Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Makanan Untuk Meningkatkan Hb

Bismillah,



Selaku orang yang dah dapat cap mohor atas dahi pasal hb low setiap kali bersalin, inginlah saya share dengan kalian ilmu yang telah puan2 misi ajar dan tidak ketinggalan encik google juga. Cumanya saya bersyukur juga kerana sepanjang 6 kali mengandung itu, tidak sekalipun sampai ke tahap kena cucuk 5 kali kat montot yang dengar khabarnya sakitnya itu melarat sehinggalah ke selepas bersalin.

Oh ye, teringin juga saya nak cerita, ada satu ketika saya pergi cek seperti biasa. Tiba2 selepas saja test hb, pegawai farmasi tu ambil pen biru untuk isi kad merah saya. Excited lah wei sebab selalu kaler merah pennya. Naik mencanak-canak kerana sepanjang sebelum minggu itu saya minum Kopi Radix. Kemudian sehari sebelum ke klinik saya masak peria + ikan bilis goreng dgn telur dan makan sebiji pil Iberet Folic yang adik ipar saya bagi. Tapi amalan nak rawat hb sehari sebelum gi check up ni jgn ikut tau.. :P

Takmo panjang cerita, maklum saja orang dalam kepantangan ni :P

Makanan :

  • Daging merah yang lembut (bahagian batang pinang)
  • Daging burung unta (ostrich)
  • Cornflake yg ditambah zat besi (baca pada label) atau bijirin lain
  • Kerang (sambal, sup, etc) - saya suka rendang
  • Roti gandum
  • Telur, tauhu, hasil soya
  • Buah-buahan kering - kurma merah cina atau buah jujube
  • Sayuran berdaun warna hijau
  • Hati, limpa, paru

Minuman :
  • Air jenama 100Plus - jika cepat letih (org kurang darah selalu letih)
  • Jus buah-buahan seperti jus mangga manis (pauh siku raja) yang diblend dgn susu pekat, tambah sedikit air, minum sejuk dgn ais

Tingkatkan juga makanan di bawah yang mempunyai vitamin C yang tinggi sebab kalau vit C dalam badan cukup, maka akan lebih terseraplah zat besi anda :

  • Buah-buahan citrus seperti oren
  • Sayur-sayuran mentah
  • Betik
  • Mangga
  • Jambu

Awas, makanan diatas hendaklah ambil secara berwaspada dan berpada-pada :

Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

Contoh-contoh resipi untuk menaikkan Hb rendah:

  • Teh Cina Kurma Merah, Longan dan Halia:
    • BAHAN-BAHAN
      • 10 Biji Kurma Merah (rendam selama 10 minit. Berus menghilangkan kotoran terperangkap dalam lipatan kulit)
      • 16 Buah Longan Kering (Basuh)
      • Kupas dan titik 2 "x 2" halia tua (halia tua sesuai untuk buang angin ~ kalau tak suka tak payah letak)
      • Gula Batu (kalau tak nak pun boleh)
      • Daun Pandan
    • KAEDAH:
      • Bawa 5 cawan air mendidih.
      • Tambah semua bahan dan didihkan air dalam panas sedang selama sekitar 15 minit.
      • Hidangkan selagi panas. Boleh di minum ketika sejuk

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Hb Tidak Meningkat?

Bismillah,



Semasa dalam proses kehamilan anak bongsu saya setakat ni, Hb tidak naik2 sedangkan kali ini saya telah cuba makan Obimin. Sebelum ini saya tidak pernah lagi makan Obimin tapi kali ni saya makan Obimin dan saya tambah dengan Mega3. Kandungan kali ini saya tidak mengambil Salindah set sebelum bersalin untuk merasai apa beza dengan dan tanpa Salindah.

Keunggulan produk ini :
1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi
2. Mengandungi protin yang berkualiti
3. Lebih mudah diserap oleh badan
4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung
5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan
6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan
7. Mengatasi masalah kardiovaskular
Walaubagaimanapun, didapati rupa2nya Hb saya tidak meningkat sedangkan saya telah cuba mengambil pemakanan sihat juga (konon :P). Rupanya perkara berikut telah menyebabkan kadar penyerapan zat besi ini kurang dalam badan saya :
  • Minum Ferous dengan susu - ini akan menjadikan Obimin yang saya makan tadi seperti hampas.
  • Makan Ferous selepas makan - cara yang betul adalah dengan makan ubat itu sebelum makan.
  • Minum teh/kopi dan minuman berkafein lain juga menyebabkan kadar penyerapan ferous berkurang.

Paling cun, makan ubat ini dengan jus atau air kosong pada waktu pagi selepas bangun tidur... sekian


Monday, May 23, 2011

Peranan Suami Semasa Isteri Sakit Hendak Bersalin

Bismillah,



Terkenang sekali nak beranak dulu, ada seorang suami yang sekali bini dia teran, dengan dia2 sekali rasa nak berak. Itu tak masuk cerita misi2 yang kata bukan sorang dua yang pengsan time bini nak bersalin. As for me, mujur alhamdulillah suami tak nak melepaskan peluang untuk berada di sisi menemani saya menghadapi rasa sakit yang tak boleh nak describe tu.

