Friday, March 11, 2011

Asmaa' Patut Bangga Dengan Dirinya

Bismillah,



Semalam Asmaa' mop lantai. Dia baru je belajar menggunakan mop. Masa tu maksu Dilah nya ada bersama. Maksunya kebetulan ada PBS di sekolah Asmaa' sebab tu dia ada di sini. Dengan umur dia 7 tahun, kalau nak dibandingkan dengan uminya, memang Asmaa' jauh lebih bagus. Ada masa memang dia akan diingatkan tentang benda ni dan ada masa dia akan buat sendiri tanpa disuruh.

Maksu dia pun mengusik2 dia sebab rajin, lepas tu dia pun kata, "Maksu jangan bagitau kawan kakak tau...kittyemoticon". Lalu saya pun tanyalah kenapa dan saya bagitau dia juga sebenarnya apa yang dia buat tu bagus. Pada umur dia, dia dah banyak tolong saya dan dia tahu tanggungjawabnya. Memang ada banyak yang perlu dibetulkan tapi saya rasa kami saling tolak ansur, jika kerjanya tidak sempurna kami akan betulkan sama-samakittyemoticon.

Saya rasa bertuah ada anak seperti mereka. Bagi saya, saya berpuas hati dengan mereka setakat ni walaupun suara saya selalu berkumandang macam ribut petir kadang2 tukittyemoticon. Semoga mereka semua mengekalkan dan menambah baik lagi apa yang mereka lakukan sekarang.

UMI SAYANG KAMU SEMUA!!! 



 

1 comment:

  1. fikri dan aliya pun rajin mop rumah... kalo aliya yg mop rumah.. memang banjir.. sbb dia tak reti perah.. dia celup air pastu dia byk jln serata rumah... ;)

    Anis???!! buat masa ni dia belum menunjukkan tanda2 rajin nak mbantu buat kerja rumah...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!