Saturday, March 31, 2012

Panggilan Manja (lagi)

Bismillah,

Saya dan suami berbicara pendek di dapur tadi :
Suami : Tak romantik betullah panggil 'abah'
Isteri : Dah abah pun panggil 'umi' je
Suami : Abg panggil 'mi'. Mi tu ada makna...
Isteri : Ha... tu nak ngarut apa?
Suami : Yalah, 'mi' tu maksudnya 'my *tettt* (rahsia:P)
Isteri : Lah.. ingatkan 'my isteri' tadi. Dah tu nak suruh panggil apa?
Suami : Panggilla 'sayang' ke?
Isteri : Erkkk.... *biar betul laki den muscle ketul2 nak manje2 plak*

Hahaha... Rasa macam dah lama secara tidak sedar nama panggilan kami telah bertukar. Seawal perkahwinan saya 'awak-awak'kan aja suami saya sebab kami bermula dengan tak kenal. Memang konon-konon bercinta selepas berkahwin sehinggalah di suatu hari dia minta saya panggil dia lain dari perkataan 'awak'.

Haih, memang tergeliat lidah wlaupun takde tulang nak panggil abang. Tu baru panggil abang, tak panggil lagi panggilan yang lebih gedik dari panggilan tersebut macam 'sayang' atau 'anje'. Dalam mesej lain, memang sll boleh pergi lebih gedik dari sayang dan anje tu tapi kalau depan anak2 alahai, malunya terasa. Apa2 hal pun, selepas dari ditegur tu, saya mula panggil suami saya 'abang'.

Jadi sekarang saya sudah panik, apakah mahu ku panggil dia selepas ini? Adakah 'abang' lagi? Atau.... seperti yang diminta?? Oh...panik2.... kuikuikui...

Baca juga : Panggilan Manja Eratkan Kasih Sayang dan pentingnya Panggilan Manja dalam memperbaiki semula hubungan :)










Friday, March 30, 2012

Semaikan Cinta Kerana ALLAH

Bismillah,


Suami saya baru bergerak ke masjid. Sebelum kereta berlalu pergi, dia pun lambai-lambaikan tangannya. Wahh.. terasa comel sekali. Mula la teringat di awal perkahwinan kami dahulu. Kalau dia nak ke mana-mana, saya akan pandang dia sehingga hilang dari pandangan. Rasa macam susahnya nak lepaskan. Sepatutnya perasaan macam tu perlu selalu ada tapi adakala perasaan tu akan kalah dengan tanggungjawab lain seperti bancuh susu anak di dapur semasa suami nak kemana-mana.

Indahnya cinta di dalam rumahtangga. Cinta adalah perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada hambaNya. Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah arasy adalah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah keranaNya jua.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

Bercinta sebenarnya tidak tertakluk kepada suami dan isteri semata-mata. Contoh lain cintan cintun yang insya ALLAH mendapat rahmat ALLAH adalah antara guru dan anak murid. Kerana rasa cinta kepada muridnya, seseorang guru berhempas pulas mencurahkan ilmu. Sekalipun gaji yang mereka terima adalah sekian-sekian sahaja, tetapi atas dasar cinta kerana ALLAH maka guru itu tidak kisah. Dia tahu, satu hari nanti ALLAH akan mengganjarinya sesuatu atas kasih sayang yang diberikan kepada muridnya itu. 

Begitu juga cinta seorang orang yang kaya berharta. Baginya, harta tidak ada nilainya jika ada di sekitarnya orang yang memerlukan. Dia sanggup mengorbankan kekayaannya demi kasih sayangnya kepada orang yang kurang bernasib baik. Dengan cara begini sebenarnya kita tidak sekadar mendekatkan hubungan sesama manusia semata-mata tetapi yang lebih penting adalah dengan ALLAH. 

Marilah semua kita bercintan-cintun kerana ALLAH... ailapyu fillah :)


* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini

Friday, March 23, 2012

Cara Memudahkan Kelahiran - Cara Mudah Bersalin

Bismillah,

Wah, mentang-mentang beranak 6 sudah mau pandai-pandai bagi tips :P. Jangan risau, saya google, saya rujuk buku dan saya dapatkan petua ni dari misi2, org2 lama dan kawan-kawan juga. Jadi insya ALLAH boleh dipercayai :).

