Monday, January 31, 2011

Buah Koko

Bismillah,

Vavavavava...dah setahun tak berblogging sampai BE Nuffnang menunjukkan tanda2 kecemasannya sudah. Saya sedang berada di Parit Buntar ni untuk melawat abah (no 1) dan kedai saya (no 2). Saya takde plan lain kecuali qadha makanan yang saya tak dapat di Pasir Putih. Tapi tu lah, nak makan pun nak kena cover sbb anak2 boleh makan yang patut2 saja. Kikikiki....

Oh ya...kamu2 semua pernah makan buah koko ? Saya ingat dulu masa sekolah rendah ada budak sekelas saya namanya Revathi bawak jual 20 sen satu. Dia bawak dalam plastik besar abah dia punya pokoklah kot dan saya pernah beli. Tapi yang peliknya takde pulak rasa macam coklat ek?

Sebelum ni saya kan dah pernah cerita pasal buah markisa?  Di tempat yang sama juga dia ada jual buah koko tapi dia tak jual runcit. Kebetulan time kami pergi tu dia dah tolak kepada pemborong so tak ada dah buah yang elok dan masak dan tinggallah buah ni. So, saya bagitau lah kat anak2 bahawasanya coklat yang mereka suka makan tu adalah berasal dari buah ni.






Sekali sampai rumah bila nak belah tengok2 dah berakar sudah. Tak dapat la nak merasa buah tu secara original. Dah benda ni berakar, saya pun tanam. Sebelum tanam saya suruh suami saya tanamkan sbb dia kan handal bab pertanian ni. Dia kata letak je dalam tanah dan saya dah bgtau kalau saya salah nnt rugi banyak pokok ni.

Huahuaaa....sekali saya tatau itu akar atau pucuk. Bahagian akar tu saya letak mengadap udara dan bawahnya dok dalam tanah. Kalau jadi biji benih tu pun dia pening...hehehehe.... Suami saya yang tengok pulak boleh hantam ketawa sedangkan bini dia kecewa nak rak sbb semua biji benih itu rosak. Rasa nak nangis sbb buah jarang jumpa kan??

Tak kira...lain kali lalu itu tempat saya nak nangis2 suruh dia berenti beli juga buah koko yang lain. Kali ni saya rasa saya dah fasih dah mana akar mana pucuk....wuwuwuwuwuw...

**konon2 berangan nak buat coklat dengan tangan sendiri... :P

Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Friday, January 28, 2011

Tanda Bayi Tumbuh Gigi

Bismillah,

Bulan Oktober lepas, Ahmadi ada demam2 sikit tapi malam saja. Siang dia OK. Saya panik sebab Arwa dengan Ahmadi ni bila kedua2nya demam, senyap je sampai angkat tangan pun tanak. Yang lain2 tu ada jugakla yang merengek2 sikit. Diorang ni walaupun adik beradik ramai tapi syukur alhamdulillah tak pernah lagi la demam berjemaah kecuali masa kami semua kena demam campak dulu sekali.

Saya ada bertanya kebarangkalian Ahmadi nak tumbuh gigi kot yang demam lagu tu. Saya rasa betul sebab tak lama lepas tu dua gigi bawahnya tumbuh dan baru2 ni satu gigi atas dia dah menjelmakan diri. Dan dia menggunakan gigi dia tu dengan sepenuh jiwa dan raga dia. Sangatlah sakit uminya kena gigit sokmo sampai kadang tu kena tolak2 pipi dia sbb dia tekun menggigit....huhuhhu

Dalam bertanya tu ada seorang sahabat seperjuangan di UKMKL dulu (sekarang dentist) jawab berkenaan tanda2 bayi tumbuh gigi :

Saya tambah sikit nota yang saya google ekkk :

  • Menangis lebih sering di malam hari.
  • Tidurnya tidak nyenyak.
  • Banyak berliur.
  • Pipinya memerah.
  • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam).
  • Gusinya membengkak dan merah.
  • Lebih sering minta minum ASI atau menolak minum ASI karena gusinya sakit.
  • Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.
  • Selera makannya rendah.
Semoga ini membantu kalian ek... 



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Tinggalkan Solat??

Bismillah,


Sebenarnya saya rasa susah hati, susah hati kalau solat tidak diterima ALLAH. Kadang2 solat pun terkocoh kacah dan tak kurang jugak solat dengan keadaan anak2 tengah nangislah, tgh berdiri sambil pegang telekunglah...aduhai rasanya susah sangat hati. Tapi saya rasa lagi susah hati kalau tidak solat. Tapi yang musykilnya, mcm mana orang boleh senang2 hati tinggalkan solat??