Peranan suami :
  • Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang suami ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda. Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga 48 jam lamanya. Jadi untuk menyaksikan baby launching (ayat Ayu Iceboxrivet ni), maka haruslah siapkan baju untuk diri sendiri melainkan rumah anda tepi pagar hospital 
  • Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang. Tapi jangan bagi kat laki yang kaki kikis lak kang sempat dia tarah bukit dalam bank pulak :P
  • Tenangkan isteri - sakit tu nak bersalin. Sekalipun tidak dapat melahirkan secara normal, mengeluarkan anak dari rahim tetap sakit. Jadi bukan salah si ibu lah kalau dia berbunyi2 mengeluh menahan kesakitan. Jadi di situlah peranan si bapa untuk tenangkan isteri. Tolong urut2 kat mana yang patut seperti urut kat bahagian kaki, usap2 kepala atau sekadar pegang tangan. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak yang anda dapat lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.
  • Kalau perlukan apa2, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan mendapatkan sesuatu untuk kita. 
  • Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Umi boleh... sikit lagi... jangan mengalah umi... ingat ALLAH umi" dan lain-lain kata yang mungkin akan menjadikan isteri anda tiba2 ada power untuk teran keluar anak. Kalau Popeye ada salad untuk keluarkan energy dan muscle dia, seorang isteri hanya perlu kata semangat dari anda untuk jadi lebih hebat dari Popeye!
  • Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan. Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah.
Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah. Semoga diberi kemudahan untuk melahirkan. Amin....

 

Saturday, November 06, 2010

Tips Tidur Lena Semasa Mengandung

Bismillah,

Ni lena baru lepas menyusu ni...sampai umi bangun pun tak sedar :P

Selalu sahaja kedengaran rungutan ibu yang mengandung bahawa mereka tidak dapat melelapkan mata. Itu sebab kadang2 kita dapat lihat mata mereka bertukar menjadi mata panda :P Mata saja ye kawan2, bukan badannya . Saya ni, walaupun senang melenakan diri sendiri, masih juga mengalami suasana ini jarang2.

Kalau terjaga dan tidak dapat lena semula, saya akan mengusik2 suami supaya dia tak lena sama . Tapi kejap je la... "Kenapa umi??" sambil cuba mencari punca ketidakselesaan saya dan mengurut2 belakang tubuh saya yang selalu lenguh. Tapi ia berlaku tidak lama, urutan tu lama2 makin perlahan dan bunyi dia terlena semula...huhuhu . Dia kerja berat, mungkin tidur adalah rawatan terbaik buat rasa letihnya.

Pastikan tempat tidur selesa
Perhatian kepada encik abah, bila isteri anda mengandung dan anak2 merengek mau tidur sama maknye, tolonglah pujuk2kan. Sama ada anda pujuk mereka supaya tidur sendiri atau anda sendiri temankan mereka. Kalau dah pakat tidur keliling mak nye, jenuh la mak tu susah nak lena. Plus, kalau ada kipas...biarla mak nye dapat kipas lebih ye.  Dia kan tengah jadik hot mama...

Cari posisi tidur yang selesa
Meniarap dah sah2 tak boleh kan? Tengok2lah posisi mengiring ke menelentang ke yang mana yang membuatkan anda selesa. Tapi menelentang mungkin akan menyempitkan salur darah dalam badan. Jadi yang comelnya, tidurlah mengiring. Kepit bantal celah kaki dan letak bantal kecil di bawah perut untuk menampung perut anda.

Kurangkan minum sebelum tidur
Biasa la mengandung mesti kerap nak buang air. Jadi kurangkanlah air sebelum tidur tapi tolong pastikan jangan sampai tubuh kering. Jika anda tidak minum sebelum tidur, pastikan bila dah bangun qadha balik minum banyak2 

Lampu yang samar2
Kenapa tak gelap terus? Kan lagi masyuk?? Sebab kalau terjaga time tengah malam, takde la sampai kene buka lampu yang cerah terus tu. Kalau buka lampu cerah ni kang, mata kita cerah juga kan?? So, let say kita terjaga untuk buang air ke masa tengah malam, mudah2an mudah lena semula.

Tenangkan Fikiran
Takleh nak dinafikan, kita akan risau dengan baby yang sedang kita bawa. Sihatkah dia? Senang ke nanti nak bersalin? Dah tubik (kekeke....keluar la) nanti boleh ke nak jaga?? Benda yang simple pun jadi complicated abis kalau difikir panjang2 dan dicampur dengan emosi pulak. Jadi, sebelum tidur, cuba mandi ke (kalau itu membuatkan anda selesa) dan kemudian tenangkan fikiran dengan solat sunat dan membaca alQuran. Insya ALLAH itu akan memberi ketenangan kepada kita, baik untuk yang mengandung maupun tidak.

Jangan Paksa Tidur
Kalau betul2 susah nak tidur jangan susah2 paksa diri lagi. Apa kata buatlah kerja apa2 yang lain macam membaca, blogging ke, basuh pinggan ke, gosok baju ke...nanti dah betul2 letih tidurlah. Tapi minta kerjasama dari suamilah supaya anda dapat bangun lewat sikit ke dari kebiasaan kan?? Tapi janganla sampai mengelat solat Subuh ye 

Mmm...ni kang ada pulak yang tanya, kamu cerita pasal mengandung itu, adekah kamu mengandung Pija?? Jawapannya adalhhhhhh.....BIARLAH RAHSIA...kikikiki  Yang penting, saya masih menyusukan Ahmadi dan alhamdulillah dia sangat2 tidak selesa untuk menumpang susu dari botol kakak-kakak dan abang2nya.

OKlah...saya nak mengupik kelopak roselle. Macam nilah kawan-kawan. Anak2 tak minum ribena, tapi alhamdulillah ada roselle tanam keliling rumah.