Ada sesetengah orang mengalami tempuh kontraksi yang sangat lama. Jadi kaedah yang di bawah bolehlah cuba2 diamalkan semasa kontraksi bermula. Jangan buat sebelum kontraksi berlaku pulak tau...


  • Banyakkan berjalan - ini yang biasa mertua saya sarankan. Saat kontraksi bermula, dia akan mula capai penyapu atau batang mop. Kalau nak mop jangan sampai basah lencun lantai, nanti dah jatuh panjang cerita pulak :). Saya selalu buat ini.. makin saya berjalan, makin kerap sakit. Tapi kalau saya duduk terus hilang sakit huhuhu... 
  • Senaman hamil - erk yg ni memang selalu menjadi sebutan tapi kena belajar dgn jurulatih. Saya dah cuba google dalam youtube tapi tak berani nk bg advice. Cara ni pun saya tak buat sebenarnya
  • Hubungan intim dengan suami - Ini untuk menyediakan pangkal rahim. Kemudian sperma juga ada hormon yang akan merangsang kontraksi. Orgasma yang dialami juga akan merangsang rahim berkontraksi. 
  • Stimulasi puting payudara - Ini akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin yang akan merangsang kontraksi. Tapi ada org kata tak elok buat juga..
  • Terapi herba - yang ini tak ada kajian saintifik. Saya pernah minum air keteguri untuk 5 kelahiran. Kata mertua saya untuk elak lekat uri. 
  • Urutan refleksi - yg ni pun kena serah pada yg pakar juga. 
Ada cara lain untuk mudahkan kelahiran?


Thursday, March 22, 2012

Kasih Sayang Tanpa Syarat

Bismillah,

Dari siapa boleh kita dapatkan kasih sayang tanpa syarat ini? Tidak lain dan tidak bukan, hanya dari ALLAH Maha Penyayang.


Kasih sayang ALLAH kepada kita sangatlah luas sehinggakan jika ditulis menggunakan air laut nescaya tidak cukup untu menggambarkannya. ALLAH menyayangi kita tidak kira apa pun yang kita lakukan. Dia memberi oksigen, rezeki, graviti dan lain-lain dan semua itu berlaku secara yang tidak kita sedari. ALLAH tidak mengharapkan balasan.

Begitulah yang sepatutnya berlaku antara kita sebagai ibu bapa dan anak-anak. Memelihara mereka sepenuh hati dan tidak mengharapkan mereka membalasnya di masa tua kelak. Ini adalah kerana, yang akan membalas kebaikan kita hanyalah ALLAH. Itu lebih berbaloi dari mengharapkan balasan kasih sayang dari anak-anak yang juga manusia biasa seperti kita.

Keadaan yang sama juga mesti berlaku di antara suami dan isteri. Memberi kasih sayang kepada pasangan untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT. Ini adalah kerana pasangan kita juga adalah manusia dan manusia tidak lari dari letih, kecewa, sombong, tamak dan lain-lain sifat mazmumah. Jadikan keredhaan ALLAH SWT sebagai matlamat akhir bahtera kasih sayang kita.

Pohon jasa kalian klik like pada gambar di bawah (klik link) :

Wednesday, March 21, 2012

“Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”

Bismillah,

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger


Haih, dah 89 telah termasuk dalam senarai  weih... tatau lah dan ke tidak. 
RM 5000 tuuu

Sekarang bgtau, siapa kata menulis blog tidak berbaloi?? 

Sila like FB Blogger Wanita juga yepp :

Bagaimana Keserabutan Kita Berpindah Kepada Orang Lain

Bismillah,

Sebenarnya saya mahu bercakap tentang senyum. Alah..takkan taktau kot senyum tu apa? Senyum tu yang mcm ni :) :) :)

 

Di sini, saya ingin ceritakan satu kisah. Kisah saya yang telah transform menjadi ibu yang garang. Selepas bertukar menjadi garang, saya telah menukarkan anak saya Asmaa' kepada seorang yang memendam rasa diri dan Usamah telah menjadi seperti diri saya ~garang. Dan ini menjadi pencapaian terburuk dalam hidup saya. 

