Thursday, June 21, 2007

Bisnes Minded


Bismillah,

Saya sedang menaip bila ada org datang dan bagi salam di tempat saya bekerja.

Orang 1 : Nak mintak sedekah!
Saye : Ape dia? (Ntah le nape nak suruh dia ulang padahal dah dengar)
Orang 1 : Nak mintak sedekah sikit!

Saye pun paling tgk suami saye. Taktau nak cakap mcm mana. Tgk makcik yang sihat tubuh badan dan saya rasa makan jugak cukup. Bajunya tak la tunjuk yang dia mcm org yg susah sangat. Saya jugak nampak dengan jelas ada seorang yang sebaya dia berdiri depan pintu masuk.

Orang 2 : Cakap kat dia untuk dua orang (melaung dari depan pintu, sabo je la)
Orang 1 : Ha..!Nak mintak untuk 2 orang
Suami Saye : Bagi je singgit, pandai la dia bagi 2

Sabau je la. Mcm mana la ada lagi orang mcm ni. Nampak sangat lah betapa orang kita tak pandai cari makan sendiri. Mewah agaknya tadah tangan dekat orang. Saya pun tak reti nak cakap macam mana. Memang ada sesetengah negara yang penuh dengan peminta sedekah.

Cuba kita perhati di sesetengah tempat dimana takde pengemis. Kenapa pulak tempat ni dirog takde pengemis? Kenapa orang kat tempat kita tak berfikir macam tu? Mana pegi pulak peribahasa yang kata 'Ulat dalam batu pun boleh hidup?'

Saya juga mengenali saudara terdekat suami saya. Mereka hidup dalam keadaan yang agak menyedihkan. Sedangkan adik beradik dia yang hidup mewah. Walaupun begitu mereka baik-baik aje. Tetapi sebab saudara yang kesusahan ini tidak mempunyai bisnes minded maka beberapa cadangan saya berlalu begitu saja.

Saya pernah terfikir untuk memberi sedikit modal kepada dia supaya dia dapat buat kuih dan jual. Saya fikir ini mungkin cara terbaik tapi katanya tak pandai. Dalam fikiran saya pula terlintas, bukankah tukang masak paling glamer pun asalnya adalah zero jugak.

Juga kisah tentang seorang sahabat suami saya. Dalam fikirannya orang tak akan kaya selagi tak umur 35 tahun. Ntah kat mana dia dapat kenyataannya ataupun mungkin itu penilaian dia sendiri. Mereka dalam proses membuat rumah dan kebanyakan sumbernya adalah dari harta yang diwariskan oleh arwah ayah mereka.

Walaupun dalam kesempitan, memanglah nampak gayanya rumah tu bergerak sikit2. Tapi kalau tanya bab makan minum rasa kesian pulak. Bukanlah nak suruh diorg makan mewah sangat tapi tu lah. Saya pernah jugak cadangkan dia jual eskrem Malaysia sbb dia dok kat kawasan perumahan n kanak2 kat kawasan tu pun ramai. Tapi ade je alasan yang buat dia taknak berniaga. Rase modal nak buat eskrem Malaysia ni ade dalam 20-30 ringgit jek. Duit keuntungannya bukankah boleh tolong cover makan sikit2 dari dia bangun tidur aje. Huhu..Salah ke saye?

Terkadang saya terasa kagum dengan sebahagian besar wanita kat Kelantan yang memang dikenali dengan kekuatan mereka dalam bidang perniagaan. Mungkin lah mereka ini tak tergolong dalam golongan kaya. Cuma mereka ni mampu pakai gelang emas berderet2 ala2 mami jarum tu lagik.

Bab nak cari duit ni mcm satu lagi simpulan ke peribahasa ke yg kata 'Ndak seribu daya, taknak kalu seribu dalih'. Banyak cara sebenarnya yang boleh kita contohi. Tepi jalan pun boleh cari testimoni mereka yang berpuas hati dalam mencari rezqi melalui berniaga.