Friday, August 20, 2010

Doa Ibu Mengandung Buat Anak Dalam Kandungan

Bismillah,

Saya hilang beberapa hari sebelum ni adelah sebab Ahmadi demam. Lepas Ahmadi kebah, broadband saya pulak demam. Ko ingat ko sedap2 gune ye Pijah? Kene bayar la beb baru bole guna.skarang mana ada benda free. Semua kene bayar tau…

Oh sungguh gabra sekali bila Ahmadi demam. Memang rasa tak sedap je tengok beberapa hari awal puasa Ahmadi tak berapa nk kencing masa siang. Kalu time bangun pagi tu berladung2 diapers dia (mujur x sampai bocor). Sah la Ahmadi kekurangan air. Walaupun dah mula dengan solid food, tapi dia masih bergantung dengan susu ai sebagai bekalan air utama (rasa mcm Empangan pulok).

Promo : Masuklah contest ‘1st Solid Food’ saya jika kamu ada idea tentang resepi untuk baby, mana tau ada can nak dapat sesuatu dari Sale @ Sitisifir.

Ahmadi reject puting botol bila diisi dengan air masak. Bila disuap dgn sudu, dia buat gaya cengek hidung yg plg mantap menunjukkan ‘breast milk always the best’. Jadi rukhsah yang telah diberi kepada ibu menyusu yang risaukan kesihatan anaknya telah saya gunapakai… waa, jenuhla aku ganti puasa lagik lepas ni

Masa Ahmadi baru nak demam itu, kebetulannya saya di rumah mertua. Saya buka cerita tentang bayi baru lahir.

Cerita pertama : kebetulan saya baru ziarah seorang sahabat yang dah 19 hari melahirkan anak. Dia bercerita sepupunya melahirkan seorang baby yang sangat comel, malang sekali tiada tempurung kepala. Jadi, umurnya hanya sempat sehari L

Cerita kedua : sahabat saya juga yang saya baru tahu melahirkan anak kembar ketika bukan 4 lalu tetapi juga umur mereka tidak panjang. Yang mengundang sebak adalah apabila saat abinya berkata kepada kedua putera mereka, “Tunggu ummi & abi di sana ye…” sebelum kedua anak itu dijemput Ilahi.

Ntah kenapa, saya tertelan ait liur sendiri menahan sebak. Sedar2 birai mata mertua saya bergenang dengan air. Rupanya dia masih teringat cucu pertamanya yang juga pulang awal. Semua ibu sebenarnya sangat kasih dengan anaknya. Saya tidak faham kenapa masih ada lagi orang yang dengan teganya membuang bayi. Pasti mereka bukan manusia ketika melahirkan anak itu!

Sebagai penamat, ini adalah doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Semoga dimudahkan semasa bersalin kelak J.


*klik kasi besau ek...

Thursday, June 24, 2010

Perubahan PD Pada Ibu Mengandung

Bismillah,

Hepp...tu kang ada optometrist laki yang tumpang masuk baca. Ini bukan Pupil Distance ha...ini PayuDara . Blog saye kan ada ciri-ciri kewanitaan, makanya sajelah nak jugak menumpang cerita tentang perubahan PD yang berlaku pada ibu2 yang mengandung. Nak2 kepada yang baru2 masuk fasa mengandung kan?

Sakit
Ia tidak sama, ada sesetgh org tak sakit mana tapi ada sesetgh org dia rasa adui mak ai...sakit banget. Ia adalah satu keadaan yang biasa (mungkin juga ini menjelaskan kenapa ada sesetgh isteri menolak untuk bersama dengan suami sbb sakit yang amat pada bahagian ini)

Perubahan Pada Nipple
Kawasan gelap mungkin akan membesar dan lebih gelap dari selalunya. Ada sesetgh org akan ada benjolan putih yang kecil2 dan ini juga normal (namanya Montgomery's tubercule)

PD membesar
Haih..yang ni biasa lah kan. Ibarat satu empangan yang mengumpulkan susu yang akhirnya akan mengalirkan susu yang penuh dengan kasih sayang. Akan lebih banyak taliair2 yang terbentuk di dalamnya demi memenuhi keperluan anak nanti. Subhanallah, hebat sekali bukan ciptaan ALLAH malang sekali, ada yang terlepas pandang kepentingan susu ibu ni :(

Kolostrum Bocor
Ini jugak biasa, kalau rasa tak selesa bolehla pakai soft pad. Tapi jgn saja2 pulak buang kolostrum ni ye puan-puan.... Ada pulak sesetgh org tua suruh buang susu ni seblom menyusu padahal part inilah yang paling banyak sekali khasiatnya. Itu bukan susu basi taw....alangkan susu yogurt (susu masam) pun banyak pekdah, inikan pulak susu kolostrum. Kolostrum lembu pun kemain mahal ye adik2...kalau susu mak ni, tolonglah faham betapa tingginya zatnya :)

Takde perubahan
Hihi...terpaksa masuk dalam senarai juga sbb kang ada pulak yang kata, K.Pija cerita tentang yang berubah2 aje, apsal aku punya tak berubah ni. Bukan semua orang akan mengalami perubahan ye adik2... Walaupun begitu ia tidak menandakan bahawa orang yang takde perubahan ni akan mengalami kepayahan menyusu. Semua orang boleh dan patut berusaha untuk menyusukan anak memasing :)

Ishh...malu dowh membebel pasal benda ni :P Cukup2 ah deh....

**4 bulan lebih dah Ahmadi dapat susu ibu eksklusif...doakan lagi dua bulan kami sama2 menyusu dan disusukan dengan air susu ibu



Thursday, January 28, 2010

Pentingnya Pemeriksaan Darah Ketika Hamil


Bismillah,

Sekarang telah tiba masa seminggu sekali saya cek perut saya. Tadi saya pergi cek dan dia tidak cek lagi saya punya Hb sbb last week dah cek. Last week pun hanya 10.2 dan ia masih merah menyala walaupun ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 sahaja. Okeh, bila ditanya, sama ada saya makan ubat atau tak, bagi menyelamatkan telinga saya dari menjadi mangsa leter, maka saya kata "Makan!" sedangkan saya makan sesuatu yang tradisional.

