Friday, April 30, 2010

Saya Bekerja Dengan Anak2 Ditangan Saya

Bismillah,

Mmm..sekarang saya banyak menghabiskan masa di dalam kedai ini. Tidak berapa lama lagi, saya akan selalu berada di sisi suami saya dan dia memilih untuk tinggal di tempat pilihannya. Saya tidak kisah, asal saja di sisi dia. Lalu, saya memberi lebih masa saya kepada kedai ini. Saya sudah mula menangkap gambar frame di seluruh kedai ni.

Semua frame, anda dapat lihat di blog Uwaiys Optometrist. Ketika saya sedang menulis ni, belum semua dapat dimuatkan di sana. Ia masih dalam proses. Saya akan buat entry bagaimana anda dapat memilih saiz bingkai dengan tepat. Berkenaan bentuk, cermin mata secara asasnya adalah lebih kurang sama. Memang serasanya pelik buat spek dengan cara ini.

Ini menjawab mengapa saya menjual bingkai ini lebih murah berbanding di kedai. Di sini, saya tidak tawarkan khidmat profesional saya. Jadi anda akan dapatkan harga yang berbaloi untuk sepasang cermin mata baru.




Beginilah saya bekerja, sebelah tangan memegang Ahmadi, sesekali menyahut panggilan Arwa, sesekali menjawab soalan Asmaa'. Mujur saja staf saya baik2 saja. Sedikit masa lagi, mungkin saya akan balik ke sini secara berkala....saya akan tetap memantau kedai ini dari jauh. Tidak dapat saya cerita betapa besar kasih saya pada kedai ini namun ia masih tiada apa2 kalau dibandingkan dengan besarnya rasa rindu untuk bersama suami dan anak2 saya.

**Terlalu beremosi, sekian di sini saja :(

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

The Nanny 911 : The Finck Family

Bismillah,

Saya patut ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada k.Ros Little Mama kerana kenalkan saya dengan cerita realiti ni. Saya mulakan dengan tengok siri keluarga Finck di Youtube. Sekali tengok saja, saya jadi nak ketawa bila tengok anak2nya begitu sekali. Huhu...saya patut bersyukur sebab selasak2 anak saya, sekurang2nya mereka tidak mengganas sesama sendiri seperti dalam keluarga ni.

Saya nak letak link Youtube tu kat sini supaya korang senang nak cari tapi embed code dia kene block so, rasa2nya korang akan try cari sendiri juga. Keluarga Finck ni anaknya adalah 3 pasang kembar dan wah....perang sesama mereka sangat ganas. Main pekup kepala adik dengan bantal okeh! Kalau saya pegang kamera tu, saya rasa saya dah lepaskan kamera tu dan selamatkan budak tu. Real tak real kakak diorang bantai adik dia, sampai adik dia terkucil dalam seluar.

Mcm yang k.Ros cakap dalam entry dia, apa yang saya dapati dari melihat keluarga itu adalah :
  • Punca masalah dalam keluarga selalunya adalah disebabkan kurang komunikasi. Sekalipun bapaknya cuba untuk berkomunikasi, kelihatannya apa yang dia nak sampaikan tidak difahami oleh anak2 dan isterinya juga. Mereka tidak tahu apa yang mereka rasakan jadi tantrum akan menjadi jalannya.
  • Dalam siri ini, Nanny itu mengajar anak2 supaya bercakap dengan baik dan mengajar ibubapa supaya memberi respon yang betul kepada anak2.
  • Nanny juga mengajar bagaimana buat satu jadual dan butang2 magnet untuk reward mereka andai saja mereka melakukan sesuatu di dalam rumah. Bagi mendapatkan reward2 ni, anak2 akan buat kerja dan hasilnya, kerja ibu bapa mereka akan menjadi kurang kerana anak2 mereka dah buat sendiri. Ia mengajar anak berdikari selain memberi peluang kepada ibubapa lebih ruang bersama dengan anak2 dan buat kerja lain.
  • Keluarga Finck ini adalah keluarga contoh yang baik kepada ibubapa yang berhasrat untuk bekerja di rumah. Jadi kepada mereka yang berhasrat ke arah itu, silalah ye selami kehidupan mereka ini supaya kelak kita tidak jadi seperti mereka...
**Saya terasa mak diorg ni mcm saya walaupun anak2 saya x mcm anak diorg. Jelas!! Saya keterlaluan!!

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Thursday, April 29, 2010

Arwa - Bunga Matahari

Bismillah,

Asal tengok je gambar dia rasa nak nyanyi...

Bunga matahari sangat cantek
Kembang di waktu pagi
Daunnya hijau bunganya kuning
Memikat kumbang lalu :))




Entry tangkap muat :)

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Bagaimana Mengelakkan Perselisihan Berpunca Dari Kewangan

Bismillah,

Duit ni mcm hantu kan? Wahahaha.... Sebab ia selalu saja jadi topik nak bergaduh. Kalau ikut tu, duit banyak macam mana pun tak pernah cukup. Walaupun kadang2 kita tau duit tu senang habis tapi tak pulak kita atau pasangan nak kikis sifat 'senang berbelanja'. Seolah2 rela je gaduh asalkan kemahuan diri dituruti. Dah tau dah pasangan kita mesti hangin kalau beli barang tertentu, pegi beli jugak!!

