Thursday, March 31, 2011

Apam Mekar Yang Beracun

Bismillah,

Malam tadi bagaikan tidak lena tidur. Agaknya sebab dari semalam saya memasang angan-angan untuk buat apam mekar. Jadi pagi ini saya bangun dengan mudah tanpa rasa malas. Semua barangan yang diperlukan telah saya beli semalam. Rupanya tidak susah untuk buat apam ini.

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabornat
2 susu besar serbuk koko

senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak... tadaaaaaa kan senang mcm pejam mata pun leh buat....
Resepi di atas saya dapat dari link ini.


Jadi apa yang menjadikannya RACUN?? Kalian lihat kertas hijau ini. Semalam semasa hendak membeli, memang terdetik di hati saya sama ada warna kertas ini akan turun atau tidak? Baru lagi saya berbincang dengan mertua, bahawa bila ada satu naluri tidak enak, tapi kita berdegil melawannya maka dapatlah padahnya.

Empat kali jumlah apam di atas terbuang begitu sahaja selepas suami saya menegur warna kertas itu luntur. Menambah luka bilamana anak-anak yang sedang makan terpaksa suami saya hentikan atau mereka akan makan lebih banyak kandungan pewarna itu. Benar, ini silap saya. Selain mengabaikan naluri saya, saya juga malas bergerak ke kedai lain untuk mencari kertas yang sesuai.

Selain dari empat kali jumlah apam di atas yang dibuang, saya juga buang keseluruhan kertas hijau itu. Biarlah, barangkali itu bukan rezeki kami. Itu lebih baik daripada makan makanan yang mengundang mudharat. Tapi, bukanlah tiada rezeki langsung buat anak-anak saya, masih ada sedikit lagi yang berbaki dan saya masakkan dalam loyang.

Sedari awal tadi saya memang berniat hendak masak selebihnya dalam loyang itu cuma saya masukkan dalam kertas untuk memudahkan anak membawanya ke sekolah. Sudahnya tadi, Asmaa' sekali lagi membeli makanan di tepi jalan sebagai bekalnya ke sekolah.

Oh ya, saya menangis semasa apam tu dibuang. Sebagai ibu, saya tidak dapat mengelak daripada 'terasa' bila apa yang saya buat dengan penuh semangat (hendak dikata penuh kasih sayang bagaikan tidak kena) dikatakan beracun. Suara anak-anak yang mengatakan apam itu beracun juga melukakan saya sedangkan apam itu tiada salahnya, tetapi kertas itu yang salah.

Saya sebenarnya tidak pandai pun memasak tetapi bila suami ada kesedaran untuk menjaga pemakanan (semoga selepas ini kami menitik beratkan kebersihan luar rumah  juga) maka saya usahakan juga untuk belajar pelbagai resepi. Saya tidak mahu anak saya terliur melihat coklat di pasaran tapi tak dapat memakannya, juga saya tidak tahan melihat anak-anak meminta kek-kek atau apa sahaja yang terdapat di kedai atau dijamu orang jadi saya cuba yang terbaik untuk anak-anak saya.

 

Wednesday, March 30, 2011

Pesta Buku Kelantan

Bismillah,

Hari ini saya ke Pesta Buku Kelantan 2011.
Saya sambar 

Buku Prasekolah 
RM 2.25/pc


Modul Semua Dalam Satu (dari Jan - Dis)
RM 8.96/ pc

Buku Bear House (4 subjek dalam satu buku untuk cuti sekolah)
RM 4.50/pc

4 Dozen buku cerita
Set Kampung Melayu - RM 15
Terbeli dua set la pulak adui......
Moral Safari Tale - RM 13.50
Cerita Dongeng Kegemaran - RM 15

Lepas dari tu, sape yang beli RM 10 ke atas, bolehlah masuk lucky draw ni...tapi saya tak masuk. 
Tak snap pun gambar sebab sangatlah crowded nya.




 

Tuesday, March 29, 2011

Berkenaan Apa Selalu Pasangan Dibohongi?

Bismillah,

*Entry ini adalah entry yang disegarkan semula

Sejumlah peneliti menemukan bahwa orang dewasa rata-rata berbohong sebanyak tiga kali setiap harinya. Kebanyakan, kebohongan ini dilakukan orang dewasa kepada pasangannya, teman kerja, dan teman dalam lingkungan pergaulannya. Jadi, jangan hairan jika Anda mendapati pasangan berbohong kepada Anda, setiap hari.

Kebohongan terbanyak terjadi dalam urusan rumah tangga. Jika Anda menanyakan apakah pasangan sudah mencuci baju kesayangan Anda, lalu ia menjawabnya sudah, belum tentu kenyataannya sama. Boleh jadi baju kesayangan Anda disimpan rapat-rapat, bahkan disembunyikan dari Anda, karena menurut pasangan baju tersebut sudah tak layak pakai atau tak sesuai baginya untuk melihat Anda mengenakan baju yang terlihat lusuh.

Berdasarkan hasil kajian yang diadakan Twentieth Century Fox Home Entertainment, sepertiga responden mengaku sering berbohong tentang tugas atau pekerjaan mereka. Kamuflase ini dilakukan agar bekerja terasa lebih ringan, walau kenyataanya masih banyak pekerjaan yang harus diselesaikan. Kebohongan lain juga dilakukan dalam mengisi formulir wawancara kerja, terutama pada bagian pengalaman kerja. Seperempat responden mengakui kebohongan ini.

Lekaki dan wanita gemar berbohongDalam hubungan berpasangan, baik lelaki mahupun wanita gemar berbohong. Jika lelaki sering melebih-lebihkan jumlah wanita yang dikencani, lain lagi dengan wanita. Para wanita kerapkali mengaku tidak puas dengan hubungan sebelumnya. Baik lelaki mahupun wanita ini tak mengatakan kenyataan yang sebenarnya.