Ye...saya tidak makan ubat merah yang menyebabkan saya asyik tak selesa perut. Saya letih dengan rasa loya di usia kandungan mencecah 9 bulan ini. Mulanya saya tak sedar juga Hb saya naik tapi lepas makan daun betik itu, dengan izin ALLAH ternyata ada peningkatan. Malah daun betik juga adalah sangat baik untuk orang yang ada darah tinggi macam abah saya.

Tapi pahitnya, tolonglah...saya pun taktau macam mana saya boleh tahan dengan kepahitan itu. Saya tak makan tiap hari tapi saya makan seminggu sekali sahaja. Habis sekampung saya tanya, "Rumah kamu adakah daun betik??" hihi...Ada seorang warga Indonesia beritahu gunakan daun sekian2 untuk kurangkan kepahitan tapi maaflah saya tidak ingat nama daun itu tapi saya cam betul daunnya.

Pernah JM berbangsa India yang selalu periksa perut saya bertanya (owh...dia memang suka bagi kuiz dan saya selalu study seblom ke klinik mcm nk amik xm), "Kakak tahukah apa risikonya jika Hb low pada diri kakak dan pada kandungan kakak?". Saya terasa seperti berada di dalam ujian lisan setiap kali dia periksa saya. Tidak ada kesempatan untuk berlawak dengan dia.

Saya mengangguk dengan harapan soalan itu mati disitu, tapi anggukan saya bukan angguk kosong. Risikonya adalah :
  • Kemungkinan keguguran
  • Kemungkinan tumpah darah
  • Darah yang membawa makanan dan oksigen yang kurang menyebabkan bayi tidak mendapat makanan dan oksigen yang cukup
  • Hasilnya, baby akan kurang bijak (dia sebut perkataan ini dan saya tidak suka!!)
Bila kita bercakap dengan nonMuslim saya berasa ada sesuatu yang kurang di sana. Kerana tiada keimanan, maka dia bercakap seolah bukan ALLAH yang menentukan. Semua yang berlaku dalam hidup kita adalah kemungkinan yang diizinkan ALLAH. Boleh jadi anak dengan ibu yang ber Hb tinggi pandai tetapi ada bukan anak dengan ibu ber Hb rendah juga mempunyai anak yang pandai??

Gaya dia bercakap seolah2 anak2 saya semuanya akan menjadi anak yang lembab benar2lah membuatkan saya rasa terhina. Cuma saya tidak berkata apa2 untuk membalasnya. Saya sekadar berdoa anak2 saya dilindungi dari kata2 itu dan semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayahnya kepada JM itu. Saya faham dia buat kerja dia tapi jika seorang Muslim, jika ia disulami dengan perkataan Insya ALLAH dan Nauzubillah, ia akan menjadikan kita adalah manusia yang berTuhan.

Okehs, berbalik kepada tajuk, apa pentingnya jika kita menjalani pemeriksaan semasa hamil? Saya baru berkenalan dengan seorang yang asalnya dari Kelantan di klinik itu. Semasa di situ, dia minta no telefon saya lalu kami bertukar2 no telefon. Petangnya dia menelefon saya kerana dia juga diarahkan untuk mengambil darah dan menghantar sampel najis seperti saya sebelum ini.

Mungkin sbb kawasan kami ini doktornya terlalu prihatin, atau mungkin kes low Hb ini terlampau sedikit maka pelbagai ujian telah ditetapkan untuk orang ber Hb rendah. Saya sudah biasa dengan ini jadi aritu saya tidak panik mana. Tapi nampaknya kenalan baru saya itu berasa sesuatu yang tak best kene ujian2 itu.

Sebenarnya tujuan ujian darah ini diadakan adalah :
  • Mengesan penyakit tersembunyi
  • Mengesan pembawa penyakit
  • Mengetahui jenis darah
  • Mengesan masalah melibatkan sel darah sebagai contoh Thalasemi dan leukimia
  • Mengesan antigen dan antibodi ibu
Saya cumakan katakan kepadanya, ujian adalah sekadar ujian. Apa jua keputusannya bukan kita tidak boleh mempercayai. Jika benar ada penyakit maka anggaplah itu ujian dari ALLAH dan berdoalah agar penyakit itu pergi dan tidak kembali. Jika ada rawatan untuk penyakit itu maka rawatilah ia.

Saya sendiri di kad merah saya ada tertulis 'mild anemia' tetapi sungguh itu tidak masuk dalam kepala saya. Saya tidak mau susah2 fikir yang saya berpenyakit tetapi tidaklah sehingga saya tidak bertindak langsung untuk merawat keadaan ini. Kurang Hb bukanlah penamat hidup...ahahaha...ini dah macam karangan nak menaikkan semangat orang yang kurang Hb :P.

Berilah peluang kepada kakitangan klinik untuk menjalankan pemeriksaan. Setiap yang mereka lakukan itu ada alasan saintifiknya. Semoga ibu2 mengandung di sana juga dimudahkan perjalanan kehamilan anda. Chaiyyok ebribodi!!

Yang Benar,
Makcik yang takut nak bersalin....waaaaaaa.......

