Wednesday, November 10, 2010

Cabut Gigi Rongak Uwaiys

Bismillah,

Walaupun rongak Uwaiys menten encem :P Tengok saja gambar ni...ngeh hehehehehe....


Kami membuat keputusan untuk mencabutnya untuk mengurangkan kebarangkalian ia jongang tetapi kata Dr Rashnurhana ni, insya ALLAH tidak terjadi begitu. Saya perhatikan bibir atas Uwaiys memang sedari mula agak terjungkit dan Dr kata rahang atasnya berbentuk V. Walaupun Dr kata tidak apa kalau tak cabut, melihatkan Uwaiys nampak macam superhero bila mengadap Dr so kami pun decide cabut jugak!

Kata suami manalah tahu kuman yang berkumpul di gigi Uwaiys yang rosak boleh dikurangkan. Tiada gigi rosak, maka takdelah kuman beranak-pinak kan? Dan memang betul, sekurang2nya selepas giginya dicabut, bau nafas Uwaiys juga tidak mucuk :P. 

OK, kalau nak tanya punca, saya mestilah salahkan diri saya kerana tidak menjaganya dari mula. Sungguh saya mengutuk2 diri sendiri kerana kecuaian saya dalam menjaga hal2 remeh ini. Bukan setakat gigi, malah susu ibu pun Asmaa', Usamah & Uwaiys tak sempat merasa lama. Jadi tak hairanlah kalau gigi mereka juga tidak bertahan lama. 
Uwaiys tak menangis masa dicucuk, cuma time cabut je dia merengek..itu pun sikit...
Tapi kalau suruh bangun pagi..adui...bangun tu OK lagi, bab nak suruh mandi tu dia punya panjang punya nangis...waaaaaa

Mentang2 gigi korang tak jadi mangsa, siap memperkatakkodokkan beskal anak Dr yepp...

hehehe....kene paksa buat peace..nangis2 pun buatlah jugak peace..
kat tangan dia adalah hadiah yang Dr bagi kerana tidak menangis dan tidak mengamuk semasa cabut
Risau jugak dia mengamuk sebab masa cabut gigi Asmaa' & Usamah dulu,
Uwaiys yang kalut nak tumbuk Dr... :P

Dr pesan, utk kanak2 kene bagi ubat gigi tanpa fluorida
supaya jika dia tertelan pun taklah mudharat mana... (erk..silap tak amik nota)
dan itu adalah pamplet kalau2 ada sesiapa nak putihkan gigi


Ini adalah pemandangan di satu gerai majalah
rasa sayu melihat mereka berebut2 makanan...
barangkali mereka adalah adik beradik...
sudahlah tak memakai kasut...
Sesungguhnya anak2 saya masih beruntung :|

Dr Rashnurhana adalah junior saya di Kolej Tun Syed Nasir UKMKL :)
Saya dapat diskaunlah agaknya sbb cas cabut 4 btg gigi Asmaa' & Usamah adalah berkali ganda harganya dari yg Dr ni bg..so, saya decide utk tak share kosnya :P ...
Mmm...anyway, tempatnya adalah di Pasir Tumboh Kelantan

pss...cantik tak signature ai yg k.Yong bagi bawah ni?? 
Dan lawa tak rumah baru ai??? ngeh ngeh


2 comments:

  1. rumah baru u nie i susah la nak tengok perabut2 yg ada n n tulisan2 yg ada.. susah i nak baca... apakata tulisan bg color putih??????

    ReplyDelete
  2. erk...ya kah....okes2...saya tukar tulisan kasi gulap sikit...tenkiyu k.kerul ku

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!