Bila dah jadi laki bini ni, sepatutnya, 'duit abang duit ai juga, duit ai pun duit abang jugak' so semua income kita akan jadi 'duit kita' tapi kalau kita kelaskan duit2 yang masuk sebagai 'duit ai' dan 'duit yu' mulalah senang hangin dan serabut perut dengan perasaan 'apelah bini/laki aku buat dengan duit dia' atau 'ek eleh banyak ni je bagi kat aku?'.

Terbuka & Percaya
Mmm...bukan secara berlebihan la. Kalau dah memang nampak tak patut tu, sound jugak. Maksud saya, yang macam kalau pasangan kita belikan sesuatu macam kasut ke, baju ke...apa salahnya selagi dia tak merapu beli baju pengantin :P

Sebarkan Kepada Anak
Kalau kita aje saling percaya antara satu sama lain tak jadi cerita jugak. Kena bgtau supaya anak2 amalkan saling percaya. Tak le nanti jadi dialog mcm ni, "Umi ni asyik beli telur aje, mainan untuk kakak tak beli pun? :P" Umi beli telur itu sebab umi pandai masak telur aje untuk kita makan ramai2, tapi mainan tu kakak main sorang2. Huhu...mcmlah umi ada skandal dgn telur :P

Pendamkan keinginan
Selepas keperluan2 lain dipenuhi, tibalah masa untuk menganalisa kemahuan2 masing2. Masa nilah mungkin terjadinya pergaduhan jika kemahuan kita x sama dengan kemahuan pasangan. So, buat la turn ke...ckp elok2, "Aritu dah beli minyak wangi abah, boleh la kali ni beli tudung umi pulak ek??" Tapi, kalau xsepakat tu, pendamlah sementara keadaan mengizinkannya.

Saling mengingatkan
Sorang dari kita kena jadik cikgu disiplin, "Hepp...takleh beli ubat gigi dah, kat umah dah banyak dah." Mentang2 la hobi dia kumpul ubat gigi, secukup rasa je beli dan beli dan beli ubat gigi. Jgn serik nk mengingatkan bukan sebab pe, kalu ubat gigi takpe la 4-5 hengget je, kalu benda lain?? Tambah pulak beli sampai kene berhutang... buat naya aje

Hindari hutang
Hutang ni senang buat, susah nk bayar. Jadi kalu xmampu nk dptkan seswatu tu pendamkan aje dulu dr kemudian nnt siksa nk menanggung hutang :(

Buat Buku Duit Keluar Masuk
Yg ni eloklah dibuat supaya kita jelas dengan jumlah duit yg ada.

Anggarkan Tabungan
Kalu sy ada pendapatan tetap, mungkin sy akan tetapkan 5-10% untuk tujuan simpanan.

Melabur
Yg ni kene tya pakar... Sy tak berapa jelas dengan kaedah2nya

Jadikan suasana berdiskusi sebagai suasana yang menggembirakan. Jangan berbincang dalam keadaan stress supaya semua yang kita bincang mencapai kesepakatan. Jangan sampai timbul gaji engkau kurang, gaji aku lebih. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan hidup kita insya ALLAH :)

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Wednesday, April 28, 2010

Berdesing Telinga dengan Encik 'Kisah Rumah Tangga'

Bismillah,

Sesiapa yang ada Facebook saya cadangkanlah anda add kan 'Kisah Rumah Tangga'. Ala...korang search sendirik kemudian add. Kenapa?? Sebabnya adalah sila rujuk di bawah kot2 nak tumpang berdesing...


Kisah Rumah Tangga Pilih salah satu. 1: Suami usulkan niat dia nk kahwin lagi satu secara baik. Minta izin dan restu isteri pertama. 2: Suami kahwin lagi satu tanpa izin isteri pertama kat Siam.

Kisah Rumah Tangga

Kisah Rumah Tangga "Kenapa semua orang benci dgn isteri kedua? Aku ni perampas ke? Hina sgt ke? Dh takdir, nk buat camne?", luah seorang isteri kedua.





Kisah Rumah Tangga Daripada membebl sambil mengutip baju kotor yang bersepah di rumah, lebih baik kita nyanyi2 hiburkan hati. Hati gembira, hidup ceria.

Kisah Rumah Tangga "Nak hadiah apa?" "Apa2 la bang. Ayg x kisah. Dpt pun dh bersyukur". Bila suami belikan, dia komplen kt belakang, "Ko tau laki aku, ada ke birthday aku dia beli tudung 5 hengget mcm jual kt kaki lima. Dia ingat aku apa? I vogue tau..Mana main murah2 ni.. Lebih baik x pyh bagi.."



Kisah Rumah Tangga Kesian juga pd isteri yg bekerja ni. Ingat kt ofis x penat ke? Byk keje ofis nk kena buat, tekanan mental tau. "Apa? Facebook? Takde masa u. Bz bz bz. Mana la sempat. Nnt nk blk rumah ada keje lagi. Arghhh! Awak s/rumah spnuh masa, x faham"


Daripada apa yang diutarakan, saya ambil positif...kalau kita pandang negatif maka apa yang dia cakap itu jadik negatif. Kalau perati kat wall dia memang macam2 orang kata dia...tapi saya yakin orang tu dia senyum2 kambing jek baca sebab dia terus2an bangkitkan isu demi isu dalam wall dia. Anggap saja apa yang dia kata tu sebagai satu bisikan hati suami atau mungkin isteri dan jadikannya satu jambatan untuk memperbaiki diri ye kawan2.....