Monday, November 09, 2009

Hb & BP Low


Bismillah,

Sob sob....first time cek aritu my BP mmg sll low pun, tapi Hb 13.1 tu...Terkujat sbb sllnya mmg bawah seploh dan memang tiap2 kali doktor in charge akan suspect thalassemia lah, anemia lah... Harini check up tgk2 my BP is 80/50 dan Hb 9.8...both were red in colour. Pulak tu kebetulan ada doktor di situ, maka lepas SN bagi ceramah mereka suruh saya sambung dengar ceramah dari doktornya pulak.

OK...OK...SN tadi asyik tanya je :
"Kakak stress ke? Ada masalah dengan keluarga? Pejabat? Anak2?"
Saya tak ada masalah dengan apa2 pun tapi 2-3 hari kebelakangan ni memang saya mengantuk dan saya tidak tidur bila saya mengantuk tu.

"Kakak tidur pukul berapa dan bangun pukul berapa??"
Saya tidur lebih kurang kul 11 dan bangun pukul 5-6 pagi. Saya tidur tanpa gangguan dan hanya bangun untuk buang air saja. Saya kalau nak tidur, dalam perjalanan untuk sampai ke bantal lagi saya sudah lena...ahahahaha...

"Kakak mengelat tak makan pil yang kami bagi ye??"
Ahahaha...agaknyalah. Kadang2 makan, kadang2 tidak. Tapi walaupun saya tak makan pil, saya makan makanan. Tapi agaknya saya tak pilih sesuatu yang mempunyai zat besi yang akan mengikat lebih Hb dalam darah saya kot...

"So lepas ni kakak kena makan ikan bilis (lalu saya dah bayangkan ikan bilis goreng dengan bawang..yum yum), kerang (saya bayangkan kerang masak sambal kalau abah buat lagi sedap sbb sambal tumis abah power), sotong (mau gatal idung aku pulak lepas ni kalau nak hantam manyak2), sayur hijau (lepas ni kalau nak menyayur akan ku top up sekali ikan bilis sebagai penambah perisa) dan buah2an."
Baiklah....saya memang sangat suka makan. He he...ni dah plan lepas encik Abah pulang nnt akan ku cari bayam sbb sayur tu paling umi suka!!!

"Kalau kakak nak makan ubat pun, kakak minum dgn jus atau air masak. Jangan minum dengan kopi tau sbb kadang2 walaupun kita ambil ubat tapi cara kita makan ubat itu pun akan menyebabkan ubat itu tidak efektif. "
Ke saya terlebih dos teh ek??

"Kalau kakak nak POTONG sayur, basuh dulu baru POTONG!!! Kalau tak nanti zat dia akan pergi dengan air. Kalau masak sayur pun jangan lama2 (actually SN tadi sebut banyak2...tapi saya faham dia maksudkan apa) dan kalau boleh makan mentah."
Ayyo adik, takleh aaa makan mentah sayur2 ni...I tidak dididik dari kechik untuk meratah sayur mentah...ulam pun start makan lepas suami bagi tepukan semangat ahahahaha.....

"Kakak kena cukup tidur dan cukup rehat. Walaupun banyak kerja, kakak kena jaga kesihatan. Kalau tak boleh rehat di rumah, kakak duduk di wad aje ye."
:P kalau saya bawa anak2 saya ke wad sekali boleh ka??

Saya respect SN yang seorang ini. Berbangsa India menyebabkan dia menyusun atur semua patah perkataan yang kluar dari mulutnya. Muda 5 tahun dari saya, jadi sesuailah dia memanggil saya kakak lagipun saya memang dah nampak tua agaknya. Padanlah selama ini terdengar ramai ibu2 yang kata orang yang kerja paling bagus dalam klinik itu adalah budak India itu.

"Kakak, tau tak apa kesannya jika Hb low kepada baby??"
Erkk...

"Darah ibu membekalkan nutrien penting dan oksigen kepada anak. Jika darah ibu tidak cukup, bagaimana pula keadaan anak kakak??"
Uwaaaa.......anakanda, umi tak bermaksud untuk catu bekalan makanan anakanda...insya ALLAH umi akan makan semakan-makannya. Lagipun umi bukan peserta 99HTN (99 Hari Tanpa Nasi) maka umi akan cuba bahan yang SN tadi sebut manyak2...

Selepas tu, sebab kebetulan doktor ada di situ, mereka terus refer saya kepada doktor. Doktor bekalkan saya dua bekas kosong, satu kertas putih kecik dan satu kertas pink besar dan memberi wasiat :
  • Esok sila ke Hosp Sg Bakap untuk amik darah
  • Hantar sampel air kencing dan najis ke klinik N.Tebal.
Oh no...sepanjang 5 kali mengandung ni tak pernah pula daku kena simpan najis. Benda ini buat saya rasa tertekan. Kerana semakin hari semakin banyak prosedur yang terpaksa saya lalui. Hah!! Sapa suruh kurang rehat. At least kalau ngko cukup tido 2-3 hari lepas mungkin Hb ko aje yang low. Tak la nampak mcm mangsa buli aje pada pandangan mereka.

Namun bila balik, suami ku berkata, "Jangan psiko sangat dgn apa yg diorang ckp...nanti kang dia bagi kesan yg betul2 teruk pada badan sendiri...."Owh ye jugak kan...dari takde masalah jadi mcm ada masalah pulak. Selain kene cover apa yg SN tadi cakap, saya mestilah membetulkan mind setting saya juga. Kerana mind setting ini akan mempengaruhi banyak benda lain dalam kehidupan kita. Uhuhuhuhu.....