Kenchana pun tau semayang menolong kita ke jalan yang terbaik


Kalian ada tak jawapannya? Saya ada tanyakan di wall FB saya dan jawapannya ada bermacam2 lah..saya copy paste ek sbb saya tak reti nak printscreen guna leptop mak saya ni :P
  • Malas - Ya ALLAH, risaunya kalau seseorang tu dia tak solat sebab dia malas...kerana kemalasan itu lebih besar dari rasa kehambaan kepada Pencipta. 
  • Sbb diaorang rs ramai je org x smyg kaya raya atas muka bumi ni..x smyg pn bjaya je.. - Perlukah kita tunggu sampai ALLAH tarik balik semua ni baru nak solat
  • sbb x nampak neraka... x nmpak syurga jugak.. - *sigh*
  • sbb takdak hukuman dunia kot... org tak rasa bersalah sbb tak smyg tarak rasa beza apa2 pun... sama ja smyg ka xsmyg... 
  •  sebab diorg x nampak apa kelebihan bila bersolat dan kekurangan bila x solat...sblm ni solat hanya kerana terpaksa, hanya bila di suruh...bukan ikhlas dari hati...
  • tak dapat didikan dari kecil..
  • pengaruh sekeliling + iman yang tak kuat..
  • mungkin sbb kejahilan n kekurangan ilmu agama dari kecil..n pengaruh dari parents gak.
  • sbb kurang rase malu terhadap Allah kot..xde segan silu tdo terbabas x subuh,then jln2 x malu x solat sbb rs leceh...
  • rasanya sbb dia x rasa dia hamba ALLAH...sbb tu x takut tinggal solat
So, inilah dia (barangkali) penyebab kepada kenapa seorang Muslim itu tidak solat. Jadi saya rasa punca masalahnya adalah barangkali :
  • Aqidah yang lemah yang berasal dari kurang didikan dan degil
OK, kalau cakap pasal kurang didikan, sebenarnya hal ini boleh dirawat. Sebab kita dah tau puncanya adalah kurang didikan. Ayat orang yang kurang didikan ketika membuat alasan tidak solat barangkali mcm ni :
  • Saya tak tau cara nak semayang
  • Saya tau cara nak semayang tapi saya tatau la pulak besar mana dosa kalau tak solat ni
Adus...dan macam2 lagi lah...jadi saya ingin membuka sedikit ruang, bertanyakan anda2 yang tahu bagaimanakah kita nak mengembalikan kekuatan aqidah diri kita dan saudara2 kita di luar sana. Semoga dapat kita ketemu satu jalan untuk membawa mereka kembali kepada agama Islam tercinta ini....


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Wednesday, January 26, 2011

Bila Anak Bertanya ALLAH Dimana

Bismillah,

Sekarang ni di mailing list sibuk orang dok bincang pasal persoalan ni sehingga terlihat kelompangan Aqidah beberapa ahli di sana. Semoga dijauhi dari keterpesongan dalam menjadi mukmin sejati.

Sebenarnya persoalan ini pernah saya kupas sedikit dalam entry ini. Jika disitu anda masih sukar memberi jawapan kepada anak anda, cuba cari buku ini pula.


Atau juga anda boleh rujuk ke blog baru saya yang saya tujukan kepada anak2 seusia anak saya. Dah tiba masanya menjadi seorang ibu dalam erti kata sebenar jadi saya buat blog itu pula. Cuma ambil masa sikit lah untuk memperhalusi apa yang boleh dikembangkan disana. 

Sebenarnya terdapat beberapa ayat yang jelas menyatakan di mana ALLAH itu berada.

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

Oleh itu jawapan yang paling tepat untuk menjawab soalan ini adalah ALLAH bersemayam di atas Arasy atau bahasa mudahnya di langit tertinggi yang tidak kita ketahui.

Anak2 ini adalah berada dalam keadaan fitrah. Mereka telah tahu bahawa ALLAH itu wujud dan kerana rasa cinta mereka kepada ALLAH lah yang menyebabkan mereka tercari2 di mana ALLAH. Lalu jawablah kita ibubapa mereka dengan penuh ilmu. Jangan menjawab sehingga akhirnya anak2 merasa keliru pulak. Semoga ALLAH mudahkan kita dalam menjaga anak-anak kita :)

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Pakej Fotografi Perkahwinan Oleh Superyzaf

Bismillah,

*Sticky 3 hari :)


Keterangan lanjut boleh contact nama seperti yang tertera

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Aksi Uwaiys Tidur

Bismillah,

Hahaha..dah takde benda berfaedah ke nak dicerita Pijah?? Tapi ni bener2 topik menarik ni... Ni satu2nya gene saya paling menjadi pada Uwaiys. Letak tang mana pun boleh lena!


Kereta kami kan boleh duduk bahagian belakang...ni kat belakang dari kerusi belakang..
tido sambil berdiri

 Celah tali pinggang abah!

Tengah2 kerusi umi dengan abah dalam kete 

Kat meja masak nasik komputer  

Celah kerusi waaaaaa

Dan ini biasa je...bawah kerusi! Tapi yg best tu tgh main!! Tiba2 senyap

**Sian anak ramai ekk?? Sampai tak dan nak atur tidur anak..
Tapi teringat ada sapa yang buat contest anak tidur tu kan? 
Sampai ada yang lena dalam laci pun ada :)

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tuesday, January 25, 2011

Petua Hilangkan Kahak Pada Bayi

Bismillah,

Siapa yang tidak panik melihat anak bagai tak cukup nafas. Dada bergelombang dan batuk2 serta muntah menambah panik didada. Saya ada seorang anak yang ada masalah yang sama. Mula la tangan meng'google' kaedah mana yang terpantas untuk selesaikan masalah tu. Sambil tu telefon habis kawan2 yang mana Doktor sampai pening diorang nak bagi nasihat. Tu tak masuk tepon tujuh keturunan ke atas nak dapatkan petua2 orang lama.

Tapi bagi saya, bila anak dah berada dalam keadaan semput, itu bukan masanya lagi untuk bertangguh2 nak dapatkan rawatan nebuliser. Nebuliser adalah rawatan bertujuan untuk melegakan kesesakan saluran pernafasan. Ini termasuklah buat bayi yang berkahak. Tidak perlu tunggu sehingga anak anda diisytihar lelah atau asma baru nak ke klinik. Cas nebuliser adalah sekitar RM 15-20 ke satu sesi.

Uwaiys :Mula2 kena dulu dia melalak tak hingat, sekarang ni batuk sikit2 pun ajak pi klinik siap buat2 semput lagi sbb dia tau lepas je buat dia rasa sihat :)

Apabila anak berkahak, segera bawa ke klinik dan doktor akan buat pemeriksaan sama ada anak itu perlu rawatan nebuliser atau hanya boleh dibantu dengan ubat. Tapi selalunya kita akan 'rasa' yang anak kita perlukan rawatan tertentu.

