Thursday, August 04, 2011

Khasiat Kurma

Bismillah,

Khasiat kurma baca dalam slide ini ye :

Sebenarnya tadi saya tengok Wanita Hari Ini dan topik perbincangan mereka adalah 'Khasiat Kurma'. Kami di rumah ni jaranglah keputusan stok kurma, kiranya kurma tidak hanya kami makan semasa bulan Ramadhan. Kalau saya perhati betul2, dalam rumah ni yang paling kuat makan kurma adalah suami saya dan Uwaiys. Habis satu rumah penuh biji kurma dan selalunya saya tau siapakah punya angkara. 

Kalau ditanya, kami beli kurma yang mana, kami beli yang biasa2 saja. Bukan yang di dalam kotak tapi yang timbang kilo itu. Asal sahaja ia adalah kurma. Ada masa kami beli banyak kilo juga sebab kadang2 sampai kat mana2 supermarket atau kedai, harganya di bawah RM 5 / kg. Takkan nak lepaskan peluang kan?

Masa duduk di Parit Buntar dulu suami saya rajin blender kurma dengan susu tapi sekarang dah tak buat pun. Hehe...saya kalau satu2 benda tu suami saya selalu buat, maka saya pun buat2 tak pandai buat :P. Bukan takat susu kurma, nasi Arab, gulai itik dan ntah apa2 lagi yang selalunya dia yang buat, memang saya segan nak buat sebab risau tak sedap.

Oh ye, kepada sesiapa yang nak tengok WHI tentang topik ni, silalah jengah ke link ini di Tonton.com.my. Kalau takleh buka link ini, carilah episod ke 151 ek. 

Dan bagi mereka yang mahu membaca lanjutan tentang kurma, bolehlah pergi ke dua link di bawah ini untuk rujukan lanjut :


7 comments:

  1. kurma jugak bagus untuk ibu yang bf sebab tu kat rumah memang selalu ade kurma macam siti....

    ReplyDelete
  2. susu + kurma = blend, banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  3. suami kak fiza arab eh kak? name anak2 akk pun nampak kearaban.. ;)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Zaidah, ya ya...milk booster juga :)

    Azmask, setujuk

    Ummu Muhammad, huih, org Arab manalak berkenan dengan org kurus2 mcm k.Pija ni... kikiki... mm, nama anak kami adalah dimulai dengan huruf alif dan ikut nama tokoh2 dalam Islam :) Semoga mereka menjadi soleh dan solehah kelak :))

    ReplyDelete
  6. tapi rupa akak n suami mcm orang arab..anak2 akak cantik2..hidung terbentuk..kening terbentuk mcm org arab..mane header 5 serangkai tuh?suke tgk budak 5orang tu dtg sini..terapi mata..sejuk je tgk 5 bersaudara ni..rapat je..dah lah rupe ala2 arabian.. ;D

    ReplyDelete
  7. @ummu muhammadGambar tu dah simpan dah.. tgu berenam nnt kita update sekali.. nk gi baring jap sbb org kata mcm org Arab...dan2 penin :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!