Saya nak tidur ni..tapi saya perlukan suami saya dulu. Kalau dia ada, bolehlah saya tidur dengan lapang itupun kalau tiada customer. Saya takut kalau saya terlena Uwaiys akan mandikan Arwa dalam bilik air. Alangkan malam2 lampu dah tutup semua pun dia boleh bawa Arwa mandi apatah pula siang ari cerah begini.

*Pss abah...doktor suruh umi banyakkan rehat. Itu macam dia cakap, "Suruh suami awak masak, awak tinggal nak makan aje," kot???

Wednesday, October 28, 2009

Rahim Kendur & Terkeluar



Bismillah,

Saya bukanlah pandai sangat hal ni. Saje je nak share apa yg ku baca. Bagi saya yang belajar bab mata ni setiap hari, selalunya akan terjumpa kes rabun dekat pada mereka yang usianya 40an. Puncanya adalah ligamen yang memegang kanta dalam mata telah menjadi kurang anjal dan kendur. Tapi itu mata, ia digunakan setiap hari.

Sangat berbeza dengan rahim kendur atau bahasa canggihnya ialah prolapse rahim. Ia berkaitan dengan ligamen juga tapi kekenduran ni adalah disebabkan proses kehamilan dan kelahiran. Nak buat mcm mana dah mengandung kendian beranak...kalaulah contohnya tangan kita pegang bendera, lama2 lenguh jugak kan...gitulah agaknya yang dalam badan kita ni...

Kesan dari kekenduran faraj ni adalah :
  • Gangguan pembuangan air kecil - sama ada kerap kencing, susah nak mulakan kencing, atau takleh nak control time nak kencing...ada sesetgh org, tgh sujud ke, ketawa ke, batuk bersin pun boleh terkencing....huhu...kacau ni kalau gitu ek, ni dah masuk dalam masalah ibadah dah ni...
  • Gangguan hubungan kelamin - takleh nak kemut, byk faktor yang membawa kepada hal ini tapi ini satu daripadanya
  • Ketidakselesaan & sakit pinggang - especially masa byk berdiri dan berjalan, sebab bila rahim jatuh, ia akan tarik otot yang memegangnya dan selalunya urat di bahagian pinggang pun akan tertarik sekali...
  • Gangguan kesihatan - kalau dah sampai rahim terkeluar, ia mungkin akan tergesel dengan seluar dalam. Biasala kalau dah bergesel, musti la luka pulak kan..lepas luka, tengok2 kene jangkitan kuman jadilah keputihan pulak...kalau berpanjangan, maka mungkin pulak akan menyebabkan ketumbuhan..huhu...
Punca prolapse pulak apakah??
  • Keturunan - mungkin seseorang tu mewarisi 'kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen peranakan
  • Tak cukup zat makanan - mana lah otot tu nak dapat zat kalau kita pun tak cukup makan....haih nak kene makan banyak ni...
  • Senaman - sebenarnya senaman seblom dan selepas beranak ni penting oo...apsal saya tak pernah buat ha??
So, korang...mcm mana cara korang nak mengatasi masalah ni??

Sudah 4, how many more to go Pijah?? Really love when they get into this situation...

Thursday, October 22, 2009

Menjenguk Si Dia Di Dalam Kandungan

Bismillah,


Seminggu yang lalu, saya beria2 mahu melihat ini. Apatah lagi bila di dalam FB sana sini orang akan komen dan beritahu mereka menangis melihatnya. Saya ingin melihatnya bukan kerana apa, saya mahu tahu kenapa mereka menangis. Kini, saya juga berlinang air mata. Bukan apa, memori melahirkan keempat2 anak saya datang dengan tiba2. Saya juga jadi rindu untuk melihat anak yang sedang saya kandung ini...

Walaupun sakit yang saya rasakan itu tidaklah seperti sesetengah yang lain sehingga 12 jam atau mungkin lebih untuk melahirkan, namun satu dua jam yang saya lalui selepas datang tanda melahirkan itu tetap sakit. Tidak bermaksud mahu mengungkit kesakitan ini buat anak2, sekadar mahu mereka memahami bahawa saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.

Juga saya terkenang2 bagaimana pula mak saya membesarkan saya. Menatang saya seorang sehingga saya berumur 4 tahun sebelum saya mendapat adik. Kini saya akan merasakan luka yang mak saya tanggung jika saya atau adik2 saya memberi rasa luka itu kepada mak saya. Semoga, kita semua dapat menghayati kebesaran ALLAH ini kerana apa yang ada di dalam kandungan ini semuanya adalah dalam perlindungan ALLAH....

Kredit buat Farah Sarakids...saya dah lama merayu2 dalam FB minta orang bg link youtube tapi tak dapat...

Sunday, August 30, 2009

U Jump, I Jump

Bismillah,

Ahahak..pusing2 cari tajuk untuk cerita keadaan saya, maka terlintas perkataan di atas....sebenarnya, saya berada di dalam dilema. Saya sebenarnya benar2 pusing dan runsing. Secara luarannya, orang akan nampak saya seperti seorang yang sihat. Saya pun jika ditanya, saya memang sihat. Tapi di saat2 mengandung kali ini, saya kerap mengalami bleeding (sela masanya adalah beberapa hari sekali dan darahnya hanya sekali keluar).

Saya tidak rasa saya lasak tetapi bulan puasa ini biasalah, orang tak mengandung pun akan rasa letih. Malah saya telah kurang menjadi Tarzan akibat dari takut hilang tenaga jika menjerit wakakaka....Saya rasa suami saya sedang risaukan saya. Malah jika emak saya tahu, dia akan membebel marahkan saya beranak rapat risau juga.