Saya ada terbaca di mailing list berkenaan hal anak kecil berkahak dan telah saya kumpulkan petua2 yang ahli2 mailing list itu kongsikan :

  • Amalkan menepuk belakang baby setiap kali lepas susuan
  • Jika beri susu formula, pastikan ia suam
  • Gunakan daun ketumbit - ambil segenggam, campur kapur dan ramas atas tapak tangan. Airnya tu sapu diubun2, dada dan sebelah belakang baby
daun ketumbit

Sumber dinyatakan dalam gambar
  • Tidur malam jangan gunakan kipas
  • Elakkan susu formula perasa madu madu yang terlalu banyak akan trigger penghasilan kahak. Biasanya susu yang ada madu amat disukai oleh bayi kerana manis yang menyebabkan bayi akan terlalu kerap minum susu
  • Perah asam limau dan letakkan sedikit gula. Ubat batuk ni adalah ubat feberet anak2 saya. Nak2 kalau tambah madu mesti lagi sedapkan?? 
Untuk memilih satu dari kaedah di atas, mula2 sekali tengok umur anak. Jangan pulak bagi perahan limau kat anak bawah enam bulan. Kemudian jika yang membaca ni, anaknya masih ada peluang untuk menyusu susu badan, maka susukanlah dengan susu badan. Sebenarnya itu adalah solusi terbaik pernah ada untuk sebarang penyakit yang anak anda hidapi. 


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Ziarah Baby Kaki Empat

Bismillah,

Arwa marah ni sebab saya nak blogging so kene taip cepat2. Maklumlah dia tengah khusyuk belajar Iqra dari Youtube di channel Muslim Kid School. Nanti saya ajar kalian macam mana nak buat playlist so tak payah kita tekan setiap kali satu video tu habis. Dia akan main sendiri. Eh ke saya je yang baru pandai buat playlist kat Youtube.

Pastu korang pun mesti marah bila tau baby apa kaki empat..kekeke.. Blog ni dah makin membosankan kan? Saya pun sampai tatau dah nak kasi up cerita apa..hehehe

Uwaiys suruh tangkap gambar dia sambil baring mcm tu.

Gambar ni buat ubat rindu feminat2 Ahmadi..sudah nak ckp setahun ini budak!

Tentenaen..inilah babynya..comelkan? Garang tu mak dia berani2 la pegang anak dia

Tengah kasik nenen anak dia

Kuda ni kawan suami saya punya. Nak cari geng berkuda yang merokok adalah susah. Tuan punya kuda ni kalau tengok gayanya pun xpercaya dia tak merokok. Bukan apa,kalau merokok susahla nak bawak anak melawat sama.

Oklah..idea banyak ni tapi kan baru sihat so banyak benda nak kena qadha especially pelajaran anak2. Semoga sihat ni berpanjangan dan saya tidak bergantung dengan ubat lagi. Saya sembang2 dengan suami..

Saya : Kuat jugak ek ubat doktor tu bagi
Suami : Allah mmg dah nak bg umi sihat dah la tu. Kalau tak, kita pun tak gi amik ubat tu lagi ek..

Bayangkanlah saya sakit seminggu lebih tapi tak amik ubat sbb berharap ia akan lega sendiri tapi tu lah..barangkali tidak cukup berdoa :(

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook sya :))

Monday, January 24, 2011

2 Tahun Dapat RM 300 OK kan??

Bismillah,

Saje nak share. Malas nak selindung2. Saya sebenarnya dah daftar Nuffnang dah lama tapi tak reti nak letak kod punya pasal maka rugi jugalah utk tempoh tu. Haritu mula2 saya tak sabar nak cash out. Bila beberapa tiba2 jadi ME maka sibuklah nak bawak keluar. Tapi kali ni saya dah sabar sikit dah...saya target nak beli sama ada DVD Player Portable, kalau tak mampu nak sampai jumlah tu beli yg attach to TV aje lah. Sbb tanak kasi anak2 kacau saya main komputer lepas ni...kakakaka

Sikit je kan?? Jadilah dari takde :P 

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Kisah Langgar Anak Harimau

Bismillah,

Cerita ni dah lama. Zaman raya aildilfitri yang lepas lagi. Tapi ntah kenapalah baru harini saya gedik2 nak upload gambar2 itu. Suami saya terlanggar sesuatu masa saya tengah lena. Time tu dah melepasi Jeli dah dan kami berada di kawasan rumah orang. Masa dia terlanggar tu, suami saya terus berhenti tepi jalan. Maka terkejut beruk lah saya.

Sebab saya ingat dia dah terlanggar anak orang! Mau tak terkejut..dan2 berpeluh satu badan. Bila dia kata dia langgar 'kucing' saya rasa legalah sikit. Tapi apsal la tengah2 malam gi berenti pulak kan kalau betul kucing. Dia kata pulak kucing tu besar. Aduiii....sah2 matilah tu kalau kena langgar. Tapi suami saya tak puas hati, nak jugak tengok sebab dia kata macam anak harimau.

Lagi la saya panik bila suami saya nak gi amik bangkainya sebab mana la tau mak dia dok tunggu kat celah2 semak. Dannn....jadinya dia amik juga bangkai tu bawak balik untuk kaji selidik...huhuhu

Siap letak pembaris 30 cm tuhhh 

 Rasa2nya harimau akar kalau tengok dari corak badannya 

Diukur dengan tangan Nejad :)


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Alhamdulillah, Sihat Juga Akhirnya :)

Bismillah,

Alhamdulillah...sakit kepala yang berdenyut2 seminggu lebih saya ni dah menyurut semalam. Sakit kepala yang membawa saya kepada rasa 'Aku ada tumorkah?' tu memang sangat menyakitkan. Saya hampir tak menghiraukan keadaan rumah tapi kalau betul2 tak hirau lagi sakit hati lalu saya buat jugalah yang mana saya mampu. Tapi dalam keadaan yang menakutkan untuk anak2. Mungkin juga usia yang semakin naik ini membuatkan saya semakin melatah untuk mengawal diri. Mujurlah ada suami yang sudi melayan dan anak2 yang beralah dengan umi mereka.