**hampeh add dia, merah menyala telinga gua :P

Moero Attack

Bismillah,

Saya dah hampir lupa rancangan kegemaran saya ni semasa zaman kanak2. Kalau sape yang perasan dengan cerita ni sedangkan anda hampir sebaya dengan saya memang 'kaki buku' atau 'kaki ape2lah' yang tak sekaki dengan saya. Cerita ni best amat hoo.... Maksedara saya siap tocangkan anak dia dengan saya2 sekali ala2 watak dalam tu.

Moero Attack (bahasa Jepun: 燃えろアタック) ialah tajuk bagi sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita Jepun. Siri ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi dari 5 Januari 1979 hingga11 Julai 1980, menjelang temasya Olimpik Moscow 1980.

Moero Attack juga pernah disiarkan di Malaysia dalam bentuk alih suara melalui saluran TV1. Siri drama ini juga dipercayai berpengaruh diChina sehingga berkali-kali diulang tayang, hasil kejayaan pasukan bola tampar wanita kebangsaan negara berkenaan menjulang Piala Dunia Bola Tampar pada tahun 1981.


Tiba2 Wan, kawan sekolah rendah saya telah bangkitkan cerita ni di wall dia :

Mohd Redzuan
www.youtube.com
remember back then this japanese drama series? about how a bunch of girls balance their lives and the love for the sport? the tight shorts? the unmistable 70s/80s sounds? oh... those are the days~! NOTE TO ALL THOSE PEOPLE WHO COMMENTED: thank you very much. ...
sejam yang lalu · · · Kongsi
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
uishhh...dulu2 rela ikat tocang nk ikut heroin ni...gilak2
sejam yang lalu ·
Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
woh.. tak ingat plak dulu hang ikat tocang camna... ehehe
sejam yang lalu
Lynnda Md Isa
Lynnda Md Isa
filem mesia tajuk HOOPERZ...lebih kurang mcm gak. Lama dah crita ni. Nostalgia tul...
sejam yang lalu
Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
hooperz tu ada power2 hikmat2 berpusin2 gak ka?... eleh, crita malaysia ni... nti msti penuh ngan cintan cintun ja.. meluat aiiih... nak sumbat bola dlm jaring pun, mesti sempat tgk boypren kat tempat penyokong nih...
55 minit yang lalu

Woohh...rupanya ada la kalau nak cari cerita ni dalam Youtube tapi saya rasa kita takkan dapat tengok dari episod pertama sampai sudah. Andai ada pun saya rasa tak ade subtitle untuk kita lebih faham ceritanya. Saya minat, korang minat tak??? Bukan setakat tocang aje, dulu lagu yang ada dalam Youtube di bawah ni (lagu tema ke hapa panggilnya) siap diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia.

Saya cuba jugak nak ingat2 lagu ni yang diterjemah tapi x berjaya sebab dalam lagu ni disebutkan nama watak2 dalam cerita ni tapu sorang habuk saya tak ingat. Tambah plak, cikgu Muzik kitorang bg note lagu ni so saya dengan kengkawan boleh main lagu ni dengan recorder dan pianica. Huhu...saya dulu gila main pancaragam sekolah ooo....



OK lah korang...layanssssss

Bila Patut Ke Hospital Untuk Bersalin

Bismillah,
Semasa saya beranakkan Ahmadi, saya bagaikan terlupa bagaimana rasanya sakit nak beranak. Sakit itu datang dan pergi sehingga saya betul2 keliru ketika manakah perlu ke hospital. False alarm bukan berlaku sekali saja dan untuk melahirkan anak ke 5 saya tak patut main2. Kelahiran2 yang terdahulu, bila saja datang rasa sakit, tidak sampai 3-4 jam maka lahirlah mereka.

Sebenarnya bukan masa nak beranakkan Ahmadi saja, masa nak melahirkan Uwaiys pun mengambil masa lama dan semasa beranakkan Usamah pula, hanya dengan sedikit tanda saya pergi ke hospital dengan tergesa-gesa. Lalu dengan tu, saya patut akui yang saya tak pandai nak menjangka masa yang tepat untuk melahirkan.

Jika menurut bacaan saya, masa yang sesuai untuk serah diri adalah :
  • Perkara pertama kena ikut cakap doktor - let say kita ada sejarah perubatan yang ada diabetis, high blood pressure and so forth, mungkin ada baiknya dengar kata doktor.
  • Jangan pergi terlalu awal sebab kalau dah sampai awal ke hospital, itu selalu dikaitkan dengan kejadian induce especially kalau kita ke hospital besar.
  • 411 method - selang 4 minit, kita akan merasakan kontraksi selama hampir 1 minit selama 1 jam dan ini adalah masa yang tepat untuk ke hospital
Untuk kelahiran Asmaa' & Arwa, mungkin saya pergi pada masa yang betul. Untuk kelahiran Usamah, saya rasa seperti leaking tapi bila ke HUSM, diorang amik CTG dan didapati ada kontraksi maka saya ditahan sedangkan saya tak sakit pun dengan benda yang dikatakan kontraksi. Saya ke hospital selepas Subuh dan bersalin sebelum azan Zohor.

