Wednesday, June 30, 2010

Best Kids Movies

Bismillah,

Saya ada pernah pergi ke rumah seorang yang saya kenal tapi tak berapa rapat lah sangat. Setiap kali ke rumah dia adalah kebetulan time tu anak2 dia duduk keliling komputer tengok kids movies. Saya takle pulak tanyakan apa tajuknya kalau tak boleh lah jugak nak carik kan utk selingan kepada anak2.

Kat rumah ni actually banyak CD yang macam2 tujuannya, ada yang utk tontonan..ada utk tujuan pembelajaran. Korang ada CD ape ek yang berbentuk movie? Kalau ada taknak let go ke utk harga yg cheap2 one :P ??

**Saya mencari CD yang bertujuan mendidik sambil nak asah English diorang dari terlampau tersalut dengan budu :P





19 Kids And They Have Fans??

Bismillah,

Bangun subuh2, buka internet adalah sangat mengejutkan bila terjumpa America's most famous supersized family yang bawak balik their 19th kids.

click on pic for story and video

Adalah sangat pelik, apa agaknya inspirasi mereka untuk memiliki anak ramai ini. Ramai yang memberi sokongan dan ada juga yang saya jumpa memberi kata kejian buat mereka ni. Korang google sendiri lah ek kt link ni for more story.

*Serius diorang ada fan :P
**Saya beranak utk dapatkan lebih ramai orang Islam - bukan untuk mencari peminat :P

Tuesday, June 29, 2010

Personaliti Ibubapa Yang Cemerlang Part 4


Bismillah,

Punyalah lama ek nak sambung ke part 4 ek? Kalau ada yang teringin nak baca dari part 1-3, sila la belek dalam My Babbling List saya kat atas tu. Seronok sebenarnya kalau bincang bab parenting ni kan? Boleh le kita saling tegur menegur antara satu sama lain kan...kot lah apa yang saya bawakkan dalam blog ni silap maka tegurlah ek..

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

Jujur menghukum? Hihi...macam pelik je bunyi nya kan? Tapi betul hape, kot ye pun marah bila dia buat salah, make surelah yang kita marah sbb dia betul2 salah. Ini tidak kita bantai dia sungguh2 sbb kat pejabat kita ada masalah lain. Tu kan dah tak jujur tu??

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut. Cakap pasal merendah diri tu kan, saya selalu perhati Asmaa' dia suka stress kalau org kata dia tak comel :P

Kami sll cakap, kot mana2 pun orang kata kakak tak comel, kakak jangan percaya. Kalau orang kata kakak comel pun, tak payah suka sangat, cakap aje alhamdulillah. Risau betul dia kalau orang kata dia macam2.

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Jangan biar diri kita terjebak dengan perlakuan yang tidak senonoh. Tengok aje anak mereka yang masuk penjara, anak2 mereka terheret sama dengan perbuatan yang memalukan.

Mcm mana pulak kalau mak kene tangkap basah dengan orang lain, atau ayah kene tangkap basah dengan orang lain. Mcm mana nak suruh anak jaga maruah kalau harga diri kita sendiri tidak terjaga??

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan. Janganlah jadi katak di bawah tempurung. Tu yang syiok jadi blogger kan? Sekali bukak blog je tau New Zealand cuaca hape :P

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Saat2 lahir je, mesti ada perasaan aneh yang berbunga2 melihat anak kan?? Semoga sehodoh2 suara Tarzan terdengar sayup2 di Pasir Putih, masih suburlah kasih sayang kami anak beranak :D

Monday, June 28, 2010

Parenting Mistakes Made by Parents but Hurt The Whole Family


Bismillah,

English again huh?? Alaaa...let me practise 2-3 times a week.. :D Then I can mix budu in my language. Oh ya...its about 1 month living in Kelantan but we still dont have time to buy budu. Seems like 'ore Kelate' still not get the Kelate aura without the budu.

Direct to the point, what is the top mistakes that we as a parents did to our kids but it just not hurt them, but we also will be hurt :

1. Watch your mouth - heyy..dont go to the mirror and do the muncung2 to see your mouth. Its actually our language. Well, our language is extremely important to be mindful about. The kids is like a sponge not a spongebob hokeyh! and they absorbs everything and never stop. They takes everything literally.

For example, I ask my kid to "Stop running around!!" and guess what?? My kids heard "Run around!". So, its not very effective, is it? Yeah...yeah..I forgot that kids think differently, so I must state commands in the positive way. Give them permission to be good and lets look at these minor corrections.

Instead of "Stop asking for sirap, it is just an additional colour and no good for you." Say "Kids, drink this roselle, it is the same red and no additional colour"

Instead of "Why are you yelling", say, "Okay, Lets talk with cute voice that you have for a minute"

Actually this is very powerful just by switching around a negative statement into a positive one, we can see instant changes in behavior. But.....hehehehe... when we change to a Tarzan at one time, it is just hard to leave the attitude, but you have to Pija!!

2. Stop asking WHY! - seriously, this is amongst my biggest mistakes. I really know that they are not going to give me a rational explanation when they did wrong. Example, I asked Usamah, "Why did you hit Uwaiys?". I dont expect Usamah to say, "Well, I was playing the LEGO but I had a hard time making it look like an aeroplane so I got frustrated so when Uwaiys come near to me, I hit him!"

Well friends, there is actually no truly rational explanation for the kids behaviour, stop looking for one! Instead of using the word WHY, how about the words HOW??

OK, lets redo my dialog with Usamah, "How did hitting Uwaiys make you feel about yourself?" So, maybe we can expect to see shame and then ask, "Can you thing of other ways of being mad?" and then we can offer the positive suggestions.

3. Focus on the important things and the other things will fix themselves - look at a tree, if it is something wrong with the root, no use we only cover the fruit. Right now, our kids is acting up for a reason that makes sense only to them. That reason is much show that they feel threatened a situation and just need positive attention and love. We are not suppose to stop the tantrums, yelling and other irritating behavior, but to make them feel secure.