"Meski senang berbohong, dua pertiga dari orang yang disurvei mengaku tidak pandai berbohong. Tetapi bagaimanapun mereka lebih memilih berbohong karena seringkali dengan berbohong hidup terasa lebih mudah," kata juru bicara penyelenggara survei.

Bagaimana dengan Anda, bolehkah mengenali gelagat pasangan saat berbohong? Atau memang Anda memiliki pasangan yang selalu bicara jujur apa adanya?
Editor: Dini
Sumber : http://female.kompas.com/read/2011/01/04/19372066/setiap.pasangan.berbohong.tiga.kali.setiap.hari

Hehe..sucinya korang kalau tak pernah bohong..huhuhu.. saya ada satu benda yg sll saya tipu suami saya iaitu b'kenaan masa.

Suami saya kerjanya letih. So kalau dia tertidur terpaksa lah dibangunkan especially dah masuk waktu. Jadi saya akan kejutkan dia dan bgtau masa dah terlalu lewat dah ni utk dia solat walaupun sebenarnya tak.

Sampai ada sekali tu, sbb sll jawab masa dengan jawapan yang kurang munasabah, sampai ada masa tipuan saya tu dah tak menjadi sbb suami dah cam dah mcm mana gaya saya kalau tipu atau sebaliknya.

Apa lagi ek yg saya sll tipu dia? Yang lain2 takleh cerita lah kat sini kehkeh...kang ramai kaum isteri mengelat bila bercakap dengan suami :P

*Abg, helah dengan bohong tak sama kan kankankankankan??


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Belanja Kami Setiap Hari

Bismillah,

Saya seronok kalau dapat buka Facebook. Boleh baca macam-macam dan boleh share macam-macam di sana. Tapi biarlah berhemah kan. Terbaru saya sharekan apa yang saya belanja setiap hari. Kalau saya rajin saya uploadlah cepat2 :)



Actually banyak benda yang FOC ni bila kita duduk di kampung. Tapi saya letakkan juga sebagai tanda hari itu kami dapat rezeki itu. Tak lama lagi buah markisa akan masak dan dapatlah kami makan buah yang kami tanam sendiri...Alhamdulillah!!!


 

Kongsi Bersama Affiliate Yang Anda Ceburi

Bismillah,

Affiliate yang saya paling aktif adalah AdikBijak.com. Walaupun begitu jumlah yang saya dapat hanya mampu untuk mendapatkan satu buku percuma sahaja. Ini bermakna jumlahnya tidak banyak. Saya pun tak pasti berapa banyak affiliate telah saya masuk tetapi saya rasa yang bergerak hanya AdikBijak itu sahaja. Hari ini, sekadar hendak bertanya kawan-kawan apakah affiliate yang kalian masuk?? Kalau boleh tinggalkan link di kotak komen.


Bukanlah nak menjadikan affiliate sebagai mata pencarian pun, sekadar hendak mendapatkan ilmu dan sedikit tambahan pendapatan sahaja. Manalah tahu boleh jadi sumber rezeki orang lain juga!

Nota di bawah di ambil dari link ini 

Program affiliate adalah satu program yang dipasang oleh owner web jualan/penjual di internet seperti penjual ebook, penjual buku online, penyedia servis, atau lain – lain yang berbisnes di internet. Ianya dipasang di laman web bertujuan untuk merekrut agen – agen promoter secara online. Pendaftaran untuk menjadi agen promoter online ini biasanya adalah percuma. Komisyen akan dibayar kepada anda biasanya berdasarkan jualan yang diperolehi melalui link anda. Anda hanya mempromosi, penjual yang akan menjual.

Affiliate ini terbahagi kepada tiga yang utama iaitu affiliate berdasarkan downloader (PPL) dan juga affiliate berdasarkan jualan (PPS) dan juga affiliate berdasarkan klik (PPC).
1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik)

Dengan affiliate ini, anda:

tidak perlu keluar modal sesen pun takpe, anda boleh memulakannya
tidak perlu memiliki laman web sendiri, maknanya tidak perlu pening camne nak bina web, camne nak pasang system dan sebagainya
tidak perlu menjual, semuanya diuruskan oleh pemilik web/produk
tidak perlu risau risiko tiada pembeli, kerana anda bukan keluar modal pun

 

Monday, March 28, 2011

Kami Orang Kampung

Bismillah,

Satu masa dulu hal ini menjadi isu keluarga juga. Tapi kami redah dan akhirnya semua ahli keluarga menghormati pilihan kami. Bagi saya sendiri tidak mudah juga tinggal di rumah kampung kerana saya membesar di kawasan perumahan dan saya tinggal di asrama dari saya berumur 13 tahun.

Memilih jadi orang kampung dengan jarak antara satu rumah dengan satu rumah agak jauh bukan bermakna kami memilih untuk hidup sendiri tanpa perlu bermasyarakat. Kami pilih cara hidup ini kerana mahu memberi lebih kehidupan kepada anak-anak kami memandangkan kami bukan orang senang. Jadi, kami berharap dengan memilih kawasan lapang begini anak-anak tidak tertekan dengan masalah hidup.



Gambar itu adalah gambar tahun lepas di hadapan rumah kami. Begitulah kami setiap hari. Maksud saya bukan setiap hari berbaring di atas para seperti itu tetapi kami menikmati keluasan kediaman ini dengan sebaiknya :) Di bawah pula adalah video di hari hujan dari tepi rumah kami. Buka volum kuat2 ye untuk dengar suasananya.


Saya suka menerima tetamu, datanglah berkunjung ke rumah kami!


