Wednesday, January 30, 2019

Kesepian dan Kesunyian : Apa Yang Kita Perlu Tahu

Bismillah,

Rasa sunyi atau sepi ini adalah satu emosi yang universal (semua orang akan rasa) dan kompleks (semua orang ada alasan tersendiri kenapa rasa sunyi). Kesunyian ni bukanlah disebabkan oleh satu punca tunggal semata-mata.

Sebagai contoh, anak kecil yang baru masuk alam persekolahan, akan rasa sunyi kerana belum berkawan lagi. Rasa sunyinya itu berbeza dengan sunyinya seorang lelaki tua yang kematian isteri yang sangat dikasihinya. Puncanya pun sudah berbeza maka penyelesaiannya sudah pastilah tidak sama walaupun mereka sama-sama sunyi.

Orang yang merasa sunyi ini tak semestinya dia duduk seorang diri tanpa orang lain dia rasa sunyi, kadangkala meskipun dia dikelilingi teman pun dia tetap masih terasa sunyi juga. Mereka mahukan perhubungan dan komunikasi dengan orang lain tapi minda sunyi mereka itu telah menghadkan perhubungan mereka dengan orang lain.

PENYEBAB
Kalau nak diikutkan oleh kajian pakar, sunyi juga adalah besar kaitannya dengan genetic (kajian oleh Dr John Cacioppo, Tiffany dan Margaret. Dan... saya tidak pandai nak mengulas panjang tentang kajian ini 😅😅😅. Kita sembang apa yang dalam common sense kita sahaja.

Banyak punca lain seseorang itu merasa sunyi seperti dipulaukan, baru berpindah ke lokasi baru dan penceraian. Kematian seseorang yang sangat dikasihi juga boleh membawa kepada kesunyian. Jika melarat, ia akan menyebabkan seseorang itu merasa depressi dan kurang keyakinan diri.

RISIKO KESIHATAN
Kesunyian akan beri kesan kepada kedua-dua fizikal dan mental seseorang :

+ Kemurungan
+ Rasa hendak membunuh diri
+ Penyakit kardiovaskular dan stroke
+ Rasa lebih tertekan
+ Menurunkan daya ingatan dan lemah dalam pembelajaran
+ Anti sosial
+ Selalu salah membuat keputusan
+ Lebih mudah nyanyuk

Orang yang sunyi cenderung untuk mengambil diet tinggi lemak, tidur mereka tak jenak (tak lena) dan selalu keletihan. Malah, jika tidak kuat iman, mereka ini akan terjebak dengan arak dan dadah. Kesunyian juga boleh mengganggu sistem sel dalam badan sehingga seseorang itu lebih cepat tua berbanding usianya.

PASTIKAN KITA ADA KAWAN RAPAT
Tak perlu ramai, 3-4 kawan yang kamcing sudah memadai. Namun apa yang terjadi kepada masyarakat kini adalah, mereka banyak meluangkan masa dengan sosial media yang mana persahabatan seperti itu ibarat di awang-awangan sahaja.

Terdapat kajian di US, sejak 1985 lagi bilangan orang yang memiliki kawan baik menurun mendadak tiga kali ganda dan ia bertambah teruk dengan adanya internet. Maka, eloklah jika kita mencari kumpulan kecil untuk membuat satu halaqah atau usrah yang mana kita selalu akan berhubungan dengan mereka ini.

KESUNYIAN BERJANGKIT?
Perasan tak, kalau kawan kita menguap, kita menguap juga. Sunyi pun boleh berjangkit juga. Jika kita berkawan dengan orang yang kesepian ini, dan kita tak bantu dia keluar dari kesepiannya itu, maka tak mustahil kita juga akan mengalami seperti yang dia alami juga.

TIP UNTUK MENGELAKKAN KESUNYIAN
In syaa ALLAH, kesunyian boleh diubati. Kita sendirilah yang perlu sedar dan berusaha untuk melakukan perubahan. Perubahan itu sedikit sebanyak akan menjadikan kita orang yang lebih gembira, sihat dan kelak juga boleh memberi aura positif kepada orang lain di persekitaran kita. '

+ Perlu sedar bahawa diri sendiri itu sedang sunyi dan mesti ada rasa hendak berubah

+ Perlu faham bahawa kesunyian akan memberi kesan kepada fizikal dan mental kita

+ Sertai program kemasyarakatan atau apa sahaja aktiviti yang kita berminat dengannya. Dengan ini, secara tak langsung kita akan dapat kawan baru dan lebih mudah untuk menghubungkan jalinan sosial dengan orang sekeliling

+ Dalam ramai-ramai kawan itu, fokus kepada mereka yang mempunyai sikap, minat dan nilai yang sama dengan kita.



