Bismillah,
Huhuhu...walaupun ada entry ari2, tapi sebenarnya saya terlantar dah 3 hari. Katanya orang kat farmasi itu, barangkali perut saya ada masalah penghadaman. Maklum saja sekarang kan musim daging.
Difikir2 memang saya sedikit bermasalah dari dulu lagi kalau bab makan daging. Pernah masa zaman remaja saya dulu, time raya jugakla ni, saya rasa rendang mak saya adalah yang terpaling terbaik lagi best (ayat tak hingat :P) yang pernah saya rasa. Lalu setiap rumah yang saya pergi saya akan rasa rendangnya dan saya akan kata dalam hati, "Rendang mak lagi sedap!"
Alih2 naik kelopak garam satu badan!!
pic kredit to idanizam
Kemudian ada lagi kes masa sekolah rendah. Abah saya nak belanja sate, maka dia beli dengan banyak sekali sate daging. Kejadian yang sama juga berulang lagi. Aduih...pulak tu tak reti serik ye. Biasalah kalau datang dugaan bab makanan ni payah sikit nak tolak :P
Tapi kali ni mungkin sebab dah umur 30an, tak naik lagi dah kelopak garam ni. Rasa macam gastrik dalam perut sekali dengan sakit dada. Saya kalau gastrik saja tidaklah bimbang sangat, tapi kalau sakit dada ni mula la terfikir, aku ni ada sakit jantung ka?? huhuhu...
Kali ni sakit gastrik time saya kenyang, itu yang merisaukan. Dua hari raya haji itu, saya memang tak masak sangat. Ada beberapa jemputan untuk dihadiri dan mereka pula bekalkan kami lauk sabsidi. Alhamdulillah, macam tau2 aje saya tengah malas nak masak :P
Tapi sayangnya, bila dah sakit begini, saya nak bangun pun tak larat. Kerja rumah suami yang selesaikan sampai bising habis ayam itik kat luar sebab dia habiskan kerja dalam rumah. Walaupun dah lama dah saya mengimpikan dapat cuti rehat takyah masak, takyah basuh pinggan, takyah basuh baju....dan bila ALLAH bagi cuti tu, saya baru rasa tertunduk... Kenapa saya mesti nak mengelak dari melakukan kerja rumah sedangkan padanya adalah pahala yang sangat banyak?
Hari ni saya dah sihat. Alhamdulillah, dan terima kasih kepada suami dan anak2 yang memahami. Lega telinga mereka kerana saya tak membebel suruh kemas rumah. Time sakit ni ada can la korang sepah barang mainan ye...arini umi dah beroperasi semula maka siap sedialah ye hanak-hanak. Berani2 la sepah barang. Abah diorang pulak, dah 2-3 hari tak sampai hati nk bergurau, semalam saya gurau dengan dia terus nak siku dia. Terus kene sound, "Wohh sudah sihat mau siku orang!" Kikikiki....
Mmm...OK lah, nk bergegas ke pasar...dah banyak hari tak makan nasi. Hari ni rasa nak makan nasik dah tapi bukan daging lah kot. Daging tunggu nanti 2-3 hari lah. Kecuali Nejad saya nak buatkan nasi arab!! Abang, buat ah nasik Arab, umi ngidam sudah!!
Saya akhiri dengan lirik nasyid ni :))
Ingat 5 Sebelum 5
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com
Duhai Teman Dan Tuan-Puan
Mari Kita Berpesan-Pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan
Zaman Ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian
Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian
Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaaaaa...aaaaa...
Semoga Hidup Aman Bahagia
Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu Dan Baca Al-Quran
Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah
Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan
Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaaaa...aaaa...
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada
Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang
Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri
Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat Dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali
Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui
as salam...
ReplyDeleteakk kina pun pernah rasa ape yg akk rasa pasal sakit bahagian dalama perot tue. seksa kan??
alahai..kena jaga pemakanan laa lepas ni :) medical check up tu wajib kena buat jugak la musim2 daging ni :)
ReplyDeletesakit..
ReplyDeletehuuuuuu
buat kita selalu kuat sebenarnya.
aku ni kak,manjang sakit.
apepun,mmg buat kita ingat pada DIA makin selalu dan jugak mindset pasni mmg kena kuat lagi.
aku skunk,ketiak tgh sakit.so,sakit2 lain tak dibagi dulu.
kena hold.
mana tahu pas baik ni plak demam pula muncul?!
Allah maha berkehendak.
get well soon kak.
yg penting,makan jgn skip (tu akak selalu buat) n minum air jarang banyak - banyak.
worth sharing. tenkiu sis!
ReplyDeleteassalamualaikum w.b.t., minta izin nak follow blog
ReplyDeleteBetul tu, manusia asyik fikir wang ringgit aja sebagai rezeki, padahal kesihatan, masa lapang--tu pun semua rezeki Allah.
ReplyDeleteKina, owh sakit yg dlm perut itu...sangatlah seksa... :( rasa nak ramas perut husband biar dia rasa sama :P
ReplyDeleteeliss, huhu medical check up..memang penting tp sakit baru ni me amik ubat kat farmasi je,malas nak beratur kt klinik panjang berjela
ayup, apsal ketiak awak sakit?? jgn sbb ko kepit setot sudah
K.Comey :)) same2
Lina, saya link kan lina juga!
Daddy Ziyyad, mmm...betul2, kalau anak mata sudah nampak $$ maka itu aja yang sll dianggap rezeki :|
alhamdulillah hr ni dah ok.
ReplyDelete