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10)."

"Didorongkan kepada kamu untuk berniaga kerana dalam perniagaan itu terdapat sembilan daripada sepuluh pintu rezeqi"(Hadith yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ul ulumuddin, Jld. 2)

"Saudagar yang benar dan amanah akan dikumpulkan pada hari qiamat bersama para orang-orang yang benar, para syuhada' dan para nabi" (At-Tirmizi)

Allah (s.w.t.) juga telah berfirman di dalam Surah Al Qasas, ayat 77 yang bermaksud:
"Dan carilah, dengan apa (kekayaan) yang Allah telah kurniakan kepada kamu, negeri (kehidupan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."

Zaman skang ni zaman duit buat duit. Jadi bagi mereka yang berfikir saya ucapkan tahniah. Ambillah peluang even dari modal yg minima jek. Namun jgn pula lupa, bila dah kayak rayak...Ingatlah pada yang memerlukan.

Firman Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 92 yang bermaksud: "Kamu tidak sekali-sekali dikira mencapai kebaktian (yang sempurna)sehingga kamu membelanjakan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"


Mmm..Tu je lah sekali lagi untuk hari ini. Semoga ada manfaat buat yang membaca. Doakanlah kita sama2 tak lalai dalam mengejar harta dunia. Amin!!!

Sunday, June 17, 2007

Suka Duka Berniaga Online

Bismillahirrahmanir rahim,

Hari ni rasa macam sejuk tangan saya menggigil takut ke nak marah ke saya pun tak pasti tapi macam nilah mungkin yang akan dialami oleh semua yang memilih untuk mencari makan secara online ini. Ada masa dan tika memang kita akan suka tapi ada pulak masanya mcm yang saya tanggung arini la...

SMS begini saya terima...
"Nak jawapan segera. Pos malaysia dah buka. Apa keputusan awak sebagai pejual ikut hukum syarak."

Saya pohon maaf sbb sebenarnya SMS ini lebih mengundang marah saya dari ketakutan saya. Sebabnya saya berasa saya berada dipihak yang benar. Tapi saya tak salahkan pelanggan saya sebab dia berhak rasa tensi, rasa serabut dan macam-macam rasa sebab dia dah bayar. Duit dia sedang hanging...Tu yang dia serabut. Lagipun peniaga macam saya bukan semuanya boleh diharap. Sori geng tapi ini kenyataan..Saye sendrik pun pernah terkena...

Apa ye yang nak saya ceritakan tentang bisnes online ni...? Banyak actually saya akan cuba untuk dijadikan panduan kepada mereka yang mahu mencuba...

PRODUK HAPE YANG BIASA BOLEH DI JUAL?
Bab ni memang seronok kalau nak sembang. Tapi secara basicnya, pilihlah produk yang menarik minat kita. Mcm sesetengah orang nak jual tudung, kain ela, pinggan mangkuk, tak kurang juga dgn insuran, kutip duit kutu n so on...Nak tgk tak betapa gilanya dunia perniagaan online ni, sila rujuk link yang saya sertakan dibawah...

- http://www.berrybunchbox.com/gedungwanita/index.php --> yang ni mmg kompem tempat org nak berniaga online ajek...
- http://www.wanitame layu.com/ forum/index.php --> yang ni masih ada forum untuk kita sembang benda lain selain bisnes jugak...
- http://www.wanitani aga.com/forum/index.php?sid=675642647a964bf7cab60216f732 c83e --> boleh buat bisnes dan dapatkan juga panduan dalam perniagaan online ni
- blog, fotopage, Yahoo 360, wordpress dan lain-lain yang didapati secara percuma yang telah dijadikan medan pulak untuk berniaga
- ataupun laman2 web individu yang mahu menjual produk masing2...

