana tidak memberi ganjaran. Kita akan menjadi susah untuk tahu cara bercakap dengan betul jika kita tak tengok contoh. Oleh itu, cubalah untuk buka Youtube dan carilah di sana sini cara macam mana seorang ibubapa patut bercakap dengan anaknya.

Jangan salah faham pulak ye. Youtube orang Malaysia pun ada banyak juga macam yang korang boleh tengok ada pada Farah Sarakids, Watie GBOB dll. Kena rajin cari dan tengok. Selepas banyak kita tengok contoh-contoh mereka ni kita akan rasa, "Lah... senang je rupanya!". Memang! Sebenarnya sangat senang berbaik-baik dengan anak.

Jika kalian mahu tips lebih bagaimana nak bercakap dengan anak-anak, boleh dapatkannya di link ini. Tapi bagi saya ia subjektif. Belum tentu kita dapat apply semua tips itu kerana apa yang lebih kita perlukan adalah common sense sahaja. Tapi sementara common sense tu nak sampai, kadang-kadang tu memang sempat meleleh air otak (bak kata Qay) jugaklah. Semoga setiap dari kita dikurniakan kesabaran dalam mendidik generasi soleh solehah kelak.




TBBK1211 Marah Tapi sayang
Hilmi Isa

RM20.00  



MRBK1005 Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik
Razali Saaran

RM19.90  


PTSB1055 Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam
Mazidah Muhammad

RM15.00  


PTSB1097 Mendidik Anak Lelaki
Adnan Hasan Salleh

RM30.00  


PTSB1017 - Mendidik Anak Perempuan
Abdul Mun'im Ibrahim

RM18.50  



TBBK1011 - Menangani Anak Bermasalah
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90  

TBBK1030 - Anakku Hebat Anakku Soleh (Kulit Keras)
Haji Zahazan Mohamed

RM39.90  

TBBK1043 - Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90