Saya pergi ke klinik semalam. Hajatnya nak pergi ke klinik pilihan tapi tutup Ahad pulak klinik tu. Ada2 aje kalau tiba hari saya sakit. Sebelum ni saya dah terkena dengan satu kejadian. Jadi haruslah saya tidak ke klinik itu lagi. Jadi saya cuba klinik Che Ku. Doktornya lelaki.

Saya bagitau dengan lengkap saya rasa macam mana termasuk sakit2 sampingan macam batuk selsema semua. Kemudian saya bgtau dia saya dah amik Claritine dan batuk dah surut. Kemudian dia amik BP, pastu cek guna stetoskop tu kemudian dia tekan urat belakang leher saya dan katanya barangkali saya sakit urat itu. Kemudian dia ada tanya adakah saya cukup tidur?? Kikiki..saya memang tak pernah ada masalah untuk tidur...hehehehe

Lagi satu dia tanya adakah saya stress. Saya bgtau nak kata tak ada, tipulah kot tapi tidaklah stress sangat. Saya cuma risau dengan kesihatan abah saya. Kemudian, meleret dari tu saya jadi tension kalau anak2 saya tak melayan saya macam orang tension. Hehehe...dah tau umi tension, janganlah sepah rumah. Itu je pun...hehehehe..

Doktor bg dua ubat. Ubat sakit kepala (PCM) dan ubat sakit urat (Meloxicam). Doktor ini bagus, walaupun saya batuk dan sedikit selsema dia tak menambah2 ubat sedia ada. Casnya RM 20 dan saya berpuas hati dari segi rawatan dan bayaran. Jadi, kalau sakit hari Ahad di Pasir Putih saya cadangkan pergilah ke klinik Dr Che Ku.

**Hari lain, saya suka pilih doktor perempuan. :)

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Sunday, January 23, 2011

Sakit Kepala Yang Berpanjangan

Bismillah,

Pasti kalian bosankan, hampir setiap entry saya mengadu sakit kepala. Saya rasa  benar2 tidak selesa dengan sakit kepala ni. Jadi sekadar ingin bertanya adakah kalian pernah mengalami sakit yang hampir serupa? Jika ada apa pula rawatannya??

Sakit kepala saya disertai simptom berikut :

  • Bila menunduk especially sujud, rukuk dan bila2 nak merendahkan tubuh, terasa berdenyut2 bahagian belakang kepala. 
  • Sakit sekitar bola mata
  • Sakit belakang leher
  • Adakalanya saya rasa gigi saya pun sakit
  • Saya sedang batuk dan selsema tapi boleh dikatakan dah surut jugak lah. Kalau tak ia lebih teruk lagi. Selsema pun sbb saya rajin pam keluar sampai melonggok2 sapu tangan dibasuh setiap hari maka taklah tersumbat teruk macam selalunya.
Saya bersyukur kerana dalam sakit2 ini pun :
  • Saya boleh drive lagi, kerana penglihatan saya tidak terganggu
  • Berleter pun boleh lagi...wakakaka
  • Sebahagian besar kerja di rumah boleh dibuat lagi, cuma sehari dua ni saya tidak masak sbb pergi berulang alik ke Jerteh sbb ipar2 saya balik. Dua kerja rumah yang sedikit tertangguh adalah basuh pinggan (tapi tak masak, so tak byk pun pinggan dan lipat kain - akibat dr tidak cukup hanger)
  • Oh ya...saya dah tak kesejukan macam dalam minggu lepas 
Rawatan yang telah saya ambil 
  • Batuk : air asam limau nipis campur gula
  • Selsema : Saya pam keluar dan ada makan Claritine
  • Penin : Minyak Cap Kapak (sampai laki ai kata ai bau minyak angin!), mengurut dan ada jugak amik ubat tahan sakit di rumah mertua sbb dah tak tahan sakitnya. 

Bila baca link di bawah ni mulalah saya jadi risau :

Tambah pulak kalau dibaca pada faktor rangsangan yang ditulis dalam Surau Kampung 

Masalah migrain biasanya diwarisi dalam keluarga (saya tak ada keluarga lain yang ada migrain). Saintis berpendapat, individu yang mempunyai migrain mengalami gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala dan keadaan boleh menjadi lebih teruk jika ia disertakan dengan lima faktor rangsangan.
Lima faktor ini ialah:
(1) Psikologi-Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti. (OK...saya sangat risaukan abah saya dan saya risau Kelisa tak dapat dibaiki sebelum kami pulang)
(2) Pemakanan - Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein. (alamak, yang merah tu mcm saya je....)
(3) Fizikal - Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca (kan sedang beralih dari musim hujan ke musim panas) dan mandi air panas.
(4) Fisiologi - Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.
(5) Optik - Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer (pun rasa dah kurangkan semenjak sakit kepala ni) atau menonton televisyen.

Aduhai...begini sekali sakitnya.. Saya pohon jika ada nasihat dari kalian semua dan jika tidak ada nasihat, doakanlah.. 


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Saturday, January 22, 2011

Bekerja Di Tempat Menjual Arak

Bismillah,

Korang ada baca x pasal MPSJ tlh mengeluarkan satu notis supaya tempat yg ada jual arak  tidak ada pekerja yang beragama Muslim di sana. Saya salute dgn pendekatan ini sbb tidak mudah utk tpt yg selama ni byk sekali b'gelumang dgn pelbagai jenis tempat hiburan mula diambil perhatian.

Tidak mudah utk sesuatu pemimpin membuat satu keputusan yang mungkin akan sedikit melukakan. Mana tak terluka,pekerja2 Muslim yang selama ini meraih rezeki di tempat sebegitu tiba2 saja terpaksa mencari pekerjaan lain.

