Friday, October 05, 2012

Berkorban Kerjaya

Bismillah,

Berkorban kerjaya bagi saya adalah meninggalkan kerjaya sedia ada untuk mengejar cita-cita atau sasaran tertentu.Bagi saya sendiri, saya telah meninggalkan kerjaya asal saya untuk membina perniagaan sendiri. Sesungguhnya kita tidak pernah dapat mengetahui untung nasib kita jika membuat keputusan seperti ini.

Namun jika difikirkan kini, sekalipun saya tidak semewah sebelum ini tetapi dari segi menjaga keluarga, saya cukup berpuas hati. Saya dapat mengatur masa dengan lebih selesa kerana jadual hidup saya tiada yang mengawal. Saya dapat menyusukan anak saya sendiri walaupun 3 anak saya yang sebelum ini saya rasakan mustahil untuk menyusu sendiri. Saya juga dapat mengawal anak saya sentiasa memandangkan mereka sentiasa di depan mata saya kecuali mereka telah mula bersekolah.

Jika dapat dibezakan antara 3 anak yang terawal dengan 3 anak yang kemudian ini, sesungguhnya besar beza antara mereka terutamanya dari segi perkembangan dan kesihatan. Jika sebelum ini bangun malam untuk membancuh susu, menyalin lampin dan mungkin melayan anak muntah adalah agenda biasa tetapi kini alhamdulillah tiada lagi semua itu.

Jika dahulu ubat demam, batuk dan selsema sentiasa ada di dalam peti dan stok vitamin juga menjadi koleksi, kini kami cuba mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum susu segar dan menanam kebanyakan sayuran seperti kangkung dan buah-buahan seperti betik dan markisa untuk keperluan harian.

Saya juga dapat masak sepenuhnya untuk keperluan di rumah dan sehingga ke sekolah di mana anak-anak akan membawa bekal air tangan kami sahaja. Dengan cara ini kami dapat menjaga sistem pemakanan mereka dan mengelakkan sebarang perasa, pewarna dan pengawet. 

Setelah anak-anak sihat, perkembangan minda mereka juga lebih memberangsangkan. Maka pada ketika ini tiada ibubapa yang akan mengeluh kerana anak-anak sihat dan cergas.

Semua ini tidak dapat kami lakukan sekiranya masih makan gaji. Sekalipun ada yang melihat tindakan kami sebagai terkebelakang tetapi bagi kami tidak. Selepas dari keputusan nekad itulah hubungan saya dan suami menjadi semakin akrab dan kami menjadi lebih gembira. Setiap hari yang dilalui adalah hari yang indah kerana melihat senyuman mereka.


Thursday, October 04, 2012

Pesan Buat Suami Bila Outstation

Bismillah,

Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan yang terpaksa mengharungi alam PJJ dengan suami. Oh, saya pernah melalui saat itu dan terasa tidak mahu mengulanginya lagi. Bukan nak bermanja sangat dengan suami tetapi rasanya segalanya menjadi lebih licin bila umi dan abah ada bersama.

Jadi, kepada para suami, bila anda mahu outstation atau kerja atau mungkin keluar minum kopi saja, berikut adalah perkara yang perlu anda pertimbangkan kerana anda akan meninggalkan isteri anda :

1. Ucapkan selamat tinggal ~ say la bye bye sikit. Ni sedar-sedar dah takde dah suaminya.

2. Beri nasihat yang baik kepada isteri ~ as easy as 'jaga diri baik2 ya sayang' sambil selak rambut depan bini (wah... kang ade yang tak jadi outstation hahaha)

3. Baca doa musafir :


4. Pesan kepada isteri untuk doakan kesejahteraan anda pergi dan pulang

5. Duit poket jangan dilupa ya ~ kang ada yang mati kering kat rumah haha..

6. Selesai urusan, segera pulang ~ jangan singgah sana singgah sini, apetah lagi joli sana joli sini. Sesungguhnya seksa jiwa orang yang menunggu ni sebenarnya.

7. Bawa pulang ole-ole ~ tak perlu besar, beli untuk anak2 saja isteri tumpang bahagia sebab tak ramai bapak2 yang ingat anak bini masa di luar rumah.

8. Target masa tiba ke rumah ~ jangan balik tengah2 malam time bini tengah lena ke.. Nanti takde sape yang sambut, awak juga yang sentap. Hihi...

9. Erkk.. cuba usahakan bawak juga bini keluar bersama ~ Kan berdua lebih baik?? Hehehe

Okeh... Kesian Pijah dah lama tak menulis dalam blog kans? Arini biar dia tulis biarla dia meroyan pun kehkeh... :P


Sunday, August 05, 2012

Bila Anak Mengigau Menangis Malam

Bismillah,

Arwa sudah kali kedua minggu ni mengigau malam. Mengigau yang menangis2 dan berjalan2. Selalunya Uwaiys yang begitu tapi rasanya dah lama Uwaiys dah berhenti mengigau. Kadang2 diorang ni mengigau sebab nak ke toilet. Lepas kita pimpin ke toilet dan mereka lepas hajat maka lenalah mereka semula.

Tapi kadang tu bukan sebab nak ke toilet pun. Saya kalau anak2 mengigau yang nampak lain macam, cepat2 saya peluk diorang dan baca ayat kursi. Itu je yang saya amalkan. Insya ALLAH memang tak sampai 3 kali berhentilah dia mengigau.

Saya peluk tu supaya dia dengar kita baca ayat kursi tu. Rasanya kita boleh beza kot anak ngigau dan mengamuk. Kalau mengamuk pulak, saya akan bacakan Zikir Ya Latif. Ini pun sangat mujarab juga. Itu je nak share... Pendek saja kali ni :)

Saturday, August 04, 2012

Salad, Acar & Kerabu

Bismillah,

Dihari yang panas, rasa malas banyak kali sekali nak masak. Maklumlah, asal pasang api je habis panas satu dapur walaupun kalau diikutkan dapur kami tu angin masuk berkoyan-koyan lajunya. Jadi, salah satu cara yang senang, mudah, sihat (dan apa saja perkataan positif boleh digunakan) adalah dengan buat salad, acar dan kerabu saja.