 

Lawatan Prenatal : Buat Yang Pertama Kali Mengandung

Bismillah,



Tahniah buat dua ipar saya yang kelihatannya sedang mabuk-mabuk. Pandai kalian bajet (sebenarnya ia adalah ketentuan ALLAH Yang Maha Bijaksana) mahu bersalin dalam masa yang berdekatan. Seorang dari adik ipar saya itu adalah pertama kali mengandung. Kesian melihat dia terpaksa meludah air liur setiap berapa minit sekali.

Baca juga : Alahan mengandung : Cara Mengatasi

Alahan ni, adatlah... Tapi siapa yang boleh membaca sifir mengandung, insya ALLAH mereka boleh mengelakkan alahan. Perhatikan tubuh sendiri, kenapa boleh rasa loya kemudian cubalah untuk mengelakkannya. Kali ini saya tidak bercadang tentang alahan mengandung tetapi lebih kepada kenapa perlu buat lawatan prenatal.

Selalunya dalam tempoh kehamilan, jika kita pergi ke klinik seawal kandungan berusia 3 bulan maka lawatan yang akan kita lakukan adalah lebih kurang 15 kali. Tapi temujanji yang mereka tetapkan barangkali akan berubah mengikut keadaan kesihatan kita. Jika kesihatan kita baik, maka tidaklah kerap sangat kita terpaksa ke klinik.

Apa yang perlu dilakukan di sana adalah pastikan bladder anda penuh :P . Jika tidak anda perlukan masa yang lama untuk rasa nak buang air. Mereka akan melakukan beberapa ujian ringkas yang tidak menyakitkan. Untuk mereka yang pertama kali melakukan lawatan ini, cuba senaraikan soalan yang mungkin anda tanyakan kepada jururawat atau doktor bertugas. Jangan jadikan lawatan anda sebagai satu lawatan touch n go. Jadikanlah lawatan itu satu lawatan yang ilmiah.

Jururawat akan bertanya bagaimana perasaan kita atau sebarang masalah dan kebimbangan yang kita alami. Jawablah dengan sejujurnya terutama jika anda berhadapan dengan kebimbangan tertentu. Ini bagi memastikan ibu dan kandungan sihat disepanjang tempoh kehamilan. Jadi adalah amat penting untuk memenuhi temujanji walaupun pada tarikh tersebut, kita berasa sihat sahaja.

Oh ya...ujian ringkas yang saya sebutkan tadi adalah seperti berat badan, tekanan darah, urin, merasa kedudukan bayi, mendengar bunyi jantung bayi dan lain-lain. Kita juga akan diberitahu tentang perubahan bentuk tubuh dan memberitahu situasi yang perlu diberi perhatian sepanjang kehamilan.

Akhir kata, cubalah berbaik-baik dengan jururawat yang memeriksa. Mereka adalah insan seperti kita juga yang kenal penat bila bekerja. Jika mereka berhadapan dengan masalah, barangkali mereka akan bertindak dengan cara yang sepatutnya. Cubalah bersabar dan bercakap dengan baik supaya itu tidak menambah beban mereka. Jika mereka tahu kita memahami mereka, insya ALLAH mereka akan cuba memahami kita nantinya.

Baca juga : Memahami Kad Antenatal

 

Thursday, March 24, 2011

Projek Tempe & Ikan Pari

Bismillah,

Mood saya baik semalam. Saya dah mula beramas mesra dengan anak-anak. Saya dah jumpa dah punca kenapa saya jadi tension tak pasal-pasal. Tapi untuk menyelesaikan masalah saya itu, saya perlu berkorban. Tetapi berkorban yang saya katakan tidak sampai terkorban. Itu adalah kerana dengan sedikit sahaja saya berkorban, saya rasa seronok. Nantilah bila ada ketika yang sesuai saya akan kongsikan juga dengan kawan-kawan saya yang baik hati.

Semalam, salah satu penawar yang mengubati mood swing saya adalah suami saya bawa kami ke Jerteh. Dia cadangkan saya pergi seorang diri dengan anak-anak tapi saya menolak. Walaupun pergi dengan encik suami akan menyebabkan saya tidak sempat panas punggung duduk di sana, tapi itu lebih baik dari saya pergi seorang diri.

Pulang dari Jerteh, kami melencong ke arah Tok Bali untuk cari ikan yu yang diharapkan dapat bantu saya menambah susu badan. Tapi ikan yu tak ada dan suami saya beli ikan pari 5 kg. Ikan di sini murah-murah sahaja dan segar lagi. Memang penuhlah peti sejuk kami semalam dengan 21 ekor ikan pari tu. Kebetulan pula, ada beberapa ikan lagi ada di dalam peti dan 9 peket tempe.

Jadi semalam saya tulis di wall dan macam biasa kawan-kawan saya yang peramah bagi beberapa cadangan untuk masak apa.

Tempe :
- goreng dengan kunyit dan garam.. kemudian masukkan bawang yang dihiris, cili padi
- buat sambal tumis... org jawa sure buat masak lodeh atau sambal goreng
- Tempe tu potong nipis2, goreng rangup
- tempe tu potong2 celup ngn telur then goreng..makan panas2 cicah sos..

Ikan Pari :
masak asam pedas/bakar cicah air asam/kari

Tiba-tiba lapar pula. Sekejap lagi nak dicari bunga kantan dulu :)

 

Wednesday, March 23, 2011

Bosan Dengan Kehamilan??

Bismillah,

Semalam terbaca dekat wall seorang kawan sekolah saya dulu. Saya rasa dari ayat dia tu sama ada dia sudah bersedia untuk mengandung lagi atau dia dah pun mengandung. Ramai yang memberi respon terkejut. Manakan tidak, saya rasa dia baru sahaja melahirkan baby Ammar pada November yang lalu. TApi yang terkejut itu orang lain, barangkali orang yang sama yang terkejut saya asyik mengandung. Akhirnya kini, mereka terkejut pulak kalau saya tidak mengandung.