Saya percaya jika mereka b'henti dari bekerja disitu, mereka akan mendapat balasan yg lebih baik dr Allah. Tapi apalah sangat optimis saya jika mereka sendiri pesimis dgn janji Allah. Siapa yang tidak faham di zaman yang penuh dengan 'barang naik' ini, hilang punca pendapatan akan menyebabkan orang m'jadi susah hati.

Mari saya ceritakan kpd kalian, satu masa dulu kami suami isteri pernah menjual gelang dan rantai emas. Kami benarkan bayaran ansuran sedangkan itu tidak dibenarkan di dalam Islam! Jadi, suami saya nekad tidak mahu pergi jauh dalam penjualan emas ini.

Ntah dari mana, ketenangan datang dlm keluarga kami. Anak2 mudah dijaga. Hubungan kami berdua semakin erat dan rezeki memang ada dimana2! Kami hanya berbekalkan kepercayaan sahaja. Padahal, tidak sedikit juga kerugian yang kami tanggung masa itu.

Saya rasa tidak patut bekerja di tempat yang m'jual arak. Tidak bengkakkah jiwa anda jika melihat org Muslim kita yang m'beli arak itu? Anda rasa selamatkah b'urusan dgn peminum arak yang sll hilang kewarasan spt yg dilakukan oleh wartawan t'kenal syarikat tv swasta itu?

Menghadap botol arak itu sehari2, tidakkah anda ada rasa tergoda dengannya? dan..byk lagilah persoalan saya yg bermain2 di kepala. Kerana pengharaman arak dan pengharaman sebarang keterlibatan kita dengan arak adalah nyata dan terang.

Jika saya, saya tidak mahu sesiapapun dr keluarga saya terlibat dgnnya. Anda??
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Awas Para Isteri Di Selangor

Bismillah,

Hah..jangan2 korang tatau lagi nih. Ini adalah kenyataan yang boleh menggugat puan2 isteri di Selangor ni...ekekeke...


Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.
Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Jangan risau kawan2. Barangkali suami kalian OK2 saja. Sebenarnya poligami ni ada caranya. Kalau terkena elok dengan suami kita, OKlah..tapi kalau tak, memang ada yang nak kena keratlah jawabnya hehe... Tapi ni dia ada pesanan tambahan buat suami yang berada di Selangor.


Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.
Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.
Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.
Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.
Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.
Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.


Erk..saya ada terbaca nasihat untuk isteri tapi bila saya baca nasihat tu, saya jadi sakit hati pulak. Jadi saya taknak sharelah kot. Kikikikiki.... Sebabnya dia tak nasihat perkara lain sebelum nasihat perkara di atas ni dulu. Jadi laki2 yang tak berapa panjang akal dia, mungkin tergesa2 bertindak seperti diatas sedangkan mereka perlu fikir banyak benda sebelum berkahwin lagi.

Saya bukan tidak kesiankan anak2 dara yang diluar sana cuma ada sesuatu yang masih menyekat saya (saya bercakap tentang rumahtangga kami sahaja, bukan orang lain) dari mencari madu untuk diri sendiri. Kebetulan pula, walaupun suami saya kuat sekali mengusik saya dengan angka 2,3 dan 4 dalam kehidupan, tapi selepas mendengar ceramah tentang Kapal Mavi Marmara itu, katanya, "Hah! Sempat ke lagi nak kawin ramai2 kalau macam tu??"

Bagi sesetengah yang berkelayakan, serta mempunyai isteri yang mempunyaijiwa yang kuat teruskanlah. Bukan sedikit apa yang bakal didapati hasil dari poligami ini. Saya pernah melihat sendiri seronoknya dua madu berpakat2 menjaga anak mereka walaupun anak2 mereka membesar dalam kepayahan. Semoga ALLAH memudahkan jalan hidup mereka...

**erkk...anda bagaimanakah?? **wink**
**atas permintaan seorang budak cantik, saya dah besarkan tulisan merah itu :))


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Hati2 Peniaga Online Sekelian!!

Bismillah,

Adoi...mcm2 lah orang ni dengan kejahatan masing2. Kalau jahat tak nyusahkan orang takpe gak..ni jahat aje, susahkan orang! Marah ni...marah!! Hehehehe... Tapi saya kesian jugak tau kat budak2 yang tak reti nak beza mana betul mana salah ni. Sbb mereka ada satu lopak dijiwa mereka yang mereka isi dengan benda yang tidak patut sehingga menjadikan lopak itu semakin rosak terhakis.

Anyway, saja nak igtkan kawan2 dengan modus operandi mereka ini. Mungkin ini akan berlaku kepada anda.


Kahkahkah..agak over ye bila pesanan khidmat masyarakat diletakkan atas gambar bunga2... kehkehekeh.. sape rasa nak sekeh saya sila sekeh keyboard anda kuat2 :P Sebebnarnya ada dpt link berkenaan dgn hal ini tapi saya bukan niat nak melindungi pesalah ni cuma saya tidak mahu sampai 'menuduh' pula dimana ntah2 org yg dikatakan bersalah bukan bersalah.

Saya hanya mahu kawan2 berhati2 dengan :

  • Simpan detel bayaran dan detel spt alamat and what so ever yg berkaitan semasa belian.
  • Bila ada modus sebegini digunakan maka berhati2lah dengan orangnya. 

OK itu sajaaa :)) peace!!

**Syoknya boleh letak gambar dalam blog !!
(Edisi perak tak hengat)

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Friday, January 21, 2011

Download Video Dari Amrullah's Channel

Bismillah,

Jumaat di sini cuti tapi saya tahu disana sini ramai mak bapak yang amik cuti tapi bawak anak balik kampung dan memonteng arini dan esok (kebykan sekolah ada qadha hari sekolah esok). Hehehe...salah sorangnya makcik saye.. kikiki...awai2 sekolah lg dia kata dah ajaq budak2 ponteng! Saya kata kat dia, "Takpe2...awai sekolah lagik, cikgu pun tak naik gear lagik...kekeke"

Saya sedang download vid dr Youtube dr Amrullah's Channel ni (Indonesia) tp ia bagus utk kanak2 faham sedikit sebanyak tentang Islam.. Tp adanya ibubapa utk membantu anak2 memahami ini adalah lebih baik. Harini rasa nak control komputer ni sbb saya nak download baaaaaaanyak sangat video2 dr Youtube yang saya bookmark kan.