Salad tomato
Paling ringkas saya suka buat salad tomato (okeh, aku pandai2 bagi nama ek). Caranya adalah potong dadu dua biji tomato. Kemudian guna satu bawang putih (kalau boleh buang empulurnya) dan cincang. Gaulkan mereka semua dengan garam secukup rasa (garam betul tu diletakkan sehingga rasanya cukup ~ bukan cukup rasa megi tu). Tak payah dah buat sayur okeh...

Kerabu
Kebanyakan kerabu, kalaupun nak kena guna api adalah bakar dan celur saja. Kemudian bahan lain boleh dikacau tanpa api. Saya suka buat kerabu yang bersantan. Sebab ia berkuah dan sedaplah pendek katanya. (Nak cerita panjang pun bulan puasa ni hehehe...)

Di sini saya bagi link kot2 kalian nak cari resepi. Saya buat entry ni sebab saya nak bagitau senang nak buat dan sihat dan fresh plak tu aje.. hehehe
Resepi Salad : http://www.myresipi.com/tags/salad
Resepi Acar : http://www.myresipi.com/tags/acar
Resepi Kerabu : http://www.myresipi.com/tags/kerabu

Korang selalu buat resepi salad, acar dan kerabu yang mana ye? Acu kongsi nak try buat etek ehhh


Friday, August 03, 2012

Kini Wujud Kelucahan di FB

Bismillah,

 OK.. Malam ni saya ada lebih masa nak buat keje ni... Sebab saya mahu FB menjadi alat sebaran dakwah, bukan sebaran maksiat. Silabaca screenshot di bawah :



Wow.. diorang simpan link kita dengan mudah

Mereka membuka peluang orang lain untuk sama2 cari gambar 'awek'

doboh tebul!


Wah.. puasa tuh!

Menolak teguran

OK skang sape nak jawab???

Malas saya nk blurr2kan nama2 diorang... maksud saya mereka yang menyokong page ni... Kat situ mmg tak cover langsung pun!! 

1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)
3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)


Copy dari: http://ustazlove.com/blog/2011/03/soal-jawab-hadis-larangan-membuka-aib/#ixzz22Thcr2Vx


OK, saya tak buka gambar2 tu jadi saya tak pasti dalamnya bagaimana. Tapi dari apa yang saya baca di wall, mereka ni akan ambil gambar mereka yang kelihatan buah dadanya sama ada bertudung atau tidak. 

Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Sabda Nabi kepada Asma’ Ibnu Abu Bakr:
Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (BUKHARI MUSLIM)


Jangan salah faham, persoalannya bukan tudung yang labuh tapi sesuatu yang boleh tutup susuk bentuk badan tu yang utama. Kalau pakai tudung labuh tapi still ikut bentuk tubuh bermaksud salah besar tu.

Kawan2 yang dikasihi ALLAH. Tidak selamat lagi dunia ni. Yang buat dunia kita tidak selamat adalah diri kita yang tidak takut kepada dosa. Islam bukanlah agama yang menyekat. Kita boleh mendedahkan aurat tetapi biarlah pada yang berhak dan itu adalah kemuliaan yang tinggi. Ayat apakah lagi yang boleh saya gunakan supaya kita sama2 mengkoreksi diri dengan lebih berjaga2 dengan menjaga bentuk tubuh ini?

Sekarang, jomlah ajak2 komuniti dari fren list kita supaya sama2 report page ni :

Caranya :

Can u help to report this FB page? 

Pls go to this page and report this as sexually explicit...thank you...
kalau nak tau linknya, sila PM saya di FB... saya taknak sebarkan sebab saya betul2 taknak lebih ramai yang like nanti... Sesibuk manapun saya, insya ALLAH saya akan paskan linknya... 

how to report?

1. go to the page
2. icon macam star, gear next to the message box..click there and report as sexually explicit

kesian anak2 muda kita being exploited...you never know...your friend's children, your sister, your friends, your nieces...your neighbor's children could be in it...

Ada juga yang rasa bersalah kerana buat report. Saya rasa tidak perlu rasa bersalah kerana kita diseru menegakkan perkara makruf dan meruntuhkan kelakuan mungkar. Mereka2 yang gila seks ini dibimbangi tidak terhenti setakat membelek gambar sahaja, barangkali ia bakal berpanjangan kepada kejadian rogol, sumbang mahram dan selainnya.

Semoga usaha kita menghalang kejadian ini dari berleluasa berhasil... Amin...



Thursday, August 02, 2012

Uwaiys Cedera Di Kepala Lagi

Bismillah,



Jam 9.30 pagi terima panggilan dari Hospital. Dia bagitau anak saya ada di sana. Haih... rasa melorot jatuh ikut graviti dah jantung saya. Kebetulan masa tu sedang bebekkan Iman. Dia pun dah lena dan saya bangun terus cari kelibat suami saya. Disebabkan suami saya tengah repair enjin air rumah kami, maka saya menawarkan diri untuk pergi.

Sampai saja di wad kecemasan, saya tengok ada sedikit darah di leher baju Uwaiys. Dia memandang saya penuh ketakutan. Tak pasti apa yang dia fikir. Barangkali dia bimbang saya marah. Melihat dia begitu, saya terus peluk dia kuat2 dan pesan supaya lain kali jangan buat umi risau lagi. Seperti selalu dia angguk2 tanda insaf...hehehe...

Saya kenal anak saya. Dia bukanlah sampai tahap hiper. Uwaiys memang ligat tapi bagi saya tidak nakal. Kalau cakap apa2, dia akan dengar cuma cepat atau lambat saja. Dia tak akan cuba berdegil2 dengan kami. Tapi, dalam hal ni, saya tak salahkan cikgu atau kawan dia sekalipun. Selagi anak saya selamat, saya tak akan mencari budak yang tolak basikal tu pada Uwaiys. Uwaiys takkan terkena basikal tu kalau mereka tak pergi main di situ.

