Monday, May 28, 2012

Mencuci Rumah Semasa Hamil

Bismillah,

Sebelum ni saya pernah tulis dah berkenaan angkat barang berat semasa hamil. Sekarang turn untuk kemas rumah pula. Boleh atau tidak mengemas rumah. Sebenarnya apa sahaja yang kita boleh lakukan semasa tidak hamil, juga boleh dilakukan semasa hamil. Secara asasnya begitulah tapi pastilah dengan kadar yang berbeza.

Menyapulah semahumu, ikutlah apa saja yang anda mahu lakukan. Cuma satu sahaja yang kita perlu sangat concern tentang mengemas rumah ini. Seperti saya, saya suka mengemop tetapi saya tidak menggunakan cecair. Jika mahu basuh pinggan, belum tentu semuanya saya gunakan sabun. Tetapi ada orang yang tidak boleh tidak dia mesti menggunakan sabun basuh dan sebagainya.

Tidak salah pun jika anda selesa begitu, tapi cuba perhatikan saranan ini :

  • Pakai glove ~ untuk elak bahan kimia terserap melalui kulit dan bimbang sampai ke baby
  • Bau ~ hidung kita kenal benda yang tengik dan bahaya. Jika kimia yang terkandung adalah sangat kuat, jangan cuba2 hidu. Tidak lupakan buka tingkap untuk lebih pengudaraan
  • Jangan sesuka hati combine dua bahan kimia yang mengandungi ammonia dan klorida. Baca pada detel produk dahulu kerana gabungan dua bahan ini adalah sangat toxic
Sifir mudahnya, kalau baunya tengik, jauhkanlah supaya anda dan baby selamat. Semoga ALLAH mudahkan semua ibu mengandung dan semoga benih2 Muslim akan menjadi pembela agama kelak. 


Thursday, May 24, 2012

Bila Terasa Dibandingkan

Bismillah,

Agak liat nak tulis blog sekarang, mungkin dah beralih kepada FB. Ini pun sebenarnya sudahlah sangat mengantuknya mata tetapi saya call suami, mereka masih di KB maka saya rasa tengah malam batu mereka tiba. Saya sebenarnya sedang belajar semula untuk sekoman-komannya boleh say Hi bila suami masuk rumah atau buat tanda peace saja. Sebab itu saya cuba elakkan diri dari lena.

Malam ni tiba-tiba terlintas satu grup di FB yang seorang tu mengadu terasa dibandingkan oleh MIL dan SIL dia. Kononnya anak dia gitu2 aje tapi nephew dia macam jauhlah tinggalkan anak dia. Sebenarnya, bila orang terlampau sangat memerhati, mereka tak sedar pun mereka membandingkan budak-budak. Padahal sudah terang lagi bersuluh, 'kepandaian' tidak diberi sama rata oleh ALLAH kepada kita.

Jadi saya bagi cadangan berikut :

Saya pernah juga kena compare mcm tu tapi saya lantakkan aje.. kadang2 benda yang dia nampak bagus arini ni belum tentu bagus masa depan... mcm anak saya, kami usaha jaga pemakanan dia sungguh2 dan dia sangat lasak compare dengan anak sedara kami yg makan macam2 so agaknya dia kenyang jadi dia tak lasak... tp sekarang ni, anak saya sualah makan apapun (makanan sihat) dia akan makan tapi anak sedara kami tu minum susu pun dah tanak apatah lagi makan... huhuhu...

bagi saya, compare meng compare ni dengar boleh, percaya jangan... kita kena positif dengan anak sendiri... satu hal, org boleh nak compare anak kita, tapi kita jgn compare anak orang... sbb pernah terjadi pada kami, sll kata anak buah kuat meraung last2 anak kami jadi lebih juara muahahaha....

Satu lagi saya nak tambah, anak saya pun terasa kalau mereka dibandingkan, apa yg saya buat saya bgtau mereka, "Apa yg org anggap kita tu sebenarnya dia cakap aje, tapi dia tak tau pun... Tapi ALLAH selalu tahu apa kita buat. Jadi jgn peduli apa org kata, kita buat je keje kita"

Itu aje perkongsian saya ari ni. Saya sudah terhoyong hayang... *terasa ketuaan semakin terserlah* ~ ada baiknya saya tidur.....hukhuk

*Apakah yang kalian akan lakukan kalau anak anda dibandingkan

Saturday, May 12, 2012

Beranikah Buat Baik Di Jalanan

Bismillah,

Mula2 kalian baca cerita ini :