+ Positiflah. Memang diri kita sendiri yang perlu berdoa yang baik-baik, jangan sehingga ALLAH biarkan kita sendirian, bimbang nanti kita ditemani syaitan pula.





Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Untuk Mengatasi Konflik Dalam Perhubungan Dengan Skil Komunikasi Yang Efektif

Bismillah,

Konflik dalam perhubungan memang sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Kata P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Mungkin kita perlu belajar untuk memandang konflik sebagai perkara lain selain dari masalah. Ya! Walaupun konflik itu memang adalah satu masalah 😅😅😅 (pada asalnya).

Apa yang menarik pada setiap kali berlaku masalah adalah, bagaimana seseorang itu menanganinya yang mana penyelesaian yang mereka gunakan itu akan lebih merapatkan mereka lagi atau mungkin juga itu akan memisahkan mereka. Kelak, jika anda berhadapan dengan konflik, simpan tip ini dan in syaa ALLAH anda akan berjaya mencipta hasil yang lebih positif.

KEKAL FOKUS 



Ada di antara kita yang suka mengungkit perkara dulu. Ya, walaupun kita rasa apa yang kita lalui sekarang itu sangat relevan dan hampir serupa dengan masalah yang pernah kita hadapi dulu dan kita dah jemu pun hadapi masalah itu berulang kali. Namun malangnya, perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.

Lebih mengelirukan seandainya pasangan kita juga mengungkit juga perkara lalu. Bukankah itu lebih menyusahkan dalam mencari penyelesaian? Maka, cubalah untuk tidak mengungkit kisah lama, kekal fokus pada keadaan yang sedang berlaku pada masa itu sahaja untuk mencari penyelesaian.

DENGAR DENGAN TELITI
Kadangkala kita rasa seperti kita mendengar apa yang pasangan kita sedang cakap, padahal sebenarnya kita sedang berfikir apa pula nak cakap selepas pasangan kita itu berhenti bercakap.

Jadi, bagaimana kita mahu pastikan yang kita ini memang sedang benar-benar mendengar?

Salah satu caranya adalah jangan potong percakapannya dan jangan juga terus berhujah bila pasangan kita bercakap. Dengarkan kepadanya semula apa yang anda telah dengar darinya. Disitu sahaja mereka tahu bahawa kita memahami dan mereka akan lebih bersedia untuk mendengar apa yang kita perkatakan pula.

CUBA LIHAT DARI SUDUT PANDANG PASANGAN ANDA 
Dalam konflik, kebanyakan dari kita ingin berasa didengari dan difahami. Kita banyak bercakap dari sudut pandang kita supaya pasangan kita memahami kita. Betul, kita memang mahu difahami namun seandainya kita berlebihan dalam fokus kepada sudut pandangan kita, maka ia akan jadi seperti bom jangka.

Cuba untuk benar-benar melihat dari sudut pandang pasangan kita itu, barulah kemudiannya kita akan dapat menerangkan pandangan kita dengan lebih baik. Mungkin kita perlu banyak bertanya kepada pasangan kita untuk memahami mereka. Pasangan kita in syaa ALLAH akan lebih bersedia untuk mendengar bila mereka tahu yang kita pun memahami mereka.

RESPON KRITIKAN DENGAN EMPATI
Apabila pasangan kita mula mengkritik diri kita, memang selalunya kita akan rasa mereka salah dan mulalah kita membela diri. Walaupun kritikan selalunya sakit untuk didengari dan selalunya pasangan kita akan berlebihan kerana dia sedang beremosi, namun adalah penting untuk kita dengar kesakitan yang dialaminya dan respon dengan empati.

Mungkin, disebalik aduannya itu, ada banyak ruang untuk diri kita memperbaiki diri dan keadaan.

MENGAKUI KESILAPAN DIRI  



Sewajarnya kita patut sedar bahawa tanggungjawab peribadi kita adalah kekuatan, bukan kelemahan. Salah satu ciri komunikasi yang efektif adalah mengakui kesilapan. Mungkin dalam sesuatu masalah yang berlaku, bukan hanya sebelah pasangan kita sahaja yang salah, mungkin juga ada salahnya juga kita ini.