Sebenarnya saya sangat risau. Ini bukan kecederaan pertama pada kepala yang dialami Uwaiys. Pertama kali sebelum ini pernah saya ceritakan di sini. Cubalah ke sana untuk langkah2 penjagaan andai anak mendapat kecederaan di kepala. Setakat malam ini Uwaiys masih kekal aktif (entry ni scheduled) dan dia tidak muntah.

Doakanlah tidak ada apa2 di masa akan datang ye... Malam ni, dia minta nak tidur dengan saya. Selalunya saya tak bagi tapi sebab arini dia teman saya lama di dapur selepas dengar lagu Ummiku Sayang, maka saya bentangkan tempat untuk dia tidur...

Aishhhhh... Saya ni garang2 pun, saya sayang tau kat diorang. Malam ni, kerisauan telah menyebabkan saya rasa sebak dan terasa hendak menulis :(

Wednesday, August 01, 2012

Nasyid Ummiku Sayang

Bismillah,

Pulang dari sekolah, Asmaa' minta nak selotep kertas liriknya. Katanya by Sunday ni ada buat nasyid di sekolah dan mereka plan pakai baju biru pada hari tu. Awalnya anak umi kenal dengan nasyid. Umi dulu darjah 6 baru tau keseronokan bernasyid. Sampai sanggup cakap kat ustazah, bagi je lah kat orang lain masuk tilawah sebab nak masuk nasyid. Sekali tengok, masuk nasyid pun tak lepas juga. Padan muka ai.

Jadi lepas aje solat Isya, saya pasangkan Youtube dengan tujuan supaya Asmaa' kenal lirik dan hafalkannya juga.



Yang terharunya Uwaiys pun ikut hafal walaupun kepalanya luka begitu (nanti saya cerita). Lepas je dia ingat, boleh plak tanak tidur sebab nak tolong umi kat dapur. Di bulan puasa ni, lepas berbuka saya tak terus basuh pinggan sebab kalau tidak lambatlah anak2 mengaji. Jadi saya membasuh lepas Isya dan terawih jika berkesempatan. Time tu pun selalunya Iman dah lena maka lega sikit nak buat kerja di dapur.

Dan Usamah bagi soalan aneh begini :


Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang
Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa

Mula-mula korang perati part lirik yang saya boldkan tu.

Usamah : Sejuk hati tu macam mana umi?
Umi : Ntahlah Usamah, umi pun taktau. (nak jawab pun segan sbb ni lagu umi)
Usamah : Kalau umi senyum, Usamah tak rasa sejuk pun????
Umi : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tak payah la bagitau...



Wednesday, July 18, 2012

Peranan Suami Ketika Isteri Mabuk Mengandung

Bismillah,


Kesian kepada puan bini kerana mengandung. Perkara pertama yang akan dia lalui adalah mabuk mengandung. Tetapi tidak semua wanita akan diuji begini. Saya sendiri alhamdulillah hanya mabuk pada kehamilan pertama. Kemudian, 5 anak yang seterusnya, kehamilan saya mudah ~ tiada lagi mabuk yang sukar dikawal. 

Encik suami selalu merasakan mereka tiada peranan dalam membantu isteri menghadapi fasa ini. Mereka sebenarnya ada peranan yang besar kerana masa ni lah anda mahu membuktikan yang anda benar-benar menghargai isteri yang menghamilkan anak anda.

1. Sentiasa bersedia.
~ Sebenarnya no 1 jangan marah. Dia muntah-muntah tu bukan disengajakan pun. Ntah2 lagi anda mengabaikan dia, lagi dasat dia muntah. Cuba bagi sokongan, kemungkinan selepas tu dia tak muntah dah sbb bagi attention cukup pada dia.

OK, jadi apa yang perlu disediakan? Maksud saya, macam bekas tadahan muntah di tepi katil. Kalau dah geli sangat untuk basuh, ambil satu plastik lapi atas bekas tu so selepas muntah terus buang bekas tu.

Persediaan lain adalah menyediakan sesuatu yang berpudina atau masam atau kudapan ringan. Saya tidak menggalakkan anda menyediakan gula-gula dan asam dan juga jeruk kerana itu akan mengundang masalah lain pula tetapi buah limau dan kek atau biskut akan membantu mereka mengisi perut mereka supaya tidak muntah.

2. Mengagak dan merancang.
Jika anda sudah tahu isteri anda mabuk di waktu pagi, usahakan membawa makanan supaya dia dapat sarapan di katil lagi. Tak turun daulat encik2 semua jika buat begini kepada isteri. Masa mabuk tidak akan berpanjangan pun...

Andai dia mabuk malam pula, barangkali, inilah masa yang sesuai anda tunjukkan skil memasak anda. Tidak perlu makanan yang kompleks. Makanan ringkas sudah memadai. Kalau Chef Wan boleh memasak, kenapa anda tidak?? Hehehehe....

3. Jangan Mengejek
~itu sangat mendukacitakan. Serius, mabuk mengandung ni, walaupun saya sekali saja melaluinya tapi perasaan tu menghantui sehingga sekarang. Nasib baik masa tu awal kawin jadi suami saya layan aje. Kalau takkkk.... hahahaha... Tak sempat la kot beranak sampai 6 org in 8 yrs time kan

4. Elakkan dari perkara yang menyebabkan mabuk.
Kalau bawang, heheh... tolonglah masak. Tak pun belilah makanan. Jangan dipaksa bini itu memasak. Kalau minyak wangi, pakai je minyak wangi lain atau kalau nak pakai, biar kat luar rumah atau kurangkanla sikit volum minyak wangi tu jangan sampai bau macam minyak wangi tumpah. Tapi kalau bini alergi dengan bau rokok, jangan fikir panjang, berenti la merokok. Itu baik untuk anda, untuk isteri dan untuk kandungan isteri anda juga.