Pernah satu ketika bila mana saya pandu pulang bekas teman wanita ke utara sempena cuti semester beberapa tahun lalu, tayar kereta tersebut pancit di tengah highway pada jam kira-kira 9:30 malam.
Kereta itu, kereta dia. Kereta Honda Jazz warna putih. Dah lama pakai. Saya rasa pada waktu itu telah masuk tahun yang ke-4, dan menurutnya dalam masa 4 tahun itu, itu lah kali pertama tayar pancit. Bermakna inilah juga kali pertama tayar spare diguna pakai, inilah juga kali pertama ada orang nak pusing jack tayar kereta tu.
Ya Allah, punyalah ketat.
Berpeluh saya dibuatnya. Malu pun ada jugak, macam kantoi orang lelaki tak pandai tukar tayar. Walhal disebabkan jack tayar tu ketat sangat memang jenuh la nak memusing. 
Highway pulak gelap gelita.
Nasib baik tayar yang pancit, tayar depan sebelah kiri. Takde la risau sangat di langgar kancil atau digelek lori.
Tiba-tiba ada satu motor ni berenti. Dia pakai helmet fullface. Tak tahu pakai motor apa, tapi nampak macam warna merah. Sebab gelap. Ingatkan ada orang nak datang pau. Saya siap sedia pegang spanar.
Mamat tu berhenti, parking motor, angkat fullface terus datang dekat tanya
OK ke bang?
Boleh la, saya jawab.
Eh bahaya ni bang, mari saya cuba pulak.
Rupanya saya jack kereta tak cukup tinggi. Belum cukup tinggi tapi dah bukak skru tayar nak kasi tanggal. Dia cakap, kalau lori datang lalu tayar tertanggal kereta boleh jatuh timpa. Bahaya.
Dia bukak helmet letak atas jalan, terus gagah capai jack dari tangan saya sambung jack. Nasib baik dia pun mengah jugak, jadi saya takde la malu sangat.
Gilir-gilir la buat sambil sembang ringan-ringan. Minah yang sorang ni sengih je sambil suluh lampu.
Dah habih semua, kemas-kemas dia datang salam pakai helmet terus jalan pegi ke motor dia. Saya rasa sikit ralat. Saya seluk poket ingat nak offer duit sebab memang dia usaha dan peluh pun macam lagi banyak dari saya. 
Takpe la bang.
Ambik la, saya insist.
Dia tolak tangan saya kemudian terus start motor. 
Takpe la bang simpan la. Ini hari, hari abang, esok lusa mungkin hari saya pulak.
Garu kepala, sambil terasa terharu.
Saper nama?
Firdaus.

Post From: http://www.Hujanemasx.com 

Hehe.. itu cerita kopipes... Satu yang saya tak berkenan adalah balik berdua2an dgn 'makwe'. Hayyohh... Zaman orang dah mula menjaga tatasusila ni masih ada juga yang buat begini atau barangkali cerita di atas telah lama dan orang yang terlibat telah bertaubat. :)

Dunia ini insya ALLAH masih banyak tempat yang selamat. Namun, at the first place kita mesti menjadi orang yang baik juga. Kerana, telah ALLAH janji buat baik dibalas baik. Balasan baik itu tidak kiralah dari orang yang kita buat baik atau dari pihak lain.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Riwayat Ibnu Abi Dunya


Tiba2 teringat arwah abah. Semasa saya menyelak2 diari arwah, saya melihat jadual dia ke satu2 tempat bersama sekian2 orang. Rupanya tidak semua urusan abah itu urusannya. Abah adalah sangat mahir tentang jalan jadi tak hairanlah bila kawan2 dan saudara mara akan minta tolong dari abah untuk ke mana2.

Teringat juga di satu masa, ada kemalangan semasa abah jemput saya balik dari sekolah. Dalam keadaan kelam kabut, abah bawak budak yang kena langgar tu naik motor ke hospital/rumah budak tu dan dia suruh saya jaga basikal budak tu tepi jalan. Hahaha... Tapi saya dah cukup besar untuk jaga diri masa tu. Abah memang hero kami!

Sebenarnya susah untuk berbuat baik di jalanan. Seawal kawin, saya dan suami pernah jumpa sepasang orang tua suami isteri barangkali. Suaminya menolak motor barangkali pancit. Isterinya berjalan sendiri. Kami sehingga ke hari ini rasa ralat kerana tidak dapat membantu memandangkan laluan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang menyukarkan kami untuk berhenti.

Sayang sekali jika wujud syaitan berbentuk manusia yang menahan orang di jalanan dan kemudiannya berbuat jahat sedangkan orang yang berhenti hendak menolong sangatlah berhati mulia. Semoga kita selalu dilindungi oleh ALLAH SWT atas setiap niat baik kita. Amin...


Thursday, May 10, 2012

Printscreen : Tribute To Arwah Abah

Bismillah,

Takutnya nak menulis, sebab takut menangis. Bagi yang tidak tahu, abah saya telah pergi bertemu Ilahi pada 2 Mei yang lalu. Kalau dulu, abah selalu bergurau dia anak yatim piatu, kini saya pula boleh beritahu orang, saya pula telah menjadi anak yatim... *kan dah kata, mulala air mata sebok nak keluaq sama!*

Malam ni saya takmau tulis banyak2 lagi. Kalau saya mula sedih, saya tak lalu makan. Bila saya tak lalu makan, akibatnya saya tak akan jadi orang yang baik. Kalau saya sedih dan saya lalu makan takpe tapi sayangnya saya tidak begitu.

Malam ni saya nak tepek printscreen status FB sedara mara saya berkenaan pemergian abah saya saja..