Saturday, March 05, 2011

Mood Disorder

Bismillah,

Itulah yang sedang melanda saya. Saya happy time kenyang je sekarang ni...jadi pada sesetengah orang nak kenyang kene makan aje kan? Tapi bukanlah semudah tu nak tangani mood berterabur ni. Memanglah nampak kenyang akan happy tapi nak makan tu habis benda fikir nak bagi rasa kenyang sebab buat masa ni semua benda tak kena di tekak saya.

Saya nak makan nasi lemak tapi kata suami, sekarang saya asyik masak benda yang berasaskan minyak, lemak, goreng... Tapi apa saya nak buat selera saya kesitu. Itu pun nasib baik kalau lepas siap masak selera tu masih ada. Saya buat sup tulang tapi lepas dah siap supnya saya jadi tak selera pun. Buat masa ni kalau dapat ikan bakar (dengan syarat kuah cicahnya sedap) baru saya rasa seronok sangat.

Rasa asyik nak marah saja sampai malu rasanya pada suami sebab dia sangat cool walaupun pada saat2 saya sangat kerek. Tapi saya harap dia fahamlah mood orang perempuan ni. Dalam keadaan kesihatannya pun tengah tak berapa baik, saya sangat hargai dia layan je perangai saya sekarang ni.

Tak payah tanya punca sebab saya pun tatau apa punca yang jadi mood asyik ke laut ni..ntah2 sbb nak mandi laut tak? Hehehehe... Apa2pun harap kawan2 doakanlah saya cepat OK...saya akan cuba rawat hati saya dengan muhasabah diri, baca alQuran dan tidur...ahahaha.... insya ALLAH saya akan kembali OK untuk keluarga BESAR kami.


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

3 comments:

  1. Nape mood tak OK k.Pija?Asmadi nak dpt adik ke?Moga k.Pija cpt sihat ye.

    ReplyDelete
  2. Sory k.Pija,salah type...ahmadi.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!