5. Jangan tambah beban dia.
~ Masa begini, tiba2 anda pula pening kepala. Jangan sekali2 merengek2 dengan isteri anda melainkan dia sangat ok. Mood org mengandung ni kejap ke laut, kejap ke bukit. Ada tu ke London pulak. Jadi kalau ada susah apa2 sikit, bawaklah bersabar. Nanti bila dia dah sihat merengeklah semahunya...

Besar tau pahala kalau meringankan beban isteri masa begini. Barulah isteri bersemangat lagi dan lagi untuk mengandung kan?? Hehehe...

Semoga ada manfaatnya buat kalian :)

Wednesday, July 11, 2012

Kalau Umi Kata Tak Boleh, Maka Tak Bolehlah Ye :)

Bismillah,


Terkadang kita rasa hangin bilamana kita melihat anak-anak kita tidak berperangai yang menyenangkan. Pertamanya, jangan menuding ke arah lain dulu. Barangkali punca utamanya ada pada diri kita sendiri. 

Terlihat sebuah keluarga yang berjalan disupermarket, anaknya mahukan jajan dan mereka bosan mendengar anak mereka merengek-rengek. Sekalipun telah tertampal notis, bayar dulu sebelum makan tetapi itu tidak diendahkan. Demi mengelakkan anak bising, ibubapa itu menghalalkan tindakan tersebut.

Sayang sekali. Sekalipun pergi ke supermarket adalah sekali sekala tetapi tindakan sedikit ini akan berlanjutan. Bila terpaksa ke supermarket ia akan berulang lagi. Lama-kelamaan kita mungkin terlupa hendak bayar makanan itu.

Maka melaratlah sehingga anak memakan barang yang tidak halal dan mendarah daging. Ia hanyalah satu sebab dimana pertama kali kita mula beralah!

NO MEANS NO
Benda yang tidak baik, memang tidak boleh dilakukan walaupun sekali sekala. Cuba, apabila menghadapi situasi seperti ini beritahu dia secara perlahan "Arwa, tak boleh makan lagi epal ni sebab kita belum bayar. Lagipun nanti pakcik tu tangkap sebab dia dah tulis tak boleh makan sebelum bayar."

OK ~ jika selepas tu masalah selesai maka tariklah afas lega. Jika tidak : Cubit sedikit hihihi.. sometimes they have to learn this in hard way tapi make sure jangan menengking kerana mereka ada harga diri. Cubit sedikit dan berbisik, "Umi kata apa tadi??"

Semoga dengan itu mereka faham. Jika tidak juga?? Oh.. pastilah ada cara lagi. Bawa mereka keluar dari supermarket tanpa membeli apa-apa. Itu lebih baik... Dari situ mereka akan belajar bahawa "Kalau umi kata takleh, maka takleh la walaupun saya melalak dengan kuat!" Hahahaha...

Semoga dengan itu, mereka mendapat beberapa nilai di bawah :
- umi kata tak boleh, maka tak bolehlah ye
- tak boleh ambil barang bukan kepunyaan kita
- umi akan terangkan apa yang tidak boleh dan saya faham jadi saya tidak boleh ambil barang bukan kepunyaan saya secukup rasa saya

Semoga dengan menjaga perilaku anak ini, dia tidak akan melakukan perbuatan yang sama di rumah orang ketika kita berziarah.

Semoga bermanfaat :)

Monday, July 02, 2012

Kebaikan Yang Sedikit Memberi Kesan Besar Kepada Kanak-Kanak

Bismillah,

Satu hari, Asmaa' bercerita tentang sahabatnya bernama Syuhada di sekolah. Katanya, ibu yang paling baik di dunia adalah umi Asmaa'...kuikui... Saya tanya Asmaa', "Kakak tak bgtau dia ke yang umi ni garang?" dan dia jawab tak. Erk.. pandai pulak tolong cover line umi hehe..

Sebenarnya, saya takde buat apa-apa pun pada Syuhada. Tapi dia memang suka datang dekat2 setiap kali saya jemput Asmaa' di sekolah. Saya akan tegur dia, "Umi Syuhada belum datang lagi?" atau kalau waktu tengahari saya akan tanya sama ada dia dah makan ke belum.

Kadang-kadang, saya tolong pegangkan beg Asmaa; juga sebab bila dia bersekolah dari pagi sampai petang, macam-macamlah isi begnya dengan kasut dan tudung berlapis juga telekung solat lagi. Saya juga masak dan beri mereka bekal dan selalunya saya isi penuh-penuh bekas makanan sebab anak2 saya selalu cerita kawan2 diorang pun tumpang makan.

Sebenarnya, itu hanya tugas biasa seorang ibu. Tapi bagi kanak-kanak kecil, ia bagaikan kasih sayang yang tidak bertepi. Saya garang, memang saya akan bercakap dengan tegas tapi memang selalunya saya tak boleh tahan ketawa bila berhadapan dengan gelagat diorang. Kadang2 tu tengah betul2 hot pun payah nak cover gelak kalau diorang bagi alasan yang 'tak boleh blah'.. haha...

Saya mahu belajar dari arwah abah. Dia akan mengusik kawan-kawan saya sampai kami sama-sama ketawa. Saya juga biasa sebutkan nama kawan-kawan saya kepada abah. Jadi, abah akan tau hampir semua kawan rapat saya. Senang saja pun nak memenangi hati kanak-kanak kan?? Semoga, dengan penghormatan mereka kepada kita, mereka tak akan mempengaruhi anak2 kita dengan anasir yang tidak patut.