Untuk kelahiran Uwaiys, saya rasa seperti kedudukan baby tiba2 rendah dan peluh keluar tiba2, ada kontraksi tapi saya boleh tahan dengannya. Sakit ketika saya di Port Dickson, bersalin di Parit Buntar. Masuk hospital selepas Maghrib dan Uwaiys dilahirkan sebelum pukul 10 malam. Dan kelahiran Ahmadi pulak saya berada di hospital selama hampir 3 malam sebelum melahirkan dia.

Wahh....rupanya setelah dianalisa, susah juga saya nak lahirkan anak2 teruna saya. Mereka dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangka kecuali Ahmadi. Mungkin adalah hikmahnya di sebalik semua ini kan? Seronok mengingat2 kelahiran mereka, ia bagai mimpi ngeri tetapi indah. Ceritakanlah pulak masa yang tepat pada pandangan korang??

Tuesday, April 27, 2010

Bangun Tidur Terus Posing

Bismillah,

Ni sebenarnya diambil pada hari ke 7 Ahmadi. Anak2 yang bangun terkejut tgk abah diorang sedang nak cukurkan kepala Ahmadi. Tiap2 kali pun mcm ni, kami cukurkan dan kami beri nama pada hari itu.






Hei kamu yang baju berbelang kuning, umi sudah sangat rindukan kamu. Perpisahan kali ini sebenarnya memberi lebih peluang untuk umi bersama dengan kakak. Sori ek anak2 teruna, kali ni umi belikan anak2 dara umi cooking set dan anak patung tanpa membeli mainan korang. Saje umi nak ajar anak2 dara umi supaya ada minat memasak...bukan mcm umi :P

Baju Baru Pasti



Bila tengok gambar anak2 di atas, saya termenung2 sama ada nak upload ataupun tidak. Saya amik gambar ni aritu dengan niat nak tunjuk umah sepah baju sukan PASTI yang baru. Tapi skang dah tengah tahun pun nak tunjuk :P So, expired sudah. Tapi sbb dalam gambar ni diorang ada beramai2.. time ni adalah sedang sarapan seblom pergi sekolah.

Saya nak mudahkan kerja, hidang dalam talam, kalau diorang nak mencicah ke hapa suruh diorang tunduk time makan so that yang tumpah2 akan masuk dalam talam. Kemudian suruh duduk atas tikar. Jadi lepas makan, biasalah anak ramai, kalau ada tumpah pun ia tumpah atas tikar tu. Jadi nak mengelapnya tak lah susah, hanya paksa abah diorang angkut tikar tu dan kibas dalam bilik air. So, keje yang tinggal hanya basuh pinggan mangkuk yang terlibat sahaja.

Geram Tapi Sayang

Bismillah,

Kalau korang skroll ke bawah, gambo ni mmg tak synchronize dengan cerita...bantai ajelah ek. Mula2 saya nak mulakan edisi dengan tajuk di atas dengan menepek perkara ni...

Blogger charkoeyteow girl said...

cepat la citer nape kamu menangis sungguh2..biasala~ nak menggosip memang laju..haha..

1:24 AM

See, betapa Mami the Jarum nya sepupu saya. Dasar ter over dose Charkoeyteow sungguh!! Alkisah, petang hari Nejadku mau pulang semula ke Jerteh beberapa hari lalu, semasa itu belum diputuskan lagi nak lepaskan Uwaiys ke sana dengan abahnya. Sebenarnya, saya cukup sedih sebab suami saya hanya ada sikit masa aje dengan saya dan anak2.

Jadi bila hati cukup sedih dan tak tenang, mula la saya jadi garang. Nak jadi cerita, Uwaiys sentap kaki dia lalu terkena muka Arwa. Masa tu Uwaiys duduk di atas kerusi, dan Arwa duduk di bawah. Saya memang terperasan semenjak dua menjak ni, Uwaiys sudah pandai cepuk Arwa dengan Asmaa' dan apa yang saya bimbangkan adalah dia dapat perangai tu dari sekolah.

Bila saya garang tu, saya pun hantar mesej suami saya yang masa tu takde kat umah, "Uwaiys ni buat Arwa...saya baru lepas marah dia". Saya cukup berang hari tu dan saya marah sampai saya tak ingat yang Uwaiys tu baru umur 3 tahun. Uwaiys menangis tersedu2 masa tu. Saya mesej lagi pada suami, "Nak bawak ke Uwaiys?" dan itu la yang suami saya tunggu sangat sebenarnya.

It is not easy to let them go. Bila saya tanya soklan tu, suami saya terus balas, "Bawaklah..kesian kat umi". Maksud suami saya, dia kesian kalau saya tak larat nak jaga Uwaiys. Sebelum ni pun, kalau suami saya cakap nak balik Jerteh saya selalu mintak dia bawak Uwaiys. Tapi tu bukan bermakna saya tak sayang anak saya.

Saya suruh bawak Uwaiys sebab dia sangat banyak bertanya. Selain banyak bertanya, dia juga perlukan perhatian dan saya rasa susah nak handle anak usia ini seorang diri. Bila suami saya kata nak bawak dia, saya pun masukkan baju2 Uwaiys dalam beg. Mula dari situlah saya menangis semahu2nya. Sebab saya rasa bersalah pada Uwaiys.