Berdasarkan beberapa link di atas, perhatikan la dalam semua tu betapa bisnes online ni tak mustahil akan mengurangkan masa mak-mak bershopping mopping secara realistik dan he he...mengurangkan juga risiko kehilangan anak....cuma kemungkinan anak lapo sbb mak tak masak tu masih ada..muahahaha. .

Juga jika nak menjual tu, pastikan la ada barangnya. Jgn nampak keuntungan yang upline jek dapat, downline yillek...Sila pulak rujuk laman web http://www.zaharudd in.net/ . Bagi mereka yang antikan ustaz ni maklum la macam-macam yang dia kata haram, tolong jgn pandang pada sumber yang dia amik. Jgn pandang pada penerimaan kita pada apa yg dia kata. Menerima yang benar tu memang pahit tapi adakah kita tau apa yg terbaik buat kita??

MANUAL JUAL BELI
Setiap barang yang kita minat nak beli, pastikan ada no tepon, nama, emel dan beberapa perkara berkaitan mcm no akaun.

- Bila dah minat untuk beli sesuatu barang, kol atau SMS atau emel penjual
- Kompemkan barangan masih ada
- Kemudian proses bank in
- Penjual akan uruskan pos
- Penerima akan tunggu barangnya sampai

KAEDAH POS
Ada macam-macam boleh guna
- Despatch - biasanya ini diamalkan oleh mereka yang duduk di area Lembah Klang. Dimana peniaga atau cawangannya ada di Lembah Klang
- Pos Parcel - cas yang murah malah ada peniaga yang bg free ajek. Cuma peniaga dan pembeli kene terima hakikat betapa lembabnya perjalanan pos biasa ni. Tapi kalau dah kita minta subsidi dari penjual maka terimalah hakikatnya.. .
- POS LAJU MALAYSIA - Bagi yang patriotik poslaju nih just nice tapi ada yang kata poslaju hampeh jugak
- POS SWASTA -Cthnya mcm Nationwide, GDex dan lain2. Tapi ada sesetgh tempat takde perkhidmatan tu, mungkin juga kene tunggu sehari dua untuk barang sampai. Sebagai contoh di Jerteh takde GDex, jadi barang dari tempat lain akan sampai dalam 2 hari ke sini.
- Emel - aik? Barang boleh anto ikut emel. Ada E-Book contohnya kalau kita nak beli, biasa akan di hantar mll email.

KOS LAIN YANG AKAN DITANGGUNG OLEH PENIAGA
- Minyak - Kene gi pejabat pos untuk mengepos, kalau dekat beres, kalau jauh?
- Pembalut - takde kertas kosong atau kertas minyak yang percuma
- Kotak pembalut - Peniaga online dah biasa berjalan dari satu kedai ke satu kedai tanya "Kotak kosong ade?"
- Selotep - juga takde yang percuma
- Tali - Kene beli jugak ih, ih...
- Masa - yang ni peniaga kene ada bijaksana, kalau yang bekerja kene la ade keizinan dari bos atau apa2 pertimbangan yang perlu supaya duit yang kita makan tak lah jadi bebanan buat kita.
- Kamera - bagi mereka yang rasa2 gambar perlu untuk berniaga
- Bateri kamera apatah lagi
- Sewa tapak di mana-mana lokasi forum atau web
Banyak lagi actually jadi kepada pembeli, ingatlah bahawa peniaga2 ni sedang menanggung pelbagai jenis kos tapi kerana mereka redha maka mereka boleh pergi jauh.

