Wednesday, June 15, 2016

Guru Oh Guru

Bismillah,

Copy semula apa yang saya tulis dalam yahoogroup pada 8 Januari 2006

Assalamualaikum buat semua sahabat,

terkenang pulak semasa belajar dulu, kenangan dengan cikgu2...rindunya cikgu2 saye...kalau lah email ni sampai ke mata cikgu2 sekelian ingatlah walaupun saya ak contact cikgu2, namun jasa baik cikgu2 yang mengalir dalam tubuh saya tak kan saya lupakan dan cikgu2 sentiasa di dalam doa saya....doa yang dahulunya cikgu2 juga yang mengajarnya. ...
 
kat sini ade sedikit flash back memori utk tatapan semua...he he...
 
1. Masa darjah satu, sekolah saya selalu banjir kalau hujan turun lebat..satu hari tu, masa habis time sekolah petang, air still tak surut..saye yang nampak kete Volkswagon abah parking tepi pagar sekolah redah slow2 air banjir kekonon tanak kasik skirt basah la kan...tetiba ntah tersalah teknik macam mana saya terjatuh dalam longkang besar yang selalunya nyata di pandangan, apa lagi, melalak macam nak rak la kan...kira apa saya dah la takde org nak naikkan saya ke atas...mujur ade cikgu kelas saya...cikgu Azizah darjah 1 kuning tahun 1987. Dia la yang bawak saya ke bilik air, mandikan saya dan bagi saya salin baju...
 
2. Masa darjah 4 kuning cikgu Mazlan cikgu yang garang jadi guru kelas saya. Masya Allah punyalah garang...first masuk kelas terus tinggal pesan suruh tya parents memasing boleh tak dia pukul kitorang kalau kitorg buat salah...saya balik saya tak tya pun mak abah pasal tu sbb saya yakin dia takkan pukul saya selagi saya tak buat salah. Cikgu Mazlan ajar Alam dan Manusia... Ade sekali tuh kitorang semangat tanya dia macam2 soalan pasal kene berdiri masa dengar lagu Negara Ku tu... tengah berak kene ke berdiri cikgu? tgh makan? tgh tidur? mcm2 la sampai dia naik berang.. he he... lagi satu, mase dia ngajar dia suruh pakai getah belacan satu setiap tangan..kalau tak dapat jawab dia akan tarik getah n lepaskan... ade budak laki kene tarik side burn tuh sampai tercabut..yang kene kaler muka dgn water kaler toksah kira lah...yang lebih best, cikgu Mazlan simpan sebalang puting baby tuh, n dia akan denda kami icap puting baby tu....waaa.. nasib tak penah kene...yekkk. ...tu belum kira kene luruskan tangan ke depan kalau takleh jawab soklan, kalau takleh lagi, kene bengkokkan lutut lagi....sampai pucat lesi tapak tangan...tapi kebanyakan dari kami mmg skor subject dia walupun tak tinggi tapi yang tak lulus tuh tak la ramai
 
3. Sir Tan Swee Kock...masa dia ajar English dulu, selalu pentingkan tandaan macam koma, titik...kalau tak dia akan komakan atau titikkan muka kitorang dgn pen mahal dia...masa tuh ade 5 kelas setiap darjah..dia ajar darjah 4...sape dapat no 1 akan dapat sepuluh ringgit dan no 2 sembilan ringgit sampai la yg ke no 10...punyala best hihi sbb darjah 4 tu, dua2 semester saya dapat no 1...
 
4. Mrs Tan ajar muzik masa darjah 5...tau hobi saya mengumpul setem...dia jual album dia n sampai skang koleksi dia dgn album2 sekali still ade dalam simpanan saya...
 
Ni baru cerita masa sekolah rendah...nak saya kisahkan pasal cerita sekolah  menengah, matrik takut ada yang bosan lak...so, stop aje lah setakat ni cuma sajak Usman Awang di bawah nih, saye nak tujukan pada semua cikgu2 saya dalam sekolah yang saya tulis di bawah...
 
1. Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Parit Buntar (1987-1992)
2. Sekolah Raja Perempuan Taayah (1993-1997)
3. Pusat Matrikulasi UKM Kuala Pilah (1998-1999)
4. Jabatan Optometri, FSKB, UKMKL (2000-2002)
 
Sayang semua cekdu.....

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang biacara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang



Tuesday, May 17, 2016

Demi Sebuah Cinta

Bismillah,

Dah lama tak menulis. Sekali nak menulis terus pasal cinta. Apakah? Kekekeke... Alahai, bagilah can. Boleh?

Menyentuh berkenaan rumahtangga, semua orang inginkan kehidupan yang sempurna. Tapi, adakah semua orang akan dapat kehidupan yang sempurna itu? Pastilah tidak, kehidupan ini adalah ujian sebelum sampai kepada hari yang ALLAH tetapkan supaya nanti amalan kita di dunia ini dihisab.

Kehidupan rumahtangga. Adakah yang bahagia tu sentiasa manis? Tiada perselisihan, tiada rasa tidak berpuas hati, tiada pergaduhan? Eh, kalau ada, mohon WhatsApp saya ya? Rasa macam ajaib saja kalau tak melalui hari kelam dalam rumahtangga hihi...

Kenapa ya jadi macam tu? Tak boleh ke urusan rumahtangga kita akan sentiasa lancar?

Jawapan mudah, mana boleh! Kenapa?

Sebab pasangan kita itu berlainan jantina dengan kita. Fitrah lelaki dan wanita ada bezanya. Dua jantina ini disatukan untuk saling melengkapi zahir dan batin, luar dan dalam. Kita adalah orangnya yang harus menampung kekurangan pasangan dengan kelebihan kita dan kita juga harus bersedia memperbaiki kekurangan kita dengan kelebihan yang ALLAH pinjamkan kepada pasangan kita.

Jangan pula kita hanya berkongsi perkara yang menggembirakan pada pasangan sahaja dan biarkan kesedihannya ditanggung seorang.

Sekadar satu contoh mudah yang sangat biasa berlaku....

Pasangan suami isteri keluar untuk mencari nafkah sama-sama. Apabila balik ke rumah, jika difikir secara logik, sama-sama jugalah pula melancarkan keadaan di dalam rumah. Tetapi apa yang berlaku? Hehe... biasanya, si isterilah yang bekerja (lagi) di rumah. Apa yang terjadi sebenarnya?

Wanita : Saya keluar bekerja bagi meringankan beban tanggungan suami. Sayangnya bila balik ke rumah, sekali lagi saya jugalah yang membuat kerja di rumah. Suami macam bos, air pun saya yang jamu..

Yang aneh, cubalah bertanya diri jika mengalami hal ini. Adakah suami kita dicintai?

So sweet, jawapannya adalah : Kerana cintalah saya masih di sini supaya rumahtangga kami kekal selamanya.

Habis, apa jadi dengan orang lelaki?

Lelaki : Itulah kelebihan isteri saya yang saya sangat kagumi, apa yang dia tanggung tu kadangkala saya pun tak mampu nak tanggung tau. Kelembutan dia membuatkan saya rasa dihargai.

Nampak tak konfliknya di situ? Kalau boleh scan tengok apa cuaca dalam jiwa mereka...

Wanita : Ribut petir dan sesekali taufan melintas
Lelaki : Angin sepoi-sepoi bahasa dengan pelangi terbentang di angkasa

Perkara ini boleh dipadukan sebenarnya :) Begini...

Lelaki : Kalau anda dah rasa dihargai tu, balaslah semula dengan kasih sayang dan belas kasihan. Susah sangatkah untuk meringankan tulang membantu walau sedikit. Rugilah lengan ketul-ketul dipanggil abam sado tapi nak pegangkan anak ketika isteri memasak pun tak boleh? Cubalah tanya isteri, apa yang anda boleh bantu. Jangan takut, dia takkan bagi kerja yang berat seperti lipat kain. Dia maklum yang anda memang tiada kepakaran untuk melakukan itu.