Maka, mengakui kesilapan sebenarnya akan memberi contoh yang baik dan ia juga menunjukkan kematangan. Biasanya, jika ada pihak yang mengakui kesilapan, maka akan lebih cepatlah persefahaman dan penyelesaian berlaku.

MULAKAN MESEJ DENGAN "SAYA"
Daripada kita menyebut, "Awak ni suka buat perangailah!" cuba untuk mulakan ayat dengan "saya" dan buat pasangan sedar tentang perasaan kita. Contohnya, "Saya kecewa betul bila benda ini berlaku". Ini akan membantu pasangan kita memahami pandangan kita dan dia tak terasa sangat kita nak menyerangnya.

CUBA KOMPROMI
Daripada kalut untuk menang berhujah, lebih baiklah kita mencari solusi yang boleh menyenangkan kesemua pihak. Menang berhujah biasanya sebelah pihak sahaja yang akan berpuas hati, masalah tidak selesai juga. Komunikasi yang sihat melibatkan kesepakatan dalam sesuatu keputusan yang mana dalam keputusan itu, kesemua pihak akan lebih berpuas hati.

TIME-OUT
Kadangkala, bila keadaan dah panas sangat untuk berbincang, eloklah jika ambil masa untuk bersendirian sehingga keadaan mengizinkan sekali lagi untuk berbincang semula. Tak guna juga berbincang dalam keadaan bertekak dan meninggi suara. Tambah pula jika ada anak yang memerhati atau suara kita dah melangkaui dinding rumah sehingga terdengar oleh jiran pula.

JANGAN PUTUS ASA
Bimbang juga, selepas kita menyendiri, kita akan putus asa dan berhenti menyelesaikan masalah. Kembali semula dan cari jalan penyelesaian terbaik sekali lagi. Biasanya, kita akan sampai ke level ini apabila tips terdahulu tidak dapat dilakukan dengan baik. Besar kemungkinan, besar benar konflik yang sedang dialami itu.

MINTA PERTOLONGAN JIKA PERLU 
Sebenarnya banyak kaunseling, atau mungkin ahli keluarga dan sahabat handai kita boleh menjadi orang tengah kepada masalah yang kita alami itu. Cuba ajak pasangan untuk hadir bersama namun andai kata dia tidak bersetuju, tidak menjadi masalah jika kita hadir bersendirian.

Tips tambahan :

Ingatlah bahawa tujuan komunikasi yang efektif mestilah mencapai persefahaman bersama dan kebaikan bersama. Kedua pihak mesti merasa OK dengan keputusan dan penyelesaian yang dicapai. 

Walaupun kaedah ini tidak semestinya akan menyelesaikan masalah disemua keadaan namun jika ia diamalkan, ia akan menjadi satu pegangan dimana pasangan itu akan kekal bersama sehingga ke akhirnya. 



Ingatlah bahawa adalah penting supaya kita kekal hormat antara satu sama lain walaupun ada masa kita tak suka dengan tindakannya 😅. 

Saturday, January 26, 2019

Jom Kurangkan Penggunaan Beg Plastik.

Bismillah,

Hitung diri...

Sejauh mana diri kita terlibat dalam usaha menyihatkan kembali bumi kita.

Perasan tak, jika kita ke supermarket, staff yang menjaga kaunter akan memasukkan barang-barang yang kita beli ke 2-3 plastik yang berlainan.

Dia akan asingkan bahan pencuci satu plastik, sayur satu plastik, bahan kering dapur satu plastik.

Sudahnya kita keluar dengan 4-5 bungkusan plastik yang kadangkala tidaklah padat mana pun.

Ya, adalah terlebih baik jika kita bawa shopping bag siap-siap dari rumah. Namun, andai kata terlupa juga, ada tak kita berusaha untuk meminta agar staff tadi mengurangkan plastik seboleh mungkin?

Tahu kan, mereka tu barangkali terikat dengan SOP kerja yang mengarahkan mereka mengasingkan item itu... melainkan keadaan tak sesuai untuk satukan barang yang kita beli, itu lainlah.

Kerap kali saya pergi ke AEON Mall untuk mencari beberapa barang bila dah alang-alang ke KB. Memang jadi kebiasaan saya akan beli beberapa roti untuk alas perut dan ubat hilangkan mengantuk waktu drive balik nanti.

Saya akan minta staff itu letakkan saja roti-roti tu dalam satu plastik dan mereka sangat hargainya.

"Sayang ke plastik, bukan boleh guna dah lepas ni".

