Sunday, July 17, 2011

Tahajjud Cinta TV3 Episod 1 : Sepatutnya Begini Bukan Begitu

Bismillah,

Saya agak teruja untuk menyaksikan cerita ini memandangkan saya adalah orang yang sukakan hiburan tapi sesuai dengan jiwa saya. Menonton drama sesekali memang menyeronokkan tetapi selalunya saya menonton sama ada sendirian atau bersama suami saya. Menonton bersama anak membuatkan saya terpaksa mengalih-alih saluran memandangkan kebanyakan iklan tidak sesuai dilihat oleh anak-anak.

Terus terang, saya tidak puas hati dengan cerita ini. Walaupun pakaiannya begitu tetapi jiwa mereka tidak. Bukan saya mempertikaikan mereka tidak boleh bercinta tetapi bukan itu caranya.


Minit 2:00 : Kawan Seri sepatutnya tidak boleh meninggalkan Seri dan seandainya dia ditinggalkan, dia mestilah memilih untuk meninggalkan tempat itu jika dia tahu ada lelaki yang hampir kepadanya. Pakwenya pula sepatutnya tak boleh datang dekat bila nampak Seri keseorangan. Apatah lagi untuk berterus terang "Rindu" dan dibalas "Gatal" oleh Seri... 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk." (QS Al Isra [17] : 32) 
"Hai istri-istri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.." (QS. Al Ahzab [33] : 32) 
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah seorang laki-laki sendirian dengan seorang wanita yang tidak disertai mahramnya. Karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (HR Ahmad).


Saya cuma nak argue mcm mana parents Citra tak perasan anaknya ada di Cairo. Dari nombor telefon je pun patut dapat trace.

Minit 2:30 : Erk...Mana aci Seri cadangkan Citra balik buka tudung sebab darurat. Tapi rasanya Seri saja mengusiklah kot...  Saya tanya suami saya dan dia kata, darurat ni adalah keadaan dimana kita boleh buat apa sahaja termasuk mengaku murtad kecuali berzina dan membunuh. Sumbernya kena carilah sbb saya ada search tentang darurat dan ada jumpa dalil di link ini.

Keadaan darurat adalah di mana :

1. Dharurat ini tidak dapat dibendung dan ditakuti akan membinasakan diri atau anggota badan.2. Keadaan ini membolehkan perkara haram dilakukan untuk menjaga nyawa individu yang berada dalan keadaan dharurat samada dengan cara memakannya atau menjadikannya ubat.3. Situasi dharurat tidak mempunyai kaitan dengan maksiat (zina, mencuri dan sebagainya) seperti yang telah disebutkan oleh jumhur ulama’, Ibnu Al-‘Arabi dan sebagainya. (seperti contoh : tidak boleh mengatakan diharuskan berzina / mencuri disebabkan dharurat)4. Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak mendapati jalan lain untuk menolak kemudharatan yang dihadapinya.5. Melakukan perkara haram (selepas dharurat) hanya sekadar boleh mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku (maksudnya jangan berlebih-lebih).6. Pasti dalam dirinya bahawa jika dia tidak mengambil sesuatu yang haram untuk menyelamatkan dirinya dia akan kehilangan nyawa atau anggota badan.7. Pasti bahawa dirinya tidak mengambil bahagian saudaranya yang lain yang juga berada dalam keadaan dharurat.8. Keburukan jika tidak mengambil perkara yang haram tadi lebih besar daripada keburukan yang bakal menimpa jika dia melakukannya (mengambil yang haram).
     Oleh itu, perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia berkaitan dengan keharusan yang Allah berikan sebagai ganti dalam menjaga salah satu daripada lima perkara asas anjuran agama yang telah disebutkan sebelum ini. Jika tidak, keharusan ini akan bertukar menjadi haram dan si pembuatnya terus berada dalam keadaan berdosa.    
Baca lanjut di sini

Dan, Eman Manan membahasakan dirinya 'Ustaz' kepada isteri2nya?? Uhhh..tak romantik langsung! Saya tak setuju :P


Minit 3:00 : Erk...tak macho nya sampai bersila depan rumah makwe macam tu, pastu cakap jiwang2....masya ALLAH tak betul dah ni... Pastu boleh plak Citra berjalan berdua dgn pakwenya...hhuhuhu....nak marah plak rasa tengok. OK let say kalau betul Citra tu wujud dalam dunia realiti, saya rasa org2 yg ikut dia buat demo tu tak akan follow dia lagi. 


Minit 4:00 : Bini Ustaz duduk tepi tingkap tak pakai tudung?? Tingkap terbuka dengan langsir tak bertutup?? Hoho......

