Friday, March 23, 2012

Cara Memudahkan Kelahiran - Cara Mudah Bersalin

Bismillah,

Wah, mentang-mentang beranak 6 sudah mau pandai-pandai bagi tips :P. Jangan risau, saya google, saya rujuk buku dan saya dapatkan petua ni dari misi2, org2 lama dan kawan-kawan juga. Jadi insya ALLAH boleh dipercayai :).

Ada sesetengah orang mengalami tempuh kontraksi yang sangat lama. Jadi kaedah yang di bawah bolehlah cuba2 diamalkan semasa kontraksi bermula. Jangan buat sebelum kontraksi berlaku pulak tau...


  • Banyakkan berjalan - ini yang biasa mertua saya sarankan. Saat kontraksi bermula, dia akan mula capai penyapu atau batang mop. Kalau nak mop jangan sampai basah lencun lantai, nanti dah jatuh panjang cerita pulak :). Saya selalu buat ini.. makin saya berjalan, makin kerap sakit. Tapi kalau saya duduk terus hilang sakit huhuhu... 
  • Senaman hamil - erk yg ni memang selalu menjadi sebutan tapi kena belajar dgn jurulatih. Saya dah cuba google dalam youtube tapi tak berani nk bg advice. Cara ni pun saya tak buat sebenarnya
  • Hubungan intim dengan suami - Ini untuk menyediakan pangkal rahim. Kemudian sperma juga ada hormon yang akan merangsang kontraksi. Orgasma yang dialami juga akan merangsang rahim berkontraksi. 
  • Stimulasi puting payudara - Ini akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin yang akan merangsang kontraksi. Tapi ada org kata tak elok buat juga..
  • Terapi herba - yang ini tak ada kajian saintifik. Saya pernah minum air keteguri untuk 5 kelahiran. Kata mertua saya untuk elak lekat uri. 
  • Urutan refleksi - yg ni pun kena serah pada yg pakar juga. 
Ada cara lain untuk mudahkan kelahiran?


4 comments:

  1. banyakkan berjln tu mmg selalu dibuat. satu lg Knur minum air selusuh. senaman tu ada kat you tube. boleh ikut yg mana yg senang.

    ReplyDelete
  2. Dr saya pesan, minum dan sapu castor oil....petua lain yg saya jumpa ialah sapu olive oil kat pangkal V utk men'stretch' area itu. Sebelum2 ni masalah saya ialah V tak nak stretch jadi beranak 3 kali pun kena gunting. Kali ni Alhamdulillah...tk gunting, tak jahit.Heals wonderfully.

    ReplyDelete
  3. kerap mandi..
    minum air rebusan genggam fatimah..

    ReplyDelete
  4. cara nombor 1 tu ....berkesan,bagi sayalah:)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!