Mereka balas, "Kalau macam akak faham tak apa lah. Kalau orang lain, kena ngepek kitorang ni"... Alahai....

Kadang tu, bukan mereka yang tak beri kerjasama, tapi kita ni yang tak ada kesedaran kan?

Kita perlu tahu, perubahan kecil yang kita lakukan ke arah kebaikan akan tetap memberi kesan yang besar kepada alam kita ini.


Apakah dia essential oil itu?



Bismillahirrahmanirrahim,

Apakah dia essential oil itu?

Essential oil adalah minyak beraroma yang dihasilkan dari tumbuhan sama ada daunnya, bunganya, buahnya atau mana-mana bahagian tumbuhan itu.

Bagaimana ia dihasilkan?

Saya tak pasti jenama lain, tapi jika essential oil dari Young Living, ia diekstrak dari kaedah distillation dan cold pressing. Hanya hasil yang tidak tercemar sahaja digunakan untuk produk ini.

Essential oil ini ada dua kumpulan :
1. Single oil - ia terhasil dari satu sumber sahaja.
2. Blend oil - ia terhasil dari gabungan beberapa single oil.

Ramai orang anggap essential oil ini hanya sekadar aromatherapy. Sekadar nak bau-bau bagi sedap aje. Sebenarnya ia lebih dari itu. Ia boleh dijadikan sapuan dan ada yang boleh makan tapi kena study dan tanya orang yang pandai dulu.

Ia juga adalah bahan asas dalam kebanyakan produk natural seperti balm, losyen, spray, minyak sapuan, kosmetik, bahan penjagaan wajah dan badan dan lain-lain.

Pelik ke penggunaan essential oil ni?

Pernah tak bau bauan di spa? Masuk spa aje rasa relax tenang aje....

Atau pernah tak rasa aman damai je bila nak minum kopi sebab bau kopi yang tersebar di udara?

Atau ingat tak bau mandian selepas bersalin?

Lagi...

Pernah tak bila anak selsema batuk kita sapu Vivicks?

Atau bila anak kembung kita sapu minyak yuyiyoya?

Apa bahan dalam tu? Pernah kaji tak? Tapi kita percaya pula dengan penggunaannya kan?

Tau tak benda tu kita boleh buat sendiri guna essential oil yang kita ada dan kita boleh kawal apa yang patut dan tak patut yang boleh disapu pada anak kita?

Image may contain: text

Baik, siapa yang dah lama simpan hajat nak memiliki essential oil ni, jangan simpan lama-lama ðŸ˜…. Tambahan pula yang nak beli set starter kit di bawah ni. Sebabnya, akan ada perubahan harga bermula 15hb ini.

Dan.. kalau rasa harga starter kit ni berat, belilah sebotol demi sebotol mengikut keperluan.

WhatsApp saya dengan klik link ini :


Friday, January 25, 2019

Bagaimana Jika Seorang Ibu Mahu Berperanan Sebagai Ibu Sekaligus Ayah Sekiranya Ayah Tidak Berperanan Dengan Baik

Bismillah,


Susah jugakan bila keadaannya, seorang isteri yang ada suami, namun suaminya tidak berperanan seperti yang diharapkan?

Tajuk ini sebenarnya berat untuk saya tulis. Saya bimbang ada pula yang akan terasa dihati. Saya juga runsing jika apa yang saya tulis tu barangkali akan menjadi beban kepada sesetengah orang.

Maka, saya nak buat disclaimer sedikit ya... Penulisan ini hanya sekadar pandangan. Kalian berhak setuju atau sebaliknya. Mana yang boleh diambil sebagai panduan, silakan, namun jika sebaliknya, anggap sahaja ini adalah bacaan biasa sahaja.


Manalah ada hidup di dunia ini yang sempurna. Sekalipun, di zaman kita ni, kita dilihat dapat the best man in the world, bila balik rumah menghadap suami, ada juga sesekali terasa bengkek di hati. Betul tak?

Maka, faham dah disitu bahawa hidup ini memang medan ujian dan... tugas kita sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta adalah berjalan di atas garis yang telah ALLAH tetapkan buat kita.

Tetaplah menjadi isteri yang solehah


Sungguh, bila kita diuji dengan suami, memang berat terasa dihati nak menyulam kesabaran tu. Namun, jika kita berusaha dengan sedaya upaya mendidik diri kita untuk bersabar, maka ALLAH telah menjanjikan ganjaran dan nikmat yang besar di akhirat kelak.