Sebabnya, Magic English kami dah nak habis tengok. Selain dr Magic English tu mmg ada bbrp CD tp saya mmg kiasu lah dlm nk mencari mende2 edukatif mcm ni cuma kurang pulak kiasu dlm hal2 nk beli yg mahal2..ahahahaha.... Nnt saya akan sharekan mcm2 lg CD yg saya gunakan utk anak2 saya itu. Sekarang dah byr broadband so seronok sikitlah nak upload gambar.

OK, kawan2...ada benda banyak nak cerita tp kepala nyutnyut sambil terkantoi pulak anak2 ternampak Youtube...diorang ni mmg pantang tgk.. :P

**Kalau ayat saya ntah apa2 sori ek...sakit kepala dalam erti kata sebenar dah ni

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Thursday, January 20, 2011

Berkepit Dengan Suami : Comel Atau Sebaliknya

Bismillah,

Selalu berjalan2 di tepi jalan, kadang2 terjumpa orang tua2 jalan berdua2an seiringan. Ntah nape saya sukakan keadaan mcm tu. Korang suka?? Saya rasa mcm sweet je dah tua2 boleh jalan sama2 seiringan lagi.. Beza pulak kalau pasangan muda yang ntah2 belum kawin berkepit celah ketiak tu. Kalau tengok ntah macam mana saya rasa. Ahahaha..... Pastu saya akan kata kat suami, "Comelnya.....nnt kita dua mcm tu lah kan, jalan bongkok2 berdua :P". Nnt dia akan kata, "Umi bongkok la sorang2, abang tanak :D". Menciikkkkkkkk.......

Kami?? Berjalan kat luar sama2 tu jaranglah berdua2an dan sementelah sentiasa ada anak yg perlu didukung dan dikawal maka memang sah2 lah tidak berpegangan tanganlah kami berdua. Tak romantik kan?? Hahahaha... baik saya jaga anak dari sibuk nak jaga romantik kat tepi jalan :P Tapi, so far husband saya tak pernah lagi tinggalkan saya jauh di belakang. Plus, dia akan dukung anak yang perlu didukung! Itu adalah romantik sebenar bagi saya.

Kalau berada di tepi pantai ke, selalunya kami duduk pun dekat2 tapi tgk keadaanlah. Walaupun kami sama2 kurus, kami idakla sampai berebut2 nak kongsi satu kerusi sofa tu. Hikhik....itu romantik melampau la kan?? Saya rasa setiap dari kita pun ada rasa 'sekatan' sampai mana level keromantikan tu sesuai ditonjolkan. Selebihnya, simpan2 lah dalam bilikrumah.

Kemudian, bila melihat isteri sendirian di luar, dia kelihatan berdikari kan? Tapi tak semua orang kata dia itu berdikari. Ramai juga yang kata laki buli bini. Mana tak nye segala tong gas, guni beras, bawang gula blablabla tak masuk cerita heret anak pergi shopping. Kadang2 orang nampak susah. Sedangkan yang sedang melaluinya cool aje. Sbb orang yg memandang tu anak sorang tapi yang melaluinya tu anak 8. Jadi rasanya tak sama.

Begitulah pandangan manusia, ada2 aje yang tak kena. Begitu salah, begini salah. Saya OK kalau suami saya duduk rumah dan saya keluar shopping. Selalunya dia rela jaga anak di rumah dan saya boleh shopping hasil dari korek poket dia sebelum keluar rumah dengan khusyuk. Barulah semua barang yang di dalam list bole dibeli dengan tepat. Kalau tak tu, ada je yang terlebih. Kalau terkurang tu tak terlebih belanja...ini terlebih! Tapi sllnya kalau bawak anak, saya dah sound mereka awal, jadi mereka dah tak mintak apa2 kalau keluar. Tapi bukan selalunyalah, kalau angkut semua serentak mmg mereka akan mintak.

Walaubagaimanapun, saya ada sedikit rasa runsing bila berhadapan dengan suami kerja di tempat lain dan bini di tempat lain. Pastilah jika si ibu yang menjaga anak2nya, bebanan akan menjadi berganda. Dia bekerja dan balik dari kerja perlu uruskan rumahtangga lagi malah sendirian pula. Nanti nak dekat2 timing suaminya balik, terkocoh kacah pula nak siapkan rumah dan diri nak sambut suami pulang. Memang saya rasa situasi ni adalah satu keadaan yang sangat susah utk seseorang surirumah.

Saya tanya suami, andai kita sama2 kerje makan gaji dan ditakdirkan tempat kerja jauh2, apa tindakan dia sebagai suami. Dia kata, saya kenelah berhenti kerja. Hehehehe... Jalan fikirnya mungkin tak sama dengan yang lain tapi dia tetap ada hala tuju. Saya beralah meninggalkan Pt Buntar pun bukan mahu kelihatan comel kerana boleh berkepit dengan suami tapi saya mahu anak2 rasa mereka ada kami. Itu lebih comel saya rasa.