17 comments:

  1. ermm, saya pun fikir begitu jugak masa tegok drama ni... kebetulan sempat tengok first episod masa kat rumah mentua... kalau kat rumah sendiri, susah sikit nak layan drama... hihihi

    tapi mmg banyak adegan tak realistik langsung... sepatutnya kena buat kajian mendalam lagi sebelum buat drama yang terpesong macam ni, kan?

    ReplyDelete
  2. tak tengok pon cite ni..ramai org kata best.

    ReplyDelete
  3. Salam...tengok episod 2 juga. hairan juga time diorg berpasangan kat Cairo tu dgn pakaian mcm tu??

    ReplyDelete
  4. dah namanya drama. pelakonnya bagaimana. pengarahnya bagaimana. cool tak mesej akuni dik?

    ReplyDelete
  5. tak tgk pun citer ni. huh kalau ape yg akak ckp ni saya rasa mcm buat cerita ikut dan je.. ape la dorang ni :-(

    ReplyDelete
  6. tidak syariah compliance walaupun pakaiannnya nampak syariah compliance.. kena banyak buat research lagi kot...

    ReplyDelete
  7. setuju dgn semua..berkesempatan tgk sekejap kat rumah mak tak silap jumaat malam..memang kene cari pelakon yg jiwe dan bercakap agak sesuai dgn pakaian yg diorang pakai..citra tak sempat nak kenal dah balik..sempat tgk si fauziah gous dgn dafi yg meninggal kene laggar..

    yg dapat tangkap jiwe tak sesuai mase dialog fazura dgn fauziah gous tuh..hadoi..kasar sgt care bercakap..memang tk kene dgn care berpakaian

    hoho banyak pulak komen padahal tgk 5-10minit jek hehehh..

    ReplyDelete
  8. setuju! lagi satu boleh pulak naik satu kete lelaki pompuan gitu. tak sheshuai..

    norhafizah.. nak tanam pokok mata kucing senang jer.. beli jer pokok dia kat nursery. nak yang dah berbuah pun ada.. tapi kami beli yg kecil2 jer dulu. barula ada feel menanam kan... hehehe

    ReplyDelete
  9. setuju sgt2!
    pelik betul bila org sibuk nak buat cerita kononnya berteraskan islam tp tak ada ilmu,at least kaji laa dulu kan.ajaran sesat lg menyesatkan,mesti mengelirukan golongan2 muda.sedih sungguh!

    ReplyDelete
  10. selalu tengok promo drama ni je. diaorg ni buat drama berciri keislaman sbb ikut musim kot. tu yg banyak tak kena lg tu. huhu

    ReplyDelete
  11. patutnya si waheeda tu berlakon baru kena ..

    ReplyDelete
  12. tulah kak.. saya pun nyampah tengok cite ni! lebih memburukkan imej islam ade lah.. memang lah org pakai purdah tak semestinye org yg lembut, org yg dok rumah je.. tp org pakai purdah tu pakai purdah sebab nak menjaga aurat, jaga pergaulan, jaga adab dan tata susila.. tp ni lagi bebas plak.. macam tak betul2 memahami konsep org pakai purdah..

    ReplyDelete
  13. amboi..ramai yg kritik cerita ni..makna cerita ni mendapat perhatian ramai.. hehe

    ReplyDelete
  14. Ada lg kak..mana blh berpegangan tangan walaupun pakai sarung tangan..

    ReplyDelete
  15. drama org fasik n kufur.
    in the same time nak perleleh islam pastu dok mcm ala2 nak kabo pada org yg klu nak berdakwah tu mestilah kena normal..
    takleh ala2 tabligh or al arqam la lebih kurangnya...
    aku paling tak suke tv3.
    citer sume ***** la klu drama2 gini.
    psuing2 blik sumenya negatif....
    yg buat skrip pun org yg ngaji tak betul2.
    *bkn marah cume kcewa sebab hiburan yg salah interpritasi untuk tontonan awam.
    esok lusa anak2 boleh rosak akidah tak psl2 sebab perincian atau yg kecil2 hal dlm drama ni byk yg meragukan...

    ReplyDelete
  16. saya tengok juga episod 1 tapi selang seli dgn channel lain, memang saya pun kutuk, jiwa pelakon dan mungkin mengarah dan menulis skrip bukan jiwa Islam yg sebenar....

    kaji lar dulu sebelum buat cerita... memang saya pun geram bab pegang tangan (walupun pakai sarung tgn) dan berjalan berduaan, isk tak sesuai

    ReplyDelete
  17. agak tak sesuai drama ini..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!