Tidak mahu berlama-lama dalam kesilapan. Saya cuba mengalih perangai saya semula. Saya tidak mahu anak saya menjadi produk yang rosak dalam masyarakat. Masyarakat perlukan mereka untuk menjadikan dunia ni satu tempat yang selamat. Kenapa anak saya? Erk.. takkan saya nak suruh anak orang pulak kan? Jadi marilah kita berkolaborasi dalam menjadikan dunia ini tempat yang selamat semula. 

Nanti-nanti sahaja saya bercerita tentang Asmaa'. Saya mahu mula bercerita tentang Usamah. Anak yang telah membesar dengan kegarangan seorang ibu. Alhamdulillah, semoga tidak terlambat menjadikan anak ini seorang yang soleh kerana telah jelas kelihatan potensi yang ada dalam dirinya. 

Usamah menjadi seorang abang yang sangat garang. Demi tidak mahu uminya marah, dia akan mendahului saya. Jika adiknya buat apa-apa kesalahan, dia akan jadi orang pertama menjerit-jerit memarahi mereka. Maka tahulah saya, saya telah mula tersalah didik. Setiap kali dia marah, saya akan rasa 'alamak, mcm akulah dia marah'. 

Jadi, salah sayalah yang mesti dibetulkan terlebih dahulu. Masya ALLAH, rupanya sabar yang dituntut dalam mendidik rumahtangga adalah sangat berat untuk dilaksanakan. Tapi ada satu shortcut untuk hilangkan marah iaitu dengan SENYUM! 

Tak susah pun nak senyum. Pagi2 kalau saya melihat Usamah muncung, saya akan suruh dia senyum dan puji dia handsome begitu. Bila dia senyum, saya pun tumpang senyum sama. Kalau asal2 risau dia monyok begitu, terus jadi seronok. Dia pun jika dalam keadaan senyum, takkanlah nak marah2...sangat tidak matching kalau marah sambil senyum kan?

Sama jugalah dengan kehidupan kita. Mana ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Macam tulah masalah. Akan selalu datang untuk menambah potensi diri dan iman kita. Tapi janganlah sampai kita mempengaruhi mood orang lain terutamanya di sekolah atau tempat kerja. Di sekolah, alamatnya susah la nak dapat ilmu dan di tempat kerja, alamatnya susah pula rezeki nak masuk.

Bayangkan kita datang kerja dengan muka masam. Perkara pertama dalam fikiran rakan sekerja barangkali 'gaduh dengan laki dialah tu..'. Perkara kedua, semua pekerja lain pakat-pakat taknak tegur konon-konon nak menghormati mood kita. Sebenarnya yang terjadi adalah mereka menyampah tengok kita cebek . Serius, ia sangat mengganggu mood orang lain untuk bekerja.

Samalah juga kalau ada masalah di tempat kerja. Tiba2 balik muncung dengan pasangan dan anak2 yang takde kena mengena pun dengan apa yang kita hotkan sangat kat pejabat tu.Tak pasal2 pasangan kita pun naik hot juga, lepas tu melarat gaduh laki bini. Cubalah senyum, berat dalam hati tu ringankan dengan mengadu kepada ALLAH.

Saya sebut ini sebenarnya terpakai dalam banyak kondisi. Walau sebesar mana masalah pun, jangan sampai merosakkan diri sendiri. Serius, saya sendiri mempunyai masalah. Tapi saya rasa rugi kalau kita habiskan dengan bermasam. Senyum tak susah pun malah bila orang tengok kita senyum, mesti diorang suka dan ia adalah SUNNAH... tak percaya?? Sila Google

Wednesday, March 14, 2012

Mengenal Gula Dalam Pemakanan

Bismillah,

Semasa di kedai, saya tumpang baca Harian Metro dengan tajuk Elak Ketagihan Gula. Sayangnya saya cuba cari tajuk ini dalam laman web Harian Metro tiada. Beberapa minggu ini, saya selalu saja mencari hubungkait antara pengambilan gula dengan tingkahlaku anak-anak kita.