Selalunya orang akan sangat excited ketika awal mengandung. Walaupun ditimpa masalah alahan mengandung tapi semangat bukan main lagi rasanya hendak menyambut orang baru. Tetapi cuba tanya mereka yang telah berada dalam trimester ketiga? Ramai yang menyatakan 'hope for the baby pop out really soon'. Banyak sebabnya sehingga perasaan itu datang :

  • Sudah terasa perut berat
  • Sudah terasa sakit di sana sini
  • Tak sabar hendak bercuti panjang!
Memang ramai yang bosan ketika perut benar-benar besar. Ada seorang junior sekolah juga yang tulis di wallnya yang dia sangat tidak selesa dengan pandangan orang lelaki pada perutnya. Itu belum lagi cubaan untuk memegang perut lagi. Kalau yang sibuk nak pegang tu kawan-kawan lain lah sikit. Maklum sahaja, waktu begini, pusat pun dah terjuih dan memang susah nak cover.

Malah teguran orang ramai, tentang bentuk body kita yang sudah semakin besar juga menambah ketidakselesaan. Seolah-olah tiba-tiba sahaja kita bertukar menjadi giant. Sebenarnya mereka semua ini sangat excited melihat perubahan kita. Cuma, abaikan sahaja perasaan ini. Walaubagaimana sekalipun kehamilan mesti diteruskan.

Selama lima kali mengandung dulu, saya sangat takut untuk sampai ke tahap sakit bersalin. Kalau boleh biarlah bawak perut tu saja. Tapi, janji ALLAH itu sangat pasti kan?

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangt uanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Kulah kembalimu.“ (Luqman: 14)

Di tempat lain, Dia Yang Maha Suci berfirman:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orangtuanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya dengan menyapihnya adalah tiga puluh bulan….” (Al-Ahqaf: 15)

Setakat ini saya tidak mendapat banyak gangguan sangat. Barangkali kerana tubuh saya yang kecil dan tudung labuh serta jubah yang menjadi pemakaian saya. Malah sehingga mengandung bulan terakhir pun ada yang tidak menyedari saya akan melahirkan pada bila-bila masa. Walau apapun dugaan yang dihadapi dalam tempoh ini, bersabarlah, ia adalah peluang kita menyucikan diri :) Semoga ALLAH mudahkan!

 

Tuesday, March 22, 2011

Melihat Kematian Di Tepi Jalan

Bismillah,

Melihat satu mayat bergelimpangan pagi ini menambah lagi debaran saya. Sebenarnya sudah hampir seminggu saya berdebar-debar dan saya seakan-akan mendengar bunyi jantung saya tapi tidak sepanjang masa. Ia berlaku beberapa minit sekali. Sebenarnya pagi tadi semasa menghantar Usamah dan Uwaiys (yang selalunya abah mereka yang hantar), anak-anak minta saya menggunakan jalan kubur.

Mereka suka memberi salam di kawasan kubur itu. Tapi ntah mengapa saya jalan terus sahaja kerana jam dah menunjukkan anak saya 5 minit lewat. Saya agak, dengan menggunakan jalan itu saya boleh bawa lebih laju walaupun jaraknya jauh sedikit. Tiba-tiba saya nampak kereta polis di hadapan. Sekali lagi saya berdebar sebab tidak memakai tali pinggang.

Tapi jalan lurus sebegitu membolehkan kita menarik tali pinggang sambil memperlahankan kereta. Sampai disana, rupanya ada kemalangan tetapi tiada kenderaan yang remuk pun. Sambil melintasi polis yang memberi signal untuk saya jalan, saya melihat mayat di bahu jalan sebelah kiri. Aduh...sekali lagi lutut saya menggeletar. Saya tidak nampak kesan darah tetapi keadaan mukanya tertiarap di atas jalan tetapi punggungnya juga berada di atas tanah menunjukkan barangkali lelaki itu digilis di bahagian badan dan badannya terpulas sehingga sedemikian rupa.

Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun di situ, tiada seorang pun yang memangku mayat itu. Oh...sedihnya rasa sehingga air mata saya jatuh mengalir. Barangkali orang itu meninggal seorang diri, tanpa ada ahli keluarga yang ada bersamanya. Pasti itu menjadi satu keadaan yang memilukan. Meninggal keorangan tanpa ada orang yang memangku.

Begitulah kebimbangan mertua saya. Saban waktu dia mengharapkan ada anak-anaknya yang tinggal bersama. Dia tidak bimbang duduk seorang pun tetapi dia hanya risau, ketika Malaikat Maut datang menjemput, tiada siapa di sisi menemani. Tetapi itulah, kematian ini kita tidak tahu waktu tepatnya. Barangkali di rumah kita ada berteman tetapi lihatlah orang tadi, dia mati di tepi jalan.Semoga ALLAH memudahkan perjalanannya selepas ini...

Lalu Pijah, apakah persediaan kamu setelah melihat peringatan paling mengesankan itu tadi??
*mencari ruang lagi untuk muhasabah diri*

 

Monday, March 21, 2011

Tachycardia - Berdebar-debar

Bismillah,

Beberapa hari juga ya saya tidak menulis sedangkan saya dah berjanji ini akan menjadi tanggungjawab saya. Minggu lepas saya balik ke Parit Buntar untuk menguruskan beberapa perkara. Gembira melihat orang-orang yang ingin memulakan perniagaan. Pelbagai onak ranjau berduri mereka hadapi tapi mereka kelihatan tabah sekali.

Terkenang zaman saya hendak buka perniagaan dahulu. Tersilap sedikit dalam membuat keputusan, sakitnya terasa sehingga ke hari ini. Tiada guna menyesal sekalipun memandangkan saya yang menyerah diri. Bila melihat kawan-kawan yang membuka kedai tanpa banyak kerenah, nafas saya sesungguhnya menjadi semput.