Lalu dengan air mata yang berlinang saya tanya Uwaiys, "Uwaiys nak duduk dengan umi ke nak duduk dengan abah??" dan Uwaiys jawab sambil tersengih2, "Uwaiys nak duduk dengan umi dengan abah!". Sape yang tak nangis kalau dengar jawapan ni? Makin kuat saya nangis bila dengar betapa anak tu nak duduk dekat dengan dua ibubapanya sendiri.

Setiap kali pun, kalau ditanya anak2 ni, "Sayang umi ke sayang abah?" mereka akan bg jawapan yang selamat, iaitu "Sayang umi dengan abah". Saya pun mengaku, saya hanya lebih baik bila suami saya ada bersama. Saya tak pasti suami saya macam mana tapi dia pernah hantar mesej, yang dia rasa hidup dia sangat tak lengkap tanpa saya dan anak2 bersama.

Petang tu, walaupun saya cakap pada suami saya, "Abah, tak payahla bawak Uwaiys," dia tetap bawak juga. Bukan dia berkeras sangat pun tapi dia betul2 taknak saya terbeban nak mengajar Uwaiys supaya mengawal sifat2 negatif. Sampai di satu tempat dalam perjalanan, suami saya call dan cerita, betapa kuatnya Arwa menangis masa dia tinggalkan Arwa tadi, saya pun kata..itu nangis yang kita dengar, mcm mana nangis yang kita tak dengar bunyinya.

Suami saya pun kata, "Nangis yang tak bunyi tu kita simpan sama2 dalam hati, insya ALLAH satu hari nanti kita akan sama2 dapat hasilnya." Mmm...panjang lagi nk cerita pasal gelagat Uwaiys ni. Cumanya nantilah saya cerita kemudian sikit. Makin panjang cerita pasal anak2 teruna saya itu, makin bengkak mata saya menangis.

Gambar ni adalah gambar kenangan masa saya sambut besday Usamah dan Asmaa' serentak. Tarikh lahir diorang ni dekat2 sangat. Kalau nak sambut setiap orang sekali tak rasalah keseronokannya. Nampaknya kene beranak lagi nak dapatkan seorang anak lahir hujung tahun supaya boleh celebrate sekali dengan Uwaiys.

Tarikh lahir anakanda saya :
Asmaa' - 4 Mac
Usamah - 27 Feb
Uwaiys - 11 Nov
Arwa - 6 Feb
Ahmadi - 8 Feb




Kawan Yang Sebenar2nya Kawan

Bismillah,

Sekali lagi, saya bukan juga kawan yang baik buat kawan2 saya. Tapi saya harap, sekurang2nya saya bukan kawan yang makan kawan. Sangat susah sebenarnya nak jaga hati kawan tapi andai sampai satu tempoh, kita takkan terasa lagi sekalipun kawan kita itu dengan selamba menegur kita atas kesalahan yang kita lakukan atau kita tak kisah lagi bayarkan dia makan seperti mana dia tak kisah keluarkan duit poket dia untuk kita.

Saya adalah sejenis orang yang sentiasa perlukan seseorang untuk sekurang2nya boleh dibawa berbincang. Tak kisah sekalipun orang tu bg ayat laser baik punya, saya tetap terima. Sebab saya memahami bahawa dia itu menegur kerana sayang kepada kita. Bukan disebabkan dia tidak suka kepada kita.

Saya juga tak kisah belanja kawan2 saya sebagaimana saya tak malu bila dengan selambanya saya tak bawak duit bila nak pergi makan. Kan Azee?? Kan Amy?? Kan Syu?? Kan Ida?? Tapi harap2 belanja2 kami ni balance la...mintak halal kalau terkurang belanja kalau tiba part korang. Hakikatnya, semoga persahabatan ni terjalin bukan saja2 tetapi ada sesuatu yang telah ALLAH aturkan dalam perjalanan hidup kita.

Walaupun bersahabat dengan mereka yang saya sebutkan di atas, itu tak bermaksud saya tak campur dengan orang lain. Saya masih ada geng lain dari sekolah rendah, sampailah masa dekat UKM. Kiranya saya memang ada kroni tertentulah masa belajar dulu. Semakin ramai kawan, semakin banyak pengalaman baru akan kita tempuhi. Let say tersalah faham dengan seorang, mungkin yang lain itu boleh tolong damaikan. Semakin ramai kawan jugalah, semakin kita akan disegani lawan sehingga akhirnya, lawan juga akan menjadi kawan.

Bagi mengukuhkan persahabatan ni, pengurusan masa adalah penting. Ibaratnya semasa saya di Taayah dulu, saya bagi contoh semasa saya di Tingkatan 3. Geng saya semasa di Form 3R adalah yang paling happening pernah saya ada. Walaupun masa tu, saya mula suka buat jadual untuk study saya (gara2 balik dari kursus BAKA PREP), tapi saya masih meluangkan masa dengan kawan2. Best gila bila ramai2 berkumpul untuk makan sama2, utk celebrate besday sama2.

Menyentuh pasal celebrate besday, saya paling tabik pada kawan saya Azzatul Ainur yang tak pernah gagal utk mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada saya semenjak dia tau tarikh besday saya. Saya yakin, saya yang tak rapat dengan dia pun dia wish, mestilah orang lain yang lebih rapat dia wish jugak kan?? Saya pernah cuba nak jadi macam Azza dan saya pernah wish Mc Shid Selamat Ulangtahun dan dia wonder tak ada orang lain ingat anniversary dia. Tapi once buku catatan saya tu hilang, plus saya dah buang kad kawin diorang maka benda tu jadi tak terbuat sedangkan perkara ni buat kawan kita rasa seronok.