Maka, bersabarlah. Janganlah disebabkan bengang dengan suami kita bertindak meninggikan suara kepadanya. Jangan juga sampai membelakangkan dia dalam apa jua tindakan. Pendek kata, tetap terus jaga adab kita sebagai seorang isteri.

Hanya ALLAH jua tempat kita bergantung


Bukankah setiap hari kita melafazkan ayat dari surah alFatihah yang berbunyi

 Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ﴿Ù¥﴾

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Ya, inilah masanya kita boleh menunjukkan keimanan kita kepada kalamuLlah itu. Ketahuilah bahawa tidak ada benda di dunia ini adalah milik kita. Hati kita sendiri adalah milik ALLAH, apatah pula hati suami kita. Maka, dari ALLAH jualah kita memohon doa dan pertolongan semoga ALLAH lembutkan hati suami dan semoga dia sedar akan tanggungjawab yang perlu dia pikul dalam rumahtangga. 

What You Give, You Get Back


Perhatikan ayat (janji) ALLAH pada ayat dalam gambar di atas. 

Serasanya, boleh tak kita cuba begini, "Andai aku jadi baik untuk suami aku, suami aku mesti akan baik pada aku juga nanti. Kalau aku rasa sekarang ni laki aku tak cukup baik dengan aku, maka aku kena lagi baik pada dia supaya dia makin baik pada aku". 

Ya, tahu... ini susah! Ini membuat hati geram! Tambah pula, kalau kita dah baik pun dengan dia tapi dia tak juga baik dengan kita. Tambah lagi jika kita harap hasil sepantas kilat. Memang boleh sakit jiwa dibuatnya. 

Namun disini kita tetap wajib akur bahawa kebaikan itu datangnya dari ALLAH maka yakinlah, ALLAH akan beri juga kebaikan itu pada masa yang sesuai. 

Apatah pula, melakukan kebaikan akan menenangkan hati SEANDAINYA KITA IKHLAS. Yang jadi tak tenang dan senang tu, barangkali adalah kerana dalam keadaan ini ALLAH nak didik diri kita menjadi lebih ikhlas, lebih sabar. 

Ya, dalam kepayahan kita terpaksa didik diri kita menjadi lebih baik setiap hari. 

Sampaikan keinginan dihati, luahkan permintaan kita


Cari masa yang sesuai, untuk kita berbicara dengan suami tentang apa rasa hati. Andai kata kita dah bersikap lembut dan baik kepadanya, in syaa ALLAH peluang supaya kita didengari adalah besar. 

Usahakan untuk bercakap terus dengannya, namun andai tak kesampaian, cubalah menulis dari hati. Beritahu dia bahawa kita sangat perlukan dia untuk bersama-sama mengemudi rumahtangga. Beritahu dia, anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayangnya. 

Paling penting, beritahu dia apa yang kita nak dia buat dengan jelas dan terang.

"Sayang, tolong ajar anak mengaji"
"Abang, tolong mandikan anak"
"Yang, boleh tak ambilkan anak dari sekolah?"
"Bie, ai tak sempat masak, anak lapar pula, nak masak dia meragam. Yu tolong jagakan anak kejap ya?"
"Bossku, best nya kalau awak jadi imam kami *wink wink*"

Maklum saja, orang laki ni, kalau ayat putar belit madah pujangga ke bulan turun balik bukannya mudah-mudah dia faham. Maka, cakap tu biar terang, jangan kona baring sampai terlentang di selekoh nan tajam. Gituuuu..... Boleh tak?

Hargai perubahan dia ke arah kebaikan



Yang ini yang selalu kita failed nak buat. Pada Tuhan kita tak bersyukur, pada manusia kita tak berterima kasih. 

Dengan manusia ni, andai sahaja kita tidak menghargai perubahannya kepada kebaikan, malah masih mengkritik dan memberontak lagi maka mana mungkin dia akan kekal memberi kerjasama kepada kita dengan lebih baik. 

Pucuk pangkalnya, adalah bagaimana usaha kita menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita agar suatu hari nanti tempat pulang kita di akhirat nanti adalah SYURGA YANG ABADI. 

Selalulah berdoa semoga kita dan ahli keluarga kita akan berpimpinan sehingga ke syurga. 



Monday, January 21, 2019

Tahukah Kenapa Anak Kita Suka Mengamuk Pada Kita Ibunya Tapi Elok Sahaja Dengan Orang Lain?