Bercakap mengenai nafas semput, rasa berdebar-debar yang saya alami semenjak hari hendak pulang ke Parit Buntar sehingga ke hari ini masih tidak hilang. Bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku tapi saya tidak tahu apa. Kalau dalam istilah perubatan, saya rasa keadaan saya ini dinamakan tachycardia.

Penyebab-penyebab takikardia mungkin ada dinyatakan di sini :

Some people who have tachycardia do not have underlying heart disease. The cause is often unknown. But possible causes include:
  • Overactive thyroid or other metabolic imbalance
  • Abnormalities within individual heart cells
  • Abnormal electrical properties of groups of heart cells
  • Emphysema or other lung diseases
  • Exposure to heart stimulants, such as caffeine, tobacco or alcohol
  • Rapidly firing triggers, ("hot spots") often located in the veins that return blood from the lungs to the heart (pulmonary veins) — that cause atrial fibrillation
  • Older age
  • Sleep apnea
  • Electrolyte imbalance
  • Genetics
Saya sebenarnya risaukan tulisan-tulisan yang saya boldkan itu. Tapi saya mesti melalui banyak ujian sebelum rasa risau sebenarnya. Tanpa apa-apa pemeriksaan, saya tidak perlu takut pada benda yang belum pasti.

Semoga semua urusan yang akan saya lalui sebulan dua ini berjalan lancar. Tumpang gembira dengan perkembangan mereka. :))

*Pendek saja hari ini - saya sekadar mahu melepaskan rindu untuk menulis :))

 

Friday, March 18, 2011

Jangan Membisu Dalam Perjalanan Panjang

Bismillah,

Semalam saya dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Perak. Bagaikan suatu keajaiban kerana saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan. Barangkali kerana sudah agak lama saya tidak berborak dengan biras saya. Topik yang kami bincangkan adalah berkisar tentang perniagaan dan macam-macam lagi. Ternyata, perbualan yang berlangsung itu memberi saya banyak pengetahuan.

Sehingga akhirnya bila hendak tiba ke destinasi, saya rasakan bagai kehilangan suara akibat dari banyaknya bercakap. Ternyata biras saya memang mempunyai pelbagai idea yang bernas berkenaan perniagaan ini. Sebenarnya, melalui perjalanan panjang, kita akan dapat bersama dalam erti kata sebenar. Andai sahaja saya tidak mengantuk ketika dalam perjalanan ketika bersama suami saya.

Pasti banyak perkara yang dapat dibincangkan dan barangkali banyak lagi rahsia tersembunyi antara kami yang dapat dikupas dan diserlahkan. Asal kita pandai jadikan sesi dialog itu sebagai sesuatu yang berfaedah maka insya ALLAH dapatlah hasilnya. Tapi kalau dialog kita tu berbau umpatan maka nanti pulalah habuan kelak *mode insaf*.

Bak kata Encik Imran Koyube semasa SUPERB baru-baru ini. Sekalipun dalam perjalanan dengan orang yang tidak dikenali, dia akan sedaya upaya untuk bercakap bagi memperoleh ilmu serta teladan dari perbualan dengan orang itu. Umpamanya sembang-sembang dengan pemandu teksi barangkali menyebabkan kita mengetahui bagaimana bentuk kerjanya dan kemudian caranya untuk hidup dalam kepayahan.

Biras saya juga berkata, mendengar orang lain bercerita tentang pengalaman mereka akan memberi lebih manfaat kepada kita. Misalnya kita bertanya kepada mereka tentang perniagaan yang telah mereka jalankan berpuluh tahun, maka ayat yang keluar untuk menceritakan itu semua amat berharga untuk kita dengar dan jadikan sebagai satu batu asas untuk berusaha atau sebagai satu suluhan kepada lopak-lopak yang menanti dalam perjalanan.

Semoga setiap bicara kita adalah ingatan kita kepada ALLAH SWT. Di bawah ini sengaja saya letakkan bersama satu dialog yang dipenuhi dengan buruk sangka :). Lucu tetapi ada maknanya...

Young Man: Sir, may I know the time, please?

Old Man: Certainly not.

Young Man: Sir, but why? What are you going to loose,if you tell me the time?

Old Man: Yes, I may loose something if I tell you the time.

Young Man: But Sir, can you tell me how?

Old Man : See, if I tell you the time you will

definitely thank me and may be tomorrow again you will ask me the time.

Young Man: Quite possible.

Old Man: May be we meet two three times more and you will ask my name and address.

Young Man: Quite possible.

Old Man: One day you may come to my house saying you were just passing by and came into wish me.

Then as a courtsey, I will offer you a cup of tea.

After my courteous approach you will try to come again.This time you will appreciate tea and ask who has made it.?

Young Man: Possible

Old Man: made itThen I will tell you that my daughter has and I will then have to introduce my young and pretty daughter to you &; you will admire my daughter.

Young Man: Smiles. ;)

Old Man: Now onwards you will try to meet my daughter again and again. You will offer her to go out for a movie together and a date with you.

Young Man: Smiles

Old Man: My daughter may start liking you and start waiting for you. After meeting regularly you will fall in love with her and propose her for marriage.

Young Man: Smiles

Old Man: One day both of you will come to me and tell me about your love and ask for my permission.

Young Man: Oh Yes! And smiles

Old Man: (Angrily) Young man, I will never marry my daughter to a person like you who does not even own a watch.


 

Wednesday, March 16, 2011

Terlanjur Berleter

Bismillah,

Hari ini pagi-pagi lagi saya berdebar-debar. Barangkali rasa ralat kerana pulang ke Parit Buntar tanpa suami. Itu alasan kedua, alasan pertama adalah saya akan pulang ke sana dengan naik kereta biras saya. Kami dua-dua perempuan jadi saya sangat bimbang tentang perjalanan jauh ini. Menambahkan lagi rasa ralat saya adalah semalam saya membuat seorang staff saya yang banyak jasanya menangis :(.