Selain dari itu, saya rasa saya selalu kekurangan air sehingga saya rasa kurang selesa. Saya ada mengalami kencing kotor sebelum puasa tapi saya dah ambil antibiotik tetapi pada hari ke empat puasa yang lalu, saya mula rasa benda itu akan berulang dan saya dengan tamaknya pergi cari segala air buah di pasar Ramadhan semata2 nak merangsang diri sendiri untuk minum. Dan taukah kalian apa suami ku buat? Dia mencari buah kelapa dan sembelih untuk dihadapkan kepada saya. Tenkiu bebeh....

Suami saya minta saya puasa dua hari, berbuka satu hari. Saya sebolehnya mahu berpuasa penuh. Bukan apa, saya tidak suka ganti sorang2 nanti. Selalunya, dulu saya ada cuti2 org perempuan itu saya kene ganti sorang2....saya kene sahur sorang2 dan saya kene berbuka sorang2. Sungguh tak best perasaan itu. Jadi, benda ni menjadi halangan utama saya untuk tidak berpuasa...ahaha (bukan nak risaukan baby..hampeh kan?)

So, kali ni suami saya kata, "OK, kalau Fizah puasa, abang pun puasa jugak...." Uhuhu...ada perasaan jahat juga yg kata, "Ye ke??" dalam hati saya tapi ada juga bisikan baik yg bgtau saya, "See, suami saya nampak saya segar bugar jek tapi dia tetap risaukan saya..." So skang saya sll tepon dia around kul 10.30 pg dan tanya,"Abah, umi puasa lagi ni..." dan dia akan kata, "La, nape tak makan lagik...?"

Huhu...saya konpius lah, kalau fikirkan baby mmg saya risau. Rahim saya mungkin tidak sesihat yang dilihat dari luaran saya. Tapi saya juga malas menggantikan puasa jika saya melubangkannya. So, suami saya terpaksa rela berpuasa selama mana saya kene menggantikannya dan saya berazam lobang2 kali ni biarlah diganti dengan kadar segera.

Ada orang kata, wanita mengandung ini mengada2..benarkah?? Saya rasa sama sahaja saya mengandung dan tidak...mmg sll pemalas!! ahaha....
pss...apa kene mengena tajuk di atas dgn entry tu?? ahahaha...

Tuesday, August 25, 2009

Merancang Untuk Bersalin Normal

Bismillah,

Apsal la skang mood saya nak sembang pasal beranak aje. Korang, layan aje lah ek...ha ha...actually hal nak beranak ni memang kita boleh merancang tapi keadaan akan selalu bertukar di peringkat akhir. Walaupun saya telah melahirkan 4 orang anak secara normal namun, macam selalu dari awal kehamilan lagi, debarannya mengalahkan debaran finalis ' Gadis Melayu'...wakakakaka...

Saya ada terbaca artikel LPPKN bagaimana untuk merancang bersalin normal :

  • Beritahu doktor - saya pernah semasa melahirkan Asmaa' rasa tak tertahan sakitnya sebab seblom tu tak pernah rasa lagi. Rasa nak mintak diorang belah aje...tapi suami saya pulak yang kata kat misi tu "Jangan gunting deh...." so, terkoyaklah ia secara semulajadi....ha ha ha...seeloknya kita bgtau misi atau doktor yang handle kita beranak tu kita sedang beria2 nak beranak normal ni.
  • Jaga kesegaran badan - kalau dapat bersenam, bersenamlah...saya tidak pandai yoga moga ni...dan ada orang kata berenang pun elok.
  • Berlatih bertinggung - mencangkung dengan menjarakkan lutut sejauh yang boleh, tegakkan belakang, rapatkan dua tapak tangan dan siku menekan lutut ke sisi. Pastikan tapak kaki rata.
  • Teruskan pemakanan yang baik dan seimbang
  • Duduk di rumah selama mana kita rasa selesa. Kat luar rumah kan biasa lasak sikit, terdedah pulak dengan itu ini...so, baik relax kat umah aje. Semakin kurang masalah ketika beranak semakin besar peluang bersalin normal.
  • Jangan lupa makan dan minum
  • Selalu meluruskan badan dengan muka ke depan
  • Banyakkan pergerakan
  • Tunggu gesaan semulajadi dan teran tanpa bantuan epidural. Jangan kejap2 panggil misi, diorang lama2 tak tahan terus bagi epidural kang.
  • Jangan teran melainkan anda benar2 rasa nak meneran...
Namun jika terpaksa pasrah untuk dibedah, maka pastikan anda faham kenapa tindakan itu perlu ok?? Ada 25 minggu lagi sebenarnya tapi rasa mcm esok lusa je nak beranak...waaa, takuuut!!!

Sunday, August 02, 2009

Sawan Beranak


Bismillah,

Pernah dengar tentang sawan beranak? Saya pernah ada seorang kawan yang isterinya terkena penyakit ini namun alhamdulillah dia telah OK pada kali terakhir kami berjumpa. Ini adalah kerana semasa selepas melahirkan, dia tidak sedarkan diri malah mukanya beralih ke satu muka yang tidak dikenali. Jiran yang masuk mahu berziarah keluar semula kerana tidak berjumpa padahal dia tidak cam wajah baru isteri kawan saya ini.

Sebenarnya punca penyakit ini tidak diketahui tetapi ia tetap ada tanda-tanda kejadian, ada faktor2 yang berkaitan dan mungkin juga cara2 untuk menjauhkannya. Perlulah diingatkan, seperti kes kawan saya itu, doktor mengatakan penyakit ini bakal meragut nyawa. Hanya sedikit peratusan yang hidup jika mula terkena dengan penyakit ini. (Ajal maut adalah ketentuan ALLAH namun penyakit ini adalah penyebabnya)

Punca
Sawan berlaku apabila salur darah di dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak. Pendarahan yang banyak juga akan menyebabkan organ lain spt jantung dan paru2 terjejas. Hanya dalam kes ringan, pendarahan berlaku sedikit sahaja atau setakat otaknya sahaja bengkak.