Tapi ada juga kes2 dimana orang tak suka sangat laki bini ni berkepit. Sbb diorang nampak bukan laki yang kepit bini, tapi bini yang kepit laki. Ekekeke.... sampai orang nak hantar memorandumlah sbb terlampau berbulu melihatkannya. Kalau dah sampai tahap ni, orang sll akan kata, binik dia Queen Control tapi mau tengok juga yang di control tu kenapakah dia rela dicontrol sedemikian rupa. Sbb bini ni gudang rahsia suami. Apa yang suami buat semua dalam poket bini. Tak payah nak kona2 lah ye cik abang2 sekalian. Jadi, kalau dah banyak buat salah, sampai bini kata, "Beranilah yu tak ikut cakap ai, nnt ai ckp kt org yang yu dah pot pet pot pet pot pet, baru yu tau!". Hikhikhik...Kalau inilah kesnya, memang hilanglah sweetnya...dah jadi sweat dah!

Buat calon Tenang (mcmlah cikgu tu baca blog saya ek) tindakan suami puan dipindahkan dengan arahan 24 jam adalah tindakan yg tak patut selepas puan diumumkan akan bertanding. Mereka mahu melemahkan apa yg sedang cik puan buatlah tu. Ada hikmah disebalik semua tu. Mana tahu orang boleh nilai mana yang patut, dan mana yang tidak patut untuk dipilih.

*Ih terkona kot siasah pulak! Sori2!



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tuesday, January 18, 2011

Isu Azan di Lembah Pantai


Bismillah,

Sbnrnya sgt menenangkan bila t'dengar suara azan yg m'dayu2 tambahan pula di subuh dan maghrib. Tp bg kita yg duduk di masyarakat majmuk ni mungkin mereka yg tidak sefahaman dgn kita akan rasa tidak selesa. malah ada yg memeluk agama islam dgn hya dengar azan sahaja.

Saya t'igt semasa di Pt Buntar, kedai saya adlh b'hadapan dgn tempat ibadah penganut Sikh. Bunyinya yang kadangkala kuat akan m'buatkan rasa tidak selesa sedikit terutamanya jika kami sdg ada customer. Tapi tidaklah sehingga saya buat report.

Tapi jgn kalau kedai aksesori selang satu pintu kami buat hal. Merek bersaing2 dgn kedai aksesori bangunan sebelah dgn pasang speaker yang kuat amat sampai spek yg kami susun atas display vibrate sama. Yang ini bukan saja tak selesa tp t'ganggu amat!

Saya yakin, andai mereka itu patuh kpd agama mereka, pasti tiada niat bg mereka utk buat mcm tu. Pasang speaker kuat2 dlm kereta even ayat quran pun akan menimbulkan gangguan apatah pula lagu yg ntah hapa2 tu.

Berbalik pada isu azan di Lembah Pantai ni, sbnrnya dah reda tp elok sy kongsi b'sama supaya yg tidak tahu bole sama2 dpt ilmu baru. Penyudah cerita ini adalah dgn petikan di bawah :

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

“Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.

“Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini.

lihat, betapa mereka itu tidak tahu m'bezakan antara azan dan yg lain2. semoga kita semua akan terus berada dlm keadaan harmoni. saya percaya azan tidak menimbulkan rasa t'ganggu tp yg selainnya itu harus kita pelajari dimana dan bila utk menguatkannya.

Ulasan dr Dr Asri bole dibuka dan dibaca di link ini :
http://drmaza.com/home/?p=1339#more-1339

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Stress Sampai Nangis

Bismillah,

Ini bukan cerita harini..ini cerita hari Jumaat nan lalu. Saya igt hari tu sbb masa suami saya nk ke masjid, saya hantar mesej suruh dia doakan saya.

Ntahla..semenjak jiwa m'berontak sbb xdpt blk pt buntar slps abah saya msk wad, saya jd ct stress cuma alhamdulillah tak sampai tahap gastrik. Sy jd letih, cpt sakit dan sampai arini batuk mcm budak2 pulak.

Malam td lg best, sekejap sejuk seram, sekejap berpeluh2 sampai rasa nk semua org tido jauh2 dr saya. Saputangan yg kene basuh, atau dah kering melonggok2 sbb saya asyik pam hingus je..huhuhu..

Saya tak suka mcm ni. Tapi inilah dia cara yg Allah bg utk cuci dosa2 yg saya lakukan. Walau letih pun,bak kata suami saya kena sabar sbb tulah syurga berada bwh tapak kaki ibu. Bukan senang nak menjadi syurga anak2 ni.

Hari Jumaat lepas kan cuti sekolah disini. Jadi anak2 buat xtvt mereka di rumah. Jadi tak sah lah kalau tak ada yg b'sepah. Nak jadi cerita, aritu saya jadi tak sabar dgn runah bersepah. Pdhal bukan byk pun,kadang2 lebih dasat dr tu.

Lalu saya pun mengamak! Jgn tya mcm mana saya mengamak ye..sbb saya dah hilang ingatan dan time tu suami mandi. Lps je habis seminit dua puting beliung tu, saya t'duduk dan saya mengucap banyak2.. Saya btl2 lost masa tu :(

Mujurlah jugak anak2 tak jd mangsa masa tu. Mereka t'diam dan kutip sampai licin yg mana b'sepah tadinya. Suami saya yg lps mandi terus dtg dan tanya saya,"Umi,umi ni kenapa.." sambil urut belakang saya.

Batu la saya kalau tak nangis kan..saya nangis! Kemudian suami saya kata, "Ntah2 Ahmadi yg buat sepah?"..btl juga, ada masa Ahmadi yg punggah semua barang yg dlm raga. "Ahmadi tu apa yg dia faham, tgk Uwaiys je la..umi baru ngamuk dia dah loncat2 mcm tu.. Apatah lg Ahmadi dgn Arwa?"..

Kemudian saya cakap sepatah, "Umi letih...rasa dah tak larat dah asyik ulang buat benda yang sama setiap hari". Dia masih dgn diplomasinya.. "Umi, apa kata kalau Allah kata dah nampak hang letih dgn anak2, aku amik lah diorg blk"..waaaaaaa...