Saya beruntung semua staff yang saya dapat semuanya memuaskan hati. Kami bagaikan adik beradik. Selain berkongsi masalah kerja, ada masa kami bercerita juga tentang kehidupan kami masing-masing. Mana ada manusia yang tiada masalah dan siapa kata masalah kerja dan masalah peribadi senang-senang sahaja dapat dipisahkan?

Saya memahami keadaan ini. Kadangkala saya adalah manusia yang lupa juga. Saya mengharapkan Facebook menjadi tempat interaksi kami yang mantap tapi saya lupa bekalkan mereka dengan komputer yang sesuai. Saya juga lupa, barangkali staff saya sibuk lalu mereka tak terperasankan notis yang saya tinggalkan di Facebook.

Akibatnya, bila satu-satu permintaan saya tidak terlaksana, memang meletup jugalah. Walaupun begitu, saya pastikan saya bercakap tanpa menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan hati. Tapi sudah namanya berleter, ia memang menyakitkan bagi pihak yang mendengar. Bila saya muhasabah semula, terkenang saya bagaimana anak-anak saya menghadapi rasa marah uminya?

Sesungguhnya peristiwa semalam membuatkan saya terasa bahawa saya perlu membaiki diri semula dalam keseluruhan hal terutamanya dalam hal mengawal kemarahan. Bukan dengan staff saya sahaja tetapi pada anak-anak saya juga. Saya perlu lebih teliti dalam masalah mereka supaya saya tidak memberi beban lebih dari apa yang mereka mampu lakukan.

Semoga adik-adik k.Pija memaafkan apa yang k.Pija buat selama ini. Mungkin k.Pija terlalu menyibuk tentang urusan kedai sedangkan kalian di sana lebih memahami masalah itu sendiri. Jadi k.Pija minta maaf dan akan cuba kawal diri dari terlalu banyak memberi arahan. Hari ini insya ALLAH k.Pija akan balik dan semoga kita dapat bertemu dalam suasana mahabbah. Mmm...apa kata kita pi makan-makan malam ni??


Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampuni dosa dan kesalahan kamu? Dan Allah Maha pengampun, Maha Penyayang.” (Surah An-Nur: 22) 


Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari). 

*Pija mahu jadi orang yang baik...mesti boleh!!

 

Tuesday, March 15, 2011

Petua Elak Anak Gigit Ketika Menyusu

Bismillah,

Sudah banyak hari saya nak ceritakan tentang hal anak menggigit ketika menyusu ni. Saya menangguhkannya kerana masih berharap ada solusi kepada masalah saya ini. Hari ini, saya ingin menulis tentangnya kerana saya telah bertemu dengan caranya. Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami yang penuh dengan ilham dan tidak lokek pula untuk membantu.

Sejujurnya semalam saya ada mesej kepada suami untuk membelikan susu formula. Saya tulis mesej itu dengan linangan air mata. Saya kecewa jika saya tak dapat menyusukan Ahmadi lagi. Kalau tidak kerana Ahmadi demam, saya tidak senekad itu menghantar mesej. Sehari sebelum itu, saya telah meninggalkan Ahmadi seharian kerana menghadiri SUPERB dan barangkali dia kurang menyusu dan demam semalam.

Bukan sekali itu saya menangis kerana digigit. Sakit itu memang sakit, tapi sebenarnya saya benci dengan perasaan 'saya mahu berhenti menyusu' yang muncul dalam diri saya. Saya sebenarnya masih ingin menyusukan Ahmadi. Namun, kesakitan yang saya tanggung kadangkala membuat saya menggelupur, menghentak-hentakkan kaki dan macam-macam lagi untuk mengalihkan rasa sakit digigit.

Memang hasil dari kurang sabarnya saya, saya pernah juga marah kepada Ahmadi dan dia menangis sehingga mengalir airmata dan saya rasa sebagai ibu saya sangat jahat. Selama beranakkan 5 orang itu, Ahmadi seorang sahajalah yang menggigit dan saya tidak pernah kisah semasa dia menggigit dengan gusi dulu tetapi sekarang dia menggunakan 4 batang giginya dan dia bukan gigit di bahagian areola tetapi dia gigit di bahagian hujung.

Saya pernah bertanya dari Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan dan mereka memberi saya dengan nasihat di bawah :

  • Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
  • Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
  • Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
  • Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
  • Cuba lemaskan dia sekejap dengan PD namun berhati-hatilah dengan kaedah ini. 

Suami saya pula membantu saya dengan menyebut perkataan ' la' ' yang bermakna jangan dalam bahasa Arab. Setiap kali suami saya menyebut la' Ahmadi akan faham dia tidak boleh buat benda itu. Kemudian, dia akan pegang Ahmadi dan bila sahaja dia nampak Ahmadi melepaskan puting untuk menggigit bahagian hujung puting, suami saya tolak semula supaya kedudukan saya dan Ahmadi rapat. Dia melakukan ini berulang kali. Hasilnya hanya dalam kurang satu jam Ahmadi tidak menggigit lagi.

Ia bagaikan satu kejayaan besar. Bermula malam tadi dan hari ini, saya enjoy semula sesi penyusuan langsung saya. Alhamdulillah... sekarang, saya mahu katakan kepada suami-suami, siapa kata anda tiada apa yang boleh disumbangkan dalam penyusuan susu ibu?