Sunday, July 01, 2012

Cara Memperoleh Kecintaan ALLAH dan Kemanisan Iman

Bismillah,


Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya ~ kita? Kalau ada masa baca, tapi takat baca je lah...makna??

l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat ~ ingat, peluang beribadah tidak hanya di atas tikar solat semata-mata. Banyak cara untuk buat amalan sunat

l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan ~ kpd ibuk2 di rumah itu, cara paling senang untuk membanyakkan zikir adalah ketika masak. Semasa basuh pinggan atau beras atau bahan masakan - berselawatlah. Semasa mengacau kuah, bacalah doa atau zikir Ya Latif. Semasa menghiris barang masakan pula - berzikirlah cthnya sekali hiris bawang, Subhanallah, hirisan kedua - alhamdulillah dan seterusnya allahuakbar

l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri ~ jgn kecewa dengan orang lain, itu tanda kita perlukan mereka lebih dari ALLAH. Bila bermasalah, ingatlah ALLAH selalu ada. Bila ada masalah, beritahu masalah kita ada ALLAH

l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh ~ bagaimana? Cuba dekati kumpulan usrah. Kalau nak like page, biar yang membawa aura positif. Kalau nak membaca, jgn baca cerita lucah

l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah ~ seperti menghadiri konsert, pergi berfoya2 dan lain2 yg sama waktu dengannya

:) :) :)



Friday, June 22, 2012

Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

Bismillah,


Setelah pulang dari menjual anak itik, kami terhenti kerana terlihat sebuah lori yang melintang di tengah jalan. Rupanya, lori itu hendak keluar dari sebuah simpang kecil. Kebetulan, jalan yang hendak dimasuki juga sekadar jalan biasa. Maka, berderetlah kereta dari kedua-dua arah menunggu lori itu keluar. 


Lalu terdetik rasa hati. ALLAH barangkali boleh mengajar kita dengan kematian yang menyiksakan. Barangkali mayat kita akan menjadi panjang sehingga menyukarkan mayat kita masuk ke dalam liang lahad. Itu akan menyebabkan ramai orang melihatnya. Bagi yang berfikir, mereka akan mengambil iktibar. Bagi yang tidak, barangkali mereka akan rasa kesilapan teknikal oleh orang yang menggali. 



Diriwayatkan bahawa Uthman bin Affan RA akan menangis sehingga janggutnya basah apabila berada di tanah perkuburan, lalu ditanya kepadanya yang menangis ketika di kubur sedangkan tidak menagis apabila disebutkan syurga dan neraka, jawabnya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kubur adalah hentian pertama daripada hentian-hentian akhirat, barangsiapa yang selamat daripadanya maka apa yang selepasnya akan lebih mudah. Barangsiapa yang tidak selamat daripadanya maka apa yang selepasnya akan lebih susah lagi. (Riwayat Tirmizi)



Seorang dari sahabat saya juga telah kembali kepada PenciptaNya. Walau pertemuan kami barangkali tidak lebih dari 20-30 kali berjumpa tetapi kerana kuatnya ukhuwwah, maka terasa juga kehilangannya. AlFatihah buat Zarina Tardan. 






Thursday, June 14, 2012

Kesedaran Autisme

Bismillah,


Kawan2, seharusnya kita kena ada kesedaran tentang autisme ni. Kajian terkini menunjukkan 1 dari 91 kanak2 berumur 3-17 akan mengalami autisme. Selain dr faktor genetik dan imunisasi, Candida yeast and metal toxicity, juga pendedahan kepada bahan kimia dan umur parents juga ada sedikit kaitan.

Sebenarnya semua ni adalah kemungkinan sahaja. Tapi sebenarnya ia datang dari ALLAH. Saya sangat tertarik dengan isu imunisasi yg mana kebanyakan dari anak2 kita adalah 'pelanggan setia vaksinasi'. Faktor lain juga harus kita elakkan seperti rokok, pewarna, pengawet dalam makanan dan lain2 yang kita tak sedar itu juga adalah racun kehidupan.

Saya ada terbaca buku tentang Perubatan Cara Nabi terjemahan dari karya Imam Jalaluddin As-Suyuthi ~ memang tak ada penyakit2 yang dahsyat2 macam kita ada sekarang ni seperti kanser dan pelbagai kecacatan mental yang lain. Jadi, saya tinggalkan link ini untuk dijadikan buah fikir bersama ;)

BM : http://www.cikgufais.net/tag/autisme/
Read more on FamilyEducation:http://life.familyeducation.com/causes-of-autism/64868.html#ixzz1xmpVAINb



Monday, May 28, 2012

Mencuci Rumah Semasa Hamil

Bismillah,

Sebelum ni saya pernah tulis dah berkenaan angkat barang berat semasa hamil. Sekarang turn untuk kemas rumah pula. Boleh atau tidak mengemas rumah. Sebenarnya apa sahaja yang kita boleh lakukan semasa tidak hamil, juga boleh dilakukan semasa hamil. Secara asasnya begitulah tapi pastilah dengan kadar yang berbeza.

Menyapulah semahumu, ikutlah apa saja yang anda mahu lakukan. Cuma satu sahaja yang kita perlu sangat concern tentang mengemas rumah ini. Seperti saya, saya suka mengemop tetapi saya tidak menggunakan cecair. Jika mahu basuh pinggan, belum tentu semuanya saya gunakan sabun. Tetapi ada orang yang tidak boleh tidak dia mesti menggunakan sabun basuh dan sebagainya.

Tidak salah pun jika anda selesa begitu, tapi cuba perhatikan saranan ini :

  • Pakai glove ~ untuk elak bahan kimia terserap melalui kulit dan bimbang sampai ke baby
  • Bau ~ hidung kita kenal benda yang tengik dan bahaya. Jika kimia yang terkandung adalah sangat kuat, jangan cuba2 hidu. Tidak lupakan buka tingkap untuk lebih pengudaraan
  • Jangan sesuka hati combine dua bahan kimia yang mengandungi ammonia dan klorida. Baca pada detel produk dahulu kerana gabungan dua bahan ini adalah sangat toxic
Sifir mudahnya, kalau baunya tengik, jauhkanlah supaya anda dan baby selamat. Semoga ALLAH mudahkan semua ibu mengandung dan semoga benih2 Muslim akan menjadi pembela agama kelak. 