When we've had a hard day, kadang2 bercakap kosong atau dengan kawan juga membantu. Seperti semasa di UKM dulu, bila saya rasa nak menangis sangat2 sbb ada masalah tertentu, saya akan jumpa Azniza. Dia akan temankan saya di tangga yang jarang orang lalu dan di situ, saya menangis sampai rasa lega. Dia taktau pun apa masalah saya, tapi hanya dengan dia pegang bahu saya saja saya rasa cukup lega.

Semua yang saya sebutkan itu adalah antara yang memberi warna dalam alam persahabatan saya. Alhamdulillah, kami semua adalah kawan2 yang baik...bukan tak pernah gaduh, tak pernah salah faham. Tapi semuanya selesai bila kita sama2 berlapang dada. Jika kawan saya bermasalah, apa yang saya cuba lakukan adalah :

  • Jika mereka tak tau nak bermula nak bercerita tentang masalah mereka, saya akan mula bertanya. Sekalipun saya bertanya, ada masa mereka tidak memberi jawapan. Maka ketika itu mereka hanya perlu teman...bukan penasihat.
  • Sesekali saya akan mengiakan apa yang mereka buat, jadi mereka tau saya faham. Tapi saya prefer tempat yang tertutup. Kalau dok kat depan TV ke, kat cafe ke..sah2 saya perati orang lain lebih dari yang depan mata saya :P
  • Ada satu yang selalu saya silap, kalau saya cuba nak selesaikan masalah diorang, saya sll anggap jika saya menghadapi masalah tu...bagaimana saya nak selesaikannya. Yang betulnya adalah saya menjadi diri mereka dulu sebelum membayangkan mcm mana dia nak buat untuk selesaikannya. Mungkin apa yang diorang anggap sebagai satu masalah tu bukan masalah bagi saya. Mmm...faham tak??
  • Ada sesetgh org dia tak harapkan pon kita cakap apa2 sekalipun dia mengadu itu ini, jadi utk org mcm ni, tak payah susah2 nak bg nasihat atau saranan tapi hanya dengar.
Walaupun begitu, dunia persahabatan ni tak semedang aje indah. Kadang2 akan datang juga perasaan menyampahnya dekat seseorang ni. Utk situasi yang mcm ni, kalau sayalah..lebih baik I let them go daripada saya paksa diri berkawan jugak dengan orang ni dan kemudiannya saya sakit hati seorang diri. Nak ngadu kat orang pun orang akan kata, 'Haa...sapa suruh kawan dengan budak tu sangat??'

Tapi janganla kita hasut pulak orang jgn berbaik2 dengan orang yang kita tak rasi tu kan? Itu tak baiklah... Mana tau satu hari nanti orang itu berubah dan kita akan terus jadi kawan baik mereka?? Dunia ni penuh dengan kejutan jadi bersedia saja dengan apa2 kemungkinan. Mmm... motif entry ini adalah kerana rasa rindu yang tidak terhingga kepada kawan2 saya dahulu.

Setelah kawin ni, semua yang pernah kami lalui sama2 tu hanya tinggal kenangan. Bukan kata berkahwin ni tak indah tetapi zaman berkawan2 dahulu tetap ada istimewanya juga. Justeru itu encik suami...selepas2 ni, kalau ada kawan2 ai nak buat reunion ke, sudilah kiranya anda memberi sokongan padu kepada ai untuk pergi bersama2 ek...

**Kengkawan lama ku, ai miss yuuuu

Monday, April 26, 2010

Arwa - Aksi Feeling Pregnant

Bismillah,

Gambar diambil semasa saya masih dalam pantang. Arwa masukkan bantal kecik dalam baju dia dan inilah hasilnya...




Ini adalah fitrah pada seorang perempuan, tapi Arwa kamu masih kecil la comellllll....

Apa Dah Jadi Dengan Jadual Umi??

Bismillah,

Gambar di bawah adalah dua kertas mahjong yang di selotep di tengah. Itu le jadual saya...hik hik..macam jadual sekolah saja. Taktau orang lain, saya menyusun jadual tu selama dua minggu.


Tiap2 hari, saya bentang tilam kat situ, supaya kalau saya baring, saya akan tau banyak lagi mende yang nak dikerjakan. Tapi kalau dah kuat tido tu, bentang la mahjong 4 deret pun terlena mcm tu jugak. Huhuhu...

Baru2 ni masa suami saya ada dia tanya, "Apa dah jadi dengan jadual umi ni?" dan saya jujur jawab, hanya yang berhuruf H je yang saya follow malah beberapa hari pertama tu saya dah hafal dah agenda H saya itu. Agenda H saya adalah ajar subjek tertentu kepada anak.

Sayang kan saya tak memasak sebab tinggal seorang, sekarang hanya ada Asmaa', Arwa dan Ahmadi saja. Lagilah saya berat nak masak. Semenjak Usamah balik duduk di Jerteh lagi saya dah liat masak. Serius, saya rasa saya lebih baik semasa semua anak2 saya ada dengan saya. Bukan hampeh seperti sekarang.