Sebagai tambahan, kepada sesiapa yang ingin mencari ibu susuan kepada anak mereka, anda boleh berkunjung ke sini untuk maklumat lanjut. Saya mendapat maklumat ini dari Mommy Lyna MS. Wallahu a'lam :)


 

Monday, March 14, 2011

Fisher-Price - Online Games & Activities

Bismillah,






Agak excited bila terjumpa laman web Fisher-Price ini. Ia ada game dan aktiviti untuk 3 peringkat iaitu :




Jadi insya ALLAH minggu ini anak-anak saya boleh explore laman web ini sepanjang cuti sekolah. Saya akan balik ke Parit Buntar tapi tak dapat bawa anak bersama. Terpaksa lakukan ini sekalipun mak saya dah beberapa kali telefon menanyakan cucu-cucunya. Musim bayar saman ni, jualan pun kurang maka kami terpaksa bertahan sedikit.


Sebenarnya pagi ni saya ada sedikit kerja kira-kira, jadi saya tinggalkan kalian untuk explore laman web yang saya berikan. Laman web itu insya ALLAH bagus dan percuma kecuali kita beli barang2nya. Saya pernah juga beli Fisher Price ni tapi yang dekat kedai bundle ajelah. Sesuailah sikit dengan kemampuan kami kan?


“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Israk: 26 – 27)

 

Sunday, March 13, 2011

SUPERB - Simposium Penulisan Remaja & Belia 2011

Bismillah,

Semalam saya menghadiri Simposium Penulisan Remaja & Belia 2011 di Kolej Teknologi Darulnaim. Cumanya saya tidak stay sampai ke malam sebab majlis penutup adalah di sebelah malamnya. Pertamanya saya ingin sekali mengucapkan berjuta-juta terima kasih saya buat suami dan anak-anak saya yang jagakan Ahmadi semalam. Juga buat keluarga k.Nah dan suami yang membawa saya ke sana...

Pertama kali meninggalkan Ahmadi sebelum matahari naik dan pulang bila matahari terbenam! Akibatnya, Ahmadi telah menangis dari saat azan Isya sehingga ke tengah malam kerana mahu menyusu tetapi saya kesakitan sebab Ahmadi sekarang dalam fasa mengasah gigi. Oh sungguh saya rasa seperti mahu berpatah arang dalam menyusu Ahmadi sedangkan dia baru sahaja berusia setahun sebulan.

Saya menangis bersama-sama Ahmadi dan ia bagaikan drama yang susah nak diceritakan. Anak-anak yang lain cuba memujuk Ahmadi untuk minum air teh dari botol. Selang seli dengan itu saya beri juga dia susu badan tapi cukup 5 kali dia gigit saya kembali tidak tahan. Lain kali sahajalah saya cerita tentang Ahmadi ni. Saya dah mula rasa nak menangis lagi...

SUPERB - memang nampak untuk belia dan remaja. Saya barangkali sudah masuk geng 'makcik-makcik' namun bukan saya seorang sahaja 'makcik' yang hadir. Ia bagaikan satu momentum baru yang akan menggemparkan dunia dakwah insya ALLAH. Kini selepas kembali dari SUPERB, saya mahu kembali menjadi penulis yang membawa manfaat.

Yang lucunya, walaupun bagi sesetengah orang saya nampak macam makcik, tapi semalam ada yang ingat saya student KTD. Saya cepat-cepat beritahu saya sudah beranak 5 dan seorang adik telah memanggil saya dengan "Adik" tapi bila dia terperasan kedut di muka saya, memang nampak mukanya berubah.. Lihatlah betapa bezanya tafsiran usia bagi lain-lain orang.

Terkenang 2 buku yang telah saya hasilkan sebelum ini. Satu dari buku itu bagaikan tiada jiwa. Selepas penghasilannya saya telah menutup usaha untuk membuat buku lagi dan kehadiran saya ke SUPERB semalam membuatkan saya rasa ketagih untuk menaip dengan muka surat yang berjela itu lagi. Biarlah projek terdahulu menjadi batu asas untuk saya membina dakwah yang lebih mantap.

Terima kasih kepada penganjur dan para penceramah jemputan. Semoga usaha kalian mendapat keberkatan di sisi ALLAH SWT.

Wajah 3 penceramah jemputan

Pencetus mind setting di hari itu


Video gimik pembukaan


Buku yang dihadiahkan oleh Ummu Anas 
Terima kasih k.Nah kerana mendapatkannya untuk saya. 

Ummu Anas telah mengajar kami mendapatkan idea. Saya memang mempraktikkannya buat masa ini dan dengan tunjuk ajar Ummu Anas insya ALLAH saya akan cuba menjadikan setiap tulisan saya lebih bernilai dakwah. 

Co-President IluvIslam.Com
Sangat terinspirasi dengan kisah beliau mencapai kejayaan dari kejayaan personal sehinggalah kejayaan iluvislam. Beliau menyampaikan tajuk 'Penulisan Yang Menggoncang Dunia'.
Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil sebenarnya jika sitisifir ini akan menjadi seorang sitisifir yang memberi impak pada dunia penulisan tapi ia perlulah bermula dengan usaha. 

Juga beliau menayangkan kepada kami video 

Britains Got Talent - Diversity Dance Performance

Walaupun jika kita melihat video ini, ia bagaikan tiada kaitan dengan penulisan tetapi sebenarnya ada isi tersembunyi yang terdapat di dalamnya yang boleh dijadikan pengajaran dan pengajaran itu hanya boleh didapati dengan berfikir!

Saya tidak sempat lama dengan penceramah ini tapi dia menyampaikan tajuk berkenaan dengan penulisan berita. Semoga saya berpeluang untuk menuntut ilmu darinya di lain kali insya ALLAH. 

*Bayaran RM 10 untuk program ini ternyata tidak membebankan. Saya bukan berniat mencari program yang murah tetapi jika tiada program sebegini dengan yuran sebegini, maka sampai bilalah pula orang yang berminat seperti saya dapat menghadirinya...

 

Saturday, March 12, 2011

Buat Salah Bukan Tidak Boleh Dibetulkan

Bismillah,



Siapa yang tak pernah buat salah? Semua orang pernah kan? Seperti firman Allah SWT yang bermaksud : “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28).