Bila saya baca artikel berkenaan, barulah saya lebih percaya bahawasanya, jika kita tidak menjaga pemakanan alamatnya pengambilan gula dalam diet seharian kita memang sangat tinggi jadinya. Bila dibaca rupanya perkataan gula telah ditukar kepada perkataan yang lebih indah sehingga kita tak sedar semua perkataan itu membawa maksud GULA.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar  

OK, sekarang cuba perhatikan label pada makanan yang kita ambil setiap hari. Kalau di rumah kami sendiri, memang tak banyak makanan yang telah diproses. Sila baca di link ini dan link ini tentang jerih perihnya dan susah payahnya nak menjaga pemakanan.

Sebenarnya, kita tak sedar pun kita ambil gula berlebihan dalam sehari. Gula yang berlebihan tu menyorok dalam makanan-makanan berikut :

Contoh hidangan yang nyata mengandungi kandungan gula tambahan adalah biskut, piza, snek, sos barbeku, kicap, sos pada salad, sup, yogurt, minuman coklat, minuman soda serta kek. 

Atau dengan erti kata lain, makanan yang berlabel tu lah. Contohnya nak masak sweet sour kita gunakan kombinasi sos cili, tomato dan kicap...oh sangat menyirap sbb saya sangat sukakan swee sour dgn gabungan 3 sos itu kemudian tambah pulak garam dan gula. Rupa2nya tindakan itu boleh membahayakan kesihatan.

OK, mari kita perhatikan apa kesan gula tambahan kepada kesihatan :


Apakah kesan jika mengambil gula tambahan secara berlebihan?
  1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
  2. Mengganggu imbangan galian dalam badan.
  3. Kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  4. Kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cerdas.
  5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  6. Meningkatkan paras trigliserid.
  7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  8. Merosakkan buah pinggang.
  9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
  10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
  11. Mengurangkan kromium dalam badan.
  12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
  13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
  14. Menyebabkan kanser payudara, ovari, prostat dan dubur.
  15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar), wanita amat berisiko tinggi.
  16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
  17. Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat.
  18. Melemahkan penglihatan.
  19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
  20. Hipoglisemia.
  21. Perut berasid.
  22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.
  23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
  25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
  26. Merosakkan gigi.
  27. Punca utama obesiti.
  28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
  29. Bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.
  30. Artritis.
  31. Lelah.
  32. Pembentukan batu dalam ginjal.
  33. Jangkitan yis atau kandidiasis.
  34. Pembentukan batu karang dalam hempedu.
  35. Sakit jantung iskemik.
  36. Apendiks.
  37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
  38. Pendarahan.
  39. Penyebab vena varikos.
  40. Meningkatkan tindak balas glukosa insulin kepada pengamal pil pencegahan kehamilan.
  41. Sakit gusi.
  42. Osteoporosis.
  43. Air liur berasid.
  44. Kemerosotan toleransi glukosa.
  45. Kemerosotan sensitiviti insulin.
  46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
  47. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
  48. Mengubah struktur protein sehingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
  49. Alergi terhadap makanan.
  50. Kencing manis.
  51. Keracunan darah ketika hamil.
  52. Ekzema kepada kanak-kanak.
  53. Penyakit kardiovaskular.
  54. Melemahkan struktur DNA.
  55. Katarak.
  56. Emfisema.
  57. Arteriosclerosis.
  58. Pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
  59. Merendahkan kemampuan enzim.
  60. Kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
  61. Penyebab sel hati terbahagi menyebabkan peningkatan saiz hati.
  62. Peningkatan lemak dalam hati.
  63. Pembesaran saiz buah pinggang.
  64. Tekanan tinggi kepada pankreas dan merosakkannya.
  65. Peningkatan retensi cecair dalam badan.
  66. Sembelit.
  67. Rabun jauh.
  68. Punca kepada lapisan rerambut.
  69. Hipertensi.
  70. Sakit kepala.
  71. Menganggu kemampuan berfikir.
  72. Kemurungan.
  73. Meningkatkan tindak balas insulin.
  74. Punca penapaian bakteria dalam usus.
  75. Ketidakseimbangan hormon.
  76. Meningkatkan risiko darah beku dalam darah.
  77. Meningkat risiko penyakit alzheimer.

