Bismillah,
Masya ALLAH terasa rindu hendak menulis di bongkah ini lagi. Selepas apa yang saya alami beberapa minggu (bulan) lepas, saya masih berdikit-dikit bangun semula. Bukanlah saya hendak kata muncul semula di alam online ni adalah keutamaan tetapi dengan adanya komputer dan internet ini, saya lebih cepat bangun semula. Tinggal di rumah membuatkan saya perlu mencari ilmu dan seterusnya kekuatan untuk saya bawa bersama ketika mengharungi ujian ALLAH dan semua itu lebih mudah saya dapati dengan membaca pelbagai artikel dan juga komen kawan-kawan di internet.
Saya rasa sungguh terharu dengan apa yang telah K.Yong lakukan untuk saya. Sebenarnya dia tak perlu buat begitu pun. Cepat atau lambat saya pasti akan muncul juga di sini kerana minat saya ada di sini. Tetapi itulah yang saya mahu katakan, K.Yong dan sahabat2 ini adalah fren indeed. Eh..bukan maksud saya mereka yang tidak turut serta dalam projek k.yong itu bukan 'kawan sebenar' saya. Setakat doa kalian sahaja saya telah banyak bangun dari kesedihan saya.
ALLAH itu Maha Penyayang. Dia menunjukkan cara untuk saya kembali kepadaNya. Saya masih ingat lagi, ketika saya mula cuba dibawa oleh beberapa sahabat untuk lebih mengenal kesyumulan Islam. Saya mula sedar bahawa dunia itu sementara. Dunia itu tidak hanya ada pada markah di kertas peperiksaan. Dunia itu tidak hanya mengejar pekerjaan yang berpangkat-pangkat tetapi ia adalah satu persinggahan di mana di sini kita diuji sehingga satu saat kita akan kekal di sana.
Mengalirlah airmata saya ketika mengenang K.Yong telah merendah diri meminta kerjasama sahabat lainnya sewaktu mahu menolong saya. Saya faham sangat perasaannya apabila kita mahu menolong tetapi kemampuan terbatas. Tetapi ukhuwwah yang terbina dan terjalin erat sesama kita telah menjadikan kita saling menguatkan. Tidaklah saya mahu apa yang telah saya lakukan dulu berbalas kerana pertolongan dari manusia sebenarnya hanyalah kecil berbanding pertolongan dari ALLAH SWT.
ALLAH SWT telah menggerakkan hati-hati mereka ini membantu saya dan dengan bantuan kalian, saya merasa kasih sayang ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH memberi bantuan dari arah yang tidak kita jangka sama sekali.
Kalian, saya kembali online bukan untuk bermain-main. Hadiah kalian adalah amanat buat saya. Saya akan gunakan hadiah kalian ini dengan baik dan diharap semua yang akan saya lakukan dengan hadiah ini akan membawa manfaat sekalipun dengan hanya update tentang anak-anak saya. Bagi saya dakwah tidak perlu terlalu formal. Insya ALLAH kalian akan mendapat bahagian seperti yang telah ALLAH janjikan. Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik penghitung.
Kalian, sesungguhnya saya berada di sini sepantas ini adalah kerana bantuan kalian. Terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih... terima kasih... terima kasih.... Sungguh saya malu dengan kalian.............
Terima kasih buat semua yang mendoakan!!!

- Zie Fauzie | Ziefauzi [dot] com
- Yus | ~Blog Yus - Our Life~
- Ajumohit | ❤SweetFamily❤
- Yana | Becoz I Am Kelantanese...
- Mama Yatie | Duniaku Di Sini
- Yatie Chomeyl | ~ Yatie Chomeyl: Sushi cicah budu ~
- Cikgu Normah | klcitizen
- Linda @ MamaPayish | FB
- Puan Kutu | Ini Cerita PUAN KUTU...
- kak mega @ teratai | Kelip-kelip kehidupan...
- Ummi Hanie | Ummi Hanie [dot] com
slmt kembali bersiaran kak peeja
ReplyDeleteYatie, ailebyu..tenkiu so much atas jasa dan doa
Deletesemoga terus bersiaran dan dapatlah baca coretan pija lagi dan lagi dan lagi... hehehe
ReplyDeleteBersiapsedialah kalian esok! Muahahahaha
Delete