Juga sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 ) 
Maka siapa yang perasan suci tu, saya minta maaflah, sebab anda salah. Di saat kita rasa kita sentiasa betul itu adalah saat kita sedang melakukan kesilapan.

Saya tidak mahu bercerita tentang orang dewasa yang melakukan kesilapan. Saya ingin cerita tentang bagaimana kita perlu bertindak bila anak melakukan kesilapan. Jadi saya jadikan cerita saya sebagai contoh. Dalam hal ni, saya tabik kepada suami kerana dia bertindak bijak bila anak melakukan kesilapan.

Satu hari Asmaa' pergi ke sekolah dan membawa pulang benda yang kami larang dia dari beli. Kami larang dia beli aiskrim, kerana satu halnya kami bimbang dia masih tidak boleh menilai aiskrim yang halal dengan yang tidak. Jadi, abahnya mula menasihatinya dengan baik sekali. Jauh sekali bezanya dengan saya yang selalu tergesa2 naik suara...my bad!!

Bukan sekali itu sahaja, Asmaa' ada buat kesalahan lain tapi ketika lain itu juga, abahnya menasihati dia dengan baik. Saya rasa menyesal kerana sebelumnya saya mengugut pada Asmaa', "Tunggulah sampai abah tahu...". Ternyata berbaloi beritahu abah.

Ketika anak melakukan kesilapan, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah : BERTENANG! Ajar mereka bagaimana untuk bertenang juga bila mereka melakukan kesilapan. Tunjukkan mereka bahawa kasih sayang kita adalah unconditional love. Kasih sayang yang tidak bersyarat, yang walau apapun mereka kita akan tetap bersama mereka.

Sambil itu, kenalpasti semula apakah punca kepada kesalahan itu. Jika ia berkenaan dengan pelajaran, cuba perhatikan kenapa dia gagal. Barangkali dia perlu membaca kuat2 untuk lebih faham jadi, sediakan satu tempat yang sesuai. Barangkali, dia perlukan sempoa atau batu untuk membantunya mengira maka sediakan alat itu.

Barangkali dia juga memerlukan contoh kisah-kisah lama kita bahawa kita juga pernah gagal tapi kemudiannya kita bangkit semula. Tunjukkan bahawa kita tidak sesekali meletakkan kesalahan padanya. Bincang dengan baik dan keluarkan semangat dari dalam dirinya supaya melawan kesalahan itu dari berulang lagi.

Yang penting, kita mesti realistik. Jika anak tidak ada kemampuan untuk melakukan sesuatu, jangan sampai memaksa. Kita boleh memujuk tetapi tidak memaksa.

Saya memandang diri saya sendiri, banyak sungguh kesilapan yang saya lakukan. Kerana itulah saya perlu membaca setiap hari. Supaya setiap kali lepas pembacaan, saya akan sedar saya silap dan saya perlu ubahkannya. Sekarang, saya cuba menjadi diri saya semasa awal-awal menjadi seorang ibu dulu. Doakan saya ye?

 

Suami Saya Sayang Saya

Bismillah,

Wakakaka... statement gatai tak bertempatredfruitemoticon. Sebenarnya ada beberapa benda nak cerita dan cerita suami saya sayang saya ni selingan saja pun. Ceritanya semalam, saya lena dulu sebab suami saya pulang lewat. Dia barangkali sengaja pulang lewat sebab sepupu saya ada di rumah. So dia nak kasi can kami mengumpat apa yang patutredfruitemoticon.

Kebetulannya sepupu saya masuk tidur dan kuncikan pintu dan saya terlupa betul nak amik sepasang selimut untuk cover kaki. Saya memang sangat penyejuk orangnya. Maklumlah lemak takde eh ntah2 saya lemak je yang ada tapi isi takderedfruitemoticon. So, bila suami saya balik dia pegi amikkan stokin dan pasangkan kat kaki saya.... Baikkan dia?? Kehkehkeh....itu pun nak kecoh ke Pijah??

OK2, tutup kes itu...sekarang cuti sekolah dah pun bermula. Semalam saya paskan Arwa pada maksu mereka yang nak balik ke Parit Buntar. Harini barangkali Arwa akan ke Melaka ikut opah dan tokki nya. Seronoklah Arwa.... Takpe, umur dia boleh lagi nak berjalan-jalan cuma kena jaga minum air banyak dan jauhkan dari asap rokok serta makanan yang tak berkhasiat saja.


Manakala anak2 yang lain ni, insya ALLAH kami akan angkut balik Parit Buntar kemudian sikit. Masih menimbang2 sama ada nak balik semua atau ada yang kena tinggal sebab balik kali ni bukan balik saja2. Tapi balik kali ni ada kerja. So, sebelum balik kampung kenalah kerah mereka ni siapkan semua kerja sekolah dulu.

Kena ikut nasihat guru besar sekolah Usamah dan Uwaiys di atas ni. Buat kerja sekolah, banyakkan membaca buku dan majalah yang bermanfaat.

 

Friday, March 11, 2011

Penyamaran Haiwan : Menunjukkan Pencipta Kita Bijak

Bismillah,


Seronoknya tengok gambar di bawah ni kan? Pandai sunguh mereka menyamar. Kalau rasa nak ilmu lebih tentang penyamaran haiwan ni, bolehlah tengok di dua link di bawah :



Tidak seperti manusia yang suka menonjol2kan diri dalam apa jua hal sekalipun :

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim


Barangkali, kita merasakan dunia ini tiada ancaman. Perempuan berpakaian seksi tidak takut dirogol. Lelaki tunjuk pandai tidak takut muncul perasaan riak...dan yang lain fikirkanlah sendiri. Saya hanya mahu mencetuskan anda berfikir sahaja :)