ALLAH! Menakutkan okeh...dan malangnya kesan kepada kesihatan ini berlaku sedikit demi sedikit. Ada satu kesan yang jelas nyata tapi kita tidak perasan ia adalah kesan memberi keluarga gula tambahan iaitu kelakuan nakal anak-anak!

Jadi marilah kita bersama-sama memperhatikan semula apa yang kita beri kepada anak-anak. Semoga kita diberi lebih kekuatan untuk masak makanan yang berkhasiat buat ahli keluarga.





DOUBLE GIVEAWAY BY CERITAINDAHKAMI.COM

Bismillah,

 

Tetiba je terasa nak masuk giveaway. Jom semua pakat masuk jom sbb tarikh tamatnya 15 hb Mac ni insya ALLAH.


Double Giveaway by ceritaindahkami.com dianjurkan oleh Notre Belle Histoire, dengan kerjasama oleh SNUUSMa Belle ShoppeLLEAH AYEISA CO.Al ShawlsJust with PB dan Kittyshawls
Penaja untuk giveaway ini adalah :

Follow/like blog dan fan page sponsors sebagai tanda sokongan

* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini

Saturday, March 10, 2012

Freezer Cooking - Makanan Sejuk Beku

Bismillah,

Pernah cuba buat? Saya dah mula jatuh cinta dengan freezer cooking. Ia adalah sangat mudah untuk ibu malas tidak banyak masa seperti saya. Kalau saya ada masa lebih la memang selalu lapang pun kot?, saya akan masak lebih. Sebagai contoh kalau suami saya sembelih seekor itik, tak kuasa ah masak separuh dan simpan separuh. Saya masak terus je seekor dalam periuk besar.

Antara makanan yang saya rasa sesuai untuk dibekukan adalah :

  • Sup - tapi untuk dijadikan beku, saya tak akan letakkan kentang dan sayur bersama. Part yang hendak dibekukan hanya ambil ayam atau dagingnya sahaja. Sebabnya kalau ada sayur tu, struktur selepas dipanaskan kelihatan sangat tidak comel
  • Gulai - apa saja jenis gulai. Ikan ke, ayam ke apatah pula daging. Saya selalu buat ni kalau balik dari kenduri dan dapat lauk kenduri. Masukkan dalam peti dan bila nak makan, hanya perangat dengan tambah air dan garam sedikit. Lepas tu boleh makan feeling2 duduk kat kenduri lagi..
  • Sambal tumis - yang ni adalah paling best. Selama ni setiap kali nak gunakan cili kering, tiap kali masak baru saya rebus, blender bla bla... rupanya kalau saya beli setgh kg terus, kemudian masak tumiskan dengan bawang putih dan merah, bubuh garam dan asam keping siap2, nanti nak masak hanya perlu tumis saja dan kemudiannya masak apa yang saya nak masak dan tak payah dah pun tambah garam. Hoho.... Teruk betul saye lepas 9 tahun baru dapat idea ka?? Thanx to my fesbuk frens 

Sebenarnya, mak saya agak against jugalah teknik ni tapi if we compare dengan beli makanan sejuk beku yang dijual di pasaran yang kesedapannya pun kurang memuaskan, maka ia jadi lebih kurang samalah juga. Lagipun, bila dibekukan, insya ALLAH takdelah jangkitan kuman berbanding kita perangat lauk yang sama sampai berhari2 kan.

Teknik ni diaplikasikan dari ibu mertuaku yang rajin menyimpan lauk2 spesial yang dia masak semasa anak2 lain tiada di rumah. Let say, ada anak nak balik dr KL minggu depan dan dia masak gulai kambing minggu ni, dia akan bekukan dalam peti. So, normallah kalau peti dia asyik penuh dengan makanan aje.

Korang yang terlebih rajin mesti boleh buat kot kuih frozen tapi saya tak berapa minat sebab sayakan malas :P

*Selalunya masakan apakah yang kalian suka bekukan? Cuba share...