Ya, sebenarnya cabaran nk besarkan anak ni adlh sgt uh..sgt tak reti nk describe. Anak saya yg 5 itu Allah bg mereka cukup sifat dan sihat pula. Bagaimana jika Allah bg kesakitan sehingga mereka tak melasak sepahkan rumah?

Anak2 saya blm pun masuk level hiperaktif tp bila dah mix 5 of them memanglah mabbelles! Dan, saya tak bole nk imejin, kalaulah saya merancang dulu, yg mana dr 5 mereka ini boleh saya pilih? Kerana mereka semua adalah pelengkap hidup saya..bukan sebahagian, tp semuanya!

Umi xjanji umi takkan mengamuk lg tp umi harap, ada yg spt abah kalian, menenangkan dan mengingatkan keterlampauan umi :l

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Surat Admirer Dalam Dompet

Bismillah,

Smlm kami m'belek2 gambar paspot Uwaiys & Usamah sbb cikgu sekolah mereka minta. Dulu masa sekolah Pasti, ada juga minta gambar tp abah dia buat dek je. Mai sekolah Cina, jgn kata bab gambar, anak pun gi sekolah awal penangan disiplin sekolah Cina..kuikui..

Maka t'jumpalah surat di bawah ni haa dalam dompet.. nak meleleh air liur eh, air mata bila baca. Walaupun dia salah eja, saya xterasa nak marah pun.. kira heart melted punya action la ni..

Kebanyakan yg salah eja oleh Asmaa' ni adlh disebabkan dia keliru dgn loghat Kelantan. Itu sbb kami dah lama mulakan semula berbahasa standard di rumah. Walaupun bahasa standard tp lenggok sini tetap ada huhuhu..

Nota Asmaa' ni saya balas tau. Saya gunting bentuk love atas sebuah kertas pink dan tulis, 'Asmaa', I love you too!' tp saya buat dr Umi & Abah :) Saya kasi kt suami utk  letakkan dlm beg sekolah Asmaa'.

*Saya tetap jiwang walaupun kuat berletiaq..kuikuikui

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Monday, January 17, 2011

Suami : Syurga Atau Neraka Buat Isteri

Bismillah,

Sambil m'bantu Asmaa' buat Matematik. Saya ada belikan dia satu buku latihan 1Malaysia. See? Saya tak la alergi dgn 1Malaysia kalau bab2 ilmu ni.. Saya amik yg jernih tp yg keruh tu sori naik lori la kalau nk suruh saya hangguk juga! Hehe..

Saya nak tanya, adakah sekolah menyuruh utk beli abakus kepada anak2? Sbb dlm buku 1Malaysia tu ada latihan abakus. Kami suami isteri xberapa nk reti guna abakus. Tp kalau anak2 nak kene guna maka haruslah beli kan satu kan?

Smlm, kami suami isteri bersembang b'kenaan hal2 yg b'kait rapat dgn  pemilihan jemaah. Kami b'sembang b'kenaan taaddud jemaah dan lain2 yg b'kaitan. Lalu saya tyakan suami, abg dulu xtya pun umi dr puak mana? Main hantam ajak kawin saja..

Lalu katanya, Nabi dah kata yang suami ni dua je, sama ada syurga atau neraka bg bini dia. Dah kawin tu pandai2lah dia bentuk isterinya. Kalau kelaut, maka lautlah bininya. Kalau nak ikut dptlah syurga (insya Allah) tp kalau tak?

Berbalik pd soal ini, bukan sedikit pula org yg dah punya kesedaran diri dlm hal kerohanian ni alih2 lps kwin terkona baring pulak. Itu sbb perkahwinan dikatakan saling lengkap melengkapi. Kalau suami terkona,cpt2lah bini tlg kontrol stereng.

Tapi kalau bini pun layan lap sama..alamatnya senget habislah rumah tangga. Sehingga institusi masyarakat jadi runtuh hanya teraju keluarga hilang cara mengawal diri. Sekarang, saya mengajak diri saya dan suami supaya muhasabah diri sejauh mana kita m'bersihkan diri utk m'didik anak soleh solehah.

Semoga dgn itu semua isteri akan berada dlm syurga suami amin!

*entry ini adalah ingatan buat diri
*siapa kata mendidik anak tidak sama dgn mendidik masyarakat?



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Peminjam PTPTN Achtung!

Bismillah,

Parak sungguh kalau tak bayar PTPTN.. Kalau tak bayar dia punya cas pentadbiran akan naik 3% sebln wooo.. Katalah bayar RM 200 pastu tak byr next 4 mth sdgkan kita punya loan is around 25k, its about we pay nothing tu!

I don't wanna discuss about what all this mess around sbb riba is riba. One of the victim adlh me myself lah! Dulu masa our batch apply PTPTN in a very 1st few week in 1st year, rasanya semua fakulti pun apply.

Yang saya dgr ada 2 je org yg x amik PTPTN and both of them budak Fakulti Pengajian Islam. Tabik habis sbb mereka cari duit sendiri sampai t'paksa extend sem utk byr subjek b'dikit2 ni..

I guess two of them duduk aman dah sekarang ni tak mcm saya yg asyik t'kena karan each time dgr perkataan PTPTN. Kekeke.. Ok2 ini ayat tak sedar diuntung. Oklah, saye pinjam so saya wajiblah bayar!

Tp skrg ada tawaran dr PTPTN tau. Nak kurangkan dr 3% kpd 1%. Ada syaratnya dan rasanya kita kene byr fix every mth eg RM200/mth dan blm dpt surat saman dr lawyer yg mereka lantiklah.

So guys, no harm for trying kan. Just buka laman web ptptn di http://www.ptptn.gov.my. Klik di Penukaran Ujrah 3% to 1%. Isi IC dan email dan nnt akan dpt email dan ikutlah apa yg patut.

Kalau nk tgk jumlah baki pinjaman ptptn adalah di link :
http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.jsp

*sblm 28 Feb ni tau!

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))