Sunday, November 14, 2010

Asmaa' Dah Berenti Diet

Bismillah,

Sebelum ni, ntah siapa yang ajar dia, taknak makan kerap. Kalau nak makan pun sikit2 saja. Dia kata kalau makan banyak nanti jadi gemuk. Dah banyak kali dah abah dia kata dia tak akan gemuk macam saya tapi dia tetap diet. Mungkin adalah tu pengaruh dari mana2 sampaikan dia takut betul badan dia gemuk.

Satu hari tu dia sakit perut. Sakit sampai pucat mulut2 tu. Memang saya kesian betullah tengok. Sampai rasa susahlah hati tengok. Kalau diorang ni demam ke apa, kalau time kecik dia tak mengadu sakit tapi yang ni dah pandai bagitau maka makin risaulah saya.

Cuma seingat2 saya siangnya tu, dia taknak makan dan buat2 tidur sedangkan adik-adik yang lain makan. Selepas tu orang lain main dengan riang gembira kat luar dia pulak baru bangun tidur ngadu sakit perut. Sedangkan Asmaa' ni bukanlah jenis tidur siang tapi nak mengelak dari makan tu dia sanggup tidur.

Kemudian, malamnya selain dari paksa dia makan, kami terangkan kepada dia kenapa dia sakit.

"Kalau kita tak makan, perut kita akan masuk angin. Angin tu akan buat perut kita sakit. Kemudian kalau kita makan, makanan akan masuk dalam perut kita dan tolak angin tu keluar." Siap dengan gaya sekali. Kemudian saya serahkan kepada dia macam mana nak buat selepas ni.

Selepas2 dari tu, asal lapar je dia makan. Memang nampak seriknya dia tu dengan sekali sakit perut. Kadang2 petang pun dia korek periuk nasi jugak. Sampai saya pulak risau manalah tau kot2 gemuk sungguh kang. Hahahaha... Tapi semenjak tu dia pulak ajar makanan tolak angin pada adik2 dia. Asalkan mereka tak sakit sudah.

Korang manalah tau kot2 dapat anak diet macam Asmaa' bolehlah cuba ajar diorang. Kalau dapat ada belon ke tunjuk dengan belon aje :))




4 comments:

  1. salam Pijah,

    bila bertukar background ni? Asma' mungkin terpengaruh dr kwn2 kot. Knur selalu ajar anak2 pemakanan seimbang dan bersederhana bila mkn. Insyaallah diaorg tak perlu risau akan gemuk tambah2 kalau mkn mkanan yg dimasak sendiri bukannya fast food.

    ReplyDelete
  2. k.nur, so far saya masak sendiri masakan kat umah..huhuhu dah lama dah tak makan makanan kedai....tp tu lah,benda2 yg dia dengar kat sekolah pun ada pengaruhnya..so, kene jumpa dulu situasi2 yang mcm ni baru lah boleh bg penerangan :)

    ReplyDelete
  3. heheh..
    anak2 kakyong belum ade yg sekolah lagi & belum dpt kefahaman/pemahaman yg pelik2 ni..

    fikri skrg ni kalo lambat makan, dia sure bising.. lambat makan = ibu lambat masak..

    kalo fikri membebel, mengalahkan ibu nya.. "ibu cepat la masak, abg lapar ni. nanti abang sakit perut, nanti abg demam.. kalo abg demam, mcmmana nak tolong ibu, macamana nak men basikal..."

    buleh letih mendengor nyer... susah juga kalo ibu suka reasoning dgn anak2.. bila ibu silap, anak2 plak reasoning dgn ibu... huhuuu...

    eh, kakyong baru perasan, background pija ni sama mcm blog kakyong :p .. tp pija punya kenapa dia x ikut sampai kebawah.. kat bawah ni dia plain jer... huhuu...

    ReplyDelete
  4. K.Yong.hohohoho...fikri budak pandailah tu maknanya heheheh...eh baru perasanlah template kita sama...a'ah ek nape ek saya punya plain kat bawah??

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!