Korang jangan jadi macam saya ya. Tu pasal saya takmo orang ingat saya bagus sangat. Sebab saya insan yang penuh dengan kelemahan. :( Bulan ni nak sambut hari ibu kan? Kalau saya masakkan untuk mak saya, agak2 abah saya lalu tak nak makan sama. Dia tu pantang betul kalau saya yang masak....huhuhu...
Mata Ahmadi sedang menyusu :)

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~ klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

Awasi Bayi Dari Gangguan Anak Yang Lebih Senior :P

Bismillah,

Ini adalah aksi mara bahaya okeh... Jangan biarkan bayi anda tanpa kawalan... Tapi sbb saya ada penyakit 'dasar blogger' maka saya kena amik kamera cepat2 dan tangkap gambo dulu sebelum memberi khidmat nasihat kepada Arwa supaya :
  • Jangan tindih adik
  • Jangan congkel mata adik
  • Jangan korek idung adik
  • Jangan bg adik nyonyot jari jemari korang


** Sabo je la ek... Tapi saya tetap bersyukur, serasa kehadiran Ahmadi tepat pada masanya. Arwa tak dengki dengan adiknya malah tak sudah2 menempek tepi adiknya...huhu...

Sejam Pertama Selepas Melahirkan

Bismillah,

Saja nak refresh saat2 pertama melahirkan anak saya nan 5 itu. Kata org, makin kita meningkat usia, makin banyak ilmu yang kita ada.. kerana semakin banyak pengalaman telah kita tempuhi. Ada masa, pengetahuan baru yang saya dapati ni membuatkan saya rasa sesal kerana tidak menjaga sejam pertama anak saya di dunia.

Sekalipun dengan kelahiran Ahmadi baru2 ni, saya telah cuba sedaya upayanya untuk menyusukan dia sepanjang sejam pertama itu, ia tetap terganggu dengan kehadiran AN (Assisstant Nurse) yang tak sabar2 nak usung saya ke katil. Saya masih terlepas sesuatu yang saya hanya tahu selepas Ahmadi 2 bulan di dunia.

Jika mungkin diputar masa semula, sejam pertama saya akan digunakan untuk :
  • Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.
  • Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak
  • Memandang mata mereka sepanjang menyusu - dan inilah yang saya sesali kerana saya terlepas pandang tentang hal yang sebesar ini.

Ketika saya sedar hal ni, sesungguhnya saya ingat mata Ahmadi yang mendongak mencari2 sesuatu. Tetapi saya tidak terfikir untuk memberi pandangan saya kepadanya tetapi saya sebok bercakap2 dengan ibu2 lain yang datang melihat Ahmadi.. :(

Ketika itu anak kita sedang menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Dia perlukan seseorang untuk membantu dia menyesuaikan diri. Percubaannya yang pertama adalah melalui penglihatan. Andai saja masa itu saya dapat melihat terus ke dalam mata mereka dan memberitahu, 'Umi di sini untuk anak2 umi...'.

Pesanan penaja : Buat mereka yang mengandung, jangan sehingga anda sesal seperti saya...penuhi sejam pertama dengan 3 perkara di atas. Jika mungkin, minta dari nurse jangan bergosip lama sangat time mandikan anak, so kita dapat maksimakan masa bersama bayi untuk perkara yang lebih penting.

**bunyi mcm nk beranak lagi je sbb nak kan sejam pertama tu Pijah... no 6??? Phewwww....

Sunday, April 25, 2010

Mengurus Stress Dgn Ketawa

Bismillah,

Sudah beberapa hari saya rehat dari menulis. Memberi lebih masa berjinggo-jinggo dengan suami saya. Walaupun saya hangin sebab dia tak bawak balik Usamah, tapi takkanlah saya nak mengada2 merajuk sampai tanak kawan dengan dia masa dia balik kan? Kalau saya merajuk pun apa nak buat? Nak suruh dia balik amik Usamah? Buat keruhkan keadaan aje.

So, masa suami saya ada di sini, mana2 aje dia pergi, saya akan berada di bawah ketiaknya.... ahahaha... memang kalah budak2 ah masa suami saya ada aritu. Sampai dia menggeleng2 kepala bila mulut saya tak berenti2 cakap, "Nak itut" bila dia menunjukkan simptom2 nak keluar rumah. Nak tak nak terpaksa la dia kelek kami kesana kesini.

Sekarang dia sudah bawak Uwaiys pulak. Mmm... komen saya? Semoga Uwaiys dapat temankan Usamah seorang di sana. Umi tetap rindu kalian tapi harapnya umi tak rasa runsing bila Usamah tak ada teman di sana. Jangan korang genyeh anak cek ti kat umah tokku udahla ek... Dah aaa, letih dah nangis...baik kita ketawa dan bergumbira .

Ketawa lebih2 pun tak boleh bro...tapi larut dalam sedih sampai terkedang takleh nak buat mende pun takleh juga. So, apa yang ketawa boleh bg pada kita??