Tidak boleh dipandang ringan
Let say seorang ibu itu dah pernah kena sawan dan dia selamat, dia masih perlu berjaga-jaga kerana ia boleh menyebabkan maut jika ia berlaku berulang kali. Oleh itu, sebaik-baiknya ibu ini dimasukkan ke hospital sebelum terjadinya sawan atau dengan kadar segera jika sawan telah berlaku. Orang yang berada bersama dengan pesakit sawan beranak juga perlu berjaga-jaga kerana biasanya mereka yang mengalami penyakit ini tidak akan sedarkan diri.

Biasanya, semasa kejadian, mereka akan tertelan lidah dan ia akan menutup kerongkong angin. Jadi kita perlu pastikan dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya pula tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan meletakkan sesuatu untuk dia gigit. Kawan saya pernah meletakkan jarinya sebelum mereka jumpa benda yang sesuai dalam mulut isterinya dan ini tindakan yang bahaya kerana jarinya mungkin putus.

Tanda2 Awal
Keadaan ini selalu berlaku kepada :
  • Kelahiran sulung (kebetulan kawan saya itu memang pada kelahiran sulung dan seingat saya kelahiran keduanya mereka sudah mula berwaspada)
  • Berlebihan berat badan
  • Ada darah tinggi
Tanda awal penyakit ini adalah :
  • Naik berat badan berlebihan semasa mengandung - Sebaik-baiknya 1/2 kg seminggu. Jadi jika berat badan anda naik mendadak dalam 6 bulan kandungan, ia adalah tanda kepada penyakit ini dan anda perlu mengimbangkan semula pemakanan dengan mengurangkan karbohidrat, gula dan lemak dan melebihkan protein dann sayur.
  • Bengkak kaki - jika kandungan normal ia menandakan pertumbuhan bayi yang baik tapi awas kalau ia disertai dengan ada darah tinggi dan albumin tinggi dalam air kencing (kencing kotor) kenalah berwaspada. Itu sebab penting untuk ikuti pemeriksaan buku merah anda jika anda mengandung.
  • Pening kepala
  • Sakit ulu hati
  • Terasa hendak pitam
  • Gangguan penglihatan
Jadi, saya nasihatkan diri saya, pergilah buka buku merah nun.. (ni kes malas dengar misi berleter beranak ramai...muahahahaha)

Friday, June 05, 2009

Merangsang Bayi Dalam Kandungan

Asmaa'

Usamah

Uwaiys
Arwa

Bismillah,


Entry ni dah lama peram dalam kepala. Mmm...jangan marah ye bila saya tulis banyak2 entry dalam sehari. Suami saya tak ada dan dia membawa Uwaiys dan Usamah bersama. Jadi saya tak ada kawan untuk bergaduh. Skang Arwa tidur dan Asmaa' masih tekun dengan lukisan dia. Ntah bila dia nak berhenti melukis.


Sepanjang dua minggu cuti sekolah ini, saya harap Asmaa' dan Usamah dapat menghabiskan at least satu buku untuk AlFurqan, Bacalah Anakku & Read Easy. Itu harapan umi aje, umi tak kisah kalau anak2 tak dapat habiskan. Apa yang saya nampak Usamah adalah seorang yang orang kata 'fast learner'. Dia tidak menekun seperti Asmaa' tapi dia dapat catch up sama macam Asmaa'.


Berbalik kepada tajuk di atas. Bagaimanakah anda semua merangsang bayi anda? Ada yang kata, pasang muzik klasik. Uwah...saya tidak setuju dengan ini. Kenapa? Adakah saya terlalu syadid. Itu mungkin alasan kedua tetapi saya memang tak sukakan muzik. Kalau saya ada IKIM.fm di rumah, saya mungkin akan pasangkannya tetapi kalau tak pasang pun tidak apa2.


  • Mendendangkan ayat-ayat suci AlQuran & alunan zikir - bukankah itu yang terbaik? Biasakan anak2 dengan ayat suci Al Quran. Surah Yusuf dan surah2 lain untuk di baca setiap hari. Saya sendiri akui semakin hari semakin liat saya untuk menyelak AlQuran ini. Jika saya tidak mula semula untuk membacanya, mungkin saya akan terus-terusan meninggalkannya. Padanlah jiwa kita menjadi kosong, kita tidak isi dengan yang sepatutnya. Plus!! Jangan hanya maknye aja yang baca, abah dia mesti baca sama.
  • Mengusap-usap perut - tatau la orang lain, saya suka sangat pegang perut saya especially kalau dia tengah bergerak-gerak. Saya macam perasan sorang2 yang baby saya berinteraksi dengan saya. Ntah ini perasaan saya atau memang dia berinteraksi dengan saya. Perasaan ini sangat best!!! Dan XTVT ini juga perlu dilakukan juga oleh encik abah dia.
  • Bersembang dengan baby - yang ni lagi satu sesuatu yang best. Walaupun sedih, bercakap lah dengan mereka, apatah lagi bila kita sedang gembira. Dia mungkin akan merasa yang dia adalah sebahagian dari kita. Cuma jangan la lebih2 sedih pulak ek.

Selebihnya, saya pas anda kepada entry Doa Untuk Menjadikan Anak Bijak dan Soleh? oleh MommyLyna..layan...