Monday, March 28, 2011

Kami Orang Kampung

Bismillah,

Satu masa dulu hal ini menjadi isu keluarga juga. Tapi kami redah dan akhirnya semua ahli keluarga menghormati pilihan kami. Bagi saya sendiri tidak mudah juga tinggal di rumah kampung kerana saya membesar di kawasan perumahan dan saya tinggal di asrama dari saya berumur 13 tahun.

Memilih jadi orang kampung dengan jarak antara satu rumah dengan satu rumah agak jauh bukan bermakna kami memilih untuk hidup sendiri tanpa perlu bermasyarakat. Kami pilih cara hidup ini kerana mahu memberi lebih kehidupan kepada anak-anak kami memandangkan kami bukan orang senang. Jadi, kami berharap dengan memilih kawasan lapang begini anak-anak tidak tertekan dengan masalah hidup.



Gambar itu adalah gambar tahun lepas di hadapan rumah kami. Begitulah kami setiap hari. Maksud saya bukan setiap hari berbaring di atas para seperti itu tetapi kami menikmati keluasan kediaman ini dengan sebaiknya :) Di bawah pula adalah video di hari hujan dari tepi rumah kami. Buka volum kuat2 ye untuk dengar suasananya.


Saya suka menerima tetamu, datanglah berkunjung ke rumah kami!


 

5 comments:

  1. saya selalu impikan nak tinggal di kmpung..dgn kawasan yg luas..saya org kl.husbd org kl. parents kami pun org kl.. nenek suami masih ada tapi pun dok kl.nenek saya pulak dah takde.. pendek kata anak2 kami nanti dah tak merasa balik kampung..anak saya cuma menyanyi2 lagu "balik kampung " kekadang rasa kelakar kekadang rasa kesian dgr anak menyanyi2 macam tue

    ReplyDelete
  2. aku suke duduk kat kg
    tpi klu takde sumber mata pencarian yg kuat,mmg gile duduk kat kg.
    pernh bincang dgn mak bpk aku.diaorg malah advise mkn gaji dahulu klu tak kuat sokongan hidup bekrja sendiri..
    aku?!
    pikir punya pikir,aku akur sbb,kesian jugak anak2 aku esok klu dah besara takde sangu..

    ReplyDelete
  3. Mama Amana & Arief, ada seorang kawan saya lagi kesian, dia dan suami duduk di Penang, mertua dan parents nya duduk di flat yang sama cuma berlainan tingkat. Sekarang dia juga sewa dalam flat yang sama...huhuhu

    Ayu, mmm...kalau tak de muscle ketul2 macam Nejad mmg tak dayo nak bercucuk tanam bagai..tapi sbb dia sanggup maka ai sbg isteri ikut saja :))

    ReplyDelete
  4. seronoknye hijau mata memandang..
    sy pun suka kawasan yg lapang..tak kira la di kampung ke taman ke..kalo bleh nak rumah sebuah....biar ada tanah, boleh buat kolam ke buat apa2 di kawasan rumah...seronok je..hijau je

    ReplyDelete
  5. aSHA, anak pun boleh lari dengan bebas...kalau jatuh atas tanah, lukanya tak la seteruk jatuh atas tar

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!