Thursday, May 24, 2012

Bila Terasa Dibandingkan

Bismillah,

Agak liat nak tulis blog sekarang, mungkin dah beralih kepada FB. Ini pun sebenarnya sudahlah sangat mengantuknya mata tetapi saya call suami, mereka masih di KB maka saya rasa tengah malam batu mereka tiba. Saya sebenarnya sedang belajar semula untuk sekoman-komannya boleh say Hi bila suami masuk rumah atau buat tanda peace saja. Sebab itu saya cuba elakkan diri dari lena.

Malam ni tiba-tiba terlintas satu grup di FB yang seorang tu mengadu terasa dibandingkan oleh MIL dan SIL dia. Kononnya anak dia gitu2 aje tapi nephew dia macam jauhlah tinggalkan anak dia. Sebenarnya, bila orang terlampau sangat memerhati, mereka tak sedar pun mereka membandingkan budak-budak. Padahal sudah terang lagi bersuluh, 'kepandaian' tidak diberi sama rata oleh ALLAH kepada kita.

Jadi saya bagi cadangan berikut :

Saya pernah juga kena compare mcm tu tapi saya lantakkan aje.. kadang2 benda yang dia nampak bagus arini ni belum tentu bagus masa depan... mcm anak saya, kami usaha jaga pemakanan dia sungguh2 dan dia sangat lasak compare dengan anak sedara kami yg makan macam2 so agaknya dia kenyang jadi dia tak lasak... tp sekarang ni, anak saya sualah makan apapun (makanan sihat) dia akan makan tapi anak sedara kami tu minum susu pun dah tanak apatah lagi makan... huhuhu...

bagi saya, compare meng compare ni dengar boleh, percaya jangan... kita kena positif dengan anak sendiri... satu hal, org boleh nak compare anak kita, tapi kita jgn compare anak orang... sbb pernah terjadi pada kami, sll kata anak buah kuat meraung last2 anak kami jadi lebih juara muahahaha....

Satu lagi saya nak tambah, anak saya pun terasa kalau mereka dibandingkan, apa yg saya buat saya bgtau mereka, "Apa yg org anggap kita tu sebenarnya dia cakap aje, tapi dia tak tau pun... Tapi ALLAH selalu tahu apa kita buat. Jadi jgn peduli apa org kata, kita buat je keje kita"

Itu aje perkongsian saya ari ni. Saya sudah terhoyong hayang... *terasa ketuaan semakin terserlah* ~ ada baiknya saya tidur.....hukhuk

*Apakah yang kalian akan lakukan kalau anak anda dibandingkan

Saturday, May 12, 2012

Beranikah Buat Baik Di Jalanan

Bismillah,

Mula2 kalian baca cerita ini :

Pernah satu ketika bila mana saya pandu pulang bekas teman wanita ke utara sempena cuti semester beberapa tahun lalu, tayar kereta tersebut pancit di tengah highway pada jam kira-kira 9:30 malam.
Kereta itu, kereta dia. Kereta Honda Jazz warna putih. Dah lama pakai. Saya rasa pada waktu itu telah masuk tahun yang ke-4, dan menurutnya dalam masa 4 tahun itu, itu lah kali pertama tayar pancit. Bermakna inilah juga kali pertama tayar spare diguna pakai, inilah juga kali pertama ada orang nak pusing jack tayar kereta tu.
Ya Allah, punyalah ketat.
Berpeluh saya dibuatnya. Malu pun ada jugak, macam kantoi orang lelaki tak pandai tukar tayar. Walhal disebabkan jack tayar tu ketat sangat memang jenuh la nak memusing. 
Highway pulak gelap gelita.
Nasib baik tayar yang pancit, tayar depan sebelah kiri. Takde la risau sangat di langgar kancil atau digelek lori.
Tiba-tiba ada satu motor ni berenti. Dia pakai helmet fullface. Tak tahu pakai motor apa, tapi nampak macam warna merah. Sebab gelap. Ingatkan ada orang nak datang pau. Saya siap sedia pegang spanar.
Mamat tu berhenti, parking motor, angkat fullface terus datang dekat tanya
OK ke bang?
Boleh la, saya jawab.
Eh bahaya ni bang, mari saya cuba pulak.
Rupanya saya jack kereta tak cukup tinggi. Belum cukup tinggi tapi dah bukak skru tayar nak kasi tanggal. Dia cakap, kalau lori datang lalu tayar tertanggal kereta boleh jatuh timpa. Bahaya.
Dia bukak helmet letak atas jalan, terus gagah capai jack dari tangan saya sambung jack. Nasib baik dia pun mengah jugak, jadi saya takde la malu sangat.
Gilir-gilir la buat sambil sembang ringan-ringan. Minah yang sorang ni sengih je sambil suluh lampu.
Dah habih semua, kemas-kemas dia datang salam pakai helmet terus jalan pegi ke motor dia. Saya rasa sikit ralat. Saya seluk poket ingat nak offer duit sebab memang dia usaha dan peluh pun macam lagi banyak dari saya. 
Takpe la bang.
Ambik la, saya insist.
Dia tolak tangan saya kemudian terus start motor. 
Takpe la bang simpan la. Ini hari, hari abang, esok lusa mungkin hari saya pulak.
Garu kepala, sambil terasa terharu.
Saper nama?
Firdaus.

Post From: http://www.Hujanemasx.com 

Hehe.. itu cerita kopipes... Satu yang saya tak berkenan adalah balik berdua2an dgn 'makwe'. Hayyohh... Zaman orang dah mula menjaga tatasusila ni masih ada juga yang buat begini atau barangkali cerita di atas telah lama dan orang yang terlibat telah bertaubat. :)

Dunia ini insya ALLAH masih banyak tempat yang selamat. Namun, at the first place kita mesti menjadi orang yang baik juga. Kerana, telah ALLAH janji buat baik dibalas baik. Balasan baik itu tidak kiralah dari orang yang kita buat baik atau dari pihak lain.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Riwayat Ibnu Abi Dunya


Tiba2 teringat arwah abah. Semasa saya menyelak2 diari arwah, saya melihat jadual dia ke satu2 tempat bersama sekian2 orang. Rupanya tidak semua urusan abah itu urusannya. Abah adalah sangat mahir tentang jalan jadi tak hairanlah bila kawan2 dan saudara mara akan minta tolong dari abah untuk ke mana2.