Ummpph...Asmaa' is near to 7 years old, and I got so many mistakes that I have to make things rite. Well, actually I LOVE them a lot but always the Tarzan image come and frame me inside. Uwaaaaaaaaaaaaaa........I wanna be a good mother!!

Sunday, June 27, 2010

Cloth Diapers is Lampin Kain

Bismillah,

Memandangkan today is Saturday, so adalah diramalkan bahawa traffic ke blog ini adalah berkurangan. Tapi tak apalah, sekurang2nya topik ini adalah diramalkan relevan bila2 masa. Zaman saya baby dulu (wahh...rupanya saya pernah menjadi baby!! Hebat!!) mak saya kata dia pakaikan saya lampin. Suami saya pun, masa dia baby (mesti sangat comel kan??) pun mertua saya pakaikan dia lampin juga :D Akhirnya, membesar juga kita menjadi seorang orang (apakah??).

Namun cloth diaper kini menjadi satu benda yg dikatakan menyusahkan sbb kita perlu buli suami diri sendrik utk membasuhnya sehingga kebaikan memakainya dilupakan begitu sahaja. Sayang sekalikan??

Ya iyalah saya faham, banyak kesulitan yang kita nampak sebelum nampak kebaikannya. Antara perkara yang mengerikan mengenai cloth diaper ini adalah :
  • Kos - huh..manalah orang tak takut bila sekeping cloth diaper harganya adalah sama dengan 56 pcs disposable diapers? Saya dulu cukup semput nak dapatkan 20 pcs cloth diaper nasib baik k.Nieza bagi bayo ansurannnnnsssss...
  • Takut bocor - tgh sedap2 soping kat mega mall bertaraf 4 bintang, alih2 ada jejeran air berwarna kuning atas baju yg anda pakai. Selalunya kita bawak baju spare utk anak sbb kita sangka dia je kencing berak dalam seluar dan lupa tentang risiko kita boleh dikencingkan oleh anak dengan tidak sengaja.
  • Atau sebenarnya anda belum berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan cloth diaper ni?? Hepp...ingat nak mengorat je ke kena berkenalan?? Tak kenal maka tak cinta lah yu...
Zaman sekarang cloth diaper dah tak payah pakai lapisan getah siap dengan pin besar ibu jari lagilah beb...ini kalau blogger yang baca mesti anda semua dah ada gambaran mcm mana CD itu. Tapi kalau kamu masih baru tentang lampin kain, please..please..please.. kamu jangan nakal buatlah lebih kajian tentang lampin kain moden. Kalau kamu tahu betapa comelnya cloth diapers zaman skang mesti kamu akan kata, "Wah, saya pasti lebih comel ketika bayi kalau pakai yang ni ."

Banyak pekdahnya sebenarnya pakai CD ni :
  • Jimat kos - utk mula tu memanglah berpeluh nak masuk tangan dalam poket dan terketar2 nak keluarkan duit dari poket. Ramai dah blogger yg buat kira2 dan walaupun saya adalah siti sifir, saya masih malas utk mengira untuk anda
  • Lebih baik untuk baby - takdela montot dia melecet ke, ruam ke membentuk peta Afrika Selatan di atasnya. Semakin kurang bahan kimia kene kulit baby semakin kurang risiko dia mendapat penyakit kulit. Lampin kain kini mempunyai pelbagai pilihan kain untuk disesuaikan dengan kulit baby
  • Baik untuk alam sekitar juga - sekarang ni byk dah sampah kita buang setiap hari, adalah lebih baik untuk kita kurangkan pembuangan sampah. Itu dari segi buang sampah, kalau dari segi susah senang sampah tu nak relai (biodegradasi) lagila banyak benda nak kene dibahaskan.
  • Lebih cepat potty trained - ramai dah parents yang cerita memang cepat nak ajar anak lepaskan diapers dia dan pergi ke tandas sendiri. Dalam kes saya, Uwaiys pun bebas diapers dalam usia dia 2 tahun - (2 bulan selepas pertama kali pakai CD)
  • Comel - saya ada customer yg asal je ada paten baru, dia pun nak beli... saya ni mujur je malas nak soping manyak2 :D
Pada saya, memilih untuk memakai cloth diapers adalah pilihan terbaik dari ladang. Anda, bagaimana???


**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Friday, June 25, 2010

Nukilan Khas Buat Awek Bertudung Labuh

Bismillah,

Sebenarnya susahnya lah nak tulis apa yang saya nak tulis ini. Ini adalah kerana saya adalah bukan cukup baik untuk tulis apa yang saya nak tulis ni. Tapi kerana orang yang baik dari saya yang lebih patut tulis tentang ni tak pulak menulis atau barangkali saya tidak nampak, maka baiklah saya tulis supaya orang yang membaca akan faham dan mengambil iktibar darinya.
Ntah dari mana ek nak mula? Mungkin saya patut tanya, antara kalian yang membaca ni, apa pendapat anda tentang orang yang bertudung labuh??

A. Adakah anda rasa orang tudung labuh itu tidak cukup rock untuk berkawan dengan anda?
B. Adakah anda waswas dengan kebaikan orang yang bertudung labuh sehingga apa yang anda nampak pada dia adalah lakonan semata2?
C. Adakah anda rasa orang yang bertudung labuh ada niat lain di sebalik tudung labuhnya tu??
Wah...skang blog saya dah ada soklan berformat :P Macam soklan masa duduk kat UKM plak..hihi.. Saya bertanya ni bukan apa, bukan baru je kita dengar
  • org tudung labuh masuk mencuri dalam rumah orang masa kenduri
  • orang tudung labuh kene tangkap khalwat
  • org tudung labuh buat maksiat dan gambar atau video tersebar ke mana-mana
  • org tudung labuh sorok jantan dalam jubah
  • org tudung labuh berjubah bau busuk
Hakikatnya mereka yang bertudung labuh dan berjubah itu adalah manusia biasa seperti yang lain juga. Tidaklah berhak kita mengadili iman mereka kerana baik buruknya hati kita itu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dekati dulu orang ni dan kemudian barulah anda tahu sejauh manakah tudung labuhnya itu menjaga dirinya.

