Monday, March 07, 2011

Kesan Beri Air Masak Kepada Bayi

Bismillah,



Cuba baca link ini. Sebenarnya dia tak perlu pun bagi anaknya air masak. Dia ada susu ibu tapi barangkali tidak ada ilmu atau tekanan sehingga menyebabkan anaknya terpaksa diberi air masak. Jika di dalam kepala telah disetkan anak mesti minum susu formula, maka hasilnya adalah susu badan yang tidak lumayan. Saya dulu begitu juga, kerana nak senang, saya bagi anak saya susu formula.

Sudahnya, saya tidak senang nak kene cari duit untuk cover harga susu formula, kemudian tidak senang pula menjaga kesihatan mereka yang tidak teratur. Alhamdulillah, adanya golongan yang mempromosikan susu ibu ini, dapatlah juga saya membetulkan semula keadaan walaupun kesalahan sebelum ni tetap tidak akan dapat di tebus.

Berkenaan bagi air masak kepada anak. Masa dalam pantang di rumah ibu mertuaku, dia hairan juga kenapa saya seorang menantu dia yang tak bagi air masak kepada bayi kecil. Katanya zaman dia beranak dulu misi menasihatkan supaya beri air masak banyak2 kepada bayi. Tapi saya bagitau dia yang sekarang hospital dah tak bagi minum air masak kecuali sedikit air zamzam semasa nak berikan bersama kurma tu.

Jadi, kenapakah air masak tidak sesuai untuk bayi?

  • Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik
  • Ingat, air kosong tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anak. Kalau perut anak diisi dengan air kosong semata2 kat mana pulak nak letakkan  susu ibu yang khasiatnya tiada tara?
  • Air sekarang belum tentu bersih dari pencemaran. Kalaupun kita tapis guna penapis paling mahal atau yang dikatakan terbaik pun belum tentu bekas yang kita gunakan untuk bagi anak minum air kosong tu bersih. 
  • Air yang kotor akan menyebabkan bayi cirit birit. 
  • Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dalam tubuh bayi. Bayangkan baby tanpa perlindungan, ntah apa2 macam penyakit lagi boleh terkena pada bayi. 
  • Bagi bayi yang jaundis, air kosong yang banyak akan menyebabkan terencat akal dan bagi bayi berusia lima minggu ke bawah, air yang terlalu banyak akan menyebabkan kandungan garam dalam darah cair seterusnya mengakibatkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik.
Lebih banyak info akan anda dapati dari dua link di bawah :



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

9 comments:

  1. ye ke...

    tahanks for the info.. mase Emir kecik dulu saya memang bagi air masak sikit, lepas bagi susu ibu.. tak tau pulak kesan dia macam tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. bayi tu umur 6 bln ke bawah atau 12 bln ke bawah?

    ReplyDelete
  3. Mira, sekarang dah tau so berjaga2 utk next baby

    aileen, 6 bulan ke bawah :)

    ReplyDelete
  4. kita pun selalu org tanya nape tak bg bbay air masak..nak syer leh tak..

    ReplyDelete
  5. ummi eisya, sila2....

    ReplyDelete
  6. tapi kalo budak dah besar dan dah tak bergantung pd susu tu , kena banyak minum air masak, nanti bila demam dia tak panas sangatkan, betul ker? pernah baca kat mana, lupa.

    ReplyDelete
  7. eliss, betul2..kalau dah besar kene minum air masak banyak... :))

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!