Teringat juga di satu masa, ada kemalangan semasa abah jemput saya balik dari sekolah. Dalam keadaan kelam kabut, abah bawak budak yang kena langgar tu naik motor ke hospital/rumah budak tu dan dia suruh saya jaga basikal budak tu tepi jalan. Hahaha... Tapi saya dah cukup besar untuk jaga diri masa tu. Abah memang hero kami!

Sebenarnya susah untuk berbuat baik di jalanan. Seawal kawin, saya dan suami pernah jumpa sepasang orang tua suami isteri barangkali. Suaminya menolak motor barangkali pancit. Isterinya berjalan sendiri. Kami sehingga ke hari ini rasa ralat kerana tidak dapat membantu memandangkan laluan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang menyukarkan kami untuk berhenti.

Sayang sekali jika wujud syaitan berbentuk manusia yang menahan orang di jalanan dan kemudiannya berbuat jahat sedangkan orang yang berhenti hendak menolong sangatlah berhati mulia. Semoga kita selalu dilindungi oleh ALLAH SWT atas setiap niat baik kita. Amin...


Thursday, May 10, 2012

Printscreen : Tribute To Arwah Abah

Bismillah,

Takutnya nak menulis, sebab takut menangis. Bagi yang tidak tahu, abah saya telah pergi bertemu Ilahi pada 2 Mei yang lalu. Kalau dulu, abah selalu bergurau dia anak yatim piatu, kini saya pula boleh beritahu orang, saya pula telah menjadi anak yatim... *kan dah kata, mulala air mata sebok nak keluaq sama!*

Malam ni saya takmau tulis banyak2 lagi. Kalau saya mula sedih, saya tak lalu makan. Bila saya tak lalu makan, akibatnya saya tak akan jadi orang yang baik. Kalau saya sedih dan saya lalu makan takpe tapi sayangnya saya tidak begitu.

Malam ni saya nak tepek printscreen status FB sedara mara saya berkenaan pemergian abah saya saja..












Sunday, April 29, 2012

Cerita Panjang Kereta Polis Rempuh Orang Ramai : Satu Pemerhatian

Bismillah,

Saya tak pasti apa yang saya nak tulis ini. Ada satu persoalan yang tak terjawab iaitu, kenapa polis berkenaan menyerah diri dengan membawa kereta polis itu ke kawasan berkenaan. Jika persoalan ini terjawab, rasa macam syok la sikit. Tak pasai2 pagi ni jadi penyiasat :P muehehehe... Eh, ketawa plak.

Update : Punca kenapa kereta polis ni tersesat masuk ke sini :

 Kereta polis tu dipandu oleh polis dari terengganu. Dia diarahkan bertugas di kl. Dia dah salh masuk jln, yela bkn warga kl kan. Tak dan nk cari jln kuar, terjadinya insiden tsbt. Tu menjawab soklan kenapa kereta itu melalui jln tersebut.

OK, tadi terbaca di Harakahdaily. OK...korang kena baca link ini dulu :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9936-bagaimana-kereta-peronda-polis-diterbalik

Jangan percaya cepat sangat. Tengok video ni :



Ini adalah video secara slow motion. Sapa ntah kata yang drive tu yang pakai helmet. Sebenarnya yang pakai helmet itu adalah seseorang yang tidak mahu polis itu dibelasah. Lantak la dia SB pun. Kat Malaysia ni asal eksiden je kita belasah orang yang melanggar. Dah jadi budaya dah bukan kat BERSIH ni je. OK, saya nak habaq, pegang sudah la yang nak kasi bantai pasaipa????

Serius, setelah tgk video di atas, saya rasa polis ni dah cedera tau barangkali kaca cermin depan dah masuk mata dia. Ini salah siapa?? Abaikan niat dia pi rempuh orang ramai tu tapi rasanya kalau pakat elak ke tepi memasing saya rasa takkan sampai terlanggar orang lah kot. OK skang tengok yang bawah ni :



Memang ada seorang yang pakai helmet tu kan? Yes dia dibelasah but still yang selamatkan dia adalah yang pakai baju kuning jugakkan?? Yang polis pun ada keluar dari situ dan diselamatkan juga oleh orang berbaju kuning kan??? OK, maka ada orang yang masih waras di tengah2 yang ramai2 ini. Tahukah pula kalian siapa yang berhelmet itu?

Dia adalah wartawan yang juga berhati mulia yang tidak mahu sesiapa teraniaya di sana. Malangnya tidak diberi kesempatan berbicara sehingga keluarlah entry ini. WAjib baca juga okeh untuk tahu cerita panjang..

http://mynewshub.my/2012/04/28/apa-dosa-azri/

Apa Dosa Azri?

Sekarang ni, tahulah kita bahawa kereta itu diterbalikkan saja-saja. Ada mereka yang terperosok di bawahnya. Saya tidak kata polis itu salah tetapi andai saja dia tidak memandu di kawasan 'lawan' berseorangan begitu pasti keadaan lebih aman. Kesian saya kepada semua yang terlibat tapi alhamdulillah juga tiada kemalangan jiwa berlaku.

Nah, sekarang... saya nak bgtau saya PRO BERSIH but I'm against all this nonsense... Tiada provokasi, tiadalah serangan balas. Sekalipun di provoke, tolonglah letakkan iman di depan kalau dah takleh guna akal sangat... *sigh*

*entry ini tidak refer kepada lain-lain video kekejaman polis, ianya eksklusif dalam hal perlanggaran kereta polis ini sahaja*

~kalau saya ada banyak masa dan anak2 boleh berkompromi, saya akan selidik hal lain yang turut menjadi isu~

Wednesday, April 18, 2012

Anak Jatuh Katil

Bismillah,

Tetiba je terkorek email lama. Cerita Januari 2011 nu hah... Tapi bila dibaca balik terasa bahangnya lagi. Alkisah, ada seseorang yang menceritakan tentang anaknya yang jatuh dari katil ~ saya pastekan di bawah ni lah senang.