Wanita : Berbahagialah dirimu selagi mampu kerana anda telah melakukan tanggungjawab anda. Ingatlah bahawa apa yang dilakukan itu, bukanlah sekadar untuk suami anda, tetapi yang terbesar adalah ia adalah kerana ALLAH SWT.

Image result for demi sebuah cinta





Wednesday, February 24, 2016

Merokok Tanpa Sedar

Jika suka menjaga kesihatan, mohon baca hingga selesai ya

Maaf ya andai ada yg bakal berkecil hati dengan apa yang saya nak share ni. Saya terbaca yang berikut dalam sebuah laman web yang linknya di share oleh beberapa sahabat fb saya.

Seorang Professor di San Diego State University, Georg Matt telah membuat kajian yang menunjukkan bayi tetap akan menyerap nikotin walaupun ibu atau bapa mereka merokok di luar rumah.  Menurut kajiannya 90 peratus daripada nikotin dari rokok yang dihisap boleh melekat pada pakaian, dinding, rambut dan kulit.

Kemudian, saya search nama Georg Matt dan bbrp link keluar. Yg berikut adalah agak menggerunkan : http://www.glamour. com/health-fitness/blogs/vitamin-g/2016/01/moving-in-after-smoker.

Saya copy point dia yg mengancam sahaja ya :

While the news is scary, Northrup says there is at least one step you can take if you discover you’re living in a home previously occupied by a smoker. Normal dusting or vacuuming doesn’t get rid of the chemicals, but using a solution of water and vinegar may help remove nicotine from smooth, non-porous surfaces like countertops and some floors.

Depending on how bad the third-hand smoke is, Matt recommends removing carpets, carpet padding, drywall, and ceiling tiles (if you can). "At a minimum, deep-cleaning and removal of carpets, carpet padding, and fabrics is needed," he says.

You can also be diligent about not letting guests smoke in your place (that includes e-cigarettes, Matt says), since even a small amount can create third-hand smoke.

Finally, if you’re searching for a new home or apartment, ask questions. "Always require that your real estate or rental agent discloses if previous owners or renters smoked," Matt says—and avoid the ones where smokers lived.

Ok.. Point tu beratkan? Saya nak habaq yg ringan je... Perkongsian dari diri saya sendiri je.

Zauji ni kebetulannya bukan lah jenis kaki Kedai kopi sangat. Dia akan jumpa kawan-kawan dengan kekerapan yang sangat jarang. Saya OK dengan keadaan itu. Kalau tiap hari lepak sana, tau la saya nak selesai mcm mana 😈😈

Yang paling sadis adalah kalau zauji GI meeting. Bila kata pi meeting ni selalunya mereka yang join meeting adalah dalam golongan pimpinan masyarakat la kot kan. Atau sekoman-komannya orang yg ada authority dalam masyarakat. Tapi alahai... Merokok juga?

Sayangnya, sekalipun jarang, saya akan segera dapat cam yang dia memang ke Kedai kopi melepak tu sebab dia bawak balik bau Kedai kopi tu. Sungguh kalau dia duduk dalam dua meter pun masih boleh bau rokoknya tu.

So, saya memang xboleh terima kalau ada golongan ibubapa yang rasa mereka selamat merokok sebab depa xmerokok depan anak.

OK sekarang saya mau tanya juga, kalau Georg Matt kata nak move in rumah smokers pun banyak nak kena buat utk detox rumah tu, macam mana plak situasi kita yang selalu bawa anak ke pasar malam yang mana orang merokok merata-rata. Juga dikedai makan terbuka yang selalunya orang tidak segan silu merokok?

Tepuk Dada.. Tanya Iman