Friday, March 09, 2012

Header Blog Baru & Makeover

Bismillah,

Saya suka sangat warna blog baru saya. Sekarang kalau orang tengok, orang akan describe ia sebagai warna warni. No more kuning, no more hijau dan lain-lain. Its colourful now. Saya lihat ia kelihatan sangat comel sekali. Hehe.. Selain tu saya juga suka dengan header baru saya. Header yang sama saya letakkan di timeline saya di dalam facebook.

Ok, kalau kalian suka dan nak mencuba, boleh hubungi Kakyong untuk makeover blog. Untuk blog saya, Kakyong buatkan butang max min di sidebar dan memperkemaskannya, kemudian tukar background dan seterusnya adjust header.




Untuk header pula, boleh rujuk hasil kerja Nor Abdullah di sini :


Tentang harga saya tak dapat nak share di sini sebabnya setiap tempahan mungkin berasingan memandangkan tidak sama apa yang kita perlukan untuk blog atau timeline kita. Tetapi apa yang saya boleh kata adalah 'sangat berpatutan dan berbaloi'.

Terima kasih k.yong dan Nor yang sudi bantu saya mencomelkan blog saya dan insya ALLAH semoga kekal setahun selepasnya dengan wajah ini.

*Sayang sungguh lupa printscreen sebelum ia bertukar wajah :)
*Signature saya di bawah ni pun k.yong yang buatkan

Teknik Shichida Abah Gagal

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya kembali dapat menulis. Baiklah itu ayat permulaan entry yang agak skema tapi sesungguhnya memang tiada lafaz yang lebih utama untuk saya tulis dan luahkan melainkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi saya suami yang prihatin sekali.

Menulis memang minat saya. Berada di dalam keadaan sentiasa online juga minat saya. Jika tiada komputer, barangkali saya masih boleh terus hidup. Suami saya tidak akan rasa rugi pun jika saya tidak dapat sebiji komputer tetapi dia tidak sekejam itu.

Komputer yang sebelum ini gagal diperbaiki dan kini dia membelikan saya komputer yang baru. Erk...maksud saya CPU. Itu lebih memadai memandangkan keyboard, mouse, monitor dan perkakasan lain masih berada dalam keadaan yang sangat baik lagi.

Jenuh saya menunggu suami saya tidur malam ni supaya saya dapat menulis entry ni tetiba jadi pemalu ni apehal.  Jadi di kesempatan ini saya nak ucap terima kasih kepada suami sebab tolong belikan saya CPU baru. Semoga kande mendapat balasan yang lebih besar dari ALLAH nantinya.

Oh ye.. tajuk atas tu saje je gimik. Suami saya adalah seorang yang suka bercakap dengan anak-anak dalam keadaan mereka sedang tidur dan separa sedar. Cuba rujuk tulisan saya pada 2006 ni iaitu berkenaan dengan masa yang sesuai untuk menasihati anak. Tadi, semasa mengalihkan tempat anak-anak tidur, dia cuba bercakap2 dengan Arwa.

Abah : Arwa anak solehahkan?
Arwa : (Angguk sambil senyum2)

Abah : Arwa nak masuk syurgakan?
Arwa : (Angguk sambil senyum2)
Abah : Kalau nak masuk syurga kena buat baik, ikut apa ALLAH suruh tau..
Arwa : (Angguk sambil senyum2)

Kitorang senyum2 je tengok Arwa sebab dia senyum semasa dia tidur. Siap boleh respon lagi abah dia kata apa. Lepas tu tetiba je abah sambung..

Abah : Arwa nak umi nombor 2 kan??
Arwa :  Erk... tanak (geleng sambil senyum2)
Abah : Hoh..dahsyat sungguh umi mempengaruhi minda anak Hahahaha

Kahkahkah... umi tak ajar pun :P

*nota tambahan : kalau korang salin diapers anak2 atau bagi dia susu masa dia mamai, jangan lupa sebutkan saja 'anak soleh umi ni, jadi budak baik ye....'. Tak payah karang ayat macam nak bagi ceramah perdana. Sebut anak soleh saja dah merangkumi semua yang kita perlukan dari seorang anak insya ALLAH :).