Bismillahirrahmanirrahim 

Hehe... bunyi macam biasa kan? Punya la hai drama budak kecik yang bila kita tengok geram amat pula rasa. 

Tapi tunggu, jangan cepat sangat rasa rimas ibu-ibu. Ada sebab kenapa anak kita macam tu... meh kita perhati dulu dialog biasa yang kita dengar dari orang lain. 

Drama 1 
Cikgu taska : Masya ALLAH Puan, macam mana agaknya Puan ajar anak Puan ya? Baik sungguhlah dia di sekolah. Baru masuk pun dah pandai bawa diri.
Ibu : Sengihhhhhhhhh aje 

Drama 2 
Ibu baru balik dari mesyuarat jiran-jiran (contoh.....). Tadinya, masa mesyuarat, anak ditinggalkan dengan ayahnya. 

Elok sampai di rumah, anak meragam bukan main. 

Ayah : Eh! Tadi masa dia duduk dengan saya, takde pun cenggitu. Elok je main takde nak meragam-ragam. 

Hahaha... 

Benda macam ni boleh ditangani dengan beberapa respon dari kita tapi yang pasti ia adalah dua pilihan sama ada mahu bertindak positif atau negatif.

NEGATIF - mengamuk balik pada anak, silap haribulan ayah dia sekali kena hamun hahaha. OK, maleh eh nak describe lebih-lebih. Fikir sendiri la kot. 

POSITIF - Sabar je.... sabar...... sabar.... sabar.... haha ok relax, kita habiskan bacaan eh!

Ada teori indah disebalik air mata dan tantrum anakanda kita ni sebenarnya. 

Ini adalah kerana kita, IBU, MAMA, UMMI, MOMMY adalah tempat yang mereka rasa selamat untuk bersama. Kitalah tempatnya untuk mereka datang dengan segala jenis masalah mereka itu. Mana lagi mereka nak pergi kalau bukan dengan kita? Kan?


Terpaksalah kita terima hakikat bahawa kita adalah tempat pelupusan sampah dan emosi yang tidak menyenangkan yang ada pada diri mereka. Tanpa kehadiran kita, sebenarnya anak kita dah pegang benda tu sepanjang hari dan pastilah dia tak selesa.

Sekiranya anak bertindak begitu di hadapan kita, ini bermakna yang sebenarnya kita adalah seorang ibu yang baik dan kita telah melakukan tugas kita sebagai ibu dengan betul. 

OK, sekarang... kita pun nak juga lepaskan hangin kita ye dak 😂😂😂😂😂. Jadi, bila dah setel dengan anak tu, terus pandang cik abang kita pulak. Siaplah dia lepas tu kan?? Hahaha... 

"Abg, take me away". Itu yang selalu saya cakap pada suami when I’m done for the day. I’m sure you’ve been there too – whether it’s frustration or just too tired to calm down.
Frustrated tu biasa kalau dah jadi ibubapa ni kawan... tapi alhamdulillah, ada cara yang best untuk selesaikan masalah ni. 
Macam mana tu? Kita belajar sikit buat calming essential oils blend yang didoakan in syaa ALLAH akan membantu kita semua untuk settle down peacefully and promote a restful sleep.
Bahan :
  • 5 titik lavender
  • 5 titik cedarwood
  • 5 titik vetiver
  • carrier oil
  • botol 5 ml 
Caranya :
  1. Masukkan semua essential oil tu dalam botol 5 ml tu
  2. Penuhkan botol tu dengan carrier oil
  3. Tutup semula botol tu dan goncangkannya. Kalau saya, saya prefer selepas sehari dua baru guna supaya minyak tu boleh berbincang sesama mereka dalam botol tu kan macam mana nak settle budak atau orang tua meragam ni hahaha... 
Oh ya, kalau kalian bukan essential oil user dan nak cuba benda ni, meh WhatsApp saya ya. In syaa ALLAH saya cuba tolong mungkin buatkan untuk anda, atau kalau nak beli botol berasingan dan bancuh sendiri pun saya akan cuba bantu ya. 0199515058

Ok, itu je nak share dengan semua kali ni. Biasalah.... mana ada ibu bapa yang rasa senang nak jadi ibubapa kan? ALLAH beri semua keadaan ni kepada kita supaya kita belajar untuk sabar. 
Nah, belanja korang gambar Arqom anakanda saya yang kelapan yang sedang nangis dipangkuan. See, anak ko nangis pun ko boleh amik gambo lagi kan hahahaha