Saturday, November 06, 2010

Tips Tidur Lena Semasa Mengandung

Bismillah,

Ni lena baru lepas menyusu ni...sampai umi bangun pun tak sedar :P

Selalu sahaja kedengaran rungutan ibu yang mengandung bahawa mereka tidak dapat melelapkan mata. Itu sebab kadang2 kita dapat lihat mata mereka bertukar menjadi mata panda :P Mata saja ye kawan2, bukan badannya . Saya ni, walaupun senang melenakan diri sendiri, masih juga mengalami suasana ini jarang2.

Kalau terjaga dan tidak dapat lena semula, saya akan mengusik2 suami supaya dia tak lena sama . Tapi kejap je la... "Kenapa umi??" sambil cuba mencari punca ketidakselesaan saya dan mengurut2 belakang tubuh saya yang selalu lenguh. Tapi ia berlaku tidak lama, urutan tu lama2 makin perlahan dan bunyi dia terlena semula...huhuhu . Dia kerja berat, mungkin tidur adalah rawatan terbaik buat rasa letihnya.

Pastikan tempat tidur selesa
Perhatian kepada encik abah, bila isteri anda mengandung dan anak2 merengek mau tidur sama maknye, tolonglah pujuk2kan. Sama ada anda pujuk mereka supaya tidur sendiri atau anda sendiri temankan mereka. Kalau dah pakat tidur keliling mak nye, jenuh la mak tu susah nak lena. Plus, kalau ada kipas...biarla mak nye dapat kipas lebih ye.  Dia kan tengah jadik hot mama...

Cari posisi tidur yang selesa
Meniarap dah sah2 tak boleh kan? Tengok2lah posisi mengiring ke menelentang ke yang mana yang membuatkan anda selesa. Tapi menelentang mungkin akan menyempitkan salur darah dalam badan. Jadi yang comelnya, tidurlah mengiring. Kepit bantal celah kaki dan letak bantal kecil di bawah perut untuk menampung perut anda.

Kurangkan minum sebelum tidur
Biasa la mengandung mesti kerap nak buang air. Jadi kurangkanlah air sebelum tidur tapi tolong pastikan jangan sampai tubuh kering. Jika anda tidak minum sebelum tidur, pastikan bila dah bangun qadha balik minum banyak2 

Lampu yang samar2
Kenapa tak gelap terus? Kan lagi masyuk?? Sebab kalau terjaga time tengah malam, takde la sampai kene buka lampu yang cerah terus tu. Kalau buka lampu cerah ni kang, mata kita cerah juga kan?? So, let say kita terjaga untuk buang air ke masa tengah malam, mudah2an mudah lena semula.

Tenangkan Fikiran
Takleh nak dinafikan, kita akan risau dengan baby yang sedang kita bawa. Sihatkah dia? Senang ke nanti nak bersalin? Dah tubik (kekeke....keluar la) nanti boleh ke nak jaga?? Benda yang simple pun jadi complicated abis kalau difikir panjang2 dan dicampur dengan emosi pulak. Jadi, sebelum tidur, cuba mandi ke (kalau itu membuatkan anda selesa) dan kemudian tenangkan fikiran dengan solat sunat dan membaca alQuran. Insya ALLAH itu akan memberi ketenangan kepada kita, baik untuk yang mengandung maupun tidak.

Jangan Paksa Tidur
Kalau betul2 susah nak tidur jangan susah2 paksa diri lagi. Apa kata buatlah kerja apa2 yang lain macam membaca, blogging ke, basuh pinggan ke, gosok baju ke...nanti dah betul2 letih tidurlah. Tapi minta kerjasama dari suamilah supaya anda dapat bangun lewat sikit ke dari kebiasaan kan?? Tapi janganla sampai mengelat solat Subuh ye 

Mmm...ni kang ada pulak yang tanya, kamu cerita pasal mengandung itu, adekah kamu mengandung Pija?? Jawapannya adalhhhhhh.....BIARLAH RAHSIA...kikikiki  Yang penting, saya masih menyusukan Ahmadi dan alhamdulillah dia sangat2 tidak selesa untuk menumpang susu dari botol kakak-kakak dan abang2nya.

OKlah...saya nak mengupik kelopak roselle. Macam nilah kawan-kawan. Anak2 tak minum ribena, tapi alhamdulillah ada roselle tanam keliling rumah.

6 comments:

  1. Sekejap jer kan si Ahmadi dah nampak besar..dah boleh buat apa?

    ReplyDelete
  2. Sitisifir: ini yg x mengandung pun blh praktikkan juga ni....:)

    p/s: salam ziarah & salam kenal

    ReplyDelete
  3. amboi lenanya tidur..

    kakyong masa mengandung selalunya lena ja tidur.. sesekala terjaga tu baisa lah.. cuma di mlm terakhir sblm bersalin ja yg tak leh tidur sbb bb dok mengeras ja.. sampai ibu dia berzikir segala bagai.. semua tak jalan.. mata celik juga... hehehe...

    ReplyDelete
  4. Ana, Ahmadi sudah memanjat ke sana ke mari...kadang2 tengah solat dia panjat kita...huhuhu hangin je rasa

    Azzey :)) betul2

    Kakyong, saya pun tidur lena...kadang2 sampai payah sedar...kkikikiki

    ReplyDelete
  5. Ana, Ahmadi sudah memanjat ke sana ke mari...kadang2 tengah solat dia panjat kita...huhuhu hangin je rasa

    Azzey :)) betul2

    Kakyong, saya pun tidur lena...kadang2 sampai payah sedar...kkikikiki

    ReplyDelete
  6. weh bulei x mintak en somi tulun duduikan ;)...permintaan yg mengada2 hehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!