  • Hormon - ketawa ni dikatakan hormon stress mcm cortisol, adrenaline, dopamine dan growth hormone. Huhu...growth hormone pun hormon stress rupanya ek, patutlah makin tua makin stress ek?? Ia juga meningkatkan hormon yang boleh meningkatkan kesihatan macam endorphine. Ia akan meningkatkan antibodi dan insya ALLAH kita akan lebih sihat.
  • Lepaskan perasaan - pernah tak korang rasa korang nak ketawa sangat2 atau nak nangis sangat2...hukhuk, saya petang tadi menangis sehabis2 daya masa kemaskan baju suami dengan Uwaiys. Nanti aa...saya cerita ek kenapa yang saya nangis sangat tu. Hah..kalau rasa nak ketawa ke, nak nangis ke lepaskan aje. Kadang2 tu tengah marah dengan anak pun tiba2 nak meletus ketawa sebab nampak sangat diorang tu tak faham yang umi dia marah. Tapi ada masa jugak saya nangis2 sbb marahkan diorang....susah korang nak jadi mak yang baik.
  • Distraction - kalau kita ketawa, maka fokus kita terhadap stress akan beralih dan mudah2an semoga emosi negatif itu fly away...
  • Mengawal suasana - let say dalam opis kita suasana tegang, tak kiralah bergaduh sesama kita ke, bos hangin ke atau apa2 lah, cuba2lah ketawa supaya bila kita mula senyum dan ketawa insya ALLAH orang lain akan serap tenaga positif itu. Maksudnya, jangan jadi orang yang kuat merajuk..sebab bila kita merajuk, kita adalah orang yang mempunyai tenaga negatif yang menyebabkan orang tak rasa senang dengan kita.
Macam mana nak timbulkan suasana ketawa2 gumbira itu?
  • TV / Movie - terus terang saya tak berkenan sangat dengan teknik ni tambah plak kalau kita mengekek ketawa depan anak2 tanpa kawalan. Tapi jika benar2 perlukan ini, cubalah cari komedi yang bermanfaat. Saya suka ulang beberapa video anak2 saya dengan aksi lucu diorang. Saya ada satu video Uwaiys main dengan bayang2 tapi sbb yang menambah lucu pada gambar tu adalah sbb dia tgh bogel maka kami pakat tgk satu family aje. Tapi lawak dalam gambar tu tak pernah expired bagi saya...
  • Ketawa dengan kawan2 - bersembang dan bercerita tentang sesuatu yang menyenangkan. Insya ALLAH akan legalah perasaan itu.
  • Cuba untuk berada dalam keadaan humor - apa yang menyeronokkan saya dalam dunia blogging ni adalah antaranya adalah membaca blog seperti blog Makcik Rehan. Fuhh...rasa syok sangat kalau tiap kali dia update blog dia. Bukan blog dia jek..saya sebut nama k.An sbb k.An senior ku so kena tabik lebihlah kat dia...kan???
  • Mulakan dengan senyuman - suasana yang keruh pun insya ALLAH akan lebih senang jernih dengan senyum. Kalau asyik muncung aje, sape nak dekat beb???
Saya guna laptop mak saya ni. Rasa maleh nak boldkan perkataan tertentu. Hopefully korang akan senang dapat tangkap the main point ekk....


*Uwaiys - kamu takde ni umi nak gadoh dengan sapa???

Friday, April 23, 2010

Unite Again

Bismillah,



"Waa......tanak orang ade jambang nehhhhh" agaknya tu lah kot Ahmadi nangis. Haa...lenkali tinggal la anak lama2, kan dah Ahmadi nangis tanak. Asal abah pegang je nangis, asal nangis je abah pegang. Huhuhuhu.... dah la abah tak bawak balik Usamah. Rase nak menangis je tp ni pun dah lega dapat jumpa abah semula. Mak saya pun suruh saman suami saya sebab tak bawak Usamah balik. Muahahahaha....

Masih comel mcm dulu tapi kesian rambut banyak uban sudah. Agaknya dok fikir panjang, macam mana lah nak angkut anak bini balik sana kan.. insya ALLAH sekiranya urusan2 yang panjang berjela di sini selesai, pulang jualah daku ke pangkuan mu kanda ku. Yeah...kami bersatu semula walaupun ini buat sementara tapi ia cukup untuk buat saya menyanyi dan nyanyi dan nyanyi dan nyanyiiiiiiiiiiiiii....

Norhafizah Madzlan Kanda ku pulang dari kota, Kanda ku bawakan kelisa, kelisa kecil warna merah, boleh ku bawak ke sekolahhhhh...pon pon pon pon pon pon pon pon pon :D

Semalam pada pukul 1.22 ptg · ·
Nuradyani Rosly
Nuradyani Rosly
kelisa kecilku berbunyi, marilah anak2 mari naik, bolehku bawa jumpa nenek. hehehe
Semalam pada pukul 1.25 ptg ·
Norazian Ramna
Norazian Ramna
faham2, mmg indah perasaan itu, heheh
Semalam pada pukul 1.34 ptg ·
Azee Azwani
Semalam pada pukul 7.32 ptg ·
Suharah Chem
Suharah Chem
meriah sungguh
Semalam pada pukul 7.43 ptg ·
Nor Asratul Qamar
Nor Asratul Qamar
tumpg gumbira melihat kalian bdua...comey² ...
Semalam pada pukul 9.11 ptg ·
Mohd Hafiz
Mohd Hafiz
goin crazy...kah3x dan kah lagi
Semalam pada pukul 10.18 ptg ·
CIk DLa
CIk DLa
hamboi2..
6 jam yang lalu ·