Salam to all,

just nak share n tanya pendapat sahabat SIM ttg kejadian pelik yang menimpa anak sy yang baru berusia 1 tahun 2 bulan. Malam tadi sy tido dgn anak dalam kul 10.30 mlm. husband sy keje mlm n normally balik dlm kul 12. kebetulan semalam, sy rase agak sunyi, sy pun buka la surah2 yang ade dan dengar sampai tertido.

disebabkan ank sy ni agak lasak mase tido, sy pun kepung la tmpt yg sepatutnya hubby tido dgn bantal, takut ank jatuh. tgh syok tido tiba2 sy terjaga sbb dengar ade sesuatu yg jatuh. mase tu dlm kul 11.30. bukak mata tgk2 anak takde kat sebelah sy. pucat sy dibuatnya. sy tengok keliling, takde pulak nampak kelibat budak berjalan. sy g ujung katil n tgk bwh tu, nampak ank sy tgh terbaring..mmg mengucap panjang..sy ingat dia pengsan ke, luka ke..sy angkat dia, tgk tak de pape. siap bole tido dgn nyenyak sgt smpai sy angkat pon tak sedar..surah yang dibuka td masih lagi kedengaran.

yang saya musykil..kemungkinan besar ank sy jatuh katil tp pelik nya..kenapa dia tak menangis?tak sakit ke jatuh atas lantai? untuk makluman, lantai bilik sy berjubin dan takde carpet. atau dia menangis tapi sy yang tak dengar smpai dia tertido balik kat lantai. (katil tu agak tinggi dan dia tak boleh panjat balik). tapi mustahil sy tak dengar. budak kalau sakit mesti tangisan dia kuat kan? atau ade makhluk yang cuba berdamping dgn ank sy? ade sesiapa yang arif atau mungkin bole bagi pendapat ttg perkara yang sy alami ni. sy risaukan keselamatan anak sy..


Sebagai orang yang pernah mengalami kejadian yang sama, maka saya dengan sukarelanya berkongsi pengalaman saya :

Assalamualaikum,
Kejadian yg sama pernah kena pada anak sulung saya. Tp yg m'jaga adlh suami saya.. Sy balik kerja je dia cpt2 srh makan dulu.. Habis je makan dia bgtau Asmaa' ada di bawah tp dia xsedar mcm mana Asmaa' boleh ada di bawah.. Nasib baik dah makan,kalau tak mmg tak lalulah jawabnya
Apa yg kami buat, saya bg minum air atau susu dan perhatikan adakah dia muntah. Keesokannya saya bawa dia ke klinik utk cek kot2 ada bleeding dlm hidung atau telinga yg kita tak nampak. Selbhnya perhatikan juga kesan2 lebam atau bengkak yg b'kaitan.
Alhamdulillah dulu2 Asmaa' tak ada sebarang kecederaan tp kena waspada juga kerana anak jatuh ni kadangkala ia ada kesan jangka panjang. Sehingga kini, kami dah tak ada katil apatah lagi perabit yg boleh dipanjat oleh anak2..

Sehingga tiba-tiba ada orang yang berkata begini :

agk terperranjat gak baca info dari sitisifir .suaminya tak terus g tau pasal anak, sebaliknya sruh bini makn dulu baru cerita.betul ke mental suami si sitisifir ni?

sepatutnya terus g tau pasal anak, dn settle pasal anak baru la pikir pasal makan.
"few seconds can make a diffrent .either alive or death"

Sentap mak taww... Saya pun apa lagik, buat serang balas la..

Assalamualaikum,
Mmm..kalau tya pasal mental suami saya ni maka wajiblah saya jawab ye.. :)
Suami saya alhamdulillah tidaklah m'punyai masalah mental dan dia dah lakukan tindakan yg wajar pd anak saya slps dia jatuh. Sbb itu dia xsempat call saya sms saya di tpt kerja. Dia taknak menunggu saya balik baru nk buat sesuatu pada anak..tempat keje saya masa tu adlh jauh..
Bila semuanya ok dan kebetulan sy pun blk dr kerja..dia suruh saya makan dulu sbb dia bimbang saya tak lalu nk makan.. 
Mmg ada parents yg mental tp alhamdulillah suami saya tak begitu dan anak2 sll rasa selamat b'samanya.. Harap maklum..
*oh alangkah indahnya jika 'mental' itu tidak keluar.. Ia kelihatan spt merendah2kan seseorg sdg kita juga tidak mahu dikata begitu.. Peace!!

Nasib jugalah ada yang backing. Antaranya :

Bagus cara suami sitisifir tu,kalau tak tentu sitisifir lagi tak daya nak fikir dan bertindak,apatah lagi penat-penat balik kerja. Cumanya kalau ada anak kecil tu berhati-hatilah dengan peralatan rumah yang agak merbahaya.

Saya share itu, bukan saja-saja pun. Saya memahami betapa kecutnya perut seorang mak bila anak jatuh katil begitu. Seriknya tu sehingga sampai sekarang pun tak berkatil. Saya tidak berani kata malaikat jaga atau apa saja alasan berkaitan. Memang sudah takdir ALLAH Asmaa' tidak apa-apa. Sebagai ibu, kita harus mengambil langkah selamat seperti yang telah saya nyatakan.

Untuk apa dicari kenapa anak itu selamat. Yang penting anak itu selamat! Jika pun malaikat menjaga, ia adalah takdir dari ALLAH SWT. Maka bersyukurlah ALLAH atur sedemikian rupa. Terkenang saya rupa bilik semasa suami saya beritahu Asmaa' jatuh katil. Memang lantai dipenuhi dengan bantal-bantal dan tilam dimerata tempat. Itu juga aturan ALLAH.

Saya pernah juga menulis tetang garis panduan berkenaan kecederaan di kepala ditulis di link ini. Untuk bacaan yang lebih ilmiah tentang keadaan anak jika terjatuh katil, boleh baca link ini ya!