RISIKO
- Masalah dengan POS - Ha ha...saya dah state awal2 lagi kat atas. Terus kene sound bab syarak gitu. Walaupun telah saya nyatakan dengan jelas didalam blog saya akan masalah yang bakal ditanggung, namun inilah yang mungkin akan dihadapi. Tambahan pula kalau kita bukannya tak bertanya, tanya punya tanya pegawai yang jawab kata dia pun taktau barangnya ada dimana tengah siasat... Phew...Tepon sana sini tu masuk kos jugak kan? Kalau pembeli menerima ini maka restukanlah peniaga anda pos dengan posmalaysia yang agak slow nih
- CUSTOMER YG KREATIF - customer nak corak ni tapi kaler lain, atau nak kaler ni tapi tambah batu berlian kat hujung, atau nak yg ni tapi nak 50 helai...Kalau leh jumpa takpe tapi kalau takleh aiiyyyoo..bukan senang oo nak cakap no to customer
- Masa - kalau kita kerja lain dan bisnes online ni hanya sampingan, kadang2 agak kelamkabut nak siapkan banyak kerja...kerja kita adalah no 1 tapi our bisnes online bukan no 2...abis mcm mana...hhuhu. .yg surirumah pulak berperang dengan anak-anak lagi, nak masak untuk suami terchenta lagi...keje umah lagi...STOP! !banyak nye keje
- Tersilap anto barang - Biasa la kalau tempahan banyak, dan tak pandai nak manage...jadikla keadaan yg mcm ni..
Customer tak bank in, tapi kita ingat dia bank in n kita dah anto barang
Mmm....byk lagi ah sbnrnya tapi nilah mehnah dan tribulasi yang wajib kita tempuhi andai kita dah memasuki alam ni...

KEUNTUNGAN
Bab ni lah yang sedap sikit nak bincang. He he...Setelah ditilik2, ikut pengalaman saya dan beberapa sahabat la, kira banyak jugakla bergantung pada barang tau...sbb customer yang ramai dan internet digunakan hampir setiap hari esp mereka yg kerja di pejabat. Pergi mari mmg tak dinafikan keseronokan berniaga secara online dan secara tak langsung kita akan mempunyai lebih ramai orang yang kita kenal dari pelbagai tempat.

Ush..dah ah...saje nak melegakan perasaan jek...he he....masalah kalau kita selesai baik2 insya ALLAH, ALLAH akan mudahkan...

Saturday, June 16, 2007

Ikan Makeover!!!


Ini adalah gambarannya sebelum kolam ni diberikan penapis..Kesian kat ikan susah bernafas

Jeng jejeng!!!



Ok, inilah kolam baru umah mertua saya setelah diberi nafas baru oleh cik abg saye...Nak belajar? Kene tepon dia kat 0199217161...He he...bikin up saham dia


Walaupun penapis manual ni nampak dhaif tapi kira orait aa utk membasmi kejadian kematian ikan sesak nafas :D

Saturday, June 09, 2007

Bercerita Kisah Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim,

Saye mula2 sekali nak pohon maaf pada mereka yang menyinggah tapi blog ni takde benda nak disajikan. Saye berharap dapat bagi sesuatu yang berlainan tiap kali orang singgah tapi biasa la, masa yang kita ada tu nak kata tak cukup tu tak...cuma saye je kot yang tak pandai nak manage. Hari ni, my parents baru jek balik n saya berpeluang utk tgk folder koleksi artikel saya dan saya sangat tertarik dengan tajuk di atas.

Seperti yang difirmankan oleh ALLAH dalam kitabNya yang mulia...
"Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir". (Surah al-Araf, ayat 176)

Sangat jelas sekali Al-Quran akan mendidik manusia bagi mereka yang pandai menggunakannya. Antara faedah yang akan kita dapati adelah seperti berikut :
- memperkuatkan imaginasi
- meningkatkan pengalaman
- mengembangkan penguasaan bahasa serta memberikan pelajaran budi pekerti dan nilai murni melalui peristiwa yang diungkap dalamnya
- membuka ruang untuk bertanya apa saja yang ada dalam minda mereka


Terkadang kita tidak memahami kenapa anak2 jadi begitu susah untuk ikut cakap kita. Apa yang berlaku di sini adelah mereka sebenarnya tak memahami apa yang kita katakan. Sebagai contoh, bagi kita perkataan derhaka sangat jelas maksudnya iaitu melawan mak bapak kan...tapi bagi budak, dia tak dapat bayangan 'derhaka' tu apa...

So, kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maksud derhaka adalah dengan bercerita. Sebagai contoh, bagi kita yang berbudaya Melayu ni, Tanggang adalah objek derhaka yang paling tepat. Jadi, gunakanlah kisah Tanggang untuk memahamkan anak ia takleh lawan cakap mak bapak. Itu cuma gambaran kecil dimana benda yang paling penting utk kita ceritakan adalah kisah bala yang diturunkan ALLAH kepada hamba yang tak ikut perintahNya.

Malangnya, zaman skang, tugas ini telah diambil alih oleh
- cekgu sekolah - kalu cikgu tu boleh pakai orait la...kalau tak mcm mana? Ops, saye bukan nak kata cikgu2 nih jahat tapi manusia kan? Ada yang boleh diikut, ade yang keje cikgu utk tangkap muat makan gaji...golongan ni aaa yang menghampehkan anak2 kita
- TV dan alatan media - kalau takde kawalan, akan lebih memburukkan keadaan
- Buku cerita - konon2 anak pandai membaca, kita lepas tangan tanpa kita sedar rupanya anak kita tak faham apa halatuju buku tu untuk dia. Kalau dia dapat buku yang betul takpe la, tapi budak skang dah banyak dikhayalkan dengan kisah cinta yang menghalalkan benda yang haram....mmm...serabutnya rase

Kenapa Al-Quran mesti kita jadikan bahan rujukan utama??
- Al Quran telah terbukti mendidik manusia dan ini takde tandingannya. Takkan ada yang sama dengan Al-Quran.
- Al Quran sentiasa mengajar kebenaran akan menewaskan kebatilan. Tapi kalau cerita omputeh mcm Robin Hood telah menunjukkan matlamat telah menghalalkan cara. Adakah ini yang kita mau? Gunakan apa saja cara yang tak betul utk dapatkan benda yang betul?? Percayalah, walaupun kebenaran dilihat lambat utk menang namun ia akan memberi kemenangan terbesar buat kita.
- Dlm AlQuran banyak mengajak kita berfikir untuk merenungi kehebatan Pencipta kita. Dengan cara ni, kita akan mendidik konsep keTuhanan dalam hidup dia. Dan ini penting kerana jiwa mereka yang percaya kepada Tuhan adelah sangat tulus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bertuhan pula.

Apekah pula kaedah untuk bercerita?
- spontan/lisan - iaitu time mana seswai esp time anak bertanya. Kaitkan persoalan anak dengan kisah yang akan kita sampaikan
- bantuan buku cerita - rujuk buku cerita supaya idea kita sendiri berkembang untuk bercerita
- kad bergambar - boleh tunjuk supaya dia lebih faham
- patung - tak minat kaedah ni sbb nama pun poatung kan tapi rasanya ok jugak tak guna teknik ni?
- selitkan unsur humor - sbb humor ni tanak kasi anak jemu. Lebih baik selang seli dengan benda yang sayu2. Biras saye pernah cerita time dia cerita pada anak2 dia pasal Batu Belah, anak dia umur 4 tahun suruh berenti cerita sbb sedih. Ini membuatkan Basir lebih mementingkan mak dia untuk apa saja.
- nada suara dan mimik muka yang seswai - kalau muka kita flat je, anak pun bosan. Baik tgk TV pulak...ade iklan pun dia tahan jek
- elakkan cerita yang complicated - mcm cerita ape ek, sejarah penubuhan Malaysia. Ha ha..org mcm saye mmg fail aa sejarah. Dulu sejarah kira mcm buat sejarah sendrik aaa kalau sampai bab esei huhu...mana nak hafal dgn tahun lagi, nama tokoh lagi n mcm2 aaa...dahtu buku rujukan ni kata lain, yg tu kata lain....adei la

Mmm...serasanya Asmaa' tu saye dah boleh kan start cerita...Mm...Nak cari aa cerita ape ek yg seswai???? Ade cadangan?