Okeh itu pot pet pot pet utk orang luar yang nak menilai pemakai tudung labuh. Skang saya mau cakap sikit dengan orang yang pakai tudung labuh ni...tp sebelum tu, saya minta maaflah banyak2 sbbnya saya tau saya tak cukup suci untuk cakap benda mcm ni.

Selalunya mereka yang bertudung labuh ni (selalunya ye puan2...bukan semestinya) adalah mereka yang keluar dari sekolah agama atau keluar dari universiti selepas terlibat dengan kumpulan usrah tertentu. Kemudiannya segolongan besar lagi adalah golongan makcik2 yang dekat2 nak pencen atau yang dah pencen. Ada jugak yang mendapat pendedahan dari keluarga masing2 dan pakaian itu dah sebati dengan mereka.

Kalau makcik2 yang dah banyak usia tu kita tau lah, mungkin dia dah dapat kesedaran pada umurnya yang banyak itu. Begitu jugak yang dah diasuh dalam keluarga bahawa menutup aurat adalah satu benda yang wajib. Biasanya yang pakai tudung labuh dalam golongan ini susah dah nak tukar imej mereka.

Sebenarnya, banyak cabaran yang bakal anda hadapi bilamana anda memilih memakai tudung labuh. Tambahan pula selepas masuk ke alam pekerjaan di mana anda telah berpecah dari kawan2 yang memakai tudung labuh semasa belajar atau yang telah terlepas dari kawalan keluarga masing2.

Satu yang saya nak sebut, tentang cabaran berfashion. Orang lain nak melawa2, kita pulak telan air liur je tengok. Orang lain boleh pakai seluar tapi kita kalau nak pakai seluar kena cari kaedah yang sesuai macam pakai jubah seluar tu ke, atau dengan t-shirt muslimah dengan seluar ke kan. Hai..takkan le korang gamak pakai tudung labuh dengan baju kemeja paras punggung kan?? Takke nampak macam cendawan takde spora??

Satu lagi cabaran yang amat hebat lagi dasat adalah cabaran sosial. Sebelum ni (semasa belajar atau masa didalam jagaan keluarga) kita tak layan sangat orang lelaki. Tapi selepas masuk ke alam pekerjaan ni, kita mula bertemu dengan orang2 lelaki dalam organisasi yang kita sertai. Kalaupun tidak, kita mula kenal melalui Myspace, FB, Friendster dan lain2.

Orang lelaki pulak, kalau dengan golongan tudung labuh ni, kebanyakannya menjadi gentleman secara magic :P Sebabnya mungkin mereka rasa golongan tudung labuh ni adalah fragile, permata berharga yang bersinar2 cahayanya sehingga lama2 urusan pekerjaan akhirnya menjadi urusan hati.

Maka, kebanyakannya bermula di situlah sedikit sebanyak gantungan hati yang asalnya diletakkan kepada ALLAH SWT telah terhakis dan lebih enak untuk mengingati si dia. Alah...ai know la yu all, ai pun masih pernah muda. Susah sangat nak mujahadah diri bilamana kita bertemu dengan cinta dunia ni.

Maka seterusnya terjadilah episod melayan SMS, berutusan email dan macam2 la kan, yang mana akhirnya membawa kepada longgar prinsip yang selama ni kita pegang. Ia akan berlaku dengan sangat perlahan dan percayalah, anda kita tidak menjaga diri, maka susahlah nak jaga peribadi asal kita yang cantik2 itu.


Saya percaya kalau tidak memakai tudung labuh pun, bila kita terlibat mencintai dan dicintai oleh pasangan masing2, maka akan timbullah apa yang saya sebutkan tadi. Kita akan kehilangan kawan2 dan selalu nya kita tak kisahpun sbb dah ada couple masing2 kan. Kemudian, diri kita yang asal makin hilang semata2 nak lengkapkan diri untuk couple kita itu.

Susah sebenarnya nak menjaga diri walaupun dalam keadaan kita ini cuba sedaya upaya nak menutup aurat. Tetapi dengan menutup auratlah banyak lagi perkara lain akan turut terjaga insya ALLAH kerana ni adalah janji ALLAH. Janganla sekali2 kita pertikaikan hukum yang ALLAH tetapkan.

Uhh...ntah apa la yang hang dok merepek ni Pijah...macam pelik aje kan?? Korang baca ajelah ayat tergantung saya ni ye...yang selebihya korang tambah dengan letak komen di bawah ni ek..

**dah kata dah..saya bukan cukup solehah utk tulis mende ni..rasa mcm hampeh je

Thursday, June 24, 2010

Perubahan PD Pada Ibu Mengandung

Bismillah,

Hepp...tu kang ada optometrist laki yang tumpang masuk baca. Ini bukan Pupil Distance ha...ini PayuDara . Blog saye kan ada ciri-ciri kewanitaan, makanya sajelah nak jugak menumpang cerita tentang perubahan PD yang berlaku pada ibu2 yang mengandung. Nak2 kepada yang baru2 masuk fasa mengandung kan?

Sakit
Ia tidak sama, ada sesetgh org tak sakit mana tapi ada sesetgh org dia rasa adui mak ai...sakit banget. Ia adalah satu keadaan yang biasa (mungkin juga ini menjelaskan kenapa ada sesetgh isteri menolak untuk bersama dengan suami sbb sakit yang amat pada bahagian ini)

Perubahan Pada Nipple
Kawasan gelap mungkin akan membesar dan lebih gelap dari selalunya. Ada sesetgh org akan ada benjolan putih yang kecil2 dan ini juga normal (namanya Montgomery's tubercule)

PD membesar
Haih..yang ni biasa lah kan. Ibarat satu empangan yang mengumpulkan susu yang akhirnya akan mengalirkan susu yang penuh dengan kasih sayang. Akan lebih banyak taliair2 yang terbentuk di dalamnya demi memenuhi keperluan anak nanti. Subhanallah, hebat sekali bukan ciptaan ALLAH malang sekali, ada yang terlepas pandang kepentingan susu ibu ni :(

Kolostrum Bocor
Ini jugak biasa, kalau rasa tak selesa bolehla pakai soft pad. Tapi jgn saja2 pulak buang kolostrum ni ye puan-puan.... Ada pulak sesetgh org tua suruh buang susu ni seblom menyusu padahal part inilah yang paling banyak sekali khasiatnya. Itu bukan susu basi taw....alangkan susu yogurt (susu masam) pun banyak pekdah, inikan pulak susu kolostrum. Kolostrum lembu pun kemain mahal ye adik2...kalau susu mak ni, tolonglah faham betapa tingginya zatnya :)

Takde perubahan
Hihi...terpaksa masuk dalam senarai juga sbb kang ada pulak yang kata, K.Pija cerita tentang yang berubah2 aje, apsal aku punya tak berubah ni. Bukan semua orang akan mengalami perubahan ye adik2... Walaupun begitu ia tidak menandakan bahawa orang yang takde perubahan ni akan mengalami kepayahan menyusu. Semua orang boleh dan patut berusaha untuk menyusukan anak memasing :)

Ishh...malu dowh membebel pasal benda ni :P Cukup2 ah deh....

**4 bulan lebih dah Ahmadi dapat susu ibu eksklusif...doakan lagi dua bulan kami sama2 menyusu dan disusukan dengan air susu ibu



Wednesday, June 23, 2010

Entry Bahasa Inggeris Kurang Komen

Bismillah,

Sejak akhir2 ni, ada beberapa entry dalam blog ni yang tak ada komen langsung. Entry itu adalah entry yang berbahasa London. Teringin juga saya tahu sebabnya adakah kerana :

A : Anda tidak minat dengan entry bahasa London?
B : Ataukah saya punya bahasa London sangat pekat dengan budu dan tempoyak?

Bagi diri saya sendiri saya perlu lebih masa untuk menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau entry dalam bahasa Melayu saya boleh habiskan dalam masa tidak sampai sejam, entry dalam bahasa Inggeris memerlukan lebih dari dua jam.

Itu untuk menulis, kalau membaca entry orang yang dalam bahasa Inggeris juga saya mengambil masa. Nak komen pula jari saya akan jadi kaku atas keyboard sebab termanggu2 nak jawab in English ke in Malay.

BI saya bukanlah bagus sangat dan saya masih dalam proses belajar. Udahla tak berguru. Ntah2 kalian yang otai yang membaca entry saya ketawa terguling2 baca bahasa Inggeris kampung saya :P

Owh, saya suka bahasa Malaysia saya, sebab saya lebih senang menyampaikan kata hati saya. Kalau melalui BI, saya kene transform myself to somebody else dan menulis. Apa2pun..entry ni tak mengubah apa2..ia sekadar 'aku terfikir tentangnya' :)

Kala Subuh - Hijjaz

Bismillah,

Tiba2 mulut saya gatal nak menyanyi nasyid ini. Kalaulah saya ganti suami drive, tak kira siangkah atau malam saya bantai jek nyanyi lagu ni :P Sebab bukan banyak sangat pun lagu yang saya pandai nyanyikan plus diri sendiri pun loya dengar suara sendiri..kih kih kih. Tapi heran jugak ek, saya ada peminat sendiri taw..budak2 yang 5 orang itu, boleh dok keliling saya walaupun saya nyanyikan lagu One little Two little Three little Muslim!!



Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, tapi bila kita salah memilihnya......buruk pula padahnya







Tuesday, June 22, 2010

Isabelle, Ini Kamukah??


Bismillah,

Ahahaha.....Isabelle, ai kepohkan?? Kalau yu tak suka nnt ai delete :P

Uhh....kira baguih gak la kan, boleh cam walau tak pernah bertentang mata aje

Kt mana ai dapat gambo ni??? Tanya Isabelle


**So Isabelle, rupanya kamu minat Ziana Zain :D

Anak-Anak Ku : Jadilah Seperti Ibn Sina

Bismillah,

Saya baca Solusi. Kalaupun saya baca majalah lain pun, saya akan terpaut dengan iklan 'Jualan Penghabisan Stok'. Tambah2 pulak kalau buku tu untuk bagi idea supaya dapat buat apa2 aktiviti dengan anak2 ku nan ramai ni kan... Anda boleh beli semua set ni di AdikBijak.com dengan harga RM 170 (jika anda ahli VIP) tapi jika anda call ke 0362754070 dan tanya tentang buku ini sebagai 'JUALAN PENGHABISAN STOK' dalam majalah Solusi #20, mungkin boleh dapat kot dengan harga RM 100 utk satu set.

**Belilah CD dari saya..dapat gak saya beli buku ni utk anak2 saye :P


Buku ini ditulis khas untuk Saintis Cilik seperti anak-anak anda. Ia menunjukkan cara-cara membina dan menyediakan sesebuah projek atau eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dari persekitaran. Anda dan anak anda juga akan mengetahui sejarah ringkas, prinsip-prinsip sains yang terlibat dan dakta-fakta menarik tentang projek yang dilakukan.

Buku ini dapat memenuhi kehendak guru-guru sains dan ibu bapa yang tercari-cari bahan bacaan berfaedah untuk saintis-saintis cilik di bawah jagaan anda. Ia boleh digunakan sebagai rujukan asas untuk demonstrasi dan eksperimen sains di sekolah atau kegiatan masa lapang dan hobi di rumah.

Setiap topik di dalam buku ini di susn secara "langkah demi langkah" agar mudah difahami dan diikuti oleh pembaca. Ia juga lengkap dengan gambar-gambar dan ilustrasi-ilustrasi yang menarik demi untuk meningkatkan kefahaman pembaca.

Semoga set ini dapat membantu anak-anak anda dan remaja melakukan aktiviti dan mempunyai hobi yang sihat, berfaedah dan menyeronokkan. Percayalah tidak ada yang lebih mengembirakan anda dan anak-anak daripada melihat hasil kejayaan "kerja tangan" sendiri.

Buku-Buku Yang Terkandung Dalam Siri Ini:

  • Buku 1: Radio Buku Benang
  • Buku 2: Motor Klip Kertas
  • Buku 3: Telegraf Kadbod
  • Buku 4: Pembesar Suara Cawan Kertas
  • Buku 5: Bateri Limau Nipis

Ciri-Ciri Buku:

  • Disampaikan dalam dwi-bahasa: Bahasa Melayu & Inggeris
  • Berkulit Keras
  • Penuh Ilustrasi Bewarna-warni
  • Didatangkan dengan kotak simpanan khas

Bagaimana Siri Ini Bermanafaat Buat Anak-Anak Anda:

  • Membina pengetahuan asas sains yang mantap
  • Mendapat motivasi daripada sejarah hidup saintis yang berjaya
  • Mengembangkan daya kreatif minda anak-anak
  • Menggalakkan anak-anak mencintai sains
  • Mengenal peralatan sains
  • Belajar prinsip asas sains
  • Menanamkan persepsi bahawa sains itu mudah dan menyoronokkan
  • Menarik anak perempuan menyukai bidang elektrik & elektronik yang lazimnya dimonopoli oleh anak lelaki
  • Menerobos fobia yang mengatakan sains, elektrik dan elektronik itu susah
  • Menafikan yang elektrik dan elektronik itu merbahaya kepada anak-anak
  • Menguasai bahasa Inggeris
  • Memupuk semangat mesra alam sekitar kepada anak-anak
  • Mendidik anak-anak menghargai barang terbuang

"PERFECT BOOK! Buku ini adalah buku yang menggambarkan generasi negara yang akan memajukan dan membangunkan negara kita pada masa hadapan" - Zulkifli Haron, Pereka Terkenal Negara

Fun Activities To Promote Optimism

Bismillah,

Here are some examples of activity that can we do with our kids in making them a think-positive person :

  • Create some affirmations together and pin them around the house. Start with : ‘Think Big’ and “You can Be, Do and Have Anything You Want’
  • Every so often stick a yellow posit note on their door or mirror saying something positive about your child
  • Create a Happiness Box. First decorate a cardboard box with pictures. On colored note cards he can write down happy memories he recalls. He can keep them in the box, and add to them at happy moments. He can also include photos, a ticket to the ball game, travel brochures of a great holiday place he you all went to or pictures of the Theme Park rides he had. On days when he needs a lift remind him to look inside the box and to tell you about some of the items.
  • Place a Chart or Notice on the fridge which you have personalized for your child. Every now and then, when she is not around, write something really good about the great things she has said or done, that you have noticed about her.
  • One mother, plays the ‘personality game with her kids: “I have 6 yr. old twins who love to play the personality game e.g. What are 5 things you like about yourself? What 5 things are you good at? What 5 things would you like to improve upon? etc. We play this in the car, at restaurants and anywhere there is time. These are great positive affirmations when they come from them.”
  • Plan exciting events together to look forward to and focus on excitement and anticipation till the time arrives
  • Say only positive things for a day
  • Around the dinner table all say five things you like about each person, or tell everyone good things about each other

Monday, June 21, 2010

Kita Jarang Bersyukur

Bismillah,

Satu hari, masa tu saya dalam pantang, saya terima satu mesej dari seorang sahabat. Mesejnya lebih kurang begini :

+ Minggu dulu, pergi London. Minggu ni, pergi German. Minggu depan nak pergi HongKong pulak. Asyik jalaaannnnn aje...saya nak duduk rumah juga nak rehat2. (nama tempat sebenar dirahsiakan :P)

Lalu saya balas

- Minggu dulu, dok rumah. Minggu ni, dok rumah. Minggu depan dok rumah jugak. Asyik dok rumah aje...saya suka pegi jalan2.

Lalu mesej saya dibalas

+Kita ni asyik tak bersyukur aje kan?

Betul..saya selalu mengeluh kenapa rumah menjadi tempat saya bertapa sedangkan bumi ni luas untuk diterokai. Rupa-rupanya, ada orang lain yang tidak suka bila asyik berjalan saja. Kadangkala kita mengeluh kenapa nasib kita tidak seperti orang itu sedangkan orang itu mengeluh kenapa dia tidak menjadi kita.
**Sekadar sedikit ingatan untuk dijadikan buah fikir hari ini :)

***Nejad saya kata, "Udah2lah umi, anak kita dah ramai ni...bukan senang nak jalan2 lagi dah." dan saya pun bayangkan nasib saya akan jadi seperti pakcik2 dan makcik2 yang berjalan sakan bila anak diorang dah besar :D

Sunday, June 20, 2010

How Can We Change Negative Self Talk

Bismillah,

Self-talk habit definitely is one that's colored our thinking for years and can affect us in many ways. However, any time is a good time to change it. Here are some ways how we can stop from using negative self-talk and boost our productivity and self-esteem.

Notice Your Patterns first :
Become more aware of the problem. We probably don't realize how often we say negative things in our head and even worse, we don't realize how much it affects our experience.
  • Journal Writing - jot down every negative comments when we think about them and summarize about them. At the end of the day, go back to analyze for it and think about it back. Journaling can be effective tool for examining our inner process.
  • Thought-Stopping : As we notice ourself saying something negative in mind, we can stop it by saying "stop!". Saying this aloud will be powerful insya ALLAH and having to say it aloud will make us more aware of how many times we are stopping negative thoughts.
  • Rubber-Band Snap : Put a rubber band around your wrist. As you notice negative self-talk, pull the band away from your skin and let it snap back :D Wahahaha....wonder who among us will deny to admit that we have the negative self talk with this idea. But guess what, if we try this really hard, insya ALLAH the negative self talk won't let us in streaa anymore.
Replace Negative Statements :
Yes, we have to replace it with something better. Maybe this will help us :

  • Milder Wording : In your self-talk, turning more powerful negative words to more neutral ones can actually help neutralize your experience. Instead of using words like 'hate' and 'angry', you can use words like 'don't like' and 'annoyed'. Sounds much milder, doesn't it?
  • Change negative to neutral or positive : As you find yourself mentally complaining about something, rethink your assumptions. Are you assuming something is a negative event when it isn't, necessarily?
  • Change Self-Limiting Statements to Questions : self=limiting statement like "I can't handle this!" or "This is impossible!" are particularly damaging because they increase your stress in a given situation and they stop you from searching for solutions. The next time you find yourself thinking something that limits possibilities of a given situation, turn it into a question. Doesn't "How can I handle this?" or "How is this possible?" sound more hopeful and open up your imagination to new possibilities?

Saturday, June 19, 2010

Susah Tutup Aurat Di Hospital


Bismillah,

Sebenarnya Islam ni mudah tapi jangan ambil mudah tau.. Saya tulis entry ni sbb teringat pada satu hari semasa nak melahirkan Ahmadi, terasa susahnya baju yang tidak mesra dengan undang2 Islam tu. Manakan tidak, lengan baju hospital dah sah2 3/4 maka boleh nampak la lengan keding ai ni kan...

Saya plak jenis degil malas nak pakai stokin lengan jadi terpaksalah malu2 alah mintak pinjam dari Ibu Mertua ku yang baik hati :P (Kan dah kata, saya menantu bertuah). Pakai stoking lengan pun, kadang2 tang siku tu meleret jugak lah. Maka amat susahnya lah nak kene sentiasa bersopan santun. Orang lain takpe la, semuanya ayu2, saya ni pulak dalam kategori ayu-tak-jadi.

Bab pakaian hospital tu dah satu hal. Selepas saja beranak, udahla saya punya 1 jam pertama diganggu dek misi yang sibuk nak tolak saya masuk wad. Saya tak kisahlah kalau ada orang nak beranak selepas saya, tapi serius Ahmadi sorang je beranak ari tu kat wad P.Putih tu. Patutnya bagilah saya can menyusukan Ahmadi dekat situ selama sejam tanpa gangguan kan??

Lepas dia suruh duduk atas kerusi tolak tu, mula2 dia tolak Ahmadi dengan laju dalam troli baby tu..lepas tu time dia nak tolak saya, saya tanya mana tudung saya, misi tu senyap. Kali kedua tanya, mana tudung saya, dia tolak aje saya keluar. Haih...gila, saya tak pernah buat perangai tak tentu hala macam tu okeh. Rasa nak memberontak aje...

Sampailah lintas depan meja nurse, ada staffnurse sound, "Laaa....bakpo tak bui (bagi) tudung ko dia...nakya(naya) dia tunduk lagu tu". Saya ada hak okeh jaga aurat saya dan saya sangat hot dgn misi yg sorang tu. Saya tak marah masa tu sbb syukurla sekurang2nya ALLAH takdirkan tak ada sapa2 org laki dok kat luar wad sekalipun sampaila saya dapat tudung saya bawah troli baby tu.

Memang kacau mood sangat saya rasa masa tu. Tapi saya kira OK lah, saya tak tunjuk taring sangat sebab misi2 kat situ semuanya baik2..mungkin sebab masa tu saya dok lama kat situ sampai semua baby2 sulung yang bersalin sebelum Ahmadi, kebanyakannya saya tolong pegang kalau mak diorang gi tandas, tolong salinkan diapers...chewah...anak ramai la katakan.

Tapi ada satu peristiwa yang agak kecoh jugak terjadi. Ada seorang budak ni, saya rasa belasan tahun jugakla. Dia beranak sulung. Ada misi datang katil saya dan kata, "Budak tu tadi jerit kat doktor laki yang drop by utk jenguk2 wad bersalin. Dia kata TUBIIIKKKKKK!!!!!!!!! HARAM!!!!!"

Huhuhu....terkulat2 doktor tu keluar wad tempat bersalin. Tubik tu maksudnya keluar. Misi tu kata nasib baik dia tak halau pelawat jugak. Rupa2nya adik ni pakai purdah...huhuhu.. Saya pernah jugak la masa di HUSM Kubang Krian nak diperiksa dek doktor lelaki. Tapi saya sempat cakap kt dia, "Doktor, saya tak kisah kalau misi yang handle saya." Dan2 doktor tu bukak sarung tangan dia dan kata, "Takpolah kalu gitu, buke gapo, ore lain mai HUSM ni nak cari doktor belako"....

Jadi, tujuan saya tulis ni adalah supaya kepada mereka yang nak bersalin nanti buatlah persediaan yang lebih baik untuk menghadapi keadaan di mana susah nak jaga aurat ni. Cabaran bg kita menjaga kehormatan diri memang susah sekarang ni. Tapi usaha kita dalam menjaga aurat ni akan mendapat nilai yang tinggi oleh ALLAH insya ALLAH...

**pengalaman korangs???

Cari orang tersembunyi....manakah Ahmadi??


**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Friday, June 18, 2010

Anak Bernama Amin


Bismillah,

Alkisah smlm ada seorang regular customer saya datang utk buat spek anak dia. Anak dia boleh tahan ramai jugaklah...mungkin dalam 8 org mcm tu. Kebetulan, anaknya lelaki ramai dan masa tu dia bawak anak dia yang bongsu bernama Amin. Kalau dah nama budak biasala...dia pun marathon dalam kedai.

Saya sebenarnya tak kisah pun budak lari dalam kedai cuma saya risau kalau2 diorang terlanggar bucu mana2 display yang ada kat situ. Semasa menerima design display tu, saya tak terfikir untuk cari yang mesra budak. Sepatutnya kena cari yang bucunya bulat2 sikit so tak la bahaya untuk budak berlari ke sana ke mari.

Sementara anaknya nak cek mata dan pilih cermin mata, dia bercerita tentang tahun kelahiran anak2nya. Semua anaknya lahir dalam tahun ganjil kecuali yang kecil tu lahir dalam tahun yang genap. Kemudian staff saya pun tanyalah dia, "Lepas ni tahun bila pulak??"

Kemudian dia jawab, "Eh, lepas ni dah takde dah...dah Aminnnn". Hihi...katanya sebelum bersalin tu sempat dia pergi ke ceramah agama, ustaz yang berceramah tu kata, kalau dah rasa ramai anak, kemudian taknak beranak lagi, nama anak yang last tu letakla nama Amin. Kan kita baca Fatihah last sekali kita sebut Amin?? Huhuhu...saya pun berseloroh balik, "Owh, saya pun kena beranak sorang letak nama Amin jugaklah."

Huhuhu...ini lawak2 aje ye, tak boleh digunapakai tau. Semua yang kita lalui dalam dunia ni mungkin kebetulan tapi sebenarnya semua itu adalah takdir yang telah ditetapkan Ilahi. Benda mcm ni nak buat ketawa boleh, tapi nak buat pegangan, baik fikir dulu :
  • Apa kata kalau nak letak nama Amin, alih2 beranak perempuan sampai 5-6 org pastu baru dapat laki?
  • Bukan takde kat dunia ni Encik Amin yang takde adik....Amin tak semestinya bongsu.
Ahmadi, apak mu lega nama kamu bukan Amin :P

Thursday, June 17, 2010

Kenapa Uwaiys Muntah? : Kajian Kes

Inilah budak yg akan dikaji arini :D

Bismillah,

Dulu punya cerita ni, bukan cerita yang baru terjadi. Bukan saja Uwaiys, Asmaa' & Usamah jugak sll muntah susu dan serba mak neka yang mereka makan. Basuh toto tu ibarat kerja tetap kami. Tapi lepas kami dah pro dalam menadah anak muntah, maka tak basuh toto sangat dah. Kami tadah aje guna bekas yang memang kami dah ready siap2 kami letak area kawasan kami tidur. So, kalau budak2 ni nak muntah, capai bekas tu seblah tangan, seblah tangan lagi dudukkan diorang dan............ "BLUERRRRKKKKKKKK" :D

Wakakaka....korang dah sarapan ke? Sori ah, keluar cerita pasal kanak2 ni muntah plak pepagi hari. Mesti ada yang terbau2 muntah susu pagi2 ni pulak ek :P. Saya letak nama Uwaiys di atas sbb selain muntah, Uwaiys juga cepat penat. Doktor tak sebut lagi kata dia lelah so me as a mother pun takkan sebut yang my son ada lelah.

Semenjak beralih tapak ke P.Putih semula, kami tak beli susu debu lagi (previously, Uwaiys & Usamah minum Dugro & Arwa minum Anmum Essential due to sembelit minum Dugro). Kalau tak diorang banyak minum soya tapi selepas terbaca journal yang kata soya banyak buruk dari baik maka we decided to get fresh milk for them.

Jadi, gigihlah en Nejad pegi Pejabat Haiwan dalam keadaan peti sejuk tak ada kt umah kami tu. Pagi beli 2 liter, petang beli 2 liter. Kalau nak beli banyak sekali tak ke jenuh sbb xde peti ais lagi kt umah. Jadi kanak2 ni semua minum susu itu saja. Alasan beli susu tu dan tidak bertukar kepada susu lain adalah saje-saje..Saja nak bg sesuatu yang fresh untuk mereka. Kalau saya boleh keluarkan susu 10 liter sehari (pingsannnn...saiz saya saiz org, bukan saiz lembu :P), takde la anak2 saya terpaksa minum susu tu kan. Lagipula, dah besar2 mcm ni mmg patut pun tak minum susu ai dah kan...

Dengan minum susu ni alhamdulillah, diorang sihat2 aje tapi poket umi abah dia je yang tak berapa nak sihat :D Tapi takpolah...semoga pelaburan ni berbaloi2. Lagipun, bukan anak2 je yg minum, mak budak dan pak budak juga menumpang minum. Kalau susu tepung, sorilah saya tak dayo nak minum.

Jadi, bila tak de peti ais, terseksalah telinga kami bilamana ari Jumaat n Public Holiday diorang tak dapat bekalan susu. Maka bagilah susu debu tu semula kat diorang. Yang lain OK, yang tak OKnya Uwaiys. Kejap2 tu lah dia jadik semput tak pasal2 padahal semenjak diorang berkumpul bersama semula, diorang punya main sampai saya urut2 dada sambil letak belakang tapak tangan atas dahi :P

Bila alih semula susu segar dia OK semula, dan bila minum susu debu dia jadik semula. Haih....takkan kebetulan dia semput masa minum susu debu ha?? Kalau kebetulan berlaku berulang kali, kita sebut kebetulan lagi ka namanya?? Jadi, saya buat kesimpulan macam tu aje...

So, skang kalau takde bekalan susu fresh sbb kami kat Pt Buntar tiap kali cuti sekolah, saya beli fresh milk dlm kotak aje. Mujur aje Uwaiys OK dan sekalipun dia batuk, taklah sampai dia muntah. Jadi sekarang,saya terfikir kalau anak saya alergi dengan susu lembu, kenapa dengan fresh milk tu OK?

Saya cuma terfikir pencemaran yang berlaku dengan proses nak jadikan susu tu kepada susu tepung dan anak saya pula tak tahan dengan itu. Mmm...ni kang kalau saya tulis begini ada pulak yang kata saya extreme dengan kehidupan 'natural parenting' tapi ini tidak. Ia cuma soal 'terfikir' tentang susu itu saja.

Kalian jangan bimbang kalau anak kalian OK dengan susu tu. Adalah susah nak kena cari susu sebab bukan semua Pejabat Haiwan jual susu ni. Kat Parit Buntar pun takde. Nanti agak susahla jugak nak berjalan jauh2 ke London ke, Ostrolia ke kan kalau xde bekalan susu macam ni ... muahahaha...

Nabi kita pun suka minum susu dan baginda selalu minum susu kambing. Mmm...mesti ada sebab kenapa Rasulullah minum susu kambing ni bukan??

**Encik Nejad, kalau beli lembu susu mahal, apa kata kita bela kambing susu?? Mmm...susu kambing sedap mcm susu lembu jugak tak??

Wednesday, June 16, 2010

Tekan Loceng : Kecelaruan Vocab

Bismillah,

Kepada yang sll baca blog saye ni, mesti tau nama khas untuk anuha anak2 lelaki saya adelah loceng :P Jadi skang mereka pun dah makin besar dan telah berjumpa loceng yang sebenar.

Alkisah tadi, Usamah nak ikut saya ke kedai tetapi kakaknya tak mau. Tiba2, dah masuk kereta dan pagar rumah mak saya pun dah bertutup, Usamah taknak ikut pulak. Mana best ikut kalau kakak dia takde kan. So, saya suruh Usamah panggil Asmaa' sbb Asmaa' dah pandai bukak kunci pagar tu.

Panggil punya panggil, Asmaa' x keluar dan saya dah menyusukan Ahmadi dalam kereta, kiranya susah la nak keluar semula. So, saya pun suruh dia tekan loceng. Sekali cakap, dia buat tatau...dua kali cakap, saya nampak Usamah pegang loceng dia sendiri sambil mundar mandir....

Lalu Tarzan P.Buntar pun berbunyi dengan nyaring, "Bukan loceng tu la Usamah, loceng rumahhhhhhhhh...................."

Soup - Quick Meal Ideas


Bismillah,

Maybe some of you have heard about me being a full time housewife. Taking care of my 5 kids push me to simplify everything to maximize my quality time with the kids. Soon, after school holiday over, the three Asmaa' Usamah & Uwaiys will again in a PASTI but now in Pasir Putih, Kelantan. In P.Buntar, we have to pay RM 100/mth/kid but now we only pay RM 60 for 3 of them which make their mother tepuk tangan sambil sebut "Hip hip horray!!"

Mmm...U ask me why I use English this time? Yeah...even this will be the broken one but still I want to practise. The more I write in English, the more I can get idea to speaking London with my kids (maybe... :P).

**Owh, would like to tell you all, I'm not an MBP Contributor anymore due to my hampeh performance...the decision is good to me and MBP I guess and I'm neither happy nor sad with this thing :)

Talking about making meal, actually I'm not the good one to explain about this b'cos I'm not a good cook but I still have my admirer at home. I'm here just to give idea and then its up to you to make it better. Plus, please if you have a better idea, share it with me as I knew that all off you are more otai compare to me :P

Beef & Vegetable Soup
Brown some meat & onion in a little butter or olive oil. Once the meat is completely cooked, add any vege that we like such as tomato (I choose tomato the most) and stew them. Dont bother the quantity and just throw the meal altogether plus the salt and we'll have a hearty soup.

Chicken & Rice Soup
Bring some chicken broth to a boil & add a handful of leftover rice. When the rice is almost done add carrots and some cooked chicken - if you have some leftover from eating roast chicken one night that would be great! You can easily adapt this for chicken noodle soup by using any kind of noodle you prefer instead of the rice.

I always use this simple recipe when I get attacked with my 'malas' mood. I'll combine fish or chicken or anything with vege in one dish. And when my 'malas nak mampos' mood come, I'll goreng all of them with rice in one dish and soon my husband will complain, "Ala..umi, kita dah tua, kurangkanla makanan bergoreng.." huhuhu... I know, I'm not a good cook when it comes to nasik goreng :P

So, what is your campak-campak dish that you would like to suggest to me??

*My kids always prefer the kuah2 one. Unlike my husband, he can eat nasik with ikan goreng sampai licin satu pinggan...

Hepp...bace je ke?? Tinggal2 la komen, umi nk belajar masak tu...


Tuesday, June 15, 2010

Beri & Terima Peringatan

Bismillah,

Betul sekalikan apa yang dikata dalam katun yang solehah di atas kan?

Mmm...korang pernah tak ditegur oleh seseorang yang mana apa yang dia tegur tu sebenarnya org tu buat. Owh saya pernah...ditegur tu saja sudah sakit sebenarnya apatah pula yang menegur tu barangkali lebih dasat dari kita yang melakukannya bukan?? Tapi dalam masa yang sama, saya terfikir, dalam banyak2 benda yang teruk orang itu buat, teguran dia kepada saya itu adalah satu kebaikan yang akan tercatat dalam buku amalannya maka untuk itu, saya terima dengan hati rela. Manalah tahu, dengan tegurannya kepada kita...dia akan menegur dirinya sendiri juga bukan??

**Utk mukadimah, biar la pendek2 dulu ye entry...hihihi

Monday, June 14, 2010

P.E.A.C.E!!

Bismillah,

Wohh..dah dua minggu tak tulis blog! Rasa macam kena tiup belon udara je semenjak entry terakhir yang saya tulis aritu utk buat entry baru.

Alah, kot ye pun takde sape hirau sangat. Ada la bbrp kawan yang concern yang telefon bertanya khabar dan ada yg contact via FB (Thanx Hanie sudi SMS juga...). Tempohari, saya melalui satu saat yang berat tapi sekejap aje pun, tak sampai 24 jam sebelum saya kembali berada dalam keadaan yang tenang.

Tak mau lah mengingat kesedihan lagi. Selepas saat2 genting hari tu, saya tidak terus2 melonjak gembira sbb mengenangkan ada yang berduka dengan keputusan nekad kami. Ia mengambil masa seminggu juga sebelum saya memujuk hati saya supaya berasa gembira dengan tribulasi yang telah datang datang dalam kehidupan saya.

Skang, saya nak menulis semula, dan semoga episod sedih yang datang tu beransur pergi supaya tiada lagi bau hanyir emosi dalam tulisan2 saya.

**peristiwa duka 25 feb 2010 juga telah dengan rasminya tamat pada tgh malam semalam...14 Jun 2010 ~ suatu tempoh yang lama yang pernah saya bazirkan :D mintak2 kalaulah berulang pon, jgn la lama2 sangat