Bismillah,
Saya sedang menaip bila ada org datang dan bagi salam di tempat saya bekerja.
Orang 1 : Nak mintak sedekah!
Saye : Ape dia? (Ntah le nape nak suruh dia ulang padahal dah dengar)
Orang 1 : Nak mintak sedekah sikit!
Saye pun paling tgk suami saye. Taktau nak cakap mcm mana. Tgk makcik yang sihat tubuh badan dan saya rasa makan jugak cukup. Bajunya tak la tunjuk yang dia mcm org yg susah sangat. Saya jugak nampak dengan jelas ada seorang yang sebaya dia berdiri depan pintu masuk.
Orang 2 : Cakap kat dia untuk dua orang (melaung dari depan pintu, sabo je la)
Orang 1 : Ha..!Nak mintak untuk 2 orang
Suami Saye : Bagi je singgit, pandai la dia bagi 2
Sabau je la. Mcm mana la ada lagi orang mcm ni. Nampak sangat lah betapa orang kita tak pandai cari makan sendiri. Mewah agaknya tadah tangan dekat orang. Saya pun tak reti nak cakap macam mana. Memang ada sesetengah negara yang penuh dengan peminta sedekah.
Cuba kita perhati di sesetengah tempat dimana takde pengemis. Kenapa pulak tempat ni dirog takde pengemis? Kenapa orang kat tempat kita tak berfikir macam tu? Mana pegi pulak peribahasa yang kata 'Ulat dalam batu pun boleh hidup?'
Saya juga mengenali saudara terdekat suami saya. Mereka hidup dalam keadaan yang agak menyedihkan. Sedangkan adik beradik dia yang hidup mewah. Walaupun begitu mereka baik-baik aje. Tetapi sebab saudara yang kesusahan ini tidak mempunyai bisnes minded maka beberapa cadangan saya berlalu begitu saja.
Saya pernah terfikir untuk memberi sedikit modal kepada dia supaya dia dapat buat kuih dan jual. Saya fikir ini mungkin cara terbaik tapi katanya tak pandai. Dalam fikiran saya pula terlintas, bukankah tukang masak paling glamer pun asalnya adalah zero jugak.
Juga kisah tentang seorang sahabat suami saya. Dalam fikirannya orang tak akan kaya selagi tak umur 35 tahun. Ntah kat mana dia dapat kenyataannya ataupun mungkin itu penilaian dia sendiri. Mereka dalam proses membuat rumah dan kebanyakan sumbernya adalah dari harta yang diwariskan oleh arwah ayah mereka.
Walaupun dalam kesempitan, memanglah nampak gayanya rumah tu bergerak sikit2. Tapi kalau tanya bab makan minum rasa kesian pulak. Bukanlah nak suruh diorg makan mewah sangat tapi tu lah. Saya pernah jugak cadangkan dia jual eskrem Malaysia sbb dia dok kat kawasan perumahan n kanak2 kat kawasan tu pun ramai. Tapi ade je alasan yang buat dia taknak berniaga. Rase modal nak buat eskrem Malaysia ni ade dalam 20-30 ringgit jek. Duit keuntungannya bukankah boleh tolong cover makan sikit2 dari dia bangun tidur aje. Huhu..Salah ke saye?
Terkadang saya terasa kagum dengan sebahagian besar wanita kat Kelantan yang memang dikenali dengan kekuatan mereka dalam bidang perniagaan. Mungkin lah mereka ini tak tergolong dalam golongan kaya. Cuma mereka ni mampu pakai gelang emas berderet2 ala2 mami jarum tu lagik.
Bab nak cari duit ni mcm satu lagi simpulan ke peribahasa ke yg kata 'Ndak seribu daya, taknak kalu seribu dalih'. Banyak cara sebenarnya yang boleh kita contohi. Tepi jalan pun boleh cari testimoni mereka yang berpuas hati dalam mencari rezqi melalui berniaga.
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10)."
"Didorongkan kepada kamu untuk berniaga kerana dalam perniagaan itu terdapat sembilan daripada sepuluh pintu rezeqi"(Hadith yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ul ulumuddin, Jld. 2)
"Saudagar yang benar dan amanah akan dikumpulkan pada hari qiamat bersama para orang-orang yang benar, para syuhada' dan para nabi" (At-Tirmizi)
Allah (s.w.t.) juga telah berfirman di dalam Surah Al Qasas, ayat 77 yang bermaksud:
"Dan carilah, dengan apa (kekayaan) yang Allah telah kurniakan kepada kamu, negeri (kehidupan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."
Zaman skang ni zaman duit buat duit. Jadi bagi mereka yang berfikir saya ucapkan tahniah. Ambillah peluang even dari modal yg minima jek. Namun jgn pula lupa, bila dah kayak rayak...Ingatlah pada yang memerlukan.
Firman Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 92 yang bermaksud: "Kamu tidak sekali-sekali dikira mencapai kebaktian (yang sempurna)sehingga kamu membelanjakan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu belanjakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Mmm..Tu je lah sekali lagi untuk hari ini. Semoga ada manfaat buat yang membaca. Doakanlah kita sama2 tak lalai dalam mengejar harta dunia. Amin!!!
bleh la tunjuk ajar kat saya cara2 bisnes ye..
ReplyDelete