Friday, July 22, 2011

Terkilan : Adik & AlQuran Dihentikan Siaran

Bismillah,

Saya baru menyedarinya pagi semalam. Saya buka TV seperti biasa tetapi yang keluar adalah Mari Bertarannum.  Tidak setiap pagi saya membukanya. Cuma yang nyatanya, setiap kali saya buka siaran ini, tidak hanya Arwa dan Ahmadi yang ternganga menghadapnya, tetapi saya uminya juga membuka minda untuk turut sama memperoleh manfaat.


Program khusus buat adik-adik cilik ini muncul apabila melihat sambutan ujibakat Akademi Al-Quran yang sangat memberansangkan daripada kanak-kanak kecil yang tidak berpeluang untuk memasuki ujibakat tersebut akibat faktor usia. Adik & Al-Quran yang bakal disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang bermula 7 Januari 2011 ini memberi peluang kepada adik-adik di rumah mempelajari pembaca Al-Quran dengan betul bersama dengan tarannum, qiraat dan tajwid. Selain daripada itu, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin yang menjadi hos bagi program ini turut mengajar adik-adik tentang tafsiran surah yang dibaca itu. Program bertambah menarik dengan adanya segmen “Pesan Atok” diakhir program yang menampilkan Dato’ Abu Hassan Din

Lalu saya hoyong hayang mencari apa puncanya rancangan ini dihentikan. Rupanya ini :

Saya juga suka nak copy ayat dari orang yang sangat pandai menulis dengan bahasa berhemah ini :
Sila rujuk link ini untuk lihat suku sakat mereka melahap daging Ustaz Zamri
ALLAH BENCI PAS !!!PEMBUNUH..PELIWAT..PENZINA..LAHANAT..tui​HHH !! http://azmykelanajaya.blogspot.com/
WARDINA BUDAK ACHEH REHAT 2 BULAN SEBAB JADI PENCERAMAH PARTI TAIK !!MANGKOK YG DOK AJAR ALIF BA TA KAT TV 9 NI JADI HAMBA ABDI BABIGA NAK KIRA LAGUMANA..tuiHHH !! SEBARKAN !!
Jujur saya nak bgtau bahawasanya saya selama ini menyangka Ustaz Zamri juga berada di sebelah sana. Walaupun setelah melihat gambar di atas, saya masih menganggap Ustaz Zamri sekurang-kurangnya adalah sebahagian dari Dr. MAZA yang tidak menjelaskan pendirian politik mereka. 

Ini saya ambil dari link ini tapi saya dah lihat dari FB Ustaz Zamri sendiri


Come on lah kawan-kawan. Ustaz Zamri ini tidak mengajar yang tidak-tidak. Siaran ini adalah untuk mengajar kanak-kanak mendekati alQuran. Sekarang saya mahu bertanya, adakah zalim atau tidak tindakan ini?? Menghentikan siaran ini semata-mata Ustaz Zamri menghadiri penghimpunan BERSIH? Ternyata mereka tidak memilih untuk melihat kepada apa yang disampaikan, mereka hanya melihat kepada orang yang menyampaikan. Andai orang itu orang mereka, OKlah...andainya tidak, sori naik lorilah nampak gayanya sehingga sanggup menggadaikan pelaburan TV9 untuk rancangan ini.

Jelas, ini menjadi salah satu lagi kekecewaan saya kepada kerajaan seandainya benar anda telah menggunakan kuasa anda untuk menghentikan siaran ini semata-mata alasan yang tidak munasabah. Kamu menyekat kebebasan bersuara tetapi masih mengatakan negara ini negara demokrasi? *Masya ALLAH, saya benar2 sedang melawan diri saya untuk tidak menyumpah seranah sebagaimana yang berada dalam gambar di atas dan ayat di bawahnya.*

*Ada gambar Ustaz Zamri yang masih belum diedit tetapi saya sengaja mahu kalian melihat ayat ALLAH MEMBENCI PAS itu... nilaikan sendiri ayat itu.

*Sedang menunggu 2 bulan selepas ini, apa akan terjadi kepada Wardina pula..

Wallahu a'lam...

10 comments:

  1. dah agak dah

    tak sangka jd kenyataan

    tak paham tak paham

    hny kerana perbezaan parti politik

    hny kerana itu

    issshhhhh menyedihkan

    ReplyDelete
  2. kesian kita menjadi mangsa....perbezaan fahaman politik menyebabkan semua ni berlaku....x patut langsung....sbb tu sy pn dah ban dr tgk berita, menyampah dan meluat...berat sebelah semuanya....

    ReplyDelete
  3. Haish.. Apa nak jadila..
    Patutla dah takde bila buka.
    Allah sentiasa di pihak yg benar.
    Thanks kak for good info.
    Sedihnya pasni dah xleh tgk aksi2 comel ustaz Zamri.:(

    ReplyDelete
  4. suka tengok dia dalam rancangan adik dan alquran tu...tak sangka kerana fahaman politik sampai banned orang macam tu....memang pada kertas aje demokrasi tapi pelaksanaannyer hampeh..

    ReplyDelete
  5. dulu maza hampir pro dacing la..
    la ni takleh gi sbb phm2 la sendiri.
    skunk ni kak...
    apepun..
    bukan kita pro sape2..
    undi itu rahsia...
    dah baca blog Marina Mahathir?!
    dia yg join bersih boleh ulas baik...
    seriously,bila extreme dgn sesuatu..
    itulah jdinya...
    mintaklah bukak mata luas2....
    mudah2han doa2 org yg teraniaya termakbul.

    *bile sumenya dipolitikuskan..begitulah...(sygnya bila pendidik dihina melebihi anjing dan khinzir.apetahlagi pendidik itu pendidik agama...)

    ReplyDelete
  6. patutla..selalu 8.30pagi kan..mak selalu pasang tv9..tetiba haritu dia kata, "eh, dah tukar orang.." sebenarnya bukan tukar orang, tukar rancangan kan...anak saya suka tengok adik2 dan al-quran ni..menghiburkan gak...masih boleh tonton kat tonton.com ke kak?

    ReplyDelete
  7. ya Allah teruknya bahasa!!!

    ReplyDelete
  8. sedihnya bila jadi mcm ni...
    takut dgn apa tah pihak TV nih..

    ReplyDelete
  9. saya baru sempat membaca ni...

    Ya ALLAH! Betul terkejut! Tidak sangka sama sekali, Malaysia sekarang, bagaimana yer nanti di zaman anak-anak, pelik demokrasi apakah ini?

    ReplyDelete
  10. org TV ni bukan takut apa2 pun tapi dah memang